ads

Ahad, 12 Januari 2014

01 di tebrau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

01 di tebrau - Google Blog Search


Harun ditahan bersama seorang wanita <b>di Tangkak</b> — KL-TODAY <b>...</b>

Posted: 20 Nov 2013 07:08 AM PST

KUANTAN – Ketua kumpulan ajaran sesat Harun, Harun Mat Saat, yang dalam buruan polis akhirnya berjaya ditangkap bersama seorang wanita, dalam satu serbuan di Tangkak, Johor petang ini. Harun dikehendaki polis kerana gagal hadir sebanyak dua kali ke Mahkamah Rendah Syariah Kuantan bagi pengurusan kesnya.

Harun, 47, juga dikehendaki bagi membantu siasatan kes kematian Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Ahmad Raffli Abd Malik 10 Nov lalu.

Harun dan wanita yang menemaninya yang berusia dalam lingkungan 30-an, ditangkap di No 76, Jalan Puteri 2/15 Taman Bandar Baru Tangkak, Ledang pada 3.30 petang.

Terdahulu, polis menahan seorang lelaki Melayu, berumur dalam lingkungan 40-an pada jam 3.20 petang, di Jalan Hospital, Tangkak.

Lelaki berkenaan dipercayai turut dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes kematian Ahmad Raffli yang ditembak oleh seorang daripada tiga suspek yang tidak dikenali di rumahnya di Indera Mahkota 2, dekat sini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani mengesahkan tangkapan tersebut ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Ahmad Raffli, 49, sebelum kematiannya dipercayai sedang mengendalikan dua kes jenayah syariah di Pahang iaitu kes ajaran sesat Harun dan gerakan Syiah.

Harun menghadapi satu pertuduhan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan dan 10 pertuduhan di Mahkamah Rendah Syariah.

Kesemua pertuduhan itu mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982, iaitu menyebarkan ajaran sesat dan menghina agama Islam dengan mengaku sebagai 'tuhan' April lalu.

Tertuduh yang tidak mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan dibebaskan dengan ikat jamin RM15,000 bersama dua penjamin.

Harun bagaimanapun gagal hadir ke mahkamah rendah syariah pada sebutan pertama kesnya, 20 Ogos lepas dan kemudian 13 Nov lalu.

Terlaris & Terhebat !!! Wangian Pheromones Berkuasa Untuk Memikat Wanita… KLIK SINI
Stor Rumahtangga Terhebat & Terbaik Untuk Suami Dan Isteri… KLIK SINI
Vimax Original MyIdaman Malaysia & Pillsexpert Canada. Gunakan Dengan Yakin… KLIK SINI

Ekoran itu, Hakim Syarie Abdul Wahid Md Ali Al-Fakwie mengeluarkan waran tangkap terhadap Harun selepas permohonan dikemukakan Ketua Pendakwa Syarie negeri Salehuddin Ab Manaf.

Dua hari kemudian, mahkamah yang sama mengeluarkan waran tangkap berkuat kuasa pada 16 November lepas terhadap enam pengikut kumpulan ajaran sesat itu selepas mereka gagal hadir di perbicaraan kes menyimpan dan memiliki dokumen yang bercanggah dengan hukum syarak.

Mereka ialah Husin Ismail, 43; Pius Anahong @ Mahdi Abdullah, 40; Mohd Khalilie Zazali, 31; Syahiszam Soid, 40; Mohd Nizam Mohd Salleh, 43, dan Mohd Shahril Mohd Jaafar, 28.

ketua `tuhan harun&#39; di tangkap <b>di tangkak</b>. . kenapa tangkak?

Posted: 21 Nov 2013 09:11 PM PST


Ketua Kumpulan `Tuhan Harun' atau Harun Mat Saat, 47 tahun, ditangkap di Tangkak, Johor semalam rasanya, hasil kerjasama rakyat setempat dan PDRM. Seperti filem `The Enemy of the State' yang dibintangi oleh Will Smith, kecanggihan teknologi boleh mengesan seseorang melalui talian telefon, penggunaan kad kredit dan selainnya digunakan untuk menangkap `Tuhan Harun'.
Sebelum ini penulis mencadangkan Bank bank menerajui teknologi `anti theft technology' untuk mengesan kereta kereta yang tidak berbayar ansurannya melalui `automatic engine off'. Bank bank boleh mengesan kereta walaupun di sorok. Teknologi ini diharap mengantikan profession penarik kereta yang kelazimanan berkait rapat dengan gangsterism.
Berbalik kepada `Tuhan Harun', PDRM mungkin menggunakan rangkaian penarik kereta untuk mengesan kenderaan yang di gunapakai oleh `Tuhan Harun dan pengikutnya.
Beliau ditangkap selepas anaknya di berkas. Mungkin hasil soal siasat (mengikut filem Ingeris, jika enggan berkerjasama, tahanan diberikan sedikit tekanan fisikal), anaknya mendedahkan tempat pensembunyian `Tuhan Harun'.
`Tuhan Harun' sedang disiasat oleh Jabatan Agama Islam Pahang kerana mengamalkan ajaran sesat. Beliau mengaku beliau adalah Tuhan. Beliau dan 21 pengikutnya (terlupa angka sebenarnya) telah di dakwa di Mahkamah Syariah tetapi diberitakan tidak hadir ke Mahkamah sebanyak 2 kali.
Di dalam pada itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa JAIP, Allahyarham Ahmad Raffli  ditembak mati di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, Kuantan minggu lepas. Allahyarham didatangi 3 orang lelaki berkereta warna putih dimana seorang daripada mereka berserban dan memberi salam sebelum menembak Allahyarham. PDRM inginkan kerjasama `Tuhan Harun' dan pengikutnya untuk menyelesaikan siasatan kes bunuh tadi.
Mengapakah `Tuhan Harun' memilih Tangkak untuk tempat bersembunyi?
1.    Mungkin ada pengikut atau saudara mara ajaran `Tuhan Harun' di Tangkak.
2.    Mungkin Tangkak berhampiran dengan Gunung Ledang yang ada orang menjadikan tempat bertapa (kelazimannya bercanggah dengan ajaran Islam).
3.    Mungkin Tangkak berada dilokasi strategik iaitu berhampiran dengan Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran dengan Kuantan melalui Segamat dan berada di luar kesibukan Bandar seperti Kuala Lumpur dan Melaka.
4.    Mungkin `Tuhan Harun' menganggap penduduk Tangkak tidak perihatin dengan kes kes semasa dan bersikap `tidak menjaga tepi kain orang'.
5.    Mungkin `Tuhan Harun' ingat warga PDRM di Tangkak khasnya tidak cekap dan tidak peka di sekelilingnya.
Penulis harap pihak berwajib dapat mengawal selia penyebaran ajaran sesat kerana ia menjurus kepada pergerakan militan. Malaysia  tidak memerlukan suasana `militan'.

Lagi Berita: &#39;Tuhan Harun&#39; ditahan <b>di Tangkak</b>

Posted: 20 Nov 2013 07:15 AM PST

Ketua kumpulan ajaran sesat 'Tuhan Harun', Harun Mat Saat, yang dalam buruan polis akhirnya berjaya ditangkap bersama seorang wanita, dalam satu serbuan di Tangkak, Johor petang ini.
  
Harun dikehendaki polis kerana gagal hadir sebanyak dua kali ke Mahkamah Rendah Syariah Kuantan bagi pengurusan kesnya.
  
Harun, 47, juga dikehendaki bagi membantu siasatan kes kematian Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Ahmad Raffli Abd Malik 10 November lalu.
  
Harun dan wanita yang menemaninya yang berusia dalam lingkungan 30-an, ditangkap di No 76, Jalan Puteri 2/15 Taman Bandar Baru Tangkak, Ledang pada jam 3.30 petang.
  

Terdahulu, polis menahan seorang lelaki Melayu, berumur dalam lingkungan 40-an pada pukul 3.20 petang, di Jalan Hospital, Tangkak.
  
Lelaki berkenaan dipercayai turut dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes kematian Ahmad Raffli yang ditembak oleh seorang daripada tiga suspek yang tidak dikenali di rumahnya di Indera Mahkota 2, dekat Kuantan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani mengesahkan tangkapan tersebut ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
  
Ahmad Raffli, 49, sebelum kematiannya dipercayai sedang mengendalikan dua kes jenayah syariah di Pahang iaitu kes ajaran sesat 'Tuhan Harun' dan gerakan syiah.
  
Harun menghadapi satu pertuduhan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan dan 10 pertuduhan di Mahkamah Rendah Syariah.
  
Kesemua pertuduhan itu mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982, iaitu menyebarkan ajaran sesat dan menghina agama Islam dengan mengaku sebagai 'tuhan' April lalu.
  
Tertuduh yang tidak mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan dibebaskan dengan ikat jamin RM15,000 bersama dua penjamin.

Harun bagaimanapun gagal hadir ke mahkamah rendah syariah pada sebutan pertama kesnya, 20 Ogos lepas dan kemudian 13 November lalu.
  
Ekoran itu, Hakim Syarie Abdul Wahid Md Ali Al-Fakwie mengeluarkan waran tangkap terhadap Harun selepas permohonan dikemukakan Ketua Pendakwa Syarie negeri Salehuddin Ab Manaf.
  
Dua hari kemudian, mahkamah yang sama mengeluarkan waran tangkap berkuatkuasa pada 16 November lepas terhadap enam pengikut kumpulan ajaran sesat itu selepas mereka gagal hadir di perbicaraan kes menyimpan dan memiliki dokumen yang bercanggah dengan hukum syarak.
  
Mereka ialah Husin Ismail, 43; Pius Anahong @ Mahdi Abdullah, 40; Mohd Khalilie Zazali, 31; Syahiszam Soid, 40; Mohd Nizam Mohd Salleh, 43, dan Mohd Shahril Mohd Jaafar, 28.

- Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved