Selasa, 28 Mei 2013

01 di endau - Google Blog Search

01 di endau - Google Blog Search


chinta hati: <b>endau</b> - rompin dalam kenangan

Posted: 14 May 2013 08:27 AM PDT

headnote: weekend yang tough baru je berlalu pergi, both papers aku tak confident pun masa jawab tu. I felt lost somewhere which I'm not really know what had happen. Aku tetap utilize that given 3 hours for 4 questions. Bermakna aku ada lagi 3 papers left and a viva to go. 
Trip terakhir yang aku join adalah masa last semester, sebelum aku start on job training kat Transmile in 2002. Trip kali ni kami ke Taman Negara Endau Rompin, bercamping selama 3 hari 2 malam kalau tak silap aku. Kami bertolak dari Jasin dengan bas sekolah yang disewa awal pagi ke Kahang, Johor. Kami melintasi ladang teh waktu tu masih ada ladang teh di Kahang belah kanan dan ladang kelapa sawit di sebelah kiri. Melalui rumah penduduk kampung sebelum bas berhenti dan turunkan kitorang kat petrol pump di pekan Kahang.
Dari petrol pump ni, kitorang kena naik bas 4x4 saiznya lebih kurang macam bas mini tapi lasak yang disediakan oleh pihak taman negara. Dari pekan Kahang tu dah tak ada laluan cantik, kitorang start masuk ladang kelapa sawit, tak lama lepas tu lalu kawasan kampung orang asli. Masing2 terhoyong-hayang, macam menari2 plak kat dalam bas tu. Ladang kelapa sawit dah bertukar dengan hutan dan tak lama lepas tu kami sampai di pejabat operasi Taman Negara Endau - Rompin.
Jambatan gantung yang ada berhampiran dengan pejabat taman negara. Sempat kami merayau kawasan sekitar sementara tunggu advisor kitorang settlekan urusan dengan taman negara. Bila dah settle urusan pendaftaran dan yang sewaktu dengannya, kami diperkenalkan dengan 2 orang guide orang asli. Oh ya, kat area office taman negara tu ada perkampungan orang asli, Kampung Peta. Kami kemudiannya dibawa melalui rumah penduduk kampung ke jeti yang tak ada rupa jeti pun
Sebahagian daripada kami dibawa menyusuri sungai dengan bot. Ada 2 bot yang bawak kitorang dari jeti Kampung Peta ke Kuala Jasin. Dari Kuala Jasin kami berjalan ke tapak perkhemahan di Kuala Marong, meredah anak sungai dan bapak sungai yang deras air adalah melebihi paras pinggang dan beg kitorang kena angkat tinggi2 tak nak bagi basah, melepasi titian gantung sebelum sampai ke tapak perkhemahan di Kuala Marong.
Lepas set up khemah kitorang apa lagi, masing2 berjimba. Ada yang mandi manda, ada yang pegi memancing. Aku ikut ke tempat dorang memancing, view memang cantik. Tapi tak tahu kenapa aku tak terfikir nak ambik gambar. Sampai sekarang aku masih boleh ingat betapa indah dan menariknya tempat tu. Malam tu kami bercandle light dinner ditemani unggun api. 
Tasik Air Biru tempat dorang menunjukkan aksi2 tak boleh blah. Tasik ni memang cantik, airnya biru jernih hingga ke dasar. Sejuk sudah semestinya. 
Pagi2 esoknya lepas sarapan kami dah trekking ke tempat baru. Sayang, kitorang terlepas peluang nak tengok beruang. Masa kitorang lalu tu, baru je beruang tu blah. Dia gali carik anai2, itu pun guide kitorang yang bagi tau. Nak harapkan kitorang memang zero lah. Kami set up khemah kat Batu Hampar, sebab malam nanti kitorang akan bermalam kat situ pulak. Lepas tapau bekal dan bawak apa yang patut, kami sambung trekking ke Buaya Sangkut. 
Batu yang aku bergambar ni sebijik membentuk kepala buaya yang tersangkut. Ada mitosnya pasal buaya sangkut ni. Kalau nak tahu, korang tanyalah cik google. Aku malas nak cerita padahal ingat2 lupa. Best giler berpiknik kat tepi air terjun. Masing2 yang pandai berenang ambik peluanglah, jaki je aku tengok dorang. Lama jugak kitorang kat sini sebelum berpatah balik ke tapak perkhemahan.
On the way balik tu aku terdengar ngauman pak rimau, sayup2 je bunyinya. Dorang yang kat belakang memang tak dengar pape. Cuak jugak kalau2 dia muncul kat depan kitorang, tapi lega bila takde pape. Sampai kat tapak perkhemahan masing2 berendam lagi. Aku pun sama, tak lepaskan peluang. Lagipun kitorang bagi chance mereka2 yang take turn memasak tu tak diganggu. Esoknya kitorang dah nak balik, tak bolehlah nak menikmati semua tu lagi. 
Depan rumah penduduk kampung, on the way kami nak balik ke pejabat taman negara. Sempat tumpang bergambar sebelum balik. Lewat petang baru kitorang bertolak balik ke Kahang dengan bas 4x4 dan tukar bas kat tempat yang sama. Kalau masa datang hari tu masing2 excited, tapi kali ni masing2 terlentok keletihan. Taman Negara Endau Rompin menyimpan jutaan rahsia dan aku harap kesuciannya masih seperti dahulu. It was so wonderful to experience the journey. 
footnote: tak sabar nak tunggu 23hb ni, sesi mengintai penyu dan mencandat sotong pulak. Ada sesiapa berminat nak join? Haha...

BLOG JOHOR: 01 <b>di endau</b> - Google Blog Search

Posted: 27 May 2013 09:12 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di endau</b> - Google Blog Search

Posted: 14 May 2013 09:38 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di endau</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Apr 2013 09:12 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Taman Negara <b>Endau</b> Rompin | DrPlaces

Posted: 18 Jan 2006 07:45 AM PST

Taman Negeri Endau Rompin merupakan salah satu daripada sebilangan kecil hutan hujan tropika tanah pamah di Malaysia. Terletaknya di legeh Sungai Endau dan Sungai Rompin di Johor bersempadan dengan Pahang, kawasan ini yang seluas 50,000 hektar (500 kilometer persegi) dianggar berumur sekitar 250 juta tahun.

Pelbagai jenis tumbuhan yang unik terdapat di sini seperti keruing, meranti, paku-pakis, periuk kera dan orkid hutan. Pada sekitar 1985, satu ekspedisi sains menemui 25 spesies tumbuhan yang baru.

Di Taman Negara Endau-Rompin juga terdapat banyak hidupan liar seperti harimau, gajah dan babi hutan serta bilangan badak sumbu Sumatera yang terbesar di dunia. Spesies tempatan yang lain termasuk binturung (bear cat) dan Ungka Tangan Putih (white handed gibbon) yang merupakan spesies mawas yang tunggal di kawasan ini. Di sini juga terdapat pelbagai jenis serangga dan burung yang jarang ditemui di tempat lain.

Terdapat juga banyak air terjun dan denai kecil di Taman Negeri ini. Air Terjun Buaya Sangkut dengan ketinggian 120 meter merupakan kawasan air terjun yang paling cantik. Ia ada lima tingkat dan mampu mengalirkan empat perpuluhan lima juta liter air seminit.

Kawasan ini juga penuh dengan mitos dan legenda dan telah menjadi sebuah kawasan rekreasi dan pelancongan yang mashyur di Malaysia. Ramai pelancong gemar menjejaki hutan ini, khususnya di habitat puak Jakun di mana mereka dapat mendengar cerita-cerita mitos hutan yang terpesona. Taman ini juga memberikan wawasan bernilai tentang budaya orang asli yang unik, teknik ketakatan serta kemahiran pemburuan dan pengesanan haiwan.

Perkhemahan merupakan penginapan yang paling popular. Terdapatnya empat tapak perkhemahan yang dapat menampung kira-kira 300 ratus orang, yakni di Kuala Jasin, Batu Hampar, Upeh Guling dan Kuala Marong. Pada waktu sekarang, Taman ini tengah merancang untuk memberikan lebih kemudahan kepada pelancong selaras dengan matlamat untuk membentukkan taman negara ini sebagai destinasi pelancong yang utama.

Taman Negeri Endau-Rompin ditutup semasa musim hujan dari November sehingga Mac. Memancing ikan tidak dibenarkan pada musim ikan bertelur dari September hingga Oktober.

Cara ke sana

Perjalanan ke Taman Negeri Endau-Rompin bermula dari Kampung Peta, iaitu sebuah perkampungan orang Hulu. Dari Kampung Peta, pelancong boleh menaiki bot kecil selama 40 minit untuk sampai ke kawasan perkhemahan Kuala Jasin. Dari sini, mereka perlu berjalan kaki kira-kira enam jam untuk sampai ke kawasan Air Terjun Buaya Sangkut.

Attractions

Nusajaya Kini: Fenomena UAC Tawan Hati Anak Muda <b>Endau</b>

Posted: 28 Mar 2013 06:55 PM PDT


 Oleh: Ibn_Bacoks MERSING – Sokongan anak muda kepada Pakatan Rakyat (PR) merupakan satu fenomena yang tidak boleh disangkal oleh sesiapa.

Terbaru, program Pelancaran Kelab UAC (Ust Azam Club) sebagai kelab penyokong telah berjaya di adakan pada 20hb Mac lalu di Suara's Chelat Tenglu Laut Mersing, dekat sini.

"UAC adalah hasil cetusan idea rakan-rakan dengan usaha mengalakkan sokong orang-orang muda yang mahukan kepada perubahan.

"Alhamdulliah dengan kerja dan kerjasama semua AJK UAC mereka berjaya mengumpulkn hampir 200 orang anak muda dari sekitar Dun Endau.

"Terima kasih saya rakamkan buat Sdr Idris Ahmad selaku Pengerusi UAC dan ahli jawatankuasanya, UAC sebagai pentas baru anak muda di Dun Endau untuk membangkitkan kesedaran anak-anak muda dalam menghadapi PRU 13.

"Saya bangga dengan kesedaran anak-anak muda, dan terharu atas sokongan anda semua," katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, program bermula jam 3.30 petang dan berakhir jam 11.30 malam itu sarat dengan pelbagai aktiviti anak-anak muda.

"Saya diminta merasmikan pelancaran UAC-kelab sokongan anak muda kepada perjuangan saya bersama PAS / PR untuk perubahan. Sejuta terima kasih khas Idris, Zam, Rafi, Zarin, Fendi, Tak di lupakan Pak Lias Benaung, Din, Fakhrul serta rakan-rakan, Hermen, Adi, Ali dan semua yg terlibat.

"Saya amat menghargi dan menyayangi kalian, bantu kalian cukup bermakna pada saya. Semoga Allah merahmati dan meredhai kalian semua, semoga akan berlaku Perubahan di Endau. Masa untuk berubah," katanya lagi.

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads