Rabu, 23 April 2014

01 di parit sulong - Google Blog Search

01 di parit sulong - Google Blog Search


felda <b>lok heng</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 04 Apr 2014 09:22 PM PDT

Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia

Felda Lok Heng Barat telah merasmikan pembukaan Homestay terbaru kepada semua pengunjung dan pelawat yang bertandang dan ingin menginap di Felda Lok Heng Barat, Kota Tinggi, Johor.

Homestay yang juga merupakan bangunan GPW ini baru siap dibina dengan memiliki 2 ruang bilik yang sangat luas, ruang bilik solat, ruang mesyuarat, ruang dapur dan bilik air. Dengan hiasan yang cantik dan menarik pasti memberi keselesaan dan kepuasan kepada pengunjung yang menginap di sini.

Ruang tamu ini sesuai untuk majlis mesyuarat, taklimat, majlis makan dan pelbagai

 Bangunan homestay ini memiliki 2 ruang bilik tidur yang mana setiap satu bilik berkeluasan anggaran 10 kaki X 20 kaki

Homestay Felda Lok Heng Barat ini bukan saja merupakan bangunan baru, malahan lengkap dengan kemudahan seperti dapur, televisyen, peti sejuk dan meja mesyuarat.

Rekabentuk tandas yang cantik dan sentiasa bersih

Keselesaan dan keselamatan pengunjung adalah terjamin disini, dengan anggaran kapasiti pengunjung dalam satu-satu masa sekitar 30 orang. Ianya amat berbaloi bagi anda yang bermalam disini di mana lokasi homestay yang sangat dekat dengan masjid, kedai makan, kedai runcit, perkhidmatan teksi, pasar malam, serta merupakan lokasi paling strategik di dalam Felda Lok Heng Barat.

Para pelajar USM bergambar dihadapan Homestay Felda Lok Heng Barat

Homestay Felda Lok Heng Barat ini dijangka bakal dikunjungi oleh ramai pengunjung luar samada pelancong asing, felda-felda luar, individu persendirian, mahupun pelajar-pelajar universiti. Admin sempat merakamkan gambar kenangan para pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) semasa kajian lapangan mereka di Felda Lok Heng Barat berkaitan Kajian Kemenangan AKKF Felda Lok Heng Barat. Apa yang menariknya, mereka amat berpuas hati dengan layanan dan komitmen yang diberikan oleh pihak pengurusan malahan seluruh warga Felda Lok Heng Barat dalam menjayakan misi kajian AKKF mereka sepanjang berada di sini.

Sebarang Tempahan / Pertanyaan Boleh Hubungi :

Ceramah Keibubapaadn Dan Akujanji <b>Di</b> SK <b>Lok Heng</b> - TeRaTaK <b>...</b>

Posted: 10 Mar 2014 10:42 PM PDT

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Lambat sedikit cikgu kemaskini berkaitan ceramah di SK Lok Heng ini. Hari ini baru berkesempatan.

Ini ceramah cikgu yang kedua di SK Lok Heng untuk tahun 2014 ini. Alhamdulillah sudah 2x mereka panggil cikgu untuk berkongsi ilmu. Setakat memberi info yang cikgu tahu tiada salahnya kan..

Cikgu diminta untuk memberikan panduan pada para ibu dan ayah bagaimanakah cara yang betul untuk mendidik anak menjadi pelajar yang cemerlang bukan sahaja dari segi pencapaian akademik tapi juga dari segi sahsiahnya. Haaa ini yang cikgu suka bila bab sahsiah ni. Banyak yang cikgu sentuh lebih-lebih lagi gejala sosial selari dengan kemajuan teknologi sekarang ini.

cikgu berkongsi tips dan petua untuk mendidik anak dengan didikan dan cara yang betul. sebab ada ibu ibu dan ayah ayah yang mungkin "syok sendiri" hehehhee...

Banyak soalan yang cikgu dapat dari para ibu-ibu antaranya:
-sesuai tak hantar anak pi tuition malam
-macam mana nak atasi anak yang suka berbohong
-bila anak balik sekolah dah penat, bagaimana nak bantu anak atasi kepenatan bila disuruh buat latihan
-nak tahu cara agar anak boleh bercerita masalah dengan ibu bapa seperti kawan
-cara meluangkan masa sebab bekerja dan jarang jumpa anak

kemudian cikgu teruskan dengan akujanji. Rasanya pembaca blog cikgu pun dah tahu macam mana proses akujanji itu dijalankan.. kali ni cikgu buat seperti biasa cumanya ada ikrar dari murid kepada guru, ibubapa dan diri sendiri.. kemudian ikrar ibu pada murid dan sekolah pula..



felda <b>lok heng</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 12 Jan 2014 12:00 AM PST

Pada 03 November 2013 yang lepas, Felda Lok Heng Barat telah menerima kunjungan dari sekumpulan pelajar USM Pulau Pinang, kedatangan mereka adalah berkaitan kajian kesan sebelum dan selepas menjuarai AKKF 2013 terhadap masyarakat warga Felda Lok Heng Barat. Kajian lapangan yang dianggotai 4 orang mahasiswi cantik USM ini diketuai oleh Saudari Syarifah, Saudari As, Saudari Ain & Saudari Fathia berlangsung seperti yang dirancang mengikut agenda mereka setelah tiba di Felda Lok Heng Barat.

Sessi wawancara pelajar USM dan Tuan Pengurus Felda Lok Heng Barat



Sessi pemberian cenderahati kepada Pengurus Felda Lok Heng Barat, Tuan Mahmud

Kajian mereka dimulai dengan mewawancara warga ibu yang mengusahakan projek IKS di bangunan UMNO Felda Lok Heng Barat

 Pelajar USM bergambar bersama para wargawati IKS Felda Lok Heng Barat


Agenda seterusnya, mereka dibawa menemuramah salah satu warga peneroka Encik Saat yang kreatif dengan laman rumah berkonsepkan kolam air terjun yang cantik 


Gambar kenangan di laman berkonsepkan kolam air terjun



Saudari Syarifah dan Saudari As bergambar bersama adik-adik yang sedang membuat 'study group'

 Turut tidak ketinggalan, Saudari Ain bergambar bersama kumpulan adik-adik Felda

Rumah seterusnya adalah milik Encik Supan Bin Kembang, dengan laman konsep botanical garden yang cantik dan ceria. Malahan, seisi keluarga ini turut ceria menerima kunjungan kami


Kunjungan seterusnya adalah menemuramah para belia Felda Lok Heng Barat, kajian tertumpu disekitar kawasan belia yang menjadi tumpuan belia bersukan & beriadah di waktu petang.

 Pada malam harinya, para pelajar mewawancara Saudara Muzaidee selaku Presiden Belia Felda Wilayah Selatan yang juga merupakan Pengerusi Belia Felda Lok Heng Barat. Aktiviti malam berakhir sekitar jam 11:30 malam.


Kajian hari kedua diteruskan di rumah cantik yang dimiliki Haji Karno (panggilan masyarakat felda)



 Konsep laman rumah yang cantik dan bersih, berkonsepkan ala 'British Design' dengan penuh hiasan bonsai dan kolam teratai menghiasi laman rumah.


Sessi wawancara dan perkongsian ilmu oleh Haji Karno tentang pengalaman berniaga beliau, serta banyak ilmu bermanfaat yang dikongsi bersama pelajar USM.

 Aktiviti kajian yang dijangka selama 3 hari telah selesai dalam masa 2 hari sahaja, komitmen dan kerjasama seluruh warga Felda Lok Heng Barat sangat diluar jangkaan mereka. Syukur alhamduillah ~


Bergambar bersama admin sebelum berangkat pulang, semoga kunjungan mahasiswi USM ini membuahkan kejayaan dan turut menumpang bangga kerana saya juga adalah merupakan bekas pelajar Sarjana Muda USM & Sarjana UTM. Terima Kasih diucapkan kepada Universiti Sains Malaysia..!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads