Selasa, 4 Februari 2014

01 di pontian - Google Blog Search

01 di pontian - Google Blog Search


[VIDEO] Makan 150kg Durian Kampung dan Lempuk <b>di Pontian</b>, Johor

Posted: 16 Jan 2014 11:00 AM PST

11 Januari yang lalu, kami sekeluarga seterusnya ke Pontian, Johor untuk gathering bersama team GMF di bawah bimbingan Kak Miah dan Abang Huzair (nama Facebook Penjejak Bayang), SID pangkat 'cucu' yang memang sangat rapat dengan kami. Al maklum, Kak Miah orang Melaka, dengar-dengar cerita orang Melaka layanan pada tetamu memang superb.

Selain daripada kami, turut turun padang join gathering tu ialah anakcucu Shaklee saya yang lain iaitu Chrysalis Nurul, Nur Salwa Ishak, Siti Sarah, Hernee Nazir dan Dhea. 'Mak' kepada Kak Miah, iaitu Zeti Hafiza, tak dapat join last minutes sebab ada emergency pagi tu.

Plan asalnya, saya dan suami mahu bergerak sehari awal ke Johor, mahu menetap di JB konon. Tapi tak jadi. Maka, pagi Sabtu tu baru bergerak ke Johor, langsung ke Pontian. Mujurlah dah pakai Vellfire ni lajulah sikit drive, kan?

Alhamdulillah perjalanan kami mudah. Sampai di kampung parents Abang Huzair terus makan durian. Macam-macam jenis durian kampung ada, original kutip dari dusun sendiri tau. Tak tahulah saya namanya sebab saya 'tak makan' sangat durian mentah ni.. tapi haritu habislah juga sebiji buah durian masuk perut saya ni.

Lepas makan durian, saya ratah buah duku. Manis-manis. Besar-besar. Memang best!

Seterusnya, semua kami yang hadir gathering tu berkonvoi ke air terjun Gunung Pulai 2 yang sangat tak jauh letaknya daripada rumah parents Abang Huzair. Mandi-manda dan makan-makan. Tak lupa, sambil ni lah semua anakcucu Kak Miah ambil kesempatan serap aura dan ceduk ilmu serta tips jadi Master Coordinator Shaklee! Bravo GMF!

Selebihnya? Jom layan video istimewa ni, khas buat Kak Miah dan Abang Huzair yang bakal menjejakkan kaki ke Mekah dan Madinah untuk menunaikan umrah, hujung bulan ini ;-)

Semoga GMF terus maju dan ceria, inshaALLAH!

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim" (riwayat al Bukhari dan Muslim).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads