01 di pasir gudang - Google Blog Search |
Ghafir Lebih Layak Untuk Bertanding <b>di Pasir Gudang</b> | Suara <b>...</b> Posted: 03 Apr 2013 07:59 PM PDT SHUKOR Ayub mungkin boleh disifatkan sebagai orang lama dalam PKR Cabang Pasir Gudang, kalau tidak bagaimana pula beliau boleh dipilih menjadi Ketua Cabang bagi kawasan tersebut. Tapi menjadi 'orang lama' sahaja tidak cukup untuk melayakkan Shukur dipilih sebagai calon bagi kawasan parlimen tersebut dalam pilihanraya akan datang. Maka itu pimpinan PKR telah membuat keputusan untuk mencalonkan bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera, Leftenan Jeneral (B) Datu Ghafir Abdul Hamid untuk bertanding di kawasan tersebut menentang penyandang kerusi tersebut yang kita yakin bakal dicalonkan semula, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin. Apa pun yang dikatakan orang mengenai Khaled Nordin (terutama sisi gelapnya yang tidak diketahui ramai), satu yang pasti, Shukor bukan tandingan yang mampu memberi saingan – jauh lagi nak menjamin kemenangan Pakatan Rakyat di kawasan parlimen tersebut. Perlu diingat, Khaled menang dengan majoriti yang begitu besar, lebih 17 ribu undi, tidak salahlah kalau pimpinan PKR memilih Ghafir untuk bertanding di kawasan tersebut. Dari apa yang laman ini dimaklumkan, pengaruh Khalid semakin berkurangan di Pasir Gudang berikut peralihan sokongan masyarakat Cina. Bagaimanapun, itu bukan jaminan Pakatan Rakyat akan menang dengan mudah berikutan jumlah majoriti tinggi yang diperolehi Khaled pada 2008. Justeru, hanya Ghafir saja pilihan yang tinggal untuk diketengahkan PKR di kawasan tersebut. Sememangnya Pakatan Rakyat sangat serius untuk memecah monopoli UMNO di negeri tersebut dan pemilihan calon mestilah berdasarkan keupayaan dan intergriti calon tersebut, selain sudah dikenali ramai. Shukor perlulah menggunakan kekuatannya di kawasan tersebut untuk membantu kempen Ghafir nanti. Elakkan dari mensabotaj calon yang telah ditentukan parti untuk bertanding di kawasan tersebut seperti mana yang berlaku di beberapa cabang PKR sekarang, terutama di Perak dan Sabah. Ghafir sudah dinamakan sebagai Menteri Pertahanan dalam kerajaan Pakatan Rakyat nanti dan seharusnyalah semua pihak disitu memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada beliau untuk memastikan kemenangannya. |
You are subscribed to email updates from di pasir gudang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan