01 di kota tinggi - Google Blog Search |
Seram Giler La: Misteri malam <b>di Kota Tinggi</b> (Kisah Seram) Posted: 27 May 2013 04:19 AM PDT Misteri malam di Kota Tinggi (Kisah Seram) | Saya Abbi bukan nama sebenar dari johor.. terima kasih kerana k.c mahu menceritakan kisah saya. Di sini saya ingin ceritakan kisah yang amat menghantui hidup saya sampai sekarang.. Walaupun sudah 2 tahun berlalu.. Kisah ini berlaku di kampung saya di Kota tinggi Semenchu. Kami sekeluarga bercuti tenang kan fikiran di kawan kampung. Rumah saudara saya jauh di perdalaman..nak sampai ke rumah nya perlu melalui kelapa sawit yg memakan masa hampir 45 minit. Rumah saudara saya betul betul atas dan tengah laut untuk sampai kesana pula saya perlu melalui titi spanjang hampir 20 meter jauh nya. Di pendekan cerita,Pada malam nya..ayah saya serta lelaki2 lain turut turun ke laut mengikut pak cik saya memasang jala dan ada yang memancing ikan. Tinggal lah saya bersama mama,makcik saya serta tiga lagi anak nya. Masing-masing sudah terlena dibuai mimpi.dan masing-masing juga perempuan. Pak cik saya seorang pengamal perubatan tradisional. Cuba bayangkan muka yang hancur seperti sopak luka teruk berulat,.lidahnya terjelir panjang,baju nya berwarna putih..kuku panjang memangil saya macam dia tahu saya terlihat nya..bau nya masya allah..busuk tak terkata.mata nya merah.keadaan saya mengigil takutnya masa itu..bagaikan mahu pengsan.mulut saya membaca ayat kursi tak henti2.dia tetap tak pergi..masa itu pula saya mahu terkencing.saya beranikan diri ke bilik air.tapi benda tu menghadap mengikut mana sahaja saya pergi.lemah lutut saya..terdengar pula dinding kayu di cakar cakar.selepas itu yang lagi menyeramkan saya dia mengilai.yang pelik nya hanya saya yang mendengar,ahli keluarga yang lain tak pula bangun dan tersedar.air mata saya laju mengalir menahan ketakutan..saya cuba kejutkan mama saya tapi tak pula bangun.mungkin keletihan. Bila saya ke tempat tidur semula saya lihat benda itu sudah hilang..bersyukur sangat2.esok pagi nya saya ceritakan pada pak cik saya dia hanya tersenyum.Cuma pada hari saya mahu pulang magrib nya terlihat perempuan yang sama di celah pokok sawit sedang memerhatikan kereta kami bergerak mahu pulang.anak saudara saya pula menangis meraung umurnya pada waktu itu baru 1tahun.alhamdulilah mama saya sepanjang panjang jalan membaca yasin.di radio pula saya pasangkan surah-surah.benda itu tidak ikut kami pulang..Sampai sekarang saya teringat mukanya...hanya ALLAH maha mengetahui segala kejadianya. |
Cinta Itu Misteri: Bercuti <b>di</b> Lotus Desaru Beach Resort, <b>Kota Tinggi</b> Posted: 02 Jun 2013 10:02 PM PDT Cuti sekolah ni banyak sangat aktiviti, tapi walau macam manapun kena juga spend time untuk anak-anak pergi bercuti. Kali ni bawa atok dan neneknya sekali. Hari Sabtu yang lepas kami ke Bukit Jalil memberi sokongan kepada pasukan bola sepak JDT. Alhamdulillah, kepulangan kami ke Johor selamat. Keluar dari stadium lebih kurang pukul 12 malam dan menaiki bas yang setia menunggu kami di gate belakang stadium. Berjalan kaki lebih kurang 20 minit untuk ke tempat bas, melalui jalan yang gelap dan de kiri kanan hutan. Tapi, dengan adanya penyokong JDT yang selamai 70 buah bas membuatkan kami tak gentar. Sampai Johor Bahru lebih kurang pukul 5.30 pagi dan kami pergi makan dinner + supper + breakfast dulu di Restoran Osman, Larkin Perdana. Sampai rumah dah masuk subuh, solat dulu dan terus bantai tidur sampai pukul 1.00 petang. Bangun tidur pergi kenduri kahwin dulu rumah mak sedara. Isi perut dulu sebab petang tu dah nak ke Desaru, Kota Tinggi. Semalam dari Johor Bahru lebih kurang pukul 4.00 petang terus ke Lotus Desaru Beach Resort. Hari ni hari ke dua. Jom layan gambar.... Haduiii....taktaulah nak naik pukul berapa ni. Nenek duduk bersantai bawah gazebo tengok gelagat kanak-kanak. Atok plak duduk bawah pokok, redup...berangin... Apa yang diorang duk tunggu ramai-ramai ni? Meh tengok skit... Coconut falling....hihihi....best, semua orang tunggu bende alah ni. Ni ruang tamu bilik kami. Bilik 2 tingkat, katil di sebelah atas, so ambil gambar dari atas Harga bilik untuk cuti sekolah RM338, rate cuti sekolah memang mahal sikit...walaupun weekday macam kami yang ambil bukan Sabtu &Ahad. Weekend lagi mahal. Huhuhu.... Pemandangan teampark dari bilik. Malam tadi tembak bulan serta ombak dan pagi tadi pun ke pantai lagi main tanam-tanam. Gambar snap dari DSLR, tak bawa ubat. Tunggu next entry untuk gambar-gambar di pantai. ♥♡ Happy Monday ♡♥ |
You are subscribed to email updates from di kota tinggi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan