Isnin, 22 Julai 2013

01 di gelang patah - Google Blog Search

01 di gelang patah - Google Blog Search


Gelang perkauman patah <b>di Gelang Patah</b> « Lim Kit Siang

Posted: 02 May 2013 08:17 AM PDT

Oleh Rahmat Haron | 12:56PM Apr 18 2013
Malaysiakini

Laporan maharaja lawak 'April Fool' yang lalu memberitakan khabar mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menyeru rakyat Johor menjadikan pertandingan PRU13 kerusi Parlimen Gelang Patah sebagai kubur kerjaya politik tokoh veteran DAP Lim Kit Siang.

Malah ke tahap melampau, Dr Mahathir membakar api perkauman dengan menyatakan kemenangan Lim Kit Siang akan mengakibatkan perseteruan antara kaum.

Menteri besar kerajaan sementara Johor Abdul Ghani Othman pula menambah rencah menjadi wira Melayu kununnya dengan berkata kemenangan Lim Kit Siang bakal menggugah keharmonian kaum di Johor.

Gelang Patah menjadi 'kubur' Lim Kit Siang merupakan suatu saranan yang teramat munasabah untuk politik tahun 1983. Di zaman kebenaran paling muktamad hanya didapatkan daripada tiga saluran tivi warna, dengan imej wajah 'dewanya' tidak lain dan tidak bukan ialah Dr Mahathir Mohamad.

Tetapi pada tahun 2013 ini, di zaman pencerahan Internet, ia menampakkan sikap yang menggelabah. Kerana maklumat dan pengetahuan telah pun mematahkan gari ideologi, gelang perkauman yang merantai kita selama ini. Orang sudah tahu.

Cukup bedebah sekalian kita, manusia Melayu terutamanya, kerana puncanya telah pun tertulis pada tembok grafiti dalam babak filem Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani, terbit tahun 1986. Contengan di dinding kota bertulis, "Ke mana lesapnya RM 2.5 bilion duit Bank Bumiputera?"

Kita juga telah mendengar lagu dendangan penyanyi Ito, di tahun 1998 dengan judul Raggae Jalil Ibrahim, tentang "kezaliman di bumi tersayang, haruskah berdiam, kita biarkan."

Kita perlu memahami bagaimana politik-ekonomi Mahathirisme bekerja. Di sini, Mahathirisme bukanlah semata-mata seorang manusia tetapi idea dan fahaman seorang manusia yang telah menjadi sistem dalam jaringan kerja dan struktur organisasi kuasa serta budaya yang rumit.
Malah kini, struktur dan sistem organisasi kuasa itu sedang menemui jalan buntu dengan perebutan yang bertambah sengit, malah di kalangan sesama mereka sendiri.

Politik-ekonomi Mahathirisme bekerja dengan perkakas-perkakas institusi awam yang tidak demokratik, mengamalkan ekonomi kapitalisme semu – kroni monopoli, penuh rasuah dan pecah amanah, menipu pilihan raya, dengan rekod demokrasi dan pelanggaran hak asasi manusia yang buruk.

'The Banker Who Knew Too Much'

Kerana jika kita memahami Mahathirisme kita akan faham bahawa segala cakap-cakap tentang semangat Melayu/ Islam, hak istimewa orang Melayu/ Islam, kepentingan Melayu/ Islam, bumiputera, dasar ekonomi baru dan sebagainya itu hanyalah belit, 'gormal', penipuan, gebang kosong yang hanya berjaya dilakukan pada era penguasaan media tivi.

April tahun lalu, saluran tivi AETN – Crime & Investigation, Asia menayangkan sebuah dokumentari berjudul "The Banker Who Knew Too Much."

Penerbitan dokumentari ini akan membawa kita memahami kepura-puraan Dr Mahathir dan mereka yang berpegang pada ideologi perkauman sempit yang kununnya berteraskan kebudayaan dan tata negara Melayu itu. Kununnya, didongengkan kekayaan negara perlu dimiliki hanya oleh orang-orang Melayu.

Filem dokumentari itu merungkai kes pembunuhan misteri akauntan muda, juruaudit Bank Bumiputera pada tahun 1983.

Jalil sebenarnya ditugaskan untuk mengaudit akaun anak syarikat Bank Bumiputera di Hong Kong, iaitu Bank Bumiputera Finance (BMF). Sewaktu di Hong Kong, Almarhum Jalil mendapati banyak keraguan terhadap cara BMF memberi pinjaman.

Beliau mendapati hampir kesemua pinjaman BMF disalurkan kepada syarikat-syarikat milik Carrian Group. Carrian Group pula dimiliki oleh George Tan, ahli perniagaan Hong Kong, etnik Cina, warga negara Singapura, kelahiran Malaysia.

Dalam dokumentari The Banker Who Knew Too Much itu kita didedahkan bahawa Carrian Group sebenarnya hanyalah rumah untuk merompak duit Bank Bumiputera. Kerana tanpa pinjaman Bank Bumiputera tidak mungkin ada Carrian Group dan George Tan.

(Untuk butiran lanjut kejadian kes pembunuhan itu, silakan menonton sendiri di YouTube)

Bank Bumiputera ditubuhkan pada tahun 1966 bermatlamatkan kununnya membantu orang-orang Melayu dan Bumiputera Malaysia.

Tetapi akhirnya Bank Bumiputera dibankrapkan kerana memberi pinjaman terhadap George Tan, dan nyawa seorang tokoh Melayu muda, Almarhum Jalil Ibrahim telah pun diragut oleh seorang ahli perniagaan Klang – yang tiada kaitan dengan Bank Bumiputera dan BMF – bernama Mark Foon Tan.

Bukan gila, tapi terkutuk

Malah seperti kes pembunuhan mendiang Altantuya, pembunuh yang disabitkan kesalahan juga tiada motif.

Lihatlah asas perkauman Mahathirisme. Ia hanya pada lidah menghasut dan lidah itu semakin kelu kerana perbuatan, perlakuan dan rekod sejarah menunjukkan sebaliknya.

Kerana hari ini, orang akan bertanya, jika benar Melayunya kenapa Almarhum Jalil, seorang Melayu dibunuh, kenapa diberi pinjaman yang banyak kepada syarikat Carrian Group, milik George Tan, seorang etnik Cina sehingga membankrapkan Bank Bumiputera, kunun milik Melayu itu?

Kebankrapan syarikat Carrian Group merupakan rekod bankrap paling besar, di Hong Kong sehingga ke hari ini, di Timur dan di Dunia pada waktu itu. Ia melibatkan kerugian bernilai lebih AS$1 bilion pada 1983.
Ya, pada waktu itu tahun 1983, tahun sebahagian besar umat Melayu masih percaya pada penipuan propaganda tivi dan menerimanya sebagai kebenaran. Sehinggakan imej propaganda terhadap Lim Kit Siang pada waktu itu jatuh ke tahap sentimen kebencian kaum.

Dimainkan momokan Cina kafir, pengikut komunis Chin Peng, si pemakan babi bermata sepet yang niatnya mahu merampas hak-hak orang Melayu dan akhirnya memerintah Malaysia menjadi negara komunis sama seperti di China.

Kini, di tahun 2013, apakah kita masih lagi percaya, bahawa golongan perompak Bank Bumiputera itulah yang akan menyelamatkan umat Melayu Malaysia, setelah terang jelas juga rekod-rekod pengkhianatan dan kemusnahan yang disebabkan golongan ini?

Sehingga saat ini, kerajaan Malaysia masih belum memulakan apa-apa siasatan dan pendakwaan terhadap pembunuhan Almarhum Jalil dan skandal BMF ini, setelah 30 tahun kes berlalu.

Umat Melayu, bertanyalah diri dengan jujur, adakah kita tetap akan berkata, Lim Kit Siang itu rasis perkauman walau beliau pernah memperjuangkan isu skandal kebangkrapan BMFdan pembunuhan Almarhum Jalil Ibrahim di Parlimen Malaysia?

Jika jawapannya masih lagi ya, makna kata kita bukan sahaja gila, malah terkutuk!

RAHMAT HARON seorang seniman 'outsider'. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi rasmi Malaysiakini.

This entry was posted on Thursday, 2 May 2013, 11:17 pm and is filed under Elections, Johore. You can follow any responses to this entry through RSS 2.0.  

dap dah mula buat kacau <b>di gelang patah</b> - Gerakan Anti PKR

Posted: 02 May 2013 06:00 PM PDT


GELANG PATAH – Kakak kepada Pengerusi MCA Gelang Patah, Jason Teoh Sew Hock terkejut apabila kediamannya di Taman Nusa Peritis 1, di sini, disimbah cat merah ketika baru pulang daripada berniaga kira-kira jam 12 malam, semalam.
Mangsa, Teoh Sou Lim, 56 mengakui bingung mengenai motif di sebalik insiden itu kerana tidak pernah mempunyai hutang dengan ceti haram atau ah long atau bermasalah dengan mana-mana individu.

Menurutnya, namun dia memaklumkan sejak akhir-akhir ini dia begitu aktif membantu adiknya berkempen untuk calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

"Saya tak ada hutang ah long. Setiap hari saya lalui rutin sama 
keluar berniaga pada sebelah pagi dan pulang ke rumah pada tengah malam, tidak mungkin saya ada musuh.

"Mungkin cat itu dilemparkan di hadapan kediaman saya tidak sampai sejam sebelum saya dan anak sampai ke rumah sebab kesannya masih baru," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Sementara itu, Jason Teoh turut memaklumkan anak saudaranya, Chan Meng Wee, 29 juga anak mangsa turut aktif menyertai kempen pilihan raya membantu calon BN.

"Sebelum kejadian ini ahli  kami turut dipukul ketika menyertai aktiviti kempen, namun disebabkan keselamatan mangsa enggan tampil di media dan ambil keputusan undurkan diri daripada aktiviti kempen.

"Saya harap kejadian ini tidak akan berulang, jika benar ia bermotif politik ia tidak sepatutnya berlaku kerana setiap penyokong perlu kawal emosi jangan  bertindak ikut perasaan," katanya.

Surat terbuka untuk pengundi <b>di Gelang Patah</b> - Malaysia Today

Posted: 06 May 2013 12:50 PM PDT

http://3.bp.blogspot.com/_eUQhOOjQA4w/S0lO-AqDwsI/AAAAAAAABNc/DxXd9JjkhQM/s200/mansor-puteh.gif 

Surat terbuka kepada pengundi di Gelang Patah, Johor: Syabas kerana telah lantik Lim Kit Siang dan DAP sebagai wakil mereka. Harap mereka boleh terus majukan kawasan ini.

Adalah diharapkan juga bahawa pemimpin Barisan tidak akan masuk-campur dalam pentadbiran dan pembangunan kawasan-kawasan dan negeri-negeri yang dikuasai oleh parti pembangkan dan biarkan mereka laksanakan segala janji-janji dalam manifesto yang mereka telah beri kepada pengundi berkenaan.

Mansor Puteh

Pengundi di Gelang Patah telah buat keputusan untuk beri sokongan mereka kepada Lim Kit Siang dari Parti Tindakan Rakyat atau DAP dalam Pilihanraya Umum ke-tiga-belas atau PRU-13 yang diadakan pada 5 Mei lalu.

Ini hak mereka. Dan mereka telah buat keputusan dalam PRU lalu yang mereka mahukan Lim Kit Siang dan DAP sebagai wakil dan pemimpin mereka.

 

Sebagai seorang yang dilahir dan dibesarkan luar dari kawasan ini ramai percaya beliau boleh melihat Gelang Patah dari kacamata baru untuk tahu apa yang baik untuk penduduk di dalamnya.

 

Inilah peluang yang beliau telah dapat untuk membuktikan tentang ketokohannya dalam mentadbir sebuah kawasan parlimen di sebuah negeri yang dikuasai oleh Barisan Nasional.

 

Manalah tau dalam masa yang terdekat peningkatan pendapatan purata semua penduduk di kawasan Gelang Patah boleh melonjak dan adanya banyak perusahaan bertaraf antarabangsa yang boleh beri peluang pekerjaan untuk setiap anak muda dalam kawasan ini supaya mereka tidak terdesak untuk pergi ke Singapura atau Kuala Lumpur untuk mendapatkan pekerjaan di sana.

 

Contoh yang paling baik ialah Kelantan yang mana telah ditadbir oleh kerajaan PAS yang mana telah memajukan negeri ini sehinggakan ramai anak negeri mampu dan mempunyai kelayakan untuk tinggalkan negeri ini untuk bekerja di Kuala Lumpur.

 

Dan di Pulau Pinang yang mana telah dikuasai oleh DAP sejak lima tahun lalu telah juga menampakkan kemajuan bilamana ramai anak negeri khusus yang berbangsa Melayu mampu untuk tinggalkan negeri Pulau Pinang untuk bekerja di Kuala Lumpur dan juga di Singapura.

 

Jadi, beban Barisan Nasional kepada mereka telah habis dan mereka kini boleh mengharapkan Kit Siang dan DAP untuk memajukan kawasan ini mengikut sesuka hati mereka.


Dan adalah diharapkan penduduk di kawasan ini akan terus dapatkan Kit Siang dan DAP untuk selesaikan segala masalah yang mereka akan alami dalam masa lima tahun sehingga PRU-14.

 

Sama juga seperti di kawasan-kawasan parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana telah jatuh kepada parti DAP, PAS dan juga PKR.

 

Ternyata pengundi di kawasan-kawasan ini telah membuat keputusan yang amat bijak untuk pilih mereka, yang mereka rasa boleh beri sumbangan yang teramat besar kepada mereka dan pembangunan dalam kawasan-kawasan ini, supaya ia boleh menjadi contoh yang baik kepada kawasan-kawasan dan juga negeri di mana Barisan Nasional berkuasa.

 

Adalah diharapkan juga bahawa pemimpin Barisan tidak akan masuk-campur dalam pentadbiran dan pembangunan kawasan-kawasan dan negeri-negeri yang dikuasai oleh parti pembangkan dan biarkan mereka laksanakan segala janji-janji dalam manifesto yang mereka telah beri kepada pengundi berkenaan.

 

Sebab tidak ada guna untuk Barisan masuk-campur dalam pentadbiran dan pembangunan dalam kawasan dan negeri-negeri yang dikuasai oleh parti pembangkan seperti Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang, sebab pengundi di negeri-negeri ini telah buat keputusan untuk bergantung dari parti dan pemimpin mereka.

 

Adalah diharapkan Barisan juga tidak akan pedulikan Pulau Pinang dan biarkan negeri ini maju ikut sesuka hati penduduk dan pemimpinnya tanpa memohon sebarang dana dari mana-mana pihak, sebab kerajaan pusat harus tumpukan perhatian kepada negeri-negeri yang dikuasainya sahaja.

 

Kalau tidak, tidak guna diadakan pilihanraya umum untuk melantik pemimpin diperingkat kebangsaan dan negeri, kalau pihak yang menang itu khususnya di peringkat negeri tidak berbuat apa-apa dan mengharapkan dana dari kerajaan pusat yang mempunyai beban untuk mentadbir negeri-negeri yang mahu kepimpinan mereka.

 

Ramai orang percaya Kit Siang baik untuk Gelang Patah seperti yang dimahukan oleh pengundi di sana, dan rasa yakin beliau boleh memajukan kawasan ini ikut perancangan yang telah beliau susun, yang mana boleh memberi banyak faedah kepada penduduknya supaya Gelang Patah boleh jadi contoh yang baik untuk seluruh Negeri Johor dan juga Negara.

 

Yang benar,

Mansor bin Puteh


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads