Rabu, 21 Ogos 2013

01 di tampoi - Google Blog Search

01 di tampoi - Google Blog Search


Pekerja bengkel parah ditikam dan ditembak <b>di Tampoi</b> ABN News <b>...</b>

Posted: 17 Aug 2013 07:16 AM PDT

JOHOR BAHRU – Seorang pekerja bengkel kenderaan warga India parah selepas ditetak dan ditembak sekumpulan empat lelaki dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Johor, Tampoi di sini tengah malam semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara Supritendan Beh Eng Lai berkata kejadian berlaku pada kira-kira 12.30 tengah malam apabila mangsa yang berusia 30-an berada di luar pekarangan kediaman majikannya sebelum dia tiba-tiba diserang suspek yang bersenjatakan parang dan senjata api.

"Beliau yang cedera ditetak cuba melarikan diri ke dalam rumah, namun seorang daripada suspek sempat melepaskan dua das tembakan sebaik sahaja mangsa berjaya masuk ke dalam kediaman berkenaan," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata majikan mangsa, yang ketika itu berada dalam bilik, bergegas ke luar rumah sebaik mendengar bunyi tembakan dan menemui mangsa terbaring di ruang tamu rumahnya.

Suspek pula dipercayai melarikan diri sejurus selepas itu.

Eng Lai berkata polis bergegas ke lokasi selepas menerima laporan berhubung kejadian itu dan menemui dua kelongsong peluru serta beberapa kesan cap jari di pagar rumah berkenaan.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Susulan kejadian itu, polis menahan dua lelaki berusia lingkungan 30-an manakala dua lagi masih diburu.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads