ads

Selasa, 28 Mei 2013

01 di pontian - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

01 di pontian - Google Blog Search


Nangka Madu Berbuah Pelik <b>Di Pontian</b> | Bicara Santai

Posted: 29 Apr 2013 03:18 PM PDT

Dalam dunia ini, pelbagai kejadian yang Allah jadikan untuk sebagai petunjuk kepada kebesaranNya.  Dia juga yang menjadikan sesuatu itu sempurna dan sebaliknya.  Sebagai manusia tugas kita bukan hanya melihat sesuatu yang pelik itu dalam pandangan kosong sahaja tetapi harus diperhalusi bahawa setiap kejadian itu berkait dengan kekuasaan Allah SWT.

Baru-baru ini, seorang pekebun terkejut apabila nangka madu yang ditanam berhampiran rumahnya di Pekan Kayu Ara Pasong, Pontian, Johor yang berbentuk seakan-akan ibu yang sedang mendukung anak.

nangka_pelik

Pelik…nangka seakan-akan sedang mendukung anak

Pekebun kecil tersebut, Abdul Hamid Sargidon, 70, berkata, dia menanam benih nangka madu itu beberapa tahun lalu dan hanya menyedari pokok itu mula mengeluarkan buah pada minggu lalu.

"Saya nampak pokok nangka madu itu mula berbuah dan buahnya hanya sebiji di batang pokok.   "Saya dan isteri kemudiannya membersihkan kawasan sekitar pokok yang dipenuhi dengan lalang dan dahan pokok pelam yang terletak di sebelahnya beberapa hari lalu," katanya.

Jelasnya, selepas dibersihkan, dia dan isteri amat terkejut apabila mendapati nangka madu itu mempunyai bentuk seakan seorang ibu yang mendukung anaknya.

"Saya dan isteri terfikir bentuk nangka seolah-olah melambangkan kami yang mempunyai sebuah keluarga besar iaitu anak seramai enam orang dengan 17 cucu serta seorang cicit yang masih kecil," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Katanya, kejadian pelik itu pertama kali dialami sepanjang penglibatannya dalam bidang pertanian dan tidak pernah melihatnya di tempat lain.

"Saya akan terus biarkannya membesar dan jaga pokok nangka madu ini dengan sebaiknya," katanya.

Kewujudan nangka pelik itu turut menyebabkan rumahnya menjadi tumpuan penduduk sekitar yang mahu melihat sendiri buah tersebut.

Sumber  :  Sinar Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Category: Pelik

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved