Sabtu, 12 Oktober 2013

01 di kukup - Google Blog Search

01 di kukup - Google Blog Search


PULAU <b>KUKUP</b> SUMPAHAN BUNIAN | Laman Artikel DBP

Posted: 06 Oct 2013 06:40 PM PDT

Pontian, sebuah daerah di negeri Johor mempunyai keunikan tersendiri kerana di sini terdapat dua buah pulau iaitu Pulau Kukup dan Pulau Pisang. Antara kawasan penempatan di sini ialah Bandar Permas, Kampung Sungai Kuali, Kampung Sungai Durian, Kampung Serkat Barat dan Kampung Permas Kechil. Mukim Kukup pula terletak di selatan, berhampiran Pontian Kecil dan Tanjung Piai.

Sebuah jeti dan pangkalan nelayan menjadikan Kukup sebuah penempatan yang sibuk. Feri yang berlepas dari jeti Kukup menjadi pengangkutan utama bagi menghubungkan Pulau Karimun dan beberapa kawasan lain di Indonesia. Rakyat atau pekerja asing dari Indonesia menjadikan jeti di sini untuk berulang-alik ke negara mereka. Feri ini juga membawa pelancong yang ingin melawat Pulau Karimun.

Kukup memang sesuai dijadikan jeti dan pangkalan nelayan kerana Pulau Kukup menjadi benteng yang melindunginya daripada angin kencang. Penduduk Kukup kebanyakannya bekerja sebagai nelayan dan ada juga yang bekerja di ladang kelapa sawit. Kaum Cina pula terlibat dalam bidang perniagaan, pelancongan dan pengangkutan.

Kukup menyimpan cerita rahsia tersendiri. Asal nama "kukup" diperoleh daripada perkataan "terlungkup". Perkataan ini muncul apabila banyak perahu nelayan di sini ditelungkupkan oleh lanun yang aktif menjalankan aktiviti jahat mereka di perairan Selat Melaka. Ada juga yang mengatakan "kukup" berasal daripada rasa "gugup" penduduk tempatan akibat serangan lanun.

Pulau Kukup pula terletak di perairan Barat Daya Johor, iaitu antara Selat Kukup dengan Selat Melaka dan dipenuhi pokok bakau. Pokok bakau memberi perlindungan dan makanan kepada ikan, ketam, udang, dan binatang-binatang lain. Pembiakan ikan di perairan paya bakau penting bagi kelangsungan hidup nelayan tempatan. Hutan bakau juga menjadi kawasan perhentian burung-burung yang berhijrah untuk makan dan berehat. Pulau Kukup berkeluasan 1447 hektar dengan kawasan hutan bakau seluas 647 hektar, manakala kawasan tanah berlumpur seluas 800 hektar.

Pulau Kukup diwartakan sebagai Taman Negara Johor pada 27 Mac 1997 dan mula dibuka kepada pelawat pada bulan Julai 2003. Dianggarkan, sekitar 30 ribu pelancong melawat pulau ini setiap tahun, termasuk pelancong luar negara. Kadar bayaran masuk ke Taman Negara Pulau Kukup adalah RM5 bagi pelancong dewasa dan RM3 untuk pelajar dan kanak-kanak. Pelancong luar negara dikenakan bayaran sebanyak RM10 (dewasa) dan RM5 bagi pelajar dan kanak-kanak.

Kukup juga dicatatkan sebagai "pulau berhutan paya bakau yang tidak berpenghuni yang kedua terbesar di dunia". Pulau yang sama yang terbesar di dunia ialah Pulau Belerong yang terdapat di negara Brunei Darussalam.

Menurut catatan sejarah, pada tahun 1873 terdapat 13 penempatan di Johor yang dijaga oleh Residen. Ketika itu, pentadbiran di negeri Johor mengamalkan sistem Residen, Pesuruhjaya, Pegawai Daerah dan Penghulu. Pulau-pulau di Selat Melaka seperti Pulau Kukup dan Pulau Pisang dikawal oleh Residen.

Pulau Kukup diiktiraf sebagai tapak RAMSAR (Kawasan Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa) oleh Biro Konvensyen RAMSAR di Geneva, Switzerland pada 31 Januari 2003. Malaysia menganggotai RAMSAR pada tahun 1994. Tasek Bera di Negeri Pahang telah diisytiharkan sebagai tapak RAMSAR pertama negara ini pada tahun tersebut. Sehingga kini, antara kawasan yang telah diisytiharkan sebagai Tapak Ramsar ialah Sungai Pulai, Tanjung Piai dan Pulau Kukup di Johor dan Kuching Wetland National Park di Sarawak. Terdapat 26 kawasan lain di seluruh Malaysia turut dikenal pasti sebagai kawasan tanah lembap yang mempunyai kepentingan antarabangsa.

Di sini terdapat 27 spesies bakau asli, tujuh spesies mamalia, enam spesies reptilia, 23 spesies burung dan 111 spesies ikan. Terdapat juga pelbagai jenis moluska dan krustasea.

Menurut legenda, Pulau Kukup asalnya sebuah pulau yang cantik. Lima puteri bunian menjadikan pulau ini sebagai tempat mereka bermain-main dan bergurau-senda. Pada masa itu juga Pulau Kukup menjadi tempat persinggahan pedagang. Seorang puteri bunian jatuh hati dan bercadang untuk berkahwin dengan seorang pedagang. Walaupun empat puteri yang lain tidak bersetuju, namun pasangan kekasih itu melarikan diri untuk hidup bersama. Puteri-puteri itu sangat marah, lalu berpakat untuk melenyapkan pulau itu. Akibatnya, pulau itu ditenggelami air laut. Selang beberapa tahun, Pulau Kukup muncul semula dan ditumbuhi pokok bakau.

Pelancong yang berhasrat mengunjungi Pulau Kukup perlu mendapatkan kebenaran dan maklumat lanjut daripada pihak yang bertanggung jawab di Pejabat Taman Negara Pulau Kukup di Pekan Kukup. Maklumat mengenai bakau juga disediakan berserta gambar untuk pengetahuan umum. Di pejabat taman ini, pelawat yang hendak ke Pulau Kukup dimestikan berikrar untuk menjaga dan memelihara semua khazanah dan apa-apa yang terdapat di Pulau Kukup.

Selepas itu, barulah pelawat dibenarkan ke Pulau Kukup dengan menaiki bot dari jeti perkampungan nelayan Kukup sejauh satu kilometer. Dalam perjalanan, pelancong dapat melihat kelong yang diusahakan oleh penduduk tempatan. Terdapat 70 buah kelong di perairan ini.

Di pulau, pelawat boleh memilih sama ada menaiki bot memudiki Sungai Ular atau berjalan melalui pelantar kayu yang telah disediakan oleh pihak taman. Pelantar ini dibina sepanjang 600 meter. Terdapat enam batang sungai di Pulau Kukup iaitu Sungai Merah, Sungai Jempul, Sungai Tongkang, Sungai Ular, Sungai Sedang dan Sungai Solok. Sungai Ular menjadi pilihan pelancong untuk mudik dengan bot bagi menyaksikan keindahan pulau.

Setelah masuk ke kawasan pulau, terdapat sebuah jambatan gantung sepanjang 30 meter merentangi Sungai Ular yang menjadi tarikan utama di sini. Jambatan yang dibina pada tahun 2003 ini tergantung setinggi 15 meter. Dari atas jambatan gantung ini pengunjung dapat menyaksikan pemandangan kelong di tengah laut, perkampungan nelayan Kukup dan kawasan sekitar yang indah.

Sewaktu pengembaraan di pulau ini, pelancong dapat melihat spesies pokok bakau secara dekat dan dapat membezakan antara satu spesies dengan spesies yang lain. Setiap spesies bakau mempunyai perbezaan dari segi daun, buah dan kulit pokok.

Selain itu, monyet, bangau dan ikan belacak pun menjadi tarikan pengunjung. Dapat juga diperhatikan keadaan tanah yang kelihatan seperti busut atau bukit yang dibina oleh ketam sebagai tempat perlindungan. Busut ini juga menjadi sasaran makanan bagi babi hutan.

Menurut pegawai taman ini, seekor ular sawa sepanjang enam meter pernah dilihat sedang menelan seekor babi hutan beberapa tahun yang lalu. Namun kini, haiwan yang paling besar terdapat di Pulau Kukup ialah babi hutan.

Di penghujung perjalanan, terdapat sebuah menara pemerhati setinggi 30 meter yang membolehkan pelancong melihat pelbagai spesies burung yang berterbangan di puncak pokok bakau dan ruang angkasa Pulau Kukup. Pada musim tertentu banyak burung hijrah yang singgah di sini. Burung hijrah biasanya singgah di beberapa kawasan tertentu, termasuk Pulau Kukup, ketika berpindah ribuan kilometer dari kawasan sejuk ke kawasan panas.

Burung Botak (Leptotilos Javanicus) yang menjadi ikon bagi Pulau Kukup juga dapat dilihat dari puncak menara ini. Burung ini merupakan antara spesies yang semakin pupus di dunia dan gemar memilih pokok yang tingginya lebih 30 meter untuk bersarang.

Petugas taman juga berperanan sebagai pemandu pelancong. Mereka akan membawa pelancong sambil memberikan maklumat tentang Pulau Kukup. Mereka juga mengadakan program penyelidikan dan pendidikan alam untuk para pelajar. Bagi program konservasi, pihak taman mengadakan kerjasama dengan sukarelawan bagi menanam pokok bakau. Terdapat satu kawasan yang dijadikan kawasan semaian anak bakau. Anak bakau ini kemudiannya akan dipindahkan ke kawasan yang dipilih. Program konservasi ini juga mendapat kerjasama Tabung Alam Sedunia (World Wide Fund for Nature atau WWF). Penyelidikan tentang ikan belacak juga dijalankan di sini.

Sangat mudah untuk sampai ke sini. Jika perjalanan anda melalui Lebuh Raya Utara-Selatan, susur keluar ke Simpang Renggam menuju ke Benut. Teruskan perjalanan ke Pontian, kemudian ke Kukup.

Pulau Kukup antara khazanah negara yang tidak ternilai harganya. Pulau yang cantik ini perlu terus dipelihara dan dijaga sebaik mungkin demi memastikan habitat yang terdapat di sini dapat hidup tanpa gangguan dan kelangsungan hayat flora, fauna serta taman negara sendiri dapat dihayati oleh generasi akan datang.

 Oleh Adnan Abd Jamil

BLOG JOHOR: 01 <b>di kukup</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Oct 2013 11:39 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

lawatan teknikal ke majlis daerah pontian, taman negara <b>...</b> - JPBD

Posted: 25 Jul 2013 08:16 PM PDT

Pejabat Projek Zon Tengah telah mengadakan lawatan ke Majlis Daerah Pontian, Taman Negara Pulau Kukup dan Tanjung Piai, Pontian Johor. Tujuan lawatan ke Majlis Daerah Pontian adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Rancangan Khas Kawasan Permas Kechil-Kukup 2015 yang mana ianya sebagai benchmark bagi cadangan projek RKK Kg. Masjid, Pulau Pangkor, Perak. Matlamat Rancangan Khas Kawasan (RKK) Permas Kechil-Kukup 2015 ini adalah bagi menjadikan Permas Kechil-Kukup sebagai Bandar Eko-Pelancongan Berdaya Maju, Teratur dan Mampan. RKK Permas Kechil-Kukup 2015 ini telah diwartakan pada 7 Julai 2011.

Konsep pembangunan yang dicadangkan adalah menjurus kepada pencapaian matlamat kajian iaitu menjadikan Permas Kechil-Kukup sebagai Bandar Eko-Pelancongan yang berdaya maju, teratur dan mampan. Terdapat 18 pembangunan utama bagi RKK  Permas Kechil-Kukup 2015.  Antaranya adalah Cadangan Pengurusan Dan Menaiktaraf Persimpangan Jalan Ke Tg. Bin Dan Permas Kechil, Cadangan Pusat Pemasaran Kraftangan Dan Produk Pelancongan IKS dan Cadangan Menaiktaraf Kg. Nelayan Ayer Masin dan Kg. Kukup Laut.

Perkampungan Nelayan yang terdiri daripada Kg. Nelayan Ayer Masin, Kg. Melayu dan Kg. Kukup Laut. Perkampungan Nelayan ini berpotensi sebagai eko pelancongan dan dapat menarik minat para pelancong. Dua Perkampungan Nelayan iaitu Kg. Nelayan Ayer Masin dan Kg. Kukup Laut akan dinaiktaraf dan dibangunkan.

Dari segi pelancongan pula Perkampungan Nelayan memberikan impak yang besar kerana kebanyakan pelancong lebih menyukai suasana perkampungan yang lain daripada tempat lain. Perkampungan Nelayan yang masih mengekalkan ciri-ciri nelayan dan perumah di atas memberikan pengalaman yang berbeza kepada pengunjung yang datang. Berdasarkan gambar dibawah terdapat 4 pakej pelancongan yang berkonsepkan homestay.

Terdapat juga cadangan-cadangan lain bagi RKK Permas dan Kukup. Antaranya adalah:

  • Cadangan Peningkatan Imej Fizikal Pekan Kukup;
  • Cadangan Pengurusan Lalulintas Pekan Kukup; dan
  • Cadangan Arca, Pintu Gerbang dan Menara Jam di Pekan Kukup.

LAWATAN KE TAMAN NEGARA PULAU KUKUP, PONTIAN

Pulau Kukup adalah salah satu kawasan hutan paya bakau yang tidak didiami yang terbesar di dunia. Ia juga adalah satu-satunya pulau yang terletak di kawasan perairan Johor. Pada hari ini, Pulau Kukup telah menerima pengiktirafan antarabangsa yang diberikan status 'Wetland of International Importance' (RAMSAR SITE) oleh Geneve berasaskan Biro Konvensyen Ramsar. Tapak   Ramsar yang juga dikenali sebagai tanah lembab ini sangat penting kerana ia memainkan peranan besar dalam melindungi manusia daripada kesan perubahan iklim. Tanah lembap ini menawarkan perlindungan daripada ribut dan tsunami di samping bertindak sebagai pemecah angin dan membantu dalam menstabilkan iklim setempat. Menurut cerita rakyat tempatan, Pulau Kukup dahulunya adalah sebuah tempat tinggal lima orang puteri angkasa. Satu hari, salah seorang daripadanya telah jatuh cinta dengan pelayar dan mereka telah melarikan diri untuk berkahwin secara senyap. Mereka telah disumpah dengan ditenggelamkan bersama-sama dengan Pulau Kukup. Walaubagaimanapun, Pulau Kukup telah muncul semula tetapi ia telah ditumbuhi dengan pokok bakau. Ramai yang telah cuba untuk menetap di pulau ini tetapi tidak berjaya. Ada yang mengatakan ini adalah kerana pulau ini didiami oleh roh-roh. Taman Negara Pulau Kukup, Johor adalah sebuah kawasan yang mempunyai keluasan 1447 hektar yang meliputi 647 hektar kawasan hutan paya bakau dan 800 hektar kawasan dataran berpaya.

Sewaktu disana, kami telah disambut dengan mesranya oleh En.Ismail bin Sairan Pembantu Hidupan Liar Taman Negara Pulau Kukup, Johor. Menurut En. Ismail, Taman Negara Pulau Kukup yang meliputi kawasan Pulau Kukup ini terletaknya di Barat Daya, Johor. Taman Negara ini adalah satu-satunya Taman  Negara pokok bakau yang terbesar di Asia Tenggara.

Di Taman Negara ini terdapat pelbagai hidupan flora dan fauna seperti pokok bakau, ikan belacak, ketam, monyet dan hidupan hutan paya yang lain. Bagi tumbuhan pokok bakau pula terdapat lebih daripada 26 spesis  Pokok Bakau Nyireh Batu. Pokok Bakau Nyireh Batu ini terkenal dalam penghasilan produk seperti kerusi, meja dan gasing. Selain itu, terdapat juga pokok bakau yang lain seperti Bakau Minyak dan Bakau Kurap .  Menurut beliau lagi, Taman Negara ini telah diwartakan sebagai Taman Negara pada tahun 1997 dan dibuka kepada pelawat pada tahun 2003. Bagi pelawat yang ingin ke Taman Negara ini mereka perlulah ke Jeti Pulau Kukup dan menaiki bot untuk ke Taman Negara ini.  Jeti di Pulau Kukup juga menawarkan perkhidmatan Feri ke Tanjung Balai, Indonesia.

Bagi pengunjung-pengunjung yang melawat ke Taman Negara Pulau Kukup terdapat pelbagai aktiviti menarik berkaitan dengan sumber alam dan ia dapat memupuk rasa sayang dalam diri serta menghargai alam sekitar. Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pengunjung adalah menyusuri jambatan gantung sepanjang 35 kaki merentasi Sungai Ular. Dipertengahan jambatan pengunjung dapat melihat pemandangan kawasan Perkampungan Kukup dan bot-bot di jeti   Pulau Kukup.

Selain itu juga, terdapat laluan papan (BoardWalk) yang membolehkan pengunjung merasai dan melihat secara dekat tumbuh-tumbuhan yang berbeza walaupun daripada spesis yang sama yang membentuk hutan bakau serta spesis fauna yang terdapat di kawasan tersebut. Disamping itu juga pihak Taman Negara ada menyediakan tapak semaian bagi pengunjung yang mahu menanam pokok bakau dengan kadar serendah RM 10 ringgit sahaja. Tidak hanya itu, pengunjung juga berpeluang untuk menyaksikan pelbagai spesis burung melalui menara pemerhati.

LAWATAN KE TANJUNG PIAI, PONTIAN, JOHOR

Tanjung piai adalah salah satu destinasi yang tidak asing jika kita melawat ke Johor. Bagi penduduk tempatan, Tanjung Piai hanyalah kawasan persisiran pantai biasa. Namun, pada hari ini ia amat dihargai oleh masyarakat antarabangsa, bukan hanya  kerana keunikan hutan paya bakau dan dataran lumpurnya tetapi juga kerana kedudukannya sebagai tanah paling selatan Benua Asia. Tanjung Piai kini merupakan kawasan tarikan pelancongan terkenal di Malaysia. Tanjung Piai terletak dalam Mukim Kukup di Daerah, Johor, kira-kira 90km dari Johor Bahru. Kawasan ini telah diwartakan sebagai Taman Negara dan kawasan Ramsar iaitu kawasan perlindungan Wetland pada tahun 2003. Tanjung Piai mendapat namanya daripada sejenis tumbuhan paku-pakis "Piai-Raya' atau nama saintifiknya "Acrostichum Aureum" yang tumbuh melata di pangkal pokok Bakau.

Dahulunya Tanjung Piai ini menjadi tempat persinggahan sementara nelayan dari Selat Melaka sebelum ke laut dan asalnya ia adalah kawasan tanah tinggi, berbenteng dan pantai yang berpasir. Kini Tanjung Piai menjadi sebuah kawasan terasing kerana diliputi hutan paya bakau yang tebal.

Disediakan oleh;
Nor Baizura Che Man,
Unit Rancangan Pembangunan 1,
Pejabat Projek Zon Tengah.

ABC Special <b>Di</b> Ikan Bakar <b>KUKUP</b> | Syira

Posted: 01 Sep 2013 09:19 PM PDT

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..

Gambar boleh beri seribu makna, tapi hanya kita dapat berikan penjelasan setelah kita sampai di sana.



Pintu masuk Ikan Bakar KUKUP. Memang dari jauh sudah jelas kelihatan. Sebenarnya signboard agak terlindung kalau bawa kereta laju. Oleh kerana tidak tahu tempat, suami bawa kereta perlahan je, nasib baik jumpa kalau tidak mesti cancel dah makan sini.. haha

Kaunter ikan. Kami sampai pukul 8.15 malam. Sebaik sahaja sampai, suami terus meluru ke kaunter ikan untuk memilih ikan dan sotong. Saya terus snap gambar. Biar suami buat pilihan. hehe

Insyallah ikan pastinya segar. Ikan juga ada banyak pilihan. Bukan ikan besar je yang dijual, tapi ikan kecil-kecil pun ada, baguslah, kalau nak jimat ambil ikan kecil dah la. haha.

Sebahagian daripada tempat makan yang ada bumbung. Kami memilih tempat yang tiada bumbung kononnya nak ambil udara semulajadi baru fresh, sekali tu , keadaan sekeliling agak panas. Peluh sampai ke kaki.

Ruang makan tidak berbumbung. Ruang ini agak luas. Boleh duduk di mana-mana sahaja. Untuk keselesaan, big screen turut di sedikan. Syok layan bola ni. hehe

Antara kemudahan yang disediakan ialah ruang solat. Ini penting ni, kalau terdatang awal, kalau nak makan lama, boleh solat dulu. Biasanya solat maghriblah.. Ruang solat juga luas. Cuma tandas tidak besh. Mangkuk tandas tidak berapa bersih.

Jika anda mahukan kelainan, cubalah Buffet Steamboat N Grill. Harganya boleh tahan, Rm22.90 untuk dewasa dan RM12.90 untuk kanak-kanak. Makan sambai pengsan pun tak pe.. tapi awas.... ada amaran penting untuk pembazir yea..


Haha, saya tergelak ketika membacanya,.. Kepada Pelanggan yang dihormati, elakkan pembaziran, setiap pembaziran akan dikenakan cas RM5.00/100gram. Memang cari makan betul. hehe


Antara koleksi buffet yang boleh di pilih. Kiut-kiut  semuanya. Dipotong halus. Memang untung besar ni. haha. Yang pastinya, anda boleh naik gila apabila melihat semua makanan yang disediakan, memang menarik. Menarik di mata yea, selera belum pasti lagi. 


Colek buah yang popular di Kelantan juga di sediakan. Tapi rasanya ada dua jenis buah sahaja, buah jambu dan buah nanas. hoho.

Inilah dapur steamboat. Snap yang orang punya. Kami tidak ambil buffet sebab niatnya mahu makan ikan bakar. hehe

4 Jenis air yang di sediakan. Air Laici, satu tu tak pasti air anggur atau air cincau, ada air panas iaitu air teh dan air kopi.
Kalau tak silap, mee goreng, nasi goreng dan nasi lemak ini pun untuk set buffet juga. Kalau salah minta maaf. Gambar ni ambil masa nak balik dah. Awal-awal tak perasan pun. huhu. Tamatlah kisah set buffet. Kembali kepada kisah awal ye..

Jam 8.30 Malam : ABC tiga rasa Ikan Bakar KUKUP siap dihidang. Memang sedaplah ABC ni. Tak pernah jumpa lagi kat tempat lain ABC sesedap ini. ABC dengan tiga warna di datangkan dengan tiga rasa. Merah untuk perisa rose, hijau untuk perisa pandan dan kuning untuk perisa jagung. Memang uhmmm. Majoriti yang datang sini order ABC, itulah sebab utama saya order juga satu. hehe

Suami memilih air kopi ais. Tukar selera malam ni. Sebenarnya inilah tenaga tambahan yang di perlukan untuk memandu balik ke Jerteh pula nanti. Kita minum dulu.

Sabar jelah layan ABC ni. Memang sedap. Sampai terpejam mata. Ha, nanti nak pergi makan ABC saja, boleh ke? hehe

Orang mulai ramai. Suasana mula bertukar menjadi bising. Kata suami artis ramai makan kat sini. Dia baca kat Facebook Restoren Ikan Bakar Kukup. Suami saya ni mudah tergoda, kalau artis pergi mesti dia kata tempat tu gila-gila sedap punya, hahaha
Jam 8.44 Malam, hidangan sotong celup tepung sampai. Nasib baik sedap. Cuma agak lamalah nak tunggu. Huhu. Tepung sotong ranggup, tapi sotong celup tepung Ikan Bakar Kukup tidak dapat lawan sotong celup tepung ANA Ikan Bakar Tanjung Lumpur..  hoho...

Jam 8.50 Malam, barulah set lengkap kami tiba. Dua nasi putih dan satu tomyam ayam. Hihi, bagi saya nasi putih di sini agak sedikit. Tidak pastilah satu pinggan berapa harganya.

Jam 8.51 Malam. Suami turut order ikan bakar berempah. Ikan apa tak pasti pula. Main makan je. Bila makan suami cakap, silap order ikan bakar berempah, baik order ikan bakar tawar je. Hah, betul tu, sebab rempah ikan tu pahit. Mungkin terlebih bahan kot. Atau memang nasib kami dapat yang pahit. 

Sila jamu selera. Akibat lama menanti, ABC sudah habis di kerjakan. hehe. Sotong pun tinggal sejemput sudah. Simpan untuk buat lauk nasi. hahah


Bila perut dah kenyang. Kita sambung snap picture lagi. Orang makin ramai ni. huhu. Keadaan juga semakin panas. adeh. Silap tak duduk bawah bumbung, ada kipas. hehe

Bukti lapar. Habis di kerjakan. Salah satu lagi, ini semuanya mahal, jadi haruslah di habiskan. Membazir amalan syaiton...
Tomyam pedas. Hirisan ayam ada banyak juga. Tak banyak tak sikit. Cukuplah untuk makan. Kuah nampak cair, tapi memang cair, nasib baik pedas. Kiranya boleh backuplah. hehe

Sudah kenyang makan. Sila bayar. Jangan balik macam tu sahaja.  hehe. Satu kopi ais, ABC, sotong celup tepung, tomyam ayam, ikan bakar berempah dan dua nasi putih berjumlah RM47.70. Mahal kot pada saya. Pada orang lain saya tak pastilah. Dah merata makan, boleh cakap mana murah mana mahal. hehe.
Jika berminat mahu makan di Restoren Ikan Bakar Kukup, bolehlah datang yea. 
Restoran Ikan Bakar Kukup 
Menjual Pelbagai Jenis Makanan Laut Seperti pelbagai jenis Ikan,Ketam Dan udang serta masakan panas .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads