01 di senai - Google Blog Search |
- BAYI DITEMUI <b>DI</b> PERHENTIAN BAS <b>SENAI</b> - BLOG MAZEER
- Wanita Afrika Selatan ditahan <b>di Senai</b>, 4.9kg dadah dirampas <b>...</b>
- BLOG JOHOR: 01 <b>di senai</b> - Google Blog Search - Blogger
BAYI DITEMUI <b>DI</b> PERHENTIAN BAS <b>SENAI</b> - BLOG MAZEER Posted: 03 Nov 2013 06:48 PM PST BAYI TANPA SEURAT BENANG DITEMUI DI SENAI | SENAI – Seorang bayi perempuan masih bernyawa ditemui tanpa seurat benang dalam beg di perhentian bas Taman Nesa, Skudai dekat sini, dipercayai ditinggalkan. Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor Bahru, Manayi Ibrahim berkata, bayi dipercayai berusia 13 hari itu ditemui bertali pusat oleh orang awam di perhentian bas berkenaan pada 18 Oktober lalu. "Bayi itu ditemui kira-kira jam 5.30 pagi dalam beg berwarna hitam yang diletakkan di perhentian bas Taman Nesa. "Orang awam yang menemui bayi berkenaan telah membuat laporan polis dan bayi dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA)," katanya dalam satu kenyataan. Katanya, bayi berkenaan dinamakan sebagai Zara Safiya kini diletakkan di dalam perlindungan JKM mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 dan usaha mengesan ahli keluarga dan waris bayi berkenaan telah dijalankan namun gagal. "Kami berharap keluarga atau mana-mana pihak yang tahu mengenai bayi ini menghubungi kami demi kebajikan dan masa depannya," katanya. Dalam pada itu katanya, seorang bayi lelaki dipercayai berusia 13 hari turut ditemui penduduk selepas ditinggalkan di dalam sebuah kotak di Jalan Panglin 1, Taman Perling dekat sini, pada tarikh sama. "Bayi lelaki itu ditemui pada jam 10.30 malam oleh orang awam yang mendengar tangisan bayi berkenaan yang ditinggalkan di dalam kotak. "Bayi berkenaan dinamakan sebagai Aidil Adha telah dirujuk kepada HSA dan kini berada di bawah perlindungan JKM," katanya. Manayi berkata, beliau berharap keluarga atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua bayi berkenaan menghubungi JKM di talian 07-2232606. ![]() ![]()
![]() | ||||||||||||
Wanita Afrika Selatan ditahan <b>di Senai</b>, 4.9kg dadah dirampas <b>...</b> Posted: 18 Sep 2013 03:04 PM PDT JOHOR BAHARU: Alasan yang diberi seorang wanita Afrika Selatan ketika ditahan di Lapangan Terbang Senai di sini ialah ingin mencari destinasi berbulan madu, tetapi barang yang dibawa ialah dadah jenis Methamphetamine bernilai hampir RM1 juta. Wanita berusia 22 tahun itu ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor pada jam 11.10 malam Khamis lepas setelah imbasan terhadap sebuah beg troli yang dibawanya menunjukkan objek meragukan. "Wanita itu tiba di sini dengan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ini merupakan kali pertama dia memasuki negara ini," kata Timbalan Pengarah Kastam Johor Abdullah Sidik. Beliau berkata hasil pemeriksaan terhadap beg bercorak kotak-kotak berwarna coklat yang dibawa wanita itu, pihaknya menemui dua bungkusan dibalut kertas timah dan dibungkus dengan plastik berwarna coklat yang disorok di bahagian kiri dan kanan beg. "Kedua-dua bungkusan itu mengandungi ketulan-ketulan kristal dipercayai Methamphetamine dengan anggaran berat kasar 4.9 kilogram dan ditaksir bernilai RM931,000," katanya kepada pemberita, di sini semalam. Abdullah berkata siasatan mendapati wanita itu memulakan perjalanan sejak seminggu lepas dari Johannesburg ke Bangkok, New Delhi dan Chennai sebelum tiba di KLIA dan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. "Wanita yang tiba berseorangan itu memberikan alasan kepada pihak berkuasa bahawa dia datang ke negeri ini untuk mencari destinasi bulan madu," katanya. Wanita itu direman sehingga hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati mandatori. — Bernama To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. | ||||||||||||
BLOG JOHOR: 01 <b>di senai</b> - Google Blog Search - Blogger Posted: 30 Nov 2013 03:13 PM PST Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
|
You are subscribed to email updates from di senai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan