01 di masai johor - Google Blog Search |
BLOG JOHOR: 01 <b>di masai johor</b> - Google Blog Search Posted: 15 Dec 2013 03:18 PM PST Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| ||||||||||||||||||
7 cerita seram <b>di johor</b> yang mampu membuat anda tak tidur malam Posted: 24 Dec 2013 03:44 AM PST Tahukah korg bahawa setiap surau 'berpenghuni'? Apatah lagi jika surau tersebut dah lama tak di gunakan? maka terjadilah tempat2 jin melepak.. Jangan di sangka rumah kosong yg di biarkan lama je 'berpenghuni'.. heh heh.. Surau sepi ini berdekatan dgn pekan Masai.. Surau tu di buat persinggahan atau pun rumah tumpangan untuk pekerja kontrak MSE pada masa itu sekitar tahun 1980an. Kalau surau tu di guna sekalipun, cuma utk beberapa kerap sahaja.. Sehinggalah datang seorang ustaz utk mengajar kuliah di surau berkenaan.. Yang aneh nya setiap kalii mengikuti kuliah nya pasti apa yang diajar pada hari itu adalah perkara atau masalah yg di hadapi pada hari itu walau pun pengikut kuliahnya tidak menyuarakan apa2 pertanyaan.. Ustaz itu sepertinya mengetahui masalah mereka.. Ustaz ini amat daif kehidupan nya dari segi harta.Semua kenderaan yg di gunakan adalah sumbangan dari anak murid nya. Dia tinggal dirumah setingan & mempunyai anak yang ramai.. Berulang alik menaiki motor dari Kota Tinggi ke Masai untuk membuat kuliah agama.Masyallah hebat nya ustaz nih.. Tetapi begitulah rupanya Allah lebih sayang kpd nya...dia telah kembali ke rahmutullah pada thn 1990an. Tahukah di mana lokasi surau itu sekarang? Bangunan surau ini telah pun di robohkan oleh PBTPG (kini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Pasir Gudang) dengan alasan untuk menggantikan Surau yang baru.. Tetapi sampai sekarang habuk pun tak ada.. Sekarang ni tapak tersebut telah di dirikan sebuah pasaraya KIPMART..! ya KIPMART MASAI..! Sebelum di robohkan dulu, ada juga penduduk setempat yg mengatakan bahawa ternampak kelibat org bersembahyang di kala maghrib & Isyak.. Lampu terang benderang.. tetapi bila di periksa pada siang hari, tiada pula kesan bekas tayar kereta, motosikal mahupun basikal.. Lagipun surau berkenaan dah lama tiada bekalan elektrik..! Dari segi cerita ini kita dpt tahu bahawa yg menumpang sembahyang itu adalah jin2 Islam.. Cerita 2, Lokasi Villa Nabila Bukit Serene (berhampiran Strait View Hotel) Kalau rasa berani sangat, try la 'berhijrah' ke sana.. tapi ingt.. waktu mlm ye? jgn lupa rakam.. hehehe.. Dah ramai yg saja nk jln2 ke Rumah Hantu tak berbayar tu.. ye la.. dia bukannya mcm funfair.. ok, aku ada url video drpd budak poli JB, dorg ada masukkan kat youtube.. ni rakaman siang hari.. http://www.youtube.com/watch?v=fQ1omgTq-rk Member aku pernah masuk Villa Nabila tu, orang kata, kalau masuk genap, kat dlm tu jadi ganjil.. kalau masuk 8 org, cuba korg kira kat dlm tu.. entah-entah 9 orang.. kalau tak percaya korang leh tanya pengalaman (facebook name Tyecik Hades).. Kisah ni berlaku masa zaman rempitnya dulu.. Mat rempit biasa lah, hati cekal & kering.. Dorg akan cuba buat sesuatu yg org lain x berani nak buat.. Kalau korg dah pergi ke Villa Nabila tapi tak jumpa apa2 tu Alhamdulillah la.. Kadang2 time nk balik tu, enjin kenderaan takleh nak start.. TU MEMANG DAH BIASA TERJADI kat Villa Nabila.. Ada beberapa budak penakut ni lagi best, takut punya pasal, dorg pilih cantik je iaitu pada bulan Ramadhan. Lepas bersahur kat Singgah Selalu pukul 2 pagi, dorg terus wat rombongan Cik Kiah ke Villa Nabila.. Nak tau apa terjadi? Lepas je matikan enjin nak ke rumah tu, tiba2 bumbung kereta dorg kena ketuk.. Lagi dasyat enjin kereta dia tak leh hidup.. Tapi Alhamdulillah, selepas beberapa doa di baca, enjin kereta pun hidup & mereka membatalkan hasrat utk jejak kan kaki ke dlm Villa Nabila tu.. Ingat! jangan sampai meracau sudah.. Korg tau apa itu seni? Kalau korg minat dlm bidang fotografi, dah tentu korg akan tau.. Utk menghasilkan seni dlm sesebuah gmbr, kebanyakkan fotografer akan menjadikan bangunan2 lama & terbiar sebagai 1 monumen penting dlm sesebuah gmbr itu.. Kebanyakkan fotografer dah serik utk ke Villa Nabila biarpun pada waktu siang.. Ini kerana gmbr yg dorg snap termasuk sekali benda yg tak di undang.. Utk pengetahuan korg, terdapat 3 buah banglo terbiar di Bukit Serene. Pertama Banglo kerabat sultan, Kedua Villa Nabila & yg ke tiga agak dlm sikit iaitu sebuah Banglo seorang doktor.. Bahaya & belum di siasat.. Mengapa Villa Nabila begitu mistik? apakah punca dari mulut ke mulut yg sering di katakan di kalangan rakyat Johor Bahru? Nabila ni adalah seorang budak kecil, dia di bunuh oleh mak tiri (ada yg kata amah) yg tamakkan harta peninggalan bekas suaminya juga ayah kepada Nabila. Lama juga tertanam di dalam dinding rumah berkenaan. Sehinggalah polis dapat selesaikan kes ini. Kepada polis yg baca artikel ini, sila sahkan cerita ini please~ hehe.. ni video yg kedua aku search kat youtube.. tak tau la budak mana punya kerja.. http://www.youtube.com/watch?v=h7RRI2oelY0 kalau korg rajin, korg try la main pause-pause.. mana lah tau korg ternampak lembaga yg tak di ingini masuk dlm video dorg tu.. huhuhu.. Cerita 3, Terowong Lama British di Tambak Johor Kredit utk Azeem Zainal, pasal dia lah aku cari info mengenai kisah ini. Kisah terowong ini terdapat dalam antara 95 fail mengenai "kumpulan rekod-rekod dan panduan kepada bahan-bahan mengenai Tambak Johor.Antara dokumen itu menyatakan bahawa terowong yang dibina di bawah Tambak Johor itu adalah 8 kaki tinggi dan 11.5 kaki lebarnya. Dokumen itu menyatakan bahawa objektif terowong itu adalah untuk kegunaan paip air daripada Gunung Pulai Satu, di Jalan Pontian, Johor, menuju ke Mac Ritchie Reservoir, di Singapura. Berikutan Wayleave Agreement 1971, paip yang menyalurkan air ke Singapura telah dibina selari dengan landasan keretapi yang merentasi Selat Teberau seperti yang wujud pada hari ini. Apa terjadi jika terowong tersebut menjadi tempat untuk pengintipan daripada negara luar? Pemahaman 'org2 kampung' mcm biasa lah, mereka mengatakan itu semua adalah normal. Bila manusia sibuk menghakis kejadian alam semesta, mesti ada 'give & take'. Katanya, mungkin ada 'penjaga' yang mahukan 'darah' manusia sebagai gantian. Tapi takkan dengan jengkaut-jengkaut tu 'penjaga' tu nak makan? Lapar benar. Kerana sebelum ini ada kes pembinaan jambatan di sini juga yang tertangguh sehingga kemalangan yang meragut nyawa mangsa sehingga mangsa tercampak dalam sungai tersebut barulah jambatan tersebut tiada masalah dan pembinaannya disambung semula. Itu kata mereka bukan aku, syirik namanya kalau percaya. Manalah tahu bajet tak cukup nak teruskan pembikinan jambatan tu. Iya tak? Dan mereka juga kata Kejadian tanah jerlus itu ada kaitan dengan TEROWONG LAMA BRITISH yg menghubungkan Singapura & Malaysia ini.. Thukah anda, isteri mangsa siap tidur di tempat kejadian sementara nak tunggu org cari mayat arwah suaminya.. Takziah di ucapkan.. Sedekahkan Al-Fatihah.. Ini ada 2 video yg di sedut dari youtube berkenaan Terowong yg di katakan ini.. http://www.youtube.com/watch?v=WEDuqd-ShC0 dan http://www.youtube.com/watch?v=oVSiBbiqrMg Pelik, mcm mana dia boleh terlepas masuk kat dlm terowong tu? tapi separuh jalan je pasal di pertengahan jln tu ada tanah tertimbus. Kalau nk ikutkan dgn video ni, negara kita masih selamat la, pasal dorg takleh nak tembus sempadan Johor dah.. Adakah video ini di buat2 oleh mat saleh berkenaan? Nasib baik hantu Jepun tak muncul dlm video tu.. Sebab dgr cerita terowong tu 'berpenghuni'.. Yang menghuninya pula bukan calang2 hantu! Cerita 4, Banglo Hilang, area Taman Rinting Kisah cerita ni memang banyak versi, ada penduduk di sana menceritakan bahawa pemilik rumah berkenaan mengamalkan ilmu utk dapat duit dgn senang. duit yang didapati tidak boleh digunakan untuk perkara haram walaupun 1 sen sekalipun.. tetapi duit yang diperolehi itu dengar citer berjuta or beribu wallahualam digunakan sebahagian untuk perjudian.. anyway setelah langgar perjanjian.. rumah itu dighaibkan dan penghuni terpenjara dalam alam yang satu lagi..maybe orang kat rumah dah jadi bunian kot skang nih... dah hidup kat alam sana bersama orang2 bunian... wallahualam.. Yang tinggal kat tapak banglo tu hanyalah tangga! kenapa tangga di tinggalkan? Kalau nak di ikutkan pada tahun 2002 & 2003, takde lah pagar secantik yg kita leh tgk seperti gmbr2 di atas.. Dulu cuma pagar dawai yg kaler hijau tu, siap nmpk batu marmar nya lagi.. Security mmg ketat gila, pantang nmpk kereta benti kompem di halaunya.. Ini adalah salah 1 story yg telah di ambil dari sebuah forum.. "sy nak tambah skit aper yg sy tau pasal banglow kat taman rinting nie.. Begitulah sedikit sebanyak kisah misteri banglo hilang di Taman Rinting, tetapi sehingga kini budak yang berjanji nak beri gambar asal banglo tersebut tidak upload pun gambar yg di maksudkan.. Misteri menjadi semakin misteri.. Sehingga kini ianya tak terungkai lagi.. Cerita 5, Jambatan Permas Jaya & Railway Plentong Kemalangan maut pasti terjadi tiap2 tahun, org kata jambatan ni memang terkenal dgn sikapnya yg ketagih darah org.. Sebabnya? semasa jambatan ni mula2 di bina, byk kejadian bunuh diri berlaku di situ.. Di katakan tempat itu keras kerana pemandu2 kereta akan ternampak bayangan aneh melintasi jalan.. Siapa yg berani nak jalan sorg2 di situ ketika waktu malam? Sebelum Bayu Puteri & Flat Sri Stulang di dirikan di situ, ianya merupakan hutan paya bakau yg di penuhi monyet. Sebelum jambatan ni di dirikan, kalau korg dari bandar nak ke Permas Jaya, korg kena lalu jalan tebrau - carrefour pandan - highway pasir gudang - plentong & baru lah sampai ke Permas Jaya.. Cerita 6, Persimpangan Desa Rahmat, Tampoi. Di petik dari KOSMO! JOHOR BAHRU - Imej misteri yang muncul dalam gambar telefon bimbit Nor Kharunisa Abd. Ghani mungkin ada kaitan dengan mangsa kemalangan maut di persimpangan Desa Rahmat di sini beberapa tahun lalu. ATAS:NOR Kharunisa menunjukkan imej lelaki tidak berkaki (bulatan) di belakangnya yang muncul apabila gambar itu dirakam di sebuah restoran di Johor Bahru baru-baru ini. KIRI:IMEJ lembaga bertudung dengan muka yang kabur (bulatan) ini didakwa tidak kelihatan sewaktu gambar ini dirakamkan di Air Hitam, Muar baru-baru ini. JOHOR BAHRU - Belum reda kisah lembaga 'wanita kebaya merah' di Lebuh Raya Utara-Selatan, kini timbul pula kisah dua orang di sini yang terkejut melihat gambar mereka rupa-rupanya ada imej lain yang tidak disangka-sangka. Dakwanya, sejak kejadian itu perasaannya menjadi tidak tenang kerana terasa seperti diekori. Cerita 7, Mahmoodiah. Banyak2 kisah mistik, aku rasa ini lah yang paling menyeramkan & banyak kisah yang berlaku di kawasan ini. Tidak lupa juga kawasan berhampirannya iaitu Dataran Bandaraya Johor Bahru yang pernah di gemparkan dgn kisah Hantu Lilin pada tahun 1990-an. Pada tahun 1980-an lagi best, pelancong Kuala Lumpur yang datang ke Johor Bahru tertarik dengan kemeriahan persembahan kuda kepang di pentas dataran tersebut. Hampir 2 jam dia melihat persembahan itu. Oleh kerana terlalu terpegun dengan kehebatan negeri Johor yg 'menghalalkan' pementasan sehingga jam 2 pagi, pelancong tersebut menceritakan hal ini kepada rakannya yang kebetulan bekerja dengan Majlis Bandaraya.. Rakannya menafikan dakwaannya itu dan mngatakan bahawa dia berkhayal! Habis, apa yg sebenarnya berlaku selama 2 jam pada mlm tersebut? Wallahualam.. Ingat, jangan terlalu percaya.. Nanti syirik pulak.. Jangan terlalu takut & jangan terlalu berani.. Jika apa yg di tulis di atas adalah mengenai korg, aku nk korg perbetulkan di mana silapnya.. tak kisahlah drpd tarikh atau segala bagai.. apa2 pun yg buruk itu dtg drpd diri ini, kerana setiap manusia tak ubah drpd melakukan kesilapan & kesalahan.. Cerita ini bukan rekaan semata-mata.. ianya menjadi perbualan dari mulut ke mulut masyarakat JB.. aku pasti, ada jugak yg x tau lagi pasal kisah2 ini.. yang pastinya antara 3 kisah paling top di JB seperti Villa Nabila, Mahmoodiah & Banglo Hilang di Tmn Rinting telah pun aku research.. aku tak main tulis je, ada yg aku ambil dari blog2 & aku pilih yg paling lojik & terbaik.. Jika mahu share, silakan.. JANGAN TELALU TAKSUB, Wassalam.. ^.^ |
You are subscribed to email updates from di masai johor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan