01 di tangkak - Google Blog Search |
TERKINI!!! Tuhan Harun Akhirnya Ditangkap <b>Di</b> Bandar Baru <b>...</b> Posted: 20 Nov 2013 02:53 PM PST LEDANG – Penduduk Bandar Baru Tangkak tidak mengetahui kawasan perumahan berkenaan menjadi tempat persembunyian ketua ajaran sesat, Ajaran Harun, Harun Mat saat, 47, selepas menyewa di rumah berkenaan sejak 27 Oktober lalu. Perkara tersebut terbongkar selepas sepasukan polis menyerbu rumah berkenaan dan menangkap Harun, seorang anak lelakinya serta seorang wanita kira-kira jam 3.30 petang semalam. Jiran yang mahu dikenali sebagai Roslan, 30-an, berkata, seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Khairi datang ke pejabat pemaju di kawasan perumahan itu bertanyakan rumah untuk disewa pada 26 Oktober lalu. -SinarHarian |
DIALOG RAKYAT: 'Tuhan Harun' ditahan <b>di Tangkak</b> Posted: 20 Nov 2013 04:01 PM PST Ketua kumpulan ajaran sesat 'Tuhan Harun', Harun Mat Saat, yang dalam buruan polis akhirnya berjaya ditangkap bersama seorang wanita, dalam satu serbuan di Tangkak, Johor petang ini. Harun dikehendaki polis kerana gagal hadir sebanyak dua kali ke Mahkamah Rendah Syariah Kuantan bagi pengurusan kesnya. Harun, 47, juga dikehendaki bagi membantu siasatan kes kematian Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Ahmad Raffli Abd Malik 10 November lalu. Harun dan wanita yang menemaninya yang berusia dalam lingkungan 30-an, ditangkap di No 76, Jalan Puteri 2/15 Taman Bandar Baru Tangkak, Ledang pada jam 3.30 petang. Terdahulu, polis menahan seorang lelaki Melayu, berumur dalam lingkungan 40-an pada pukul 3.20 petang, di Jalan Hospital, Tangkak. Lelaki berkenaan dipercayai turut dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes kematian Ahmad Raffli yang ditembak oleh seorang daripada tiga suspek yang tidak dikenali di rumahnya di Indera Mahkota 2, dekat Kuantan. Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani mengesahkan tangkapan tersebut ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Harun bagaimanapun gagal hadir ke mahkamah rendah syariah pada sebutan pertama kesnya, 20 Ogos lepas dan kemudian 13 November lalu. 1. Mahkamah keluar waran tangkap 'Tuhan Harun' |
You are subscribed to email updates from di tangkak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan