Ahad, 29 Disember 2013

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


Aduan Rakyat <b>Pengerang</b> | Warta Rakyat

Posted: 27 Dec 2013 05:04 PM PST

Nanyang Siangpau

Perkara: aduan masyarakat di Pengerang (aduan rakyat)

Ruangan: Negeri Johor muka Depan akhbar

Tarikh: 25 Disember 2013 (Rabu)

Projek Petrokimia menyebabkan jalan rosak tayar kenderaan pecah

Persatuan penduduk pengerang berkata: JKR dakwa tiada wang penyelenggaraan

24hb Johor Bahru, oleh kerana pembangunan projek Rapid Petrokimia di Pengerang sedang dijalankan dengan pesat, laluan jalan Pengerang Senai banyak yang rosak tidak terhingga, ia menyusahkan penduduk setempat, seorang rakan persatuan penyelamat pengerang mendakwa tayar kenderaannya pecah disebabkan jalan rosak dan berlubang lubang.

Cik Sun Siew Pin berkata, pada 22 haribulan seorang rakannya bertolak dari Pengerang ke Johor Bahru terlanggar lubang sedalam satu kaki di tengah jalan, menyebabkan tayar kenderaannya pecah ditempat kejadian.

"rakan saya terus telefon JKR mengadu hal itu, pihak yang berkenaan berkata mereka tiada bajet untuk menyelenggara jalan tersebut, rakan saya terpaksa buat aduan di balai Polis, diharap pihak polis ambil perhatian perkara ini".

Beliau berkata, apa yang beliau difahamkan, buat masa ini sudah ada lebih 10 kes yang menyebabkan tayar kenderaan pecah di jalan kawsan itu.

Banyak kenderaan berat menggunakan laluan jalan di situ, jalan rosak membahayakan keselamatan pengguna jalan raya, terutama sekali kepada penunggang penunggang motosikal, akibatnya pasti amat buruk.

Saudara Sun Siew Pin berharap pihak kerajaan ambil berat laluan jalan Pengerang Senai yang rosak, pihak yang berkenaan sepatutnya mengawasi dan perbaiki laluan jalan di situ, kesesakan jalan juga berlaku kerana jalan berlubang lubang.

Terjemahan:
Salmah Ong Abdullah

136 total views, 23 views today

Kapal Karam <b>Di Pengerang</b>, 5 masih hilang | Merdeka Online

Posted: 19 Dec 2013 09:10 PM PST

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

MO,JOHOR BARU,20/12/2013 -Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memulakan operasi mencari dan menyelamat lima anak kapal yang dilaporkan hilang selepas kapal yang mereka naiki karam di perairan Pengerang, awal pagi Jumaat.

Pengarah Operasi Maritim Malaysia Tanjung Sedili, Komander Mustafa Kamal Abas berkata, agensi itu dihubungi pada pukul 8 pagi oleh pengawal pantai Singapura untuk mendapatkan bantuan.

Agensi itu menghantar satu pasukan keselamatan ke tempat kejadian dengan serta-merta dan menjumpai lima anak kapal yang lain dalam bot penyelamat dan seorang lagi terapung di laut.

Menurut kenyataan agensi itu, enam mangsa telah dihantar ke Singapura.

Seorang mangsa yang terselamat berkata, kapal tersebut, Heng Hong 168, karam pada pukul 4 pagi kerana dipukul ombak dan angin kencang.

Namun masih belum dipastikan, sama ada lima anak kapal yang masih hilang itu terjun ke dalam laut atau masih terperangkap di dalam kapal tersebut

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads