01 di desaru - Google Blog Search |
Dua Lemas <b>di</b> Pantai Tanjung Balau, <b>Desaru</b> | JTimes Posted: 31 Jan 2014 11:18 PM PST KOTA TINGGI 1 Feb.- Dua beradik ipar dari Masai dan Skudai menemui ajal bersama manakala seorang anak saudara mereka berjaya diselamatkan daripada lemas ketika mandi manda di pantai Tanjung Balau, Desaru dekat sini petang semalam. Kedua-duanya, J. Krisna Kumar, 31, dari Jalan Permas Jaya, Masai dan R. Ghanapathy, 32, dari Taman Unku Tun Aminah, Skudai di sini, lemas ketika berkelah di situ bersama dua ahli keluarga lain. Manakala anak saudara mereka B.Suren, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Selesa Jaya 2, Skudai yang ditemui terdampar di batu kira-kira 50 meter dari tempat kejadian masih diberi rawatan dan ditahan di wad Hospital Kota Tinggi (HKT). Difahamkan semasa mangsa leka mandi pada kira-kira pukul 6.25 petang, tiba-tiba ombak besar datang menyebabkan tiga daripada empat bersaudara tenggelam dibawa arus. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman memberitahu, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 6.25 petang dan melancarkan operasi mencari dengan turut dibantu Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). "Kedua-dua mangsa ditemui timbul sebelum terdampat dipantai tidak jauh dari lokasi mereka mandi pada pukul 7.30 malam. "Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk dikebumikan," katanya dihubungi di sini, semalam. Kata Rahmat, kawasan berkenaan menjadi lokasi bahaya kepada mereka yang mandi-manda dan pihak berkuasa sebelum ini telah memasang bendera amaran, namun masih ramai yang tidak mengendahkan arahan tersebut. Katanya, orang ramai adalah dinasihatkan agar mematuhi tanda amaran yang diletakkan di kawasan pantai bagi mengelak berlakunya tragedi lemas. "Ibu bapa dan penjaga perlu sentiasa mengambil langkah keselamatan terhadap anak-anak apabila melakukan aktiviti di kawasan perkelahan yang berisiko terutamanya pada musim angin dan ombak besar. "Orang ramai perlu peka dengan tanda amaran seperti pengibaran bendera merah agar tidak mandi bagi mengelak berlakunya kejadian yang tidak diingini selain mengawasi kanak-kanak tanpa membiarkan mereka bermain di pantai secara bersendirian," katanya. Dalam kejadian lain pada hari sebelumnya, seorang remaja Orang Asli, Sham a/l Salem, 14, yang bekerja di ladang tembikai berhampiran pusat peranginan itu dilaporkan hilang ketika mandi di pantai. Menurut bapa saudaranya, Adi a/l Adim, 29, pada petang Khamis (29 Jan) mangsa bersama enam rakannya yang bekerja mengahwinkan bunga tumbuhan tembikai di ladang itu mencari pucuk pokok nipah di tepi pantai untuk di buat pembalut rokok. "Lebih kurang pukul 6.00 petang Sham mandi sendirian di laut itu dan saya telah menegurnya dan tidak lama kemudian apabila saya menoleh semula ke arah pantai, Sham hilang dan saya melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa" kata Adi. Difahamkan 7 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat serta 5 anggota Pasukan Polis Marin Wilayah 2, Tampoi, Johor Bahru terbabit dalam tugas mencari dan menyelamat itu. "Mayat mangsa di jumpai keesokan pagi (Jumaat 30 Jan) pada jam 10.45 pagi di pantai berhampiran Le Cemara kira-kira 5 kilometer dari tempat mangsa dilaporkan hilang. Mayat Sham telah di bawa ke Kampung Daman, Kampung Sabak Rompin, Pahang untuk dikebumikan. |
You are subscribed to email updates from di desaru - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan