Isnin, 22 Julai 2013

01 di parit sulong - Google Blog Search

01 di parit sulong - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di lok heng</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Jun 2013 07:20 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Jangan biarkan Kit Siang goyang kaki <b>di Gelang Patah</b>

Posted: 31 May 2013 12:05 PM PDT

Tajuddin, Sabariah, Teh Kin Hua

IPOH 31 Mei - Penduduk Parlimen Ipoh Timur mengingatkan penduduk di Parlimen Gelang Patah tidak terus membiarkan Ahli Parlimen baharu kawasan itu, Lim Kit Siang mengekalkan sikap goyang kaki seperti yang diamalkan beliau sebelum ini.

Menurut mereka, penduduk di parlimen itu perlu mengambil iktibar daripada pengalaman mereka selama dua penggal di bawah Penasihat DAP itu yang disifatkan sebagai sia-sia kerana pemimpin berkenaan tidak pernah melakukan sesuatu yang boleh dibanggakan penduduk.

Pesara tentera, Tajuddin Salleh, 61, berkata, penduduk di Gelang Patah mengambil risiko yang cukup tinggi memilih Kit Siang sebagai wakil rakyat walaupun mereka sedia maklum tentang sikap pemalas pemimpin tersebut.

Mereka perlu desak Kit Siang untuk bekerja. Cukuplah dua penggal dia goyang kaki di Ipoh Timur. Jangan biarkan dia terus selesa dan ulangi sikap itu.

Sebagai wakil rakyat, dia perlu berkhidmat, bukannya hanya tunjuk muka sekali-sekala. Jika sebelum ini Barisan Nasional (BN) banyak bantu, kini penduduk Gelang Patah minta pula bantuan daripada dia, kita tengok dia bantu atau tidak," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, suri rumah, Sabariah Sultan, 65, kesal kerana penduduk di Gelang Patah tidak mengambil iktibar atas apa yang terjadi kepada penduduk di Ipoh Timur yang diabaikan Ahli Parlimen sendiri sejak 2004.

Katanya, dia yakin cubaan mengubah pemimpin yang dilakukan penduduk di kawasan Parlimen itu akan memakan diri kerana Kit Siang bukan seorang pemimpin yang mampu menggalas tanggungjawab diberikan.

Selama ini kita semua senang di bawah kerajaan BN tetapi mengapa mahu mengambil risiko memilih wakil rakyat yang langsung tidak tahu membuat kerja?

Mereka perlu bertegas dan kerah Kit Siang untuk laksanakan amanah. Jika tidak, sia-sia sahaja mengundinya," katanya.

Bagi pesara, Teh Kin Hua, 64, pula berkata, jika sebelum ini pengundi di Parlimen Gelang Patah bermati-matian memilih Kit Siang sebagai wakil rakyat, kini mereka juga perlu bersungguh-sungguh memastikan pemimpin itu melaksanakan tanggungjawabnya.

Di Ipoh dia tidak buat kerja, di Gelang Patah apatah lagi. Namun, saya harap mereka tidak terus membiarkan Kit Siang dengan lagaknya. Dia perlu dikerah untuk bekerja," katanya.

Sementara itu, R. Raveedran, 75, berkata, sikap sebenar Kit Siang yang tidak mempedulikan penduduk di Ipoh Timur sebelum ini bakal turut dirasai penduduk di Gelang Patah.

Sudah lama kami diabaikan wakil rakyat sendiri. Penduduk di Gelang Patah jangan berdiam diri, mereka telah undi dia dan ini masanya dia membalas budi," katanya.

felda <b>lok heng</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 08 Jul 2013 09:26 PM PDT

Dari kiri: Ketua Peneroka Felda Bukit Waha, Ab Aziz Abu Bakar, Ketua Peneroka Felda Aping Barat, Husin Japar dan Ketua Peneroka Felda Lok Heng Selatan, Mohammad Bakar.

Dari kiri: Ketua Peneroka Felda Bukit Waha, Ab Aziz Abu Bakar, Ketua Peneroka Felda Aping Barat, Husin Japar dan Ketua Peneroka Felda Lok Heng Selatan, Mohammad Bakar.

KOTA TINGGI – Ketua peneroka dari lapan tanah rancangan Felda di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sedili di sini menghantar memorandum untuk menghalang ceramah politik pembangkang diadakan di kawasan mereka.

Lapan kawasan terbabit ialah Felda Lok Heng Selatan, Felda Lok Heng Barat, Felda Lok Heng Timur, Felda Aping Barat, Felda Aping Timur, Felda Simpang Waha, Felda Bukit Waha dan Felda Easter.

Memorandum diserahkan kepada Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi pada satu perjumpaan semalam.

Ketua Peneroka Felda Lok Heng Selatan, Mohammad Bakar berkata, memorandum itu mewakili suara semua penduduk termasu persatuan belia, Gerakan Persatuan Wanita (GPW) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ada dalam kampung berkenaan.

Menurutnya, penduduk kampung berkenaan sudah sebulat suara bersetuju dalam mesyuarat kampung untuk menolak sekerasnya kehadiran pembangkang di kampung mereka.

"Selama ini kita telah memberi peluang kepada mereka mengadakan ceramah dalam kawasan gugusan ini. Kini, tempoh mereka telah tamat, malah kita tidak mahu mereka datang ke kawasan kampung kami lagi.

"Tambahan pula kita takut jika kehadiran mereka nanti akan mencetuskan provokasi dan seterusnya mencetuskan suasana yang tidak aman," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Ketua Peneroka Felda Aping Barat, Husin Japar berkata, kehadiran pembangkang tidak memberikan manfaat kepada penduduk, sebaliknya sekadar menyebar perkara yang tidak benar.

Menurutnya, setiap kali ceramah pembangkang diadakan, hanya beberapa orang penduduk tempatan yang hadir di mana selebihnya adalah orang luar.

"Kita takut berlaku pergaduhan. Tambahan pula, yang hadir ke ceramah mereka adalah penduduk luar. Oleh itu, penduduk kampung di sini telah bersepakat dan bersetuju untuk menyerahkan memorandum ini kepada pihak berkuasa," katanya.

Sementara itu, Ketua Peneroka Felda Bukit Waha, Ab Aziz Abu Bakar berkata, penduduk Felda kini telah menerima pelbagai manfaat dan kesenangan hasil daripada pemerintahan kerajaan sedia ada pada hari ini.

Beliau berkata, peneroka juga sudah tidak perlu berhempas pulas tenaga mencari rezeki, sebaliknya hanya duduk di rumah menikmati hasil yang selama ini diusahakan.

"Penduduk di sini semua bersyukur dengan kemudahan yang mereka peroleh sekarang. Malah jika boleh, kita mahu mencegah anasir luar yang cuba membawa fitnah kepada penduduk.

"Kita tidak mahu kehadiran mereka dalam kawasan kampung kami akan meninggalkan pengaruh negatif kepada penduduk," katanya.- Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads