Selasa, 2 Julai 2013

01 di bekok - Google Blog Search

01 di bekok - Google Blog Search


&#39;menyingkap sejarah silam&#39;: <b>BEKOK</b>-TRAGEDI YANG DILUPAKAN

Posted: 12 Apr 2013 09:09 AM PDT



Keamanan dan kesejahteraan yang kita nikmati  kini  sepatutnya  tidak membolehkan kita leka bahawa kita tidak mungkin diuji lagi akan kekebalan malah  mampu terdedah dengan peluang dan ancman.
Disebalik kedamaian dan keharmonian ini sebenarnya tercatat sejarah silam yang terlalu pahit untuk dikenang. Nostalgia yang jika diimbau pun menzahirkan perasaan berbelah bahagi kerana nikmat kesenangan dan ketenteraman yang ada pada hari ini sebenarnya dibayar dengan harga yang terlalu mahal.
Kisah dan tragedi yang dicatat ini bukan untuk mengungkit kepahitan zaman silam tetapi adalah untuk mengingatkan generasi hari ini khususnya warga PDRM bahawa zaman penuh pancaroba itu menuntut kecekalan, keikhlasan serta keberanian yang tinggi jika bercita-cita untuk  berkhidmat dalam pasukan keselamatan dalam menawarkan bakti untuk menjaga keamanan dan ketenteraman Negara.
Bekok yang jaraknya lebih kurang (10) kilometer dari persimpangan Pekan Chaah dan Pekan Labis merupakan sebuah mukim dalam daerah Labis. Sebilangan besar kawasannya merupakan ladang kelapa sawit dikelilingi hutan tebal yang menganjur sehingga ke sempadan Kuala Rompin, Pahang dan Daerah Mersing,Johor. Di zaman darurat khususnya awal tahun 1950an dalam krisis menentang gerila komunis, Bekok antara wilayah selatan  yang dianggap kawasan amat  aktif sebagai  sarang gerila komunis  selain Labis, , Paloh, Keluang, Kulai , Endau, Kambau, Sedeli, Penggerang  dan Pontian.
Statistik senarai anggota keselamatan yang terbunuh semasa darurat mencatatkan di antara tahun 1950 hingga tahun 1952 ramai anggota polis yang terbunuh di kawasan ini  diantaranya:-
1.    04/03/1950          (2) Special Constable terkorban di Eldred Estet,Bekok,Johor.
2.    30/09/1950          (2) Special Constable terkorban di Eldred Estet, Bekok,Johor.
3.    15/10/1950          (8) anggota (1) KPL (5) PC dan (2) EPC terkorban di
                                    Chan Wing Estet, Bekok,Johor.
4.    09/07/1951          (1) Special Constable terkorban di Anglo – Johor Estet,
                                    Bekok,Johor
5.    30/06/1952          (2) anggota (1) A.P Insp (1) AP terkorban di Chan Wing Estet
                                    Bekok, Johor.
6.    01/07/1952          (2) Special Constable terkorban di Anglo-Johor Bekok  Estet,,
                                    Bekok, Johor.
7.    27/12/1952          (2) Special Constable terkorban di Sungai Bekok Estet, Bekok,
                                   Johor.
Pengkisahan yang diceritakan oleh saksi-saksi kejadian turut membuktikan jumlah ini sebenarnya lebih ramai yang terkorban jika melibatkan orang awam yang turut menjadi mangsa 
3.0       Tragedi Bukit Locing
Menceritakan tragedi yang berlaku, bagi En. Taman bin Salleh 84 Tahun yang kini menetap di Ladang Geddes, Bahau Negeri Sembilan masih ingat beliau waktu itu berkhidmat sebagai Special Constable  (SC) di Segamat Johor telah di arah ke Bekok untuk mengambil anggota Polis yang terkorban diserang hendap Komunis. "Saya sampai di sana sebagai pasukan bantuan, Saya sampai dan waktu itu keadaan sudah reda, saya tengok mayat ramai anggota  di bariskan di tepi jalan kawasan ladang getah. Saya masih ingat ada, ada seorang anggota polis  yang saya kenali nama Mat Dom,  masih hidup dan mengerang dalam kesakitan  tetapi keadaan baju yang dipakainya penuh berlumuran darah. Dia yang menceritakan kenderaan yang dinaiki telah terkena jerangkap samar dan kemudiannya diserang hendap Komunis.  Kisah (8) anggota polis terbunuh dalam satu serang hendap di Bekok, Labis Johor, senarainya seperti berikut:-
i.      Koperal 7163 Mohd Yatim bin Abdullah
ii.    PC 11768 Mohd Nor bin Lajis
iii.   PC 11765 Nordin bin Kadir
iv.   PC 11898 Anuar bin Buyong
v.    PC 13049 Ismail bin Abbas
vi.   PC 13168 Mohd Shah bin Hj Abdullah
vii.  EPC 2596 Mohd. bin  Hussin 
viii.EPC 3426 Mohd. bin Salleh. 


    Lawatan tempat  kejadian dengan bantuan penduduk tempatan
           Bukit Locing, Ladang Gunung Mas @ Chan Wing Estet.




Peristiwa terkorbannya anggota polis ini juga di ceritakan oleh Hj Johari Bin Yunos 85 tahun bekas Ketua Kampong Labis  yang kini menetap di Felda Tenang,Labis Johor. Beliau ketika itu juga bertugas sebagai SC di Balai Polis Labis menceritakan kejadian berlaku di satu tempat dipanggil Bukit Locing. Gerila Komunis dikatakan mengguna tektik dengan cara memasang jerangkap samar di kawasan berhampiran jurang menyebabkan pasukan keselamatan tidak mempunyai ruang untuk berlindung. Sebaik kenderaan pasukan keselamatan yang merupakan anggota dari Balai Polis Labis menghampiri laluan tersebut, kenderaan tersebut meletup lalu terbalik  dan ketika itulah gerila menghujani mereka dengan peluru dan bom tangan dari atas bukit . Hanya kereta menjadi tempat berlindung. Kekuatan gerila yang ramai tidak mematahkan semangat juang anggota keselamatan. Dengan kekuatan yang kecil berbanding musih yang ramai bilangannya,peluang untuk hidup memang ada jika mereka menyerah tetapi mereka berjuang habis-habisan, namun untuk menyerah tidak sekali. Mereka membalas balik setiap tembakan yang dilepaskan musuh. Kenderaan itulah yang menjadi pelindung mereka, Gerila hanya meninggalkan tempat kejadian setelah menjangkakan tidak ada seorangpun yang selamat dari serangan tersebut. Turut terkorban ialah beberapa orang awam yang merupakan pekerja Telekom. Mereka diiringi oleh pasukan keselamatan dalam tugas memasang  kabel di Chan Wing Estet.
Kekuatan gerila komunis dalam serangan tersebut tersebut dianggarkan seramai 80-100 orang dan dipercayai  dari Rajimen ke4 Parti Komunis Malaya yang ketika itu dianggarkan mempunyai kekuatan seramai 370 anggota[1]. Penulis yang melawati tempat kejadian mendapati kini kawasan tersebut terletak di Ladang Gunung Mas yang suatu ketika dahulu dikenali dengan nama Chan Wing Estet. Jarak tempat kejadian dari Balai Polis Bekok lebih kurang (10) kilometer. Lokasi itu dinamakan Bukit Locing kerana dikatakan suatu ketika dahulu terdapatnya locing yang amat besar berhampiran puncak yang digunakan sebagai isyarat kepada pekerja-pekerja ladang supaya meninggalkan kawasan ladang sebaik jam 3 petang. Pertempuran itu memang hebat, kekuatan pasukan keselamatan tidak mampu menyamai musuh yang  jumlahnya lebih besar, namun mereka melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab walaupun  nyawa mereka menjadi sandarn. Bagi mereka untuk menyerah tidak sekali-kali. Wira-wira ini sememangnya antara mereka yang terbilang walaupun  tidak pernah dijulang... Bersambung dalam kisah Tragedi Hari Jumaat-layari https://www.youtube.com/channel/UC3JqY052rDAGvR09VlFdENQ?feature=mhee


[1] The Malayan Emergency Revisited 1948-1960 by Lt Col® Azzam Mohd Hanif Ghows

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads