Rabu, 31 Julai 2013

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


UMNO Online - Standard Piawaian Negara, Antarabangsa Diguna <b>...</b>

Posted: 10 Jul 2013 10:14 PM PDT

Kategori Dari Parlimen

Standard Piawaian Negara, Antarabangsa Diguna Bagi Projek RAPID Pengerang

KUALA LUMPUR, 11 Julai  - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menggunakan standard piawaian negara dan antarabangsa sebagai garis panduan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) bagi pembinaan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr James Dawos Mamit berkata penilaian melalui kedua-dua jenis piawaian itu dapat menunjukkan sejauh mana status pencemaran yang dihasilkan projek itu secara lebih spesifik.

"Setelah dinilai mengikut standard piawaian negara, kita akan rujuk pula dengan piawaian antarabangsa agar sebarang maklumat tentang pencemaran yang terhasil dapat dikumpul untuk langkah kawalan seterusnya," katanya menjawab soalan Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Azalina ingin tahun status EIA terhadap Kuo Kuang Petrochemical Malaysia Sdn Bhd yang bercadang melabur dalam projek RAPID Pengerang dan adakah pelantikan syarikat Daya Eco Techno sebagai perunding alam sekitar diketahui Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Dawos berkata penyediaan laporan EIA dihasilkan termasuk juga penilaian daripada lapangan projek oleh sekumpulan pakar runding yang mahir dengan status terkini alam sekitar dan segala analisis mereka diteliti panel penilaian.

Katanya, panel penilaian itu terdiri daripada pakar alam sekitar tempatan dan antarabangsa, wakil-wakil badan bukan kerajaan dan pakar daripada agensi yang berkaitan yang seterusnya akan bermesyuarat untuk menentukan tahap pencemaran mengikut laporan itu.

"Projek ini memang memberikan banyak manfaat dalam menjana ekonomi Negara di samping membuka lebih banyak peluang kerjaya kepada anak tempatan dan sebab itulah kita sangat teliti mengenai status pencemaran daripada pembinaan projek ini terhadap masyarakat pada masa depan," katanya.

Beliau juga berkata pihaknya juga telah memuat naik laporan penilaian itu menerusi laman web JAS dan turut mempamerkan di tempat-tempat awam terpilih di kawasan itu sebagai makluman kepada orang ramai dari 30 Mei hingga 28 Jun lepas.

Berita Bertarikh Pada 11 July 2013 1:14 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads