01 di endau - Google Blog Search |   
|    BLOG JOHOR: 01 <b>di endau</b> - Google Blog Search Posted: 30 Nov 2013 09:29 AM PST Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info           
  |   |||||||||||||
|    Kepada Blog Aku Bercerita: KeKAS | Taman Negara Johor <b>Endau</b> <b>...</b> Posted: 25 Nov 2013 10:13 AM PST   Sedikit info mengenai Taman Negara Johor Endau Rompin.   Taman Negara ini merupakan taman negara yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Taman Negara di Pahang. Nama Endau Rompin diberi kerana kedudukan taman ini yang meliputi kawasan tadahan air bagi Sungai Endau dan Sungai Rompin. Taman Negara Johor Endau Rompin ini meliputi kawasan seluas 48905 hektar di sekitar kawasan sempadan Johor/Pahang. Ia juga merupakan antara hutan hujan tropika tertua di dunia dan menjadi habitat kepada beberapa spesies haiwan yang semakin pupus seperti badak sumbu sumatera. 1. Melalui Kampung Peta, Kahang, Kluang, Johor. Taman Negara Johor Endau Rompin (Peta). 2. Melalui Kampung Selai, Bekok, Segamat, Johor. Taman Negara Johor Endau Rompin (Selai). 3. Melalui Felda Selendang, Kuala Rompin, Pahang. Disebut Taman Negeri Endau Rompin, Pahang. Taman Negara Johor Endau Rompin (Selai) merupakan salah satu pintu masuk yang popular selain di Peta, Kahang. Nama Selai diberi berdasarkan kepada perkampungan terakhir yang dilalui sepanjang jalan masuk ini iaitu Kampung Selai. Kampung Selai itu sendiri mendapat nama daripada lagenda orang asli iaitu seorang puteri yang mempunyai kuasa haba yang sangat panas sehingga menyebabkan aliran sebatang sungai yang mengalir dari Gunung Besar menjadi kering dan mengecil sehingga selebar sehelai (sebatang) rotan sahaja. Peluang meneroka Taman Negara Johor Endau Rompin (Selai) semasa mengikuti Kem Kesedaran Alam Sekitar (KeKAS) baru-baru ini  sesuatu yang amat berharga pada saya. Walaupun telah menetap di Johor lebih 22 tahun, belum pernah sekali pun terfikir untuk sampai ke sini. Tambahan pula perjalanan ke sini kali ini tidak perlu mengeluarkan belanja, semuanya ditanggung oleh pihak Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, terasa sangat gembira kerana dipanggil untuk mengikuti kem ini. ***************************************   Hari Pertama – 18 November 2013       Kami memulakan perjalanan dari Batu Pahat pada kira-kira jam  8.30 pagi menaiki sebuah bas yang disewa khas. Dalam perjalanan, kami singgah sebentar  untuk bersarapan di Kompleks Gerai Chaah, Labis. Oleh kerana makan tengah hari untuk  hari pertama tak disediakan di kem,  kami  turut membungkus makanan di sini untuk dibawa ke kem sebagai santapan tengah  hari nanti.     Kira-kira jam 11.00 pagi, kami tiba di hadapan Pejabat Taman  Negara Johor Endau Rompin (Selai) di pekan Bekok. Sesiapa yang ingin memasuki  Taman Negara Johor Endau Rompin Selai ini perlu membuat pendaftaran dan bayaran  yang berkenaan serta mendapatkan permit masuk di pejabat ini. Perbuatan masuk  ke taman negara tanpa kebenaran dan permit masuk merupakan satu kesalahan dan  boleh didakwa.     Pejabat Taman Negara Johor Endau Rompin Selai ini terletak  di pekan Bekok. Untuk ke sini, anda boleh mengikut jalan arah ke Hutan Lipur Sungai  Bantang, Bekok dan pejabat ini terletak di sebelah kiri di taman terakhir  selepas anda melewati pekan Bekok.         Di sini, kami menurunkan barang dari bas dan menunggu  ketibaan kenderaan pacuan empat roda (4WD). Untuk ke Taman Negara Endau Rompin  Selai ini, kenderaan 4WD adalah sangat diperlukan, atau sekurang-kurangnya  kenderaan yang tinggi dan tidak mudah jejak dengan tanah kerana perlu menempuh  lumpur dan lubang-lubang yang dalam.     Sekitar jam 11.30 pagi, kenderaan 4WD tiba beramai-ramai.  Ada kira-kira 7 kenderaan untuk kami yang terdiri dari pelbagai jenis seperti  Nissan Frontier,  Mitsubishi Pajero, Ford Ranger dan sebagainya.  Hati gembira  dapat naik kenderaan ini,  dan saya pernah ada impian untuk memiliki satu daripada kenderaan seumpama ni.     Sepuluh minit kemudian, kami memulakan perjalanan.  Perjalanan menuju ke Kompleks Pelawat Lubuk Tapah melibatkan jarak sejauh  kira-kira 28 kilometer.  Jalannya pada  peringkat permulaan lebar dengan dua lorong macam jalanraya biasa melewati  perkampungan biasa dan kebun-kebun.  Selepas melewati simpang ke Hutan Lipur Sungai  Bantang, jalan mula mengecil sehingga ke satu selekoh tajam yang terdapat  sebatang pokok besar di tepinya, di mana ada penanda menunjukkan kami mula  memasuki kawasan hutan simpan. Jalan tinggal selorong di sini tapi masih  berturap.     Secara keseluruhannya, jalan menuju ke kampung Selai  tidaklah seteruk yang saya sangkakan sebelum ke sini. Jalan di permulaan kebanyakannya  merupakan jalan tar lama yang sudah rosak dan berlubang-lubang. Ada antara  kawasan-kawasan tertentu yang baru diturap cantik, tapi kebanyakan kawasan  jalan ini adalah jalan berpasir dan berbatu serta jalan tanah seperti di estet.   Laluan ini bagi saya tak termasuk dalam  kategori off-road kerana jalannya dah ada, cuma tak sebegitu cantik. Malahan  kami turut berselisih dengan kereta Serena dan Proton Saga BLM, menunjukkan  kereta biasa juga boleh melepasi jalan menuju ke Kampung Selai ini.       Sepanjang perjalanan, kami melewati beberapa penempatan  orang asal di sini seperti Kampung Kemidak, Kampung Tamok dan beberapa lagi  perkampungan lain. Ada jugak sebuah sekolah rendah yang kami lintasi iaitu  Sekolah Kebangsaan Kampung Kudong. Ini adalah sekolah paling dalam di sini.     Hampir 45 minit perjalanan, kami tiba di perkampungan  terakhir iaitu Kampung Selai. Nama Endau Rompin Selai diambil daripada nama kampung  ini sebagai jalan masuk. Tapi kami cuma lalu di tepi kampung sahaja sebelum  tiba di checkpoint masuk ke Taman Negara Selai.     Enam kilometer terakhir agak mencabar. Sebaik melepasi  checkpoint taman negara, jalan jadi sangat sempit. Di sini, pada pemerhatian  saya, kereta biasa  memang tak lepas. Jalannya  ialah jalan tanah dan banyak tempat yang berselut. Kalau kereta biasa,  kebarangkalian untuk tersangkut dalam lumpur sangat tinggi. Tapi tak ada lah  redah sungai macam kita tengok dalam televisyen. Menurut pakcik yang saya borak  tu, kalau nak rasa yang tu kena ambil pakej lain. Mereka akan bawa kita ke  laluan yang betul-betul off-road. Lain kali lah kot.     Sebelum tiba di Lubuk Tapah, kami melewati kawasan  perkhemahan Lubuk Merekek. Di sini ialah kawasan untuk mereka yang memilih  untuk berkhemah dan sungai di sini dibenarkan memancing dengan kadar-kadar  tertentu.     Jam 12.40 tengah hari, kami tiba di Kompleks Pelawat Taman  Negara Endau Rompin Selai. Kompleks ni baru sahaja siap, dan pokok-pokok di  sekitar bangunan baru nak membesar.  Di  sini terletak pejabat, kafeteria, chalet serta asrama (dorm) yang akan kami  menginap nanti. Kami mengumpulkan barang di satu dewan terbuka sebelum  mendaftar masuk dan mengambil kunci loker.     Aktiviti kami di sini dikelolakan oleh kakitangan Taman  Negara Endau Rompin Selai diketuai oleh Encik Adni. Beliau sangat baik dan  peramah. Kalau saya tanya soalan dia mesti  jawab dengan baik walaupun tak berkaitan  dengan taman negara pun. Dan menurut beliau, pada waktu ini, cuma kami sahaja di  sini kerana taman negara ditutup sementara berikutan musim hujan. Kami bernasib  baik sebab dah tempah awal dan dapat masuk ke sini. Seronok sebab tahu aktiviti  kami takkan mengganggu dan takkan diganggu kumpulan lain, selain tak risau  tinggalkan dorm tanpa dikunci sementara kami masuk ke hutan.     Kawasan kompleks ini ringkas. Ada satu bulatan, dan di  sekitar bulatan ini terletak semuanya seperti chalet, kafeteria, dewan dan dorm  di sebelah atas bukit. Ada juga pondok hutan kira-kira 200 meter dari sini.  Semua bangunan di kompleks ini dibina daripada kayu dan dibina di atas tiang  konkrit yang tinggi, mungkin untuk mengelakkan serangan haiwan liar. Elak  banjir tak mungkin sebab kawasan ini di lereng bukit. Haha.       Dorm di sini lebih selesa daripada apa yang saya bayangkan. Ada  dua dorm berhadapan, satu untuk lelaki dan satu untuk wanita. Setiap dorm ada 3  bahagian tapi semuanya bercantum serta satu bilik air. Tak pasti ada berapa  katil di dorm ni, tapi kalau tak silap perhitungan, satu dorm boleh masuk  sehingga 40 orang. Loker disediakan bagi setiap orang selain soket elektrik  yang memang sangat saya perlukan bila berjalan ke mana-mana sekalipun untuk  mengecas kamera.     Di sini, telefon bimbit kehilangan fungsinya sebagai  telefon. Tak ada sebarang liputan telefon di sini pada waktu kedatangan kami  ini. Pada masa akan datang insyaAllah ada kerana ada satu menara pemancar yang  telah dibina bersebelahan dorm, tapi belum ada sebarang peralatan komunikasi di  atasnya. Mungkin dalam tempoh setahun lagi boleh siap. Katanya pencawang itu  milik Maxis. Wallahu'alam.     Bekalan air di dorm dan kawasan kompleks ini merupakan air  bukit. Air di sebelah atas bukit diempang dan air disalirkan masuk ke dalam  saluran paip menuju ke kompleks ini. Patutlah airnya sejuk semacam walaupun  tengah hari. Bekalan elektrik di kawasan kompleks pula merupakan bekalan 24 jam  daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) kecuali kawasan jungle hut yang  menggunakan generator berpusat. Generator dihidupkan bermula jam 7 malam hingga  jam 7 pagi, itu pun kalau ada pengunjung di kawasan jungle hut itu. Kalau kita  berada di kawasan jungle hut, boleh tengok lampunya terang-malap-terang-malap  sebab guna generator.       Aktiviti 1 - Nature Expore     Jam 2.15 petang. Kami berjalan kaki menuju ke kawasan  perkhemahan Lubuk Merekek yang kami lewati tadi. Kemudian kami melencong masuk  ke satu laluan hutan menuju ke tempat aktiviti.     Di sini, kami diberi tunjuk ajar tentang cara ikhtiar hidup  di hutan. Antaranya ialah barang-barang yang perlu kita ada semasa masuk ke  hutan dan cara menyelamatkan diri di hutan.   Ada juga beberapa model pondok hutan dibina di situ.     Kami juga ditunjukkan cara untuk membina pondok hammock.  Kemudian, wakil kumpulan lelaki dan perempuan dipanggil untuk membina pondok  tersebut.     Selain itu, ada juga penerangan tentang jerat binatang yang digunakan oleh orang asal di sini. Cara tindakbalas jerat juga ditunjukkan.     Paling menarik, kami ditunjukkan cara menghidupkan api tanpa  menggunakan mancis atau pemetik api. Mereka guna satu alat yang diperbuat  daripada kayu. Api dinyalakan tanpa menggunakan lilin askar, minyak tanah  mahupun sebarang bahan kimia lain sebaliknya menggunakan bahan-bahan hutan yang  ada di sekeliling kami pada waktu itu. Malah, kayu hidup pun digunakan untuk  hidupkan api dan berjaya.     Selepas itu, kami juga ditunjukkan cara memasak nasi tanpa  menggunakan periuk. Cuma gunakan 10 helai daun hutan (tak ingat namanya) untuk  membalut plastik bungkusan nasi tersebut yang kemudiannya terus diletakkan di  atas api macam memasak biasa. Tapi kami tak menunggu nasi tu masak kerana  kesuntukan masa.     Selepas selesai aktiviti ini, kami kembali ke Lubuk Tapah.       Sebelah petang, kami menuju ke kawasan Jungle Hut Lubuk  Tapah. Kawasan ini ialah kawasan paling hampir dengan sungai di Lubuk Tapah ni.  Di kawasan kompleks tadi tak ada sungai pun.     Sebelum aktiviti bermula, pensyarah kami, Encik Tokiap  sempat belanja ikan makan. Beliau membeli makanan ikan di situ dan kami  beramai-ramai beri makan pada ikan. Setiap kali kami baling makanan, banyak  ikan-ikan yang menyerbu, sampai terlompat-lompat di permukaan air.      Lubuk Tapah dah berubah wajahnya, berbeza sekali dengan apa yang dapat kita lihat dalam internet. Menurut pengurusan di sini, Lubuk Tapah banyak berubah selepas peristiwa banjir besar yang melanda Johor (tahun 2006 kalau tak silap). Kawasan ini tak banjir, tapi mungkin hujan lebat yang luar biasa pada waktu itu yang memberi kesan kepada kawasan ini. Beberapa kejadian tanah runtuh berlaku di sepanjang Sungai Selai. Sebelah atas sedikit daripada Lubuk Tapah ini kita dapat lihat ada dua aliran sungai, iaitu sungai asal dan sungai baru yang terbentuk akibat banjir besar dahulu. Sungai yang dahulunya tak begitu besar dah jadi lebar. Dasarnya merupakan campuran lumpur dan pasir.   Di sini, kami berkumpul dan diberi taklimat oleh Encik Adni  tentang aktiviti seterusnya, iaitu Water Tubing. Aktiviti ini menggunakan tiub  tayar lori yang dibalut dengan jaring. Kemudian, kita akan duduk di atas tiub  lori tersebut di atas air dan mula mendayung melalui jeram-jeram dan sungai.  Lebih kurang macam whitewater rafting. Boleh bayangkan? Tengok gambar.   Oleh kerana kesuntukan masa, cuma beberapa orang sahaja yang  berpeluang melakukan aktiviti ini pada petang tersebut. Manakala yang lain cuma  berendam dalam aliran Sungai Selai yang sejuk airnya.     Jam 7 malam, kami kembali ke kompleks untuk membersihkan  diri, solat Maghrib dan Isyak secara jamak qasar serta makan malam.     Makanan disediakan oleh keluarga Encik Adni sendiri. Sedap  masakannya. Tambahan pula makan beramai-ramai bersama rakan-rakan di sini  terasa seolah-olah berada dalam satu keluarga yang besar. Memang menyeronokkan.     Aktiviti 2. – Night Walk dan Light Trap       *Bahagian ni formal sikit sebab copy paste daripada laporan  group kami. Huhu.       Aktiviti ini bermula pada kira-kira jam 8.30 malam. Sebelum  menjalani aktiviti ini, kami telah berkumpul di kem untuk sesi taklimat. Encik  Adni telah menyampaikan sedikit taklimat mengenai keselamatan serta penerangan  ringkas tentang perkara-perkara yang akan dilakukan sepanjang aktiviti ini.     Kami kemudiannya berjalan secara berkumpulan melalui laluan  ke Lubuk Merekek sebelum membelok masuk ke satu denai hutan di kawasan Arboretum  (Hutan Pembelajaran). Bertemankan lampu suluh masing-masing, kami berjalan  menyusuri denai hutan sambil memerhatikan persekitaran kami sekiranya  terserempak sebarang hidupan yang biasanya aktif di waktu malam.      Banyak perkara yang kami temui sepanjang aktiviti ini. Antaranya  ialah kesan sondolan babi hutan di atas tanah. Berdasarkan kesan tersebut, kami  membayangkan pastinya haiwan yang membuat kesan ini bersaiz besar dan kuat.  Kami juga menemui beberapa kesan tapak kaki haiwan tersebut di sekitar laluan  kami. Kesan tapak kaki ini menunjukkan bahawa haiwan ini baru sahaja berada di  sini dalam tempoh beberapa ketika sahaja sebelum kami tiba di sini.     Selain itu, kami juga berpeluang melihat seekor sesumpah  yang duduk di atas ranting sebatang pokok. Sesumpah tersebut cuba menyamarkan  dirinya menyerupai daun pokok tersebut berwarna hijau. Sesumpah ini tidak  bergerak langsung walaupun kami menyuluh dan datang melihatnya dari dekat. Kami  sangat kagum melihat keunikan haiwan ini.     Sepanjang aktiviti ini juga, kami berpeluang mengenali  beberapa spesies pokok hutan seperti karas, mempening, tembusu putih dan  sebagainya. Ada antara pokok ini yang bersaiz sangat besar menandakan ia sudah  hidup untuk tempoh waktu yang amat lama. Pengiring kami juga menerangkan serba  sedikit tentang pokok-pokok dan haiwan-haiwan yang ditemui.       Ketika tiba di satu kawasan, kami diminta untuk memejamkan  mata dan memadamkan lampu suluh masing-masing. Tujuan memejamkan mata adalah  supaya mata kita tidak terkejut dengan perubahan secara tiba-tiba dari keadaan  terang kepada gelap. Selepas beberapa ketika berada di dalam kegelapan malam,  kami ditunjukkan dengan kulat yang boleh menyala di dalam gelap. Kulat ini  mengeluarkan cahaya yang malap, namun dapat dilihat dengan mata kasar di dalam  kegelapan malam. Menurut pengiring kami, cahaya tersebut terhasil daripada  aktiviti penguraian bahan organik oleh kulat tersebut. Kami sangat kagum dengan  penemuan ini, apatah lagi ramai antara kami yang baru melihat kejadian ini buat  pertama kalinya di hadapan mata sendiri.       Denai hutan yang kami lalui membawa kami ke kawasan  berhadapan pintu masuk ke denai air terjun. Di sini, kami melakukan aktiviti  seterusnya iaitu Light Trap. Aktiviti ini merupakan satu aktiviti di mana kami  menggunakan cahaya untuk menarik kehadiran serangga supaya hinggap pada kain  putih yang telah direntangkan.     Banyak serangga yang berjaya kami tarik ke atas kain putih  tersebut. Sambil mengenali serangga-serangga yang ada, pengiring kami  menerangkan serba sedikit mengenai serangga-serangga tersebut seperti cara  pembiakan dan sebagainya. Banyak soalan yang telah kami ajukan dan dijawab oleh  beliau dengan terpeincinya.       Jam 10.30 malam, kami bergerak  ke kafeteria untuk minum malam sebelum kembali ke dorm untuk tidur.        |   
| You are subscribed to email updates from di endau - Google Blog Search   To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.  |   Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan