ads

Rabu, 31 Julai 2013

01 di batu pahat - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

01 di batu pahat - Google Blog Search


Whateverlife! » TotiNissa Cookies <b>di</b> Baazar Ramadhan Sebelah <b>...</b>

Posted: 19 Jul 2013 09:54 AM PDT

Jul 20 2013

Assalammualaikum,

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi, eh eh bulan Ramadhan ini tiba tiba muslimah pula blog ini. Untuk pengetahuan semua, secara officially sepanjang bulan Ramadhan ini product TotiNissa Food and Cookies akan berada di Baazar Ramadhan sebelah Dewan Jubli Intan Batu Pahat!!

Jangan lupa singgah booth no 7! Betul-betul menghadap jalan besar Jalan Rahmat. Boleh beli 'drive thru' lagi jangan memain curlasss gitu. Dari tepi jalan boleh jerit, "Tart nenas Totinissa Satu Balang Please!!!"

Kalau tak percaya dengan kualiti dan rasa cookies kami, boleh cuba tester cookies kami dari booth. Baca bismillah takot korang menggelupur kesedapan pula nanti. Eh over tau.

Popia horlicks ini tak perlu tunggu raya. Makan ngemil-ngemil depan TV lama-lama habis. Lepas itu menyesal apasal tak beli banyak banyak?

Tart Nenas yang tak putus-putus mendapat tempahan. Ngap sekali nak lagi eh lagi eh lagi. Antara kuih tart nenas favourite I. Hidangan wajib di hari raya!

Popia serunding yang renyah kriuk kriuk bunyinya.

Coklat Chip bagi penggemar coklat. Popia Udang Kering pon ada!

Ni pula gambar-gambar belakang tabir yang sempat dirakamkan sewaktu team kru TotiNissa sedang menyiapkan tempahan. Sampai tak cukup tangan dengan tempahan yang berpusu-pusu. Eh macam salah je ayat ni. Lantaklah.

Semua harga cookies bermula dari Rm10 – RM28 bergantung kepada saiz balang. Nak tahu fully price tag boleh check dekat Facebook TotiNissa

Kami masih menerima tempahan. Jadi bagi sesiapa yang tak sempat nak datang booth TotiNissa ataupun yang tinggal jauh tapi kempunan nak rasa product kami, perkhidmatan delivery pos laju juga disediakan (Hanya untuk cookies sahaja ye, frozen food tak boleh buat delivery lagi) Penghantaran percuma untuk pembelian 3 product dan ke atas!!

Terima kasih daun keladi, esok lusa beli lagi!

Leave a Reply

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved