ads

Rabu, 31 Julai 2013

di negeri johor - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri johor - Google Blog Search


kerajaan <b>negeri johor di</b> bawah bn mansuhkan lesen <b>...</b> - jawa bernam

Posted: 27 Jul 2013 03:23 AM PDT

SEMAKIN mengganas aku tengok Menteri Besar Johor yang baru kali ini. Selepas satu, satu lagi tindakan drastik yang dilakukan bagi membanteras budaya sosial yang sudah tidak dapat dikawal lagi di negeri Johor Darul Takzim. Johor yang majoriti penduduknya adalah orang Melayu yang beragama Islam dilihat menyambut baik tindakan MB Johor.
Tahniah Datuk Seri Hj. Mohamed Khaled Nordin!!
Cuma aku masih menunggu sejak dari 2008 lagi bagi negeri yang dipimpin oleh pakatan haram DAP-PKR-PAS yang kononnya membawa satu pentadbiran ke arah yang lebih Islamik di Malaysia. Satu kerajaan negeri yang membawa kepada kebajikan rakyat berpandukan kepada prinsip-prinsip Islam yang telah termaktub. Yang juga bermakna tiada benda-benda 'lagha' seperti pusat hiburan, pusat judi, pusat urut, serta pusat-pusat Chinadoll. Namun sehingga kini semuanya hanyalah angan-angan Mat Sabu.
Fokus pada negeri Selangor yang ditadbir oleh PKR. Sebelum tahun 2008, didalam manifestonya katanya akan menutup kilang arak di Shah Alam, akan menutup pusat urut di sekitar Selangor, tidak akan memberi lesen hiburan kepada pusat hiburan di Selangor dan bermacam-macam lagi tapi hingga kini, 2013 apa yang terjadi?
Janji tinggal janji. Inilah yang dinamakan 'JANJI DI CAPATI'.
Apa yang kerajaan negeri kebajikan pakatan dah lakukan? Adakah kilang arak di Shah Alam sudah ditutup?
Adakah pusat urut banyak yang tidak beroperasi? Adakah pusat hiburan, judi semakin berkurang?
Itu semua hanya mimpi Khalid yang terlena dalam press conference.......
Sejak Selangor diambil alih oleh Khalid Gagap, kilang arak masih gagah berdiri tegak ditempat asal. Pusat urut makin bertambah bagai cendawan tumbuh lepas hujan. Pusat judi jangan cakap, dari sekecil-kecil kedai judi tidak kira Magnum atau Toto, sehinggalah kepada sebesar-besar kedai. Contoh paling dekat adalah di Sekinchan, pusat judi ekor bersebelahan dengan Pejabat DAP Sekinchan. Senang nak pantau katanya.
Aku masih tertunggu-tunggu jugak apa yang Selangor nak buat pasal rumah urut dan pusat judi ni? Di Shah Alam baru-baru ini dalam bulan Ramadhan juga, ada penganjur pusat hiburan tidak menghormati bulan Ramadhan dengan penganjuran tarian bogel di sekitar Setia Alam. Dengan muzik yang membingitkan telinga berjaya mengganggu imam dan makmum untuk mengerjakan solat terawikh yang jarak antara pusat hiburan dan surau hanya 1km. Adakah ini digelarkan menghormati agama lain??
Rakyat yang prihatin sudah ramai yang bising tentang perkara ini namun tiada sebarang tindakan pun yang diambil oleh PBT. Sebab apa? Ya! Atas arahan Menteri Besar Selangor, pusat hiburan ini tidak ada apa-apa kesalahan, yang menjadi kesalahan adalah surau tersebut. Kenapa surau itu dibina dekat dengan pusat hiburan? Antara alasan yang diterima.....
Habis apa bezanya pentadbiran pakatan di Selangor dan BN di Johor? Nampaknya kerajaan Johor di bawah BN lebih Islamik dari Selangor. Lebih Islamik dari Pulau Pinang.
Bila Khalid Gagap nak gempur pusat hiburan sekitar Puchong, Petaling, dan Klang???

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved