01 di johor bahru - Google Blog Search |
Taman Tema Angry Birds Pertama Asia Tenggara <b>Di Johor Bahru</b> <b>...</b> Posted: 04 Jun 2013 07:23 PM PDT Iskandar Malaysia terus menarik minat pemaju taman tema global apabila Taman Aktiviti Angry Birds yang pertama di Asia Tenggara akan dibuka di wilayah pembangunan ekonomi itu. Taman tema keluarga berkonsepkan dalam bangunan itu akan dibuka di Kompleks Pusat Bandar Johor Bahru (JBCC) yang dulunya dikenali sebagai Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR). Ia akan dimajukan Damansara Assets Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Johor Corporation (JCorp) dengan kerjasama pengasas permainan Angry Birds, Rovio Entertainment Ltd yang berpangkalan di Finland. Taman aktiviti seluas 2,415 meter persegi yang dijangka beroperasi tahun depan itu, bakal menyediakan hiburan dalam bentuk baru kepada peminat watak Angry Birds. Taman tema aktiviti itu dijangka bakal menarik lebih ramai pelancong tempatan dan luar negara yang meminati watak Angry Birds untuk datang ke Johor. Pembangunan semula KOMTAR kepada JBCC merangkumi dua menara pejabat, sebuah hotel dan pusat membeli-belah. Pembangunan semula ini menyaksikan badan pelaburan kerajaan negeri melabur lebih daripada RM1 bilion dan menyasarkan untuk menghidupkan semula kawasan pusat perniagaan Johor Bahru. Kerja pembangunan semula itu sudah hampir 50% disiapkan. Kompleks JBCC yang menyediakan ruang seluas 37,625 meter persegi dijadual dibuka kepada orang ramai pada Mei tahun depan. Tadi aku ada terbaca tweet seoarang tweet Femes.. Kata nya JDT bermaksud Johor Darul Themepark.. Pun boleh lah.. Asalkan mampu membuatkan keluarga melakukan aktiviti bersama-sama dihujung minggu.. |
You are subscribed to email updates from di johor bahru - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan