Selasa, 9 Julai 2013

01 di mersing - Google Blog Search

01 di mersing - Google Blog Search


Suara Generasi Baru » <b>Mersing</b> Eagle <b>Di</b> International Power Royal <b>...</b>

Posted: 04 Jul 2013 10:38 PM PDT

ragbi-mersing-300x168

Seremban – Sukan ragbi merupakan salah satu sukan lasak yang kian mendapat sambutan daripada rakyat Malaysia pada masa kini. Bagi menghangatkan lagi sukan ragbi di kalangan rakyat Malaysia dan juga di asia tenggara, baru-baru ini Kesatuan Ragbi Negeri Sembilan telah menganjurkan Program 15th International Power Royal Sevens Rugby Tournament.

Program ini telah diadakan di Padang Majlis Perbadanan Seremban, Negeri Sembilan. Dalam program kejohanan ini, peserta di bahagikan kepada 3 kategori iaitu Kelab Superleague, Kelab Tempatan dan pelajar sekolah bawah 19 tahun. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari seluruh rakyat Malaysia dan juga dari persatuan kelab ragbi luar negara. Terdapat 8 pasukan telah menyertai untuk kategori Kelab Superleague, 16 pasukan untuk kategori Kelab Tempatan dan 16 pasukan untuk kategori pelajar sekolah bawah 19 tahun.

Antara yang turut menghantar peserta ialah Kelab Belia Mersing yang diberi gelaran Mersing Eagle Rugby Team. Seramai 12 orang pemain dan 4 orang pegawai telah menyertai program tersebut untuk kategori Kelab Tempatan. Alhamdulillah berkat usaha para pemain dan juga jurulatih, Mersing Eagle Rugby Team telah berjaya mendapat tempat ke-6 daripada 16 pasukan dalam kategori Kelab Tempatan itu.

Program yang telah berlangsung selama 2 hari itu telah dirasmikan oleh Yang Amat Mulia Tunku Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja'far, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Program sebegini diharap dapat memeriahkan lagi suasana sukan ragbi di Malaysia dan juga di asia tenggara selain diharap agar dalam mengeratkan lagi ikatan silaturahim diantara penduduk Malaysia dengan penduduk luar negara.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads