Khamis, 20 Jun 2013

01 di kota tinggi - Google Blog Search

01 di kota tinggi - Google Blog Search


Cinta Itu Misteri: Bercuti <b>di</b> Lotus Desaru Beach Resort, <b>Kota Tinggi</b>

Posted: 02 Jun 2013 10:02 PM PDT

Cuti sekolah ni banyak sangat aktiviti, tapi walau macam manapun kena juga spend time untuk anak-anak pergi bercuti. Kali ni bawa atok dan neneknya sekali.

Hari Sabtu yang lepas kami ke Bukit Jalil memberi sokongan kepada pasukan bola sepak JDT. Alhamdulillah, kepulangan kami ke Johor selamat. Keluar dari stadium lebih kurang pukul 12 malam dan menaiki bas yang setia menunggu kami di gate belakang stadium. Berjalan kaki lebih kurang 20 minit untuk ke tempat bas, melalui jalan yang gelap dan de kiri kanan hutan. Tapi, dengan adanya penyokong JDT yang selamai 70 buah bas membuatkan kami tak gentar.

Sampai Johor Bahru lebih kurang pukul 5.30 pagi dan kami pergi makan dinner + supper + breakfast dulu di Restoran Osman, Larkin Perdana. Sampai rumah dah masuk subuh, solat dulu dan terus bantai tidur sampai pukul 1.00 petang. Bangun tidur pergi kenduri kahwin dulu rumah mak sedara. Isi perut dulu sebab petang tu dah nak ke Desaru, Kota Tinggi.

Semalam dari Johor Bahru lebih kurang pukul 4.00 petang terus ke Lotus Desaru Beach Resort. Hari ni hari ke dua. Jom layan gambar....


Haduiii....taktaulah nak naik pukul berapa ni.

Nenek duduk bersantai bawah gazebo tengok gelagat kanak-kanak.

Atok plak duduk bawah pokok, redup...berangin...


Apa yang diorang duk tunggu ramai-ramai ni? Meh tengok skit...

Coconut falling....hihihi....best, semua orang tunggu bende alah ni.


Ni ruang tamu bilik kami. Bilik 2 tingkat, katil di sebelah atas, so ambil gambar dari atas
Harga bilik untuk cuti sekolah RM338, rate cuti sekolah memang mahal sikit...walaupun weekday macam kami yang ambil bukan Sabtu &Ahad. Weekend lagi mahal. Huhuhu....

Pemandangan teampark dari bilik. Malam tadi tembak bulan serta ombak dan pagi tadi pun ke pantai lagi main tanam-tanam. Gambar snap dari DSLR, tak bawa ubat. Tunggu next entry untuk gambar-gambar di pantai.

♥♡ Happy Monday ♡♥


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

01 di parit sulong - Google Blog Search

01 di parit sulong - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di lok heng</b> - Google Blog Search

Posted: 30 May 2013 07:30 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kit Siang bakal berkubur <b>di Gelang Patah</b> | The Unspinners

Posted: 30 Mar 2013 06:00 PM PDT


Penasihat DAP, Lim Kit Siang sudah disahkan akan bertanding di Parlimen Gelang Patah, Johor sekaligus memadamkan hasrat Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng yang sebelum ini berangan-angan untuk menjadi calon PKR di kawasan tersebut.

Kejayaan DAP mempengaruhi Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim supaya memberi laluan kepada Kit Siang bertanding di Gelang Patah agak mengecewakan ramai penyokong PKR sementelah lagi sudah berbulan-bulan Pengerusi PKR Johor itu melakukan gerak kerja kempennya di sana.

Baru-baru ini sumber yang rapat dengan Jui Meng memberitahu akhbar Nanyang Siang Pau yang bekas pemimpin MCA itu berura-ura untuk meletakkan semua jawatannya dalam PKR sebagai tanda protes berikutan tindakan Anwar yang dianggap sebagai satu pengkhianatan.

DAP memang lama mahu masuk Johor. Dengar komen Tunku Aziz berikut:

Sama ada ura-ura itu menjadi kenyataan atau tidak, yang pastinya Gelang Patah tidak menjanjikan laluan mudah untuk Kit Siang yang dijangkakan akan berdepan dengan protes secara besar-besaran dari penyokong PKR.

Kit Siang yang sudah acap kali berpindah randah dari satu negeri ke negeri lain untuk melebarkan pengaruh DAP tidak hanya akan menghadapi protes penyokong PKR pro Jui Meng tetapi juga bakal berdepan dengan masalah penerimaan pengundi selain cabaran sengit dari BN.

Majoriti pengundi keturunan Cina di negeri yang terkenal dengan jolokan kubu kuat UMNO sejak berdekad lamanya terbukti mempunyai sikap unik dan penerimaan mereka juga jauh berbeza dari pengundi Cina di negeri lain. Cabaran ini tentunya sukar di mengertikan oleh Kit Siang.


Apatah lagi Ketua MCA Bahagian Gelang Patah, Jason Teoh yang hampir pasti mewakili BN bukannya kecil anak untuk diperlekehkan oleh Kit Siang.

Gambaran awal kegusaran DAP dengan keterampilan Teoh dapat dilihat dari serangan awal jentera propaganda DAP yang mula melakukan sabotaj terhadap pemimpin MCA itu melalui sebuah fan page tiruan.

Teoh yang sudah sekian lama dikenali kerana rekod khidmatnya yang cemerlang dan rapat dengan ramai pengundi di sini, sudah tentu merupakan sandaran kukuh untuk BN mengekalkan penguasaan di Gelang Patah.

Tindakan Kit Siang beralih kawasan sempena PRU 13 dengan bertanding di Gelang Patah sebenarnya boleh diibaratkan seperti menggali kuburnya sendiri. Kekuatan DAP di kawasan Parlimen itu ditambah dengan pengaruh peribadinya sukar untuk meruntuhkan kubu BN di sana.

Malah kekuatan DAP yang kian suram di kawasan ini khususnya di DUN N48 Skudai yang dimenanginya dengan majoriti besar 12,854 undi pada PRU 12 tahun 2008 dulu, meletakkan DAP bukan dalam keadaan selesa untuk merampas Parlimen Gelang Patah dari BN.

Berdasarkan trend terkini menunjukkan pengaruh DAP di DUN Skudai sudah semakin suram dan ada kemungkinan parti itu bakal kehilangan kerusi tersebut. Paling tidak pun DAP cuma berupaya mempertahankannya dengan majoriti kurang dari 2,000 undi, mana-mana satu yang berlaku ia tetap berita buruk untuk DAP.

Sementara satu lagi DUN dalam Parlimen gelang patah iaitu N49 Nusajaya yang dimenangi BN melalui calon UMNO dengan majoriti 7,384 undi pada PRU yang lepas, hampir pasti akan kekal di tangan BN dengan undi majoriti yang lebih tinggi.


Berdasarkan senario ini, sudah pasti PRU 13 bakal menjadi igauan buruk untuk DAP dan nyawa politik Kit Siang akan tamat di Gelang Patah dek kerana terbunuh di tangan Teoh.

Rakyat Johor tidak sabar menantikan saat itu bagi memberi pengajaran supaya politikus kaki panjang seperti Kit Siang yang gemar berpindah randah sana sini untuk kepentingan kerjaya politik sendiri tidak terus dijadikan ikutan.

Pengundi-pengundi Cina tidak mengalu-alukan kepulangan Kit Siang di penghujung hayat politiknya. Mungkin Kit Siang sudah mula rasa kerana pekedai-pekedai Cina tidak mahu bersalaman dengan beliau ketika dia melawat kawasan.

Kenapa dia tidak berada di Johor selama ini? Baru sekarang nak balik ke negeri asalnya.

01 di parit yani - Google Blog Search

01 di parit yani - Google Blog Search


detikNews : Mayat Perempuan Ditemukan <b>di Parit</b> Dekat Pusat <b>...</b>

Posted: 05 Mar 2013 03:07 AM PST

Solo - Sesosok mayat perempuan ditemukan mengapung di parit samping Jalan A Yani, Kartosuro, Sukoharjo. Identifikasi awal diketahui mayat tersebut adalah seorang warga Boyolali, Jateng. Kemungkinan dia merupakan korban tabrak lari.

Mayat ditemukan di sebuah parit di seberang Goro Assalam Hymermarket di Jalan A Yani, Kartosuro, Selasa (5/3/2013). Mayat kali pertama diketahui oleh seorang pengemudi becak, usai mengantar penumpang ke Assalam Hypermarket.

Ketika ditemukan mayat dalam kondisi telentang dan mengapung di parit. Mayat perempuan itu masih berpakaian lengkap serta membawa tas.

Temuan itu segera dilaporkan ke Polsek Kartosuro. Petugas segera datang dan mengevakuasi korban. Proses evakuasi menjadi tontonan warga, sehingga sempat memacetkan jalan utama penghubung Solo - Semarang dan Yogyakarta tersebut.

Dari kartu identitas yang diketemukan petugas, diketahui korban bernama Yuni Artati, warga Boyolali, berusia 49 tahun. Belum diketahui penyebab kematiannya, namun kuat dugaan merupakan korban tabrak lari yang terjadi pada Selasa pagi ketika jalan masih lengang.

"Saat ditemukan mayat sudah kaku dengan menderita luka di beberapa bagian tubuh. Kemungkinan sudah meninggal sejak pagi. Kami belum bisa memastikan penyebab kematian. Mayat korban sudah kami kirim ke RSUD dr Moewardi, Solo untuk diautopsi," ujar Kanit Reskrim Polsek Kartasura, Iptu Ketut Sudira.

Ikiti berbagai peristiwa hangat yang terjadi hari ini di "Reportase Sore", Pukul 16.30 WIB, Hanya di TRANS TV

(mbr/try)

Redaksi: redaksi[at]detik.com
Informasi pemasangan iklan
hubungi : sales[at]detik.com

01 di johor bahru - Google Blog Search

01 di johor bahru - Google Blog Search


Jakel terbesar <b>di Johor Bahru</b> - Utusan Online

Posted: 22 Mar 2013 02:00 AM PDT

Oleh SITI AISHAH YUSOFF
Gambar JEFFRI IRAN

Mohamed Faroz menunjukkan antara fabrik mampu milik untuk semua lapisan masyarakat.

MENERUSI tawaran produk berkualiti pada harga berpatutan serta layanan satu pelanggan satu jurujual, membuatkan gedung tekstil Jakel sentiasa sebati dalam kalangan pelanggan tegarnya.

"Pelanggan yang datang ke Jakel akan dilayan dengan mesra. Polisi satu pelanggan satu jurujual bukan sahaja membantu pelanggan mendapatkan barangan dengan mudah, malah dalam masa yang sama mereka juga dapat mempelajari maklumat dan jenis-jenis kain daripada jurujual," kata Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Mohamed Faroz Mohamed Jakel.

Kini, selari dengan kejayaan gedung tekstil tersebut yang sinonim sebagai pusat sehenti bagi mendapatkan pelbagai jenis fabrik yang berkualiti, Jakel sekali lagi mengorak langkah ke hadapan dengan pembukaan cawangan terbarunya bersebelahan Plaza Angsana Johor Bahru pada 23 Mac ini.

01 di tangkak - Google Blog Search

01 di tangkak - Google Blog Search


GEMPAR !!! PULUHAN RIBUAN RAKYAT JOHOR BERDEMO <b>...</b>

Posted: 14 May 2013 03:31 AM PDT

GEMPAR !!! PULUHAN RIBUAN RAKYAT JOHOR BERDEMO DEPAN IBU PEJABAT POLIS TANGKAK, BANTAH KEHADIRAN DSAI DI JOHOR SABTU INI!!!!






01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


Haram Undi Dayangku Intan <b>Di Pengerang</b> | kedah69ers

Posted: 18 Apr 2013 07:07 PM PDT

Rakyat mahukan pemimpin yang berwibawa bukannya bekas penyanyi untuk meneraju rakyat. Pakatan haram memang telah membuktikan betapa hampeh nya mereka dalam mentadbir. Sekarang mereka telah menukar arena politik sebagai arena hiburan kedua semata-mata untuk menutup kebangsatan pentadbiran mereka.

Bekas penyanyi popular era 80-an Dayangku Intan yang dah tak laku lagi "recycle" sebagai calon PKR di Parlimen Pengerang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengesahan itu dibuat Ketua Cabang PKR Pengerang, Mat Daud sekaligus, bekas penyanyi  dengan nama sebenarnya Dayangku Intan Tengku Abdul Hamid bakal bertemu dengan calon dari Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Azalina Othman Said.

 

Beliau yang sudah mula menetap di Pengerang di sebuah chalet di Pengerang sejak 14 April lalu menerima surat watikah pencalonan daripada pucuk kepimpinan bagi kerusi Parlimen Pengerang di Kuala Lumpur semalam.

Dalam tempoh seminggu ini mereka sudah giat bergerak mengedarkan risalah, dalam masa sama berkempen sekali untuk memperkenalkan Dayangku Intan kepada penduduk sekitar Sungai Rengit.

Malah bagi memperkenalkan lagi beliau kepada penduduk, mereka juga telah menggunakan poster gambar beliau yang ditampal pada kenderaan bagi berkempen. Difahamkan Dayangku Intan juga telah mula menetap.    
   

Dayangku Intan memang tidak berpengetahuan dalam pentadbiran malahan beliau bukan seorang berkelulusan tinggi maka kata-katanya memang mencerminkan dirinya.

"Saya tak sangka negeri yang terkenal sebagai sebuah negeri yang kaya-raya(Johor), pesat membangun rupa-rupanya indah khabar dari rupa," ujar artis Dayangku Intan kepada HaraMkah. 

Katanya, rakyat negeri itu walaupun kawasan bandar hidup mereka begitu dhaif, lebih miskin dari masyarakat Kelantan.

"Saya heran media dan pemimpin BN dok kutuk Kelantan kononnya negeri itu dikatakan miskin, rakyat susah, tetapi sepanjang tiga minggu Intan di beberapa kawasan di negeri ini, sebenarnya indah khabar dari rupa.  

"Negeri kaya, kaya dengan rasuah nak buat apa, tentu tak berkat,"ujarnya.  Menurutnya, dengan pendapatan RM150 sebulan sumbangan kerajaan negeri, mana mencukupi untuk mereka menyara hidup sebulan, apa lagi dengan harga barangan keperluan semakin tinggi.

Sambungnya, berlainan Kelantan negeri miskin tetapi rakyatnya kaya raya kerana keberkatan pemimpinnya yang berlandaskan Islam disamping menjaga harta rakyat. 

Sedar atau tidak wahai Dayang bahawa begitu ramai rakyat Kelantan terpaksa berhijrah demi mencari rezeki kerana teruk dan bangsatnya pentadbiran PAS Kelantan. Sedar atau tidak kadar aids yang tertinggi adalah di Kelantan. Sedar atau tidak pusat pelacuran hanya 500meter dari ofis Nik Aziz.  Namun kita memang tahu kebodohan Dayangku Intan. Dia bukannya tau apa-apa, sekadar baca skrip sahaja.

di negeri johor - Google Blog Search

di negeri johor - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>Di</b> Koperasi Permodalan Melayu <b>Negeri Johor</b> Bhd <b>...</b>

Posted: 16 Jun 2013 04:42 PM PDT

Jawatan kosong terkini di Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Bhd. Rakyat Malaysia dipelawa untuk mengisi jawatan kosong di KOperasi Permodalan Melayu Johor Bhd seperti di bawah:-
-Candidate must possess at least a Diploma, Advanced/Higher/Graduate Diploma, -Finance/Accountancy/Banking or equivalent.
-Required skill(s): MS Office.
-At least 1 year(s) of working experience in the related field is required for this position.
-Preferably Junior Executives specializing in Financial Accounting or equivalent
-Full-Time position(s) available.
-Able to start work immediately

Closing date : 07 July 2013


01 di stulang - Google Blog Search

01 di stulang - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di stulang</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Jun 2013 11:24 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di stulang</b> - Google Blog Search

Posted: 05 May 2013 11:11 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di stulang</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Apr 2013 11:23 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di stulang</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Mar 2013 11:11 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di stulang</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Feb 2013 11:31 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Rakaman video bukti Umno halang Nik Nazmi ceramah <b>di</b> Sri <b>...</b>

Posted: 22 Jan 2013 11:31 AM PST

http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2013/01/Nik-Nazmi-i-300x225.jpg 

(Keadilan Daily) - Sebagaimana ramai maklum, pada 15 Januari yang lalu, saya bersama Tan Poh Lai, Ketua Cabang KEADILAN Johor Bahru dan rombongan yang lain telah berhadapan keganasan UMNO ketika cuba mengadakan ceramah di Flat Sri Stulang, Johor Bahru.

Hari ini kami tampil dengan tiga rakaman video insiden tersebut. 

Kami pada mulanya tiba sekitar jam 8.30 malam dan berjalan ke flat apabila dihalang kumpulan berpakaian baju Umno BN. Mereka enggan membenarkan kami masuk ke dalam sekalipun kami sudah bersiap-siap untuk program kami terlebih dahulu. Mereka turut mengeluarkan makian dan kata-kata kesat terhadap kami.

Selepas berbincang dengan pihak polis, maka kami berundur sementara untuk menyejukkan keadaan. Kemudian kami cuba masuk dengan kenderaan kami ke perkarangan flat menerusi pintu satu lagi. Kini kami dihalang anak-anak muda berbaju Umno yang kemudian memanggil kumpulan pertama. Kami cuba masuk dengan berjalan kaki tetapi terus dihalang dan saya turut ditendang (rujuk video a).

Kami kemudian keluar daripada tempat kejadian, sekalipun cuba dihalang beberapa orang Umno-BN (rujuk video b) dan terus membuat laporan polis di Balai Polis Majidee Johor Bahru.

Kemudian dengan ditemani teman-teman daripada KEADILAN Pasir Gudang dan Gelang Patah serta PAS bersama-sama pihak polis masuk semula ke tapak ceramah untuk mengambil peralatan ceramah.

Saya telahpun dihubungi pegawai penyiasat kes ini. Saya berharap pimpinan tertinggi Umno, Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak , Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad dapat menyatakan dengan jelas pendirian mereka menolak keganasan politik.

Rakaman video

Video a http://www.youtube.com/watch?v=xMDJWzB5uKg (Di pintu masuk kedua Flat Sri Stulang di mana kenderaan kami dihalang dan ditendang, dan kemudian rombongan kami dihalang dan saya ditendang lelaki di dalam baju BN berwarna biru)

Video b http://www.youtube.com/watch?v=1pUZ4d-l5tk (Kami terus dihalang beberapa individu ketika kami cuba meninggalkan kawasan tersebut)

Video c http://www.youtube.com/watch?v=lOIKzG7eNV8 (Kami mengambil peralatan ceramah dengan diiringi pihak polis selepas membuat laporan polis)


Tertunailah Hasrat <b>Di</b> Hati: The Zone <b>Stulang</b> Laut Johor

Posted: 04 Mar 2013 07:24 PM PST

Masa ke Johor Bharu kami sempat singgah The Zone yang terkenal kerana berstatus bebas cukai di tebing Selat Johor.  Selain dari shopping complex di sinilah juga perhentian feri dan juga pusat hiburan.
Akak nak tenguk apa yang best kat sini..terdapat gak restoran dan juga kedai-kedai bebas cukai (dikecualikan dari cukai) yang menjual barangan-barangan bermutu tinggi termasuk coklat dan rokok.

Tak leh parking kat sini...mahai aaa..kena cari tempat lain. 

Oleh sebab cuti raya cina, banyak kedai di tutup...sebenarnya tak boleh ambik gambar kat dalam ni..tapi akak ambik gak.  Kami  beli baju dan coklat sedap yang murah dari kat luar.  

Bila nak keluar kena lalu kastam lah..ramai yang datang semata-mata beli coklat sedap.

Sepanjang Pantai Stulang Laut tak berani nak keluar ambil gambar..ramai betul orang asing..al maklumlah cuti panjang..semua tempat istirehat/lepak-lepak dorang yang ambil alih..seram aaa

Tenguk ajerlah dari dalam kereta...suami teringin nak tenguk tempat kami lepak dan makan-makan kat Pantai Lido (dulu) pada tahun 1987-1988.  Dulu pantai nilah tempat makan seafood yang best terutama bila cukup bulan.  Naik moto bertiga ke sini..masa tu ajerlah kenderaan kami ke sana sini. Akak pernah bawak family makan-makan kat sini.  Naik teksi dari Tampoi sebab tak ada kereta.
Russhdi pun pernah mandi di pantai ni dulu masa umur 1 tahun lebih.  Akak setiap bulan seberang Tambak gi ke supermarket di Woodland naik motor sebab masa tu harga setengah barang lagi murah dari kat JB.  Masa tu memang banyak harga barangan kat sana berbaloi-baloi..sekarang ni idaklah sebab semua dah mahai.
Selalu gak gi berdua dengan Russhdi naik bas ke woodland..sajer jejalan naik bas dari Larkin. Bila dah mengandungkan Firdaus. Semuanya cuma tinggal kenangan kerana segalanya telah berubah.

Tempat menarik <b>di</b> Johor Bahru – Pantai <b>Stulang</b> Laut | Makan <b>...</b>

Posted: 25 Nov 2012 04:15 PM PST

tempat-menarik-johor bahru-pantai-stulangTempat menarik di JohorBahru ni bukannya susah nak dicari lokasinya, jika anda rajin bertanya penduduk tempatan pastinya anda akan tersua dengan Pantai Stulang ni walaupun keindahan pemandangan dan landskapnya kelihatan biasa-biasa sahaja, ia merupakan salah satu tempat bersiar-siar dan jalan-jalan yang mendapat perhatian dan kunjungan penduduk tempatan Johor Bahru. Mana lagi ada sebuah bandaraya yang mempunyai pantai berpasir seperti ni?

Pantai ini ramai dikunjungi terutamanya pada waktu sebelah petang dan di hujung-hujung minggu ataupun hari kelepasan am. Tempat yang menarik di Johor Bahru ini terletak berhampiran dengan kompleks imigresen dan kastam Johor Bahru yang lama setelah kompleks baru yang lebih canggih dan besar didirikan berhampiran Bukit Cagar.

Pantai Stulang ini juga terletak berhampiran dengan penginapan hotel-hotel seperti Grand Blue Wave Hotel(4 star), Suria City Hotel(3star) dan juga Zone Regency Hotel(3 star). Yang menariknya tentang Zone ni ialah ia juga terletak di dalam satu kompleks bangunan Pusat Membeli-Belah Zone Bebas Cukai . Jadi bagi anda yang bercadang nak shopping kat sini dan berhajat membeli coklat-coklat bebas cukai ,jangan miss peluang ni, singgahlah ke Kompleks Bebas Cukai Zone ni! Ia juga mengandungi Kompleks Imigresen Kastam Dan Jeti Laut (CIQ) ke Singapura, Batam-Tanjung Pinang-Indonesia dan lain-lain destinasi luar negara mengikut jalan laut.

Selain itu Pantai Stulang ini juga menjadi tempat menarik di Johor Bahru untuk dikunjungi kerana kedekatannya dengan Medan Selera Stulang yang terletak bersebelahan sahaja dengan Zone Bebas Cukai , Stulang. Pada waktu malam anda boleh bersiar-siar di sepanjang Pantai Stulang yang terletak juga selari dengan Jalan Stulang Laut . Kalau nak menikmati pemandangan malam di Stulang datanglah ke sini, lagi best jika anda ambil peluang untuk makan-makan dulu di Medan Selera Stulang ni sebelum jalan-jalan di waktu malam, ruang pejalan kakinya juga disinari lampu-lampu . Dari sini anda juga boleh memerhatikan cahaya-cahaya lampu bandaraya kota Singapura di seberang selat sana.

Satu lagi perkara yang menjadikan Stulang Laut ni tempat menarik di Johor Bahru untuk dikunjungi ialah pada bulan-bulan tertentu terdapatnya acara-acara temasya air atau event peringkat tempatan, kebangsaan atau antarabangsa yang dianjurkan di sini. kat sini pernah diadakan pertandingan International Speed Boat, water scooter, pertandingan memancing ,sukaneka air dan lain-lain lagi. Kalau nak tahu lanjut lagi fasal event atau temasya air kat Stulang laut ni bolehlah ke website Majlis Bandaraya Johor Bahru atau ke Johor Tourism

Walaupun air di sini taklah berapa bersih untuk bermandi-manda, kita masih boleh lihat anak-anak kecil bermandi-manda di sini pada waktu petang dan dihujung-hujung minggu. Skala kerbersihan air yang Krew Jalan2cuti2 bagi ialah 2 daripada 5!! Jadi bagi anda yang ada anak berkulit agak sensitif , nasihat kami ialah jauhkanlah diri daripada bermandi-manda kat sini. Kalau setakat nak meranduk-randuk air tepian pantai tu mungkin boleh dan pasti tak akan menyebabkan apa-apa mudarat.

Tak lupa juga bagi anda yang mencari makan tengahari dengan harga yang berpatutan (harga biasa-biasa) jangan lupa singgah ke Warung Batu yang menyediakan masakan Nasi Padang (lauk kari memang best!),Asam Pedas dan sayur-sayur ulam-ulaman kampung segar yang diletakkan dalam penyejuk air batu agar kekal segar . Lokasinya berhampiran persimpangan 4 lampu isyarat bersebelahan Imigresen Kastam lama dan juga berhampiran Suria City Hotel.

Satu lagi yang menjadikan Stulang Laut tempat menarik di Johor Bahru ialah terdapatnya jeti persendirian milik keluarga DiRaja Sultan Johor. Di sini anda akan dapat melihat bot-bot layar milik kerabat DiRaja Johor dilabuhkan di sini… Lokasinya di tepi pantai berhadapan dengan Foon Yew High School.

Itulah dia serba sedikti tentang Stulang Laut yang dapat Krew Jalan2cuti2 bawakan setakat ni. Jika anda berkunjung ke Johor Bahru dan nak cari tempat untuk meluangkan masa atau menghilangkan kebosanan datanglah ke Pantai Stulang yang bersejarah ni..

Tips J2C2: kalau ke sini jangan miss Pusat Membeli -belah Zone Bebas Cukai

01 di pasir gudang - Google Blog Search

01 di pasir gudang - Google Blog Search


Bacaan IPU <b>di Pasir Gudang</b> Catat Paras Bahaya | KLUANG Today

Posted: 20 Jun 2013 06:35 AM PDT

01 di skudai - Google Blog Search

01 di skudai - Google Blog Search


ini kali lah!!!!!!!... pemandangan <b>di</b> sutera mall, <b>skudai</b> <b>...</b> - Omak Kau!!!!

Posted: 01 May 2013 08:53 AM PDT



Macam mana Najib tak panik dan gelabah.....Sesiapa pun akan rasa gentar dan cuak apabila melihat pemandangan seperti ini di pihak parti lawan.

Pemandangan Ceramah anjuran PR sejak nak tiba PRU seperti ini sudah perkara lazim dan biasa.

Lagi dekat nak tarikh mengundi lagi mengila rakyat turun sokong ceramah PR.

Kehadiran puluhan ribu tanpa di angkut... tidak disediakan makanan dan minuman.. tidak di beri duit saku.. tiada Baju T percuma... sebaliknya terpaksa berjalan kai berkilo meter dan sampai ditempat ceramah kena keluar duit dari kocek sendiri untuk derma dana parti.

Inilah Kebangkitan Rakyat yang mau tekad melakukan perubahan.

01 di plentong - Google Blog Search

01 di plentong - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di plentong</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Jun 2013 07:17 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di plentong</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Jun 2013 07:28 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

EmmeR AziZ: MEE HOT PLATE GIANT <b>PLENTONG</b>

Posted: 18 May 2013 02:34 AM PDT

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG
Sementara menunggu handphone EA sedang diservis mengambil masa sejam di Giant, Plentong lepak sebentar di Medan Selera untuk menghilangkan penat selepas merayap bermula daripada Taman Ungku Aminah ke Danga Bay dan Giant, Plentong. Rasa penat memang belum hilang dan ditambah perut ini sudah mula menyanyikan lagu kelaparan. Menu yang EA pilih pada hari itu ialah Mee Hot Plate sebab orang cakap mee hot plate disitu rasanya sedap.. Nak tahu betul ker sedap atau tidak, jom kita cuba..
Ramen mee ayam hot plate telah sampai di meja EA disertakan dengan lada jeruk hijau dan dan merah. Lada jeruk hijau boleh ditambahkan untuk menjadikan tekstur kuahnya menjadi sedikit masam manakala lada merah pula untuk menaikkan rasa pedas apabila menghirup kuahnya. Ingat!!! Lada merah yang dihidangkan sangat pedas sampai boleh menitiskan air mata..Rasa mee hot plate ini memang sedap kerana rasa kuahnya yang berbeza dengan kedai lain dan paling penting banyak isi ayam serta hirisan cendawan butang. Harga sepinggan mee hot plate ini + telur hanya RM6.80. Bagi EA harganya sangat berpatutan. 
Lokasi kedai mee hot plate ini juga senang untuk dicari kerana ia terletak di Medan Selera Giant,Plentong. Jika anda tidak suka makan mee boleh digantikan dengan nasi claypot. Kedai ini hanya menjual makanan yang bercirikan hotplate sahaja.Selamat mencuba kawan-kawan... 

01 di kluang - Google Blog Search

01 di kluang - Google Blog Search


Panas: Sarjan Tentera Di Tangkap Khalwat <b>Di Kluang</b>

Posted: 17 Jun 2013 11:21 PM PDT

KLUANG - Seorang anggota tentera berpangkat sarjan dicekup Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) selepas didapati berkhalwat bersama kekasih gelapnya di sebuah hotel bajet di Simpang Renggam, di sini, kelmarin. Meskipun tinggal di Johor Bahru, lelaki terbabit sanggup meninggalkan keluarganya di rumah semata-mata untuk bersama dengan wanita berkenaan yang dikenali di pasar malam, sejak enam bulan lalu. Ketika serbuan, pasangan terbabit hanya memakai tuala untuk menutup badan seterusnya memberi alasan baru memasuki bilik hotel berkenaan. "Kami baru sahaja masuk bilik ini 15 minit lalu. Tak ada buat apa pun, tolonglah lepaskan saya kerana saya sudah berkeluarga ada dua anak. "Tolong jangan beritahu isteri saya kerana dia hanya tahu saya ke lokasi lain bersama kawan dan bukan ke sini," katanya ketika merayu kepada pihak JAJ supaya tidak menahannya dalam serbuan berkenaan. Bagaimanapun, rayuan dibuat tidak diendahkan, dan JAJ bertindak terus menahan pasangan terbabit atas kesalahan berdua-duaan di dalam bilik bersama pasangan bukan muhrim. Pegawai Tadbir Agama Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, pasangan itu dibawa ke Balai Polis Simpang Renggam untuk laporan tangkapan sebelum dijamin keluarga masing-masing. "Mereka akan didakwa di bawah seksyen 27(1)(a)&(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor yang membawa kepada hukuman denda maksima RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. #sumber

ads