Sabtu, 12 Oktober 2013

01 di pontian - Google Blog Search

01 di pontian - Google Blog Search


FGV Buka Era Baharu <b>di Pontian</b> – Mohd. Isa | Suara Anak Muda <b>...</b>

Posted: 07 Oct 2013 10:20 PM PDT

FGV Buka Era Baharu di Pontian – Mohd. Isa

PONTIAN – Pengambilalihan ekuiti Pontian United Plantations Bhd. (Pontian Plantation) oleh Felda Global Ventures Holdings (FGV) termasuk tanah ladang di Kukup dekat sini, membuka era baharu kepada pemilikan tanah Felda di daerah ini.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, kawasan perladangan di kawasan itu yang kini ditanam dengan kelapa sawit membabitkan keluasan tanah kira-kira 600 hektar.

Beliau berkata, setakat ini FGV belum mempunyai sebarang perancangan di kawasan tersebut kerana masih dalam proses pengambilalihan setelah diluluskan Bursa Malaysia.

Menurutnya, pembelian ekuiti itu dibuat berdasarkan potensi kawasan tersebut yang terletak di kawasan Iskandar Malaysia serta pembangunan di Selatan Pontian.

"Setelah semuanya selesai, kami mungkin akan menstruktur semula kawasan perladangan tersebut berdasarkan kajian pihak pengurusan FGV," katanya selepas merasmikan Himpunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Daerah Pontian di Dewan Orang Ramai Sanglang, di sini semalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Bursa Malaysia pada 1 Oktober lalu, pengambilalihan Pontian Plantation oleh Felda akan memperkukuh kedudukan syarikat itu dalam sektor perladangan khususnya perniagaan minyak sawit.

Mohd. Isa berkata, pengambilalihan itu membolehkan Felda kini mempunyai tanah di daerah Pontian dan perancangan oleh FGV selepas ini bakal memberi manfaat kepada penduduk tempatan. – Utusan Malaysia

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Artikel disiar pada October 8, 2013 - 1:20 pm oleh Nor Azlina Shaari

Rawatan Bekam <b>Di Pontian</b>, Johor [ 016 7530075 ]: Lokasi <b>...</b>

Posted: 11 Oct 2013 01:35 AM PDT

Assalamualaikum semua,

Lama rasanya tidak berceloteh di sini, di samping kesibukan yang bertimpa-timpa dan pula kemalasan yang semakin bertambah-tambah juga sejak kebelakangan ini.    =)

Ok, sementara masa terluang ini rasanya nak update tentang lokasi pusat rawatan bekam yang sebenarnya ianya di rumah saya. Sebab disebabkan rumah saya di kawasan kampung maka ramai yang agak susah nak mencari. Dan saya tidak memasang apa2 sepanduk atau banner yang merujuk ke rumah saya buat masa ini. insyaAllah perkara tersebut akan diushakan.

Sehingga kini, saya tidak mempunyai satu kedai, premis ataupun klinik khas. InsyaAllah coming soon.. How soon tu hanya Allah yang tahu. Segala rawatan akan dibuat di rumah sahaja, bagi lelaki ianya di ruang tamu saya dan sementara bagi wanita ianya di bilik. Dan atas sebab itu saya sangat2 berharap anda dapat membuat temujanji dahulu..

Bagi penduduk Pontian mencari rumah saya tidaklah sesukar mana, yang perlu anda cari ialah

  1. Tidak kira anda dari mana tapi di simpang 4 McDonalds, hendaklah menghala ke arah Kukup [Pada tanda B]
  2. Kira-kira 3.5km dr McD belok ke KIRI pada Simpang TENGGAYUN
  3. Masuk lagi 2km [tepat 2km, lihat pada odometer kereta anda]
  4. Belok KANAN pada tiang lampu TNB PIT45, tiang tersebut betul2 pada simpang tiga menghala ke Kampung Parit Rambai. Dan anda akan lihat signboard seperti di bawah di simpang tersebut.
  5. Belok masuk jalan tar kecil sebelah kanan itu dan rumah saya 50m sahaja dari simpang itu pada sebelah KANAN, rumah bercat HIJAU KUNING dan beratap MERAH. Hanya sebelum surau Kampung Parit Tegong di sebelah kiri anda.
 Simpang ini adalah di kawasan Kampung Parit Tegong


View Larger Map

http://goo.gl/maps/lzsWU


 Bagi yang datang melalui Johor Bahru atau kawasan Pekan Nenas, anda boleh mengikut route ini. Sepertimana ditunjukkan pada peta di bawah ini
  1. Masuk simpang Seri Bunian [Pada tanda B]
  2. Belok KANAN pada Jalan TENGGAYUN
  3. Setelah memandu sekitar 4km cari tiang lampu TNB PIT45 pada sebelah KIRI anda. 
  4. Belok KIRI pada jalan tar sebelum tiang tersebut dan anda akan berjumpa rumah saya di sebelah KANAN selepas 50m.


View Larger Map

http://goo.gl/maps/ey8by

Kalau tak sampai juga, telefon saya insyaAllah saya akan guide hingga sampai di sini.. Manalah tahukan ada yang dah lalu depan rumah tapi tak nampak rumahnya.. =)  Allahuakbar!

*MaMaLieYna*: .: <b>di</b> haRi kenDuri @ <b>poNtian</b> :.

Posted: 18 Sep 2013 09:30 PM PDT

di hari kenduri, sebelah paginya..
si mama tidaklah sempat menjengok dan menghayati pun..
menolong SIL untuk sediakan makanan untuk makan beradab
all masakan done by SIL lagi sorang dan hiasan by jiran sebelah rumah..
mama tolong siapkan bahan-bahan dan hias sikit-sikit mana yang mampu =P
jiran lagi kreatif bab hiasan makanan pengantin..
mama ni kurang pendedahan sikit..
layan gambar yang ada, rajin si abah menyenap ^_^








yeaaah rombongan sudah sampai..
1 bas sekali datang haa..
rombongan dari pihak lelaki dari batu pahat
masa ni dah mulai hujan..
mula renyai renyai je, disusuli lebat sungguh petang sabtu tu..huu~





orang pertama dibayar tol kat pelamin tu
haruslah akeem... dia siap pegang senduk
orang sana kata, 'bahaya budak kecik ni, pegang senduk, kena bayar kat dia dulu'
heee... akeem yang super sporting =P
susah pulak nak snap gambar dak akeem ni
ramai sangat juruphoto berasak kat depan


ada sesi merencis rencis di pilis juga ^_^
banyak sangat gambar, skip mana yang boleh..hee~




pengantin masuk tukar baju persalinan putih pula..
masa ni, tak sempat nak ambil gambar dah..
dan terkilan jugak tak dapat bergambar sefamily
geng lelaki (si abah dan biras) sudah basah kuyup..
memang tak dapat nak bergambar
lagi pulak masing masing sibuk pimai pimai
maklum, kenduri semua masak masak sendiri kan..
bukan guna khidmat catering..
ok, sekian sudah ceritanya majlis kenduri kahwin kat pontian..
next... majlis bertandang pulak..
herm.... next week la kot sambung ye... ^_^
terima kasih, sudi membaca..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads