01 di kulai - Google Blog Search |
Serangan <b>Di Labis</b>, Orang Ramai Di Gesa Tidak Panik Posted: 14 May 2013 12:00 AM PDT [Penduduk Johor khususnya di Segamat diminta tidak panik dengan insiden serangan yang berlaku di pekarangan Balai Polis Labis kelmarin kerana pergaduhan itu sebenarnya berpunca daripada salah faham antara dua sahabat baik. Menurut Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim, serangan yang dilakukan lima lelaki bersenjatakan parang sehingga mencederakan tiga termasuk seorang anggota polis itu tidak mempunyai kaitan dengan perselisihan faham antara kaum atau kumpulan kongsi gelap. Beliau berkata, hasil siasatan lanjut pihak polis, anggota polis dan rakannya dipercayai telah membuat kacau di kedai salah seorang daripada lima suspek pada pukul 3.00 pagi dan 10.00 pagi kelmarin. "Kejadian serangan itu merupakan rentetan daripada dua kejadian tersebut. Malah siasatan juga mendapati anggota polis Pasukan Gerakan Am (PGA) di Bakri, Muar itu dahulunya rakan baik kepada salah seorang suspek dan telah berlaku salah faham antara mereka. "Ini merupakan kes terpencil yang melibatkan perselisihan faham antara anggota polis dan orang awam berhubung masalah peribadi dan tiada kaitan dengan ketegangan kaum," katanya semalam]. #sumber |
You are subscribed to email updates from di labis - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan