Rabu, 21 Ogos 2013

01 di gelang patah - Google Blog Search

01 di gelang patah - Google Blog Search


DAP menang <b>di Gelang Patah</b> dengan sedikit lagi undi Melayu <b>...</b>

Posted: 11 Apr 2013 12:39 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 APRIL: Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Kok Wai yakin DAP mampu memenangi kerusi Parlimen Gelang Patah yang ditandingi Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.

"Kita boleh menang walaupun kawasan campuran kerana 85 hingga 90 peratus pengundi Cina dijangka memilih calon DAP dan Pakatan Rakyat (PR). Peningkatan undi orang Melayu kepada DAP khususnya akan memberi kemenangan yang lebih bermakna di Johor," jelasnya.

Menurut beliau, populariti Lim Kit Siang yang mempunyai rekod baik mengetengahkan masalah rakyat di Parlimen adalah satu daripada sandaran kepada kemenangannya di Gelang Patah selain gelombang kebangkitan rakyat di seluruh Johor yang dapat dilihat menerusi program yang dianjurkan.

"Di Johor ini kita sudah rasa, bukan sahaja orang Cina mahukan perubahan tetapi juga orang Melayu dan India.

"Rakyat Johor beri kita sambutan begitu hangat yang tidak pernah berlaku sebelum ini kerana terlalu banyak masalah yang timbul dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN). Saya percaya, Gelang Patah dan Johor akan mencatat sejarah," kata beliau ketika ditemui pada majlis perasmian Bilik Gerakan DAP Bukit Bintang, semalam.

Tambahnya, jika Lim Kit Siang mahu selamat, beliau boleh sahaja kekal di Ipoh Timur tetapi pada PRU-13 ini, beliau mengorbankan kawasan selamatnya kerana komitmen demi perubahan.

Mengulas mengenai pengguguran Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Ng Yen Yen daripada menjadi calon MCA di Raub pula, Tan yang juga penyandang Parlimen Cheras berkata menteri berkenaan telah gagal menunaikan tanggungjawabnya dengan baik.

"Prestasi dan reputasi beliau di Raub tidak memuaskan walaupun digugurkan menjadi calon, rakyat memang sudah lama tidak tahan dengan masalah yang berlaku seperti isu perlombongan menggunakan bahan kimia merbahaya sianida di Bukit Koman. Lagipun, DAP sudah lama memberi khidmat di kawasan itu," kata Tan.

Tambah beliau, selain isu alam sekitar, peletakan Datuk Mohd Ariff Sabri sebagai calon mewakili DAP di situ dilihat mampu memberi saingan sengit kepada MCA memandangkan bekas pimpinan UMNO Pekan itu adalah calon yang berkelayakan dan berpengalaman.

"Kita berpeluang cerah menang di Raub," ujar beliau.-Roketkini.com

Kit Siang pelawa Abdul Ghani jadikan <b>Gelang Patah</b> model pilihan <b>...</b>

Posted: 17 Apr 2013 11:56 PM PDT

GELANG PATAH, 18 APRIL: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mempelawa Menteri Besar Johor sementara, Datuk Seri Abdul Ghani Othman menjadikan pilihan raya di Gelang Patah sebagai model kepada pilihan raya bersih, bebas dan adil berbanding kawasan lain di seluruh negara pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei ini.

Sehubungan itu beliau juga mengutup hebat tindakan tidak bertamadun dan berperikemanusiaan dua letupan di Marathon Boston, Amerika Syarikat yang menyebabkan tiga manhsa terbunuh dan kira-kira 30 orang awam cedera.

"Walaupun kejadian jenayah berlaku di Boston, rakyat Gelang Patah, Johor dan Malaysia, seperti semua rakyat di seluruh dunia, terkejut dengan kekejaman itu.

"Dunia menjadi satu perkampungan global dan apa yang berlaku dalam satu bahagian dunia menarik kebimbangan dan perhatian orang di negara lain di dunia, seperti dua letupan di Marathon Boston," katanya dalam kenyataan selepas tinjauan mesra di Taman Ungku Tun Aminah, di sini, semalam.

Beliau berkata, walaupun semua pemimpin politik, sama ada BN atau PR mengutuk untuk mengutuk keganasan dan kekejaman Marathon Boston, tetapi rakyat Malaysia mahu menyaksikan PRU-13 berlangsung secara aman dan tidak berlaku pertumpahan darah seperti mana Arab Spring

"Rakyat Malaysia mahukan peralihan kuasa berlaku secara aman sebagaimana peralihan kuasa di Korea Selatan pada 1997, jika 13.3 juta pengundi memutuskan memilih Pakatan Rakyat untuk mentadbir Putrajaya menggantikan BN, selepas PRU-13, 5 Mei ini.

Kit Siang yang juga penyandang Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, beliau menjemput Abdul Ghani menyertai beliau membuatkan Gelang Patah model pilihan raya bebas dan adil daripada 222 kawasan Parlimen dan 505 kawasan Dewan Undangan Negeri di seluruh negara yang dijangka tercemar dalam sejarah pilihan raya di Malaysia.

"Ghani dan saya perlu menandatangani Ikrar Integriti Pilihanraya Transparency International-Malaysia (EIP) dengan penubuhan Suruhanjaya Badan Pengawas EIP di Gelang Patah yang ditubuhkan rakyat Malaysia.

"Saya akan menunggu respons daripada Abdul Ghani mengenai pelawaan itu," katanya.-Roketkini.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads