Sabtu, 22 Jun 2013

01 di parit sulong - Google Blog Search

01 di parit sulong - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di lok heng</b> - Google Blog Search

Posted: 30 May 2013 07:30 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kit Siang bakal berkubur <b>di Gelang Patah</b> | The Unspinners

Posted: 30 Mar 2013 06:00 PM PDT


Penasihat DAP, Lim Kit Siang sudah disahkan akan bertanding di Parlimen Gelang Patah, Johor sekaligus memadamkan hasrat Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng yang sebelum ini berangan-angan untuk menjadi calon PKR di kawasan tersebut.

Kejayaan DAP mempengaruhi Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim supaya memberi laluan kepada Kit Siang bertanding di Gelang Patah agak mengecewakan ramai penyokong PKR sementelah lagi sudah berbulan-bulan Pengerusi PKR Johor itu melakukan gerak kerja kempennya di sana.

Baru-baru ini sumber yang rapat dengan Jui Meng memberitahu akhbar Nanyang Siang Pau yang bekas pemimpin MCA itu berura-ura untuk meletakkan semua jawatannya dalam PKR sebagai tanda protes berikutan tindakan Anwar yang dianggap sebagai satu pengkhianatan.

DAP memang lama mahu masuk Johor. Dengar komen Tunku Aziz berikut:

Sama ada ura-ura itu menjadi kenyataan atau tidak, yang pastinya Gelang Patah tidak menjanjikan laluan mudah untuk Kit Siang yang dijangkakan akan berdepan dengan protes secara besar-besaran dari penyokong PKR.

Kit Siang yang sudah acap kali berpindah randah dari satu negeri ke negeri lain untuk melebarkan pengaruh DAP tidak hanya akan menghadapi protes penyokong PKR pro Jui Meng tetapi juga bakal berdepan dengan masalah penerimaan pengundi selain cabaran sengit dari BN.

Majoriti pengundi keturunan Cina di negeri yang terkenal dengan jolokan kubu kuat UMNO sejak berdekad lamanya terbukti mempunyai sikap unik dan penerimaan mereka juga jauh berbeza dari pengundi Cina di negeri lain. Cabaran ini tentunya sukar di mengertikan oleh Kit Siang.


Apatah lagi Ketua MCA Bahagian Gelang Patah, Jason Teoh yang hampir pasti mewakili BN bukannya kecil anak untuk diperlekehkan oleh Kit Siang.

Gambaran awal kegusaran DAP dengan keterampilan Teoh dapat dilihat dari serangan awal jentera propaganda DAP yang mula melakukan sabotaj terhadap pemimpin MCA itu melalui sebuah fan page tiruan.

Teoh yang sudah sekian lama dikenali kerana rekod khidmatnya yang cemerlang dan rapat dengan ramai pengundi di sini, sudah tentu merupakan sandaran kukuh untuk BN mengekalkan penguasaan di Gelang Patah.

Tindakan Kit Siang beralih kawasan sempena PRU 13 dengan bertanding di Gelang Patah sebenarnya boleh diibaratkan seperti menggali kuburnya sendiri. Kekuatan DAP di kawasan Parlimen itu ditambah dengan pengaruh peribadinya sukar untuk meruntuhkan kubu BN di sana.

Malah kekuatan DAP yang kian suram di kawasan ini khususnya di DUN N48 Skudai yang dimenanginya dengan majoriti besar 12,854 undi pada PRU 12 tahun 2008 dulu, meletakkan DAP bukan dalam keadaan selesa untuk merampas Parlimen Gelang Patah dari BN.

Berdasarkan trend terkini menunjukkan pengaruh DAP di DUN Skudai sudah semakin suram dan ada kemungkinan parti itu bakal kehilangan kerusi tersebut. Paling tidak pun DAP cuma berupaya mempertahankannya dengan majoriti kurang dari 2,000 undi, mana-mana satu yang berlaku ia tetap berita buruk untuk DAP.

Sementara satu lagi DUN dalam Parlimen gelang patah iaitu N49 Nusajaya yang dimenangi BN melalui calon UMNO dengan majoriti 7,384 undi pada PRU yang lepas, hampir pasti akan kekal di tangan BN dengan undi majoriti yang lebih tinggi.


Berdasarkan senario ini, sudah pasti PRU 13 bakal menjadi igauan buruk untuk DAP dan nyawa politik Kit Siang akan tamat di Gelang Patah dek kerana terbunuh di tangan Teoh.

Rakyat Johor tidak sabar menantikan saat itu bagi memberi pengajaran supaya politikus kaki panjang seperti Kit Siang yang gemar berpindah randah sana sini untuk kepentingan kerjaya politik sendiri tidak terus dijadikan ikutan.

Pengundi-pengundi Cina tidak mengalu-alukan kepulangan Kit Siang di penghujung hayat politiknya. Mungkin Kit Siang sudah mula rasa kerana pekedai-pekedai Cina tidak mahu bersalaman dengan beliau ketika dia melawat kawasan.

Kenapa dia tidak berada di Johor selama ini? Baru sekarang nak balik ke negeri asalnya.

Blog Felda: felda <b>lok heng</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Jun 2013 09:16 PM PDT

Dari kiri: Ketua Peneroka Felda Bukit Waha, Ab Aziz Abu Bakar, Ketua Peneroka Felda Aping Barat, Husin Japar dan Ketua Peneroka Felda Lok Heng Selatan, Mohammad Bakar.

Dari kiri: Ketua Peneroka Felda Bukit Waha, Ab Aziz Abu Bakar, Ketua Peneroka Felda Aping Barat, Husin Japar dan Ketua Peneroka Felda Lok Heng Selatan, Mohammad Bakar.

KOTA TINGGI – Ketua peneroka dari lapan tanah rancangan Felda di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sedili di sini menghantar memorandum untuk menghalang ceramah politik pembangkang diadakan di kawasan mereka.

Lapan kawasan terbabit ialah Felda Lok Heng Selatan, Felda Lok Heng Barat, Felda Lok Heng Timur, Felda Aping Barat, Felda Aping Timur, Felda Simpang Waha, Felda Bukit Waha dan Felda Easter.

Memorandum diserahkan kepada Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi pada satu perjumpaan semalam.

Ketua Peneroka Felda Lok Heng Selatan, Mohammad Bakar berkata, memorandum itu mewakili suara semua penduduk termasu persatuan belia, Gerakan Persatuan Wanita (GPW) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ada dalam kampung berkenaan.

Menurutnya, penduduk kampung berkenaan sudah sebulat suara bersetuju dalam mesyuarat kampung untuk menolak sekerasnya kehadiran pembangkang di kampung mereka.

"Selama ini kita telah memberi peluang kepada mereka mengadakan ceramah dalam kawasan gugusan ini. Kini, tempoh mereka telah tamat, malah kita tidak mahu mereka datang ke kawasan kampung kami lagi.

"Tambahan pula kita takut jika kehadiran mereka nanti akan mencetuskan provokasi dan seterusnya mencetuskan suasana yang tidak aman," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Ketua Peneroka Felda Aping Barat, Husin Japar berkata, kehadiran pembangkang tidak memberikan manfaat kepada penduduk, sebaliknya sekadar menyebar perkara yang tidak benar.

Menurutnya, setiap kali ceramah pembangkang diadakan, hanya beberapa orang penduduk tempatan yang hadir di mana selebihnya adalah orang luar.

"Kita takut berlaku pergaduhan. Tambahan pula, yang hadir ke ceramah mereka adalah penduduk luar. Oleh itu, penduduk kampung di sini telah bersepakat dan bersetuju untuk menyerahkan memorandum ini kepada pihak berkuasa," katanya.

Sementara itu, Ketua Peneroka Felda Bukit Waha, Ab Aziz Abu Bakar berkata, penduduk Felda kini telah menerima pelbagai manfaat dan kesenangan hasil daripada pemerintahan kerajaan sedia ada pada hari ini.

Beliau berkata, peneroka juga sudah tidak perlu berhempas pulas tenaga mencari rezeki, sebaliknya hanya duduk di rumah menikmati hasil yang selama ini diusahakan.

"Penduduk di sini semua bersyukur dengan kemudahan yang mereka peroleh sekarang. Malah jika boleh, kita mahu mencegah anasir luar yang cuba membawa fitnah kepada penduduk.

"Kita tidak mahu kehadiran mereka dalam kawasan kampung kami akan meninggalkan pengaruh negatif kepada penduduk," katanya.- Sinar Harian

simple but nice: CHECK UP <b>DI</b> KLINIK KESIHATAN <b>LOK HENG</b>!

Posted: 28 Jun 2012 05:25 AM PDT

dah seminggu blog dibiarkan tanpa kasih sayang penulis
nasib ko lah blog sebab tuan ko kan malas tahap dewa
ni pon dah dekat2 nak tutup kedai baru la sibuk bukak blogger nak menaip
haippp, janganlah boss jerit kemas sebelum saya siap buat entry nih
kalo tak nanges nak sambung esok pulak, huhuhu
ok hari ni check up bamlom untuk setahun 6 bulan
bukan check di klinik rutin ye, tapi kat lok heng sana
malam tadi balik keje je, bergegas ke lok heng
bukan tak mahu ke klinik pasir gudang tapi tak sanggup nak menunggu lama sangat
kalo bagi masa mak masak 2 jam lebih tu penoh meja lauk pauk, siap pencuci mulut bagai hokkay!!
ecehhh, macam la pakar sanggggat kan??
pagi tadi  jam 7.30 baru mandi bersiap
sebab klinik dekat je xyah la nak kelam kibut sangat
biasanya kul 6.30 tu dah paksa bamlom bangun mandi
kul 8 baru keluar rumah, atuk mak bamlom siap teman lagi okkay!!
dia pon nak amik darah juga, so sekali la kite
sampai2 je gate pon belum bukak lagi
ade la sorang tengah tunggu, dalam 8.10 baru dia bukak gate, pintu dan masuk amik nombor
bamlom dapat nombor 2, sukee sangat, tak yah la nak nunggu lelama
8.30 masuk bilik pemeriksaan, 8.45 injek, jam 9 siappppp
vavavavava, suke hati sungguh
cepat, tak ramai orang, nurse pon baik2 belaka
en harry cakap lepas ni kalo pregnant cek kat lok heng je
iye lah suamikuuu, isteri yang taat ni ikut aje kata katamu.. puiiiiiiiiiiiii
berat bamlom diusia ni adalah 10.7 kg
masih cantik mengikut graf, tapi sikit sangat naiknye
buas jah lebih, pastu balik kampung minggu sudah dengan tak nak makan lagi
mana la nak naik timbang.. hadehhh
panjang pulak 82cm, tak tahu la banyak mana beza tinggi sebab nurse kat pasir gudang jarang2 ukur tinggi..
takpelah janji bamlom sihat sudah...
kene injek 4 serangkai, injek dah habis la untuk budak kecik ni
tapi nurse suruh pegi lagi klinik timbang berat ngan ukur tinggi
ikut aje lah, kalo tu yang terbaik untuk bamlom...
sekarang ni bamlom dah pandai angkat tangan ke mommy/ didi/maklong/ sape2 yang marah dia
siap tunjuk kaki lagi tu kenkadang, haih geram betulll
mana la dia belajar tuh!!
pastu asik nak berdokong je, pantang nampak motor pulak tu, mesti nak naik
kalo pagi2 tuh, sebelum didi keje mesti bawak dia naik motor dulu seround dua
baru la didi boleh pegi keje ngan aman
kalo tak, mommy pulak yang jadi hamukan dia.. anak la anak
nak gosok gigi pon dah senang dah
masuk bilik air, cakap nak gosok gigi, terus dia gi kumur dulu
mentang2 la dah pandai berkumur asik nak berkumur aje
kadang2 tu belom siap gosok dia dah sibuk dah suruh bukak paip nak kumur
masih lagi pakai berus gigi yang sumbat jari tuh,
pakai yang batang dia kurang selesa, takpelah janji gigi kamu bergosok dan putih sudah..
susu memang dah kurang sangat sekarang
kalo keluar belanja setakat sejam dua memang takyah bawak bekal susu dah
belikan je milo kotak tu atau air soya, kalo dahaga nanti otometik air! air! air
senang la mak ko bersenang lenang soping kalo begitu kan?? hikhikhik
sekarang semua benda dia panggil air, nak apa? nak air, padahal nakbenda lain..
paling manja dengan didi dan atuk mak dia
kalo dia buat perangai, 2 orang ni la yang selalu duk pujuk dia
kalo datang ke mommy nanti kan kene la lepukk kat kaki sekali dua
mommy kan kurang sabar..grrrr
kedai pon dah nak tutup nih, see ya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads