Rabu, 23 April 2014

01 di senai - Google Blog Search

01 di senai - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di senai</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Mar 2014 03:21 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Warga Jerman ditahan <b>di Senai</b> disyaki seludup dadah ABN News <b>...</b>

Posted: 21 Jan 2014 10:45 PM PST

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki Jerman ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di sini Ahad lalu kerana disyaki menyeludup masuk dadah jenis methamphetamine ke negara ini.

Lelaki berusia 20 tahun itu ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor, setelah imbasan awal yang dibuat terhadap sebuah bagasi mengandungi enam tas tangan wanita, menunjukkan objek yang meragukan.

"Lelaki itu tiba di sini dengan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dan ini merupakan kali kedua dia memasuki negara ini," kata Pengarah Kastam Johor Datuk Ramli Johari.

Bercakap pada sidang akhbar di sini beliau berkata, hasil pemeriksaan rapi yang dibuat di hadapan lelaki itu, pihaknya mendapati terdapat empat bungkusan yang dibalut dengan kertas karbon disorokkan di bahagian lapisan bawah di dalam empat tas tangan terbabit.

Keempat-empat bungkusan itu mengandungi ketulan kristal dipercayai methamphetamine dengan anggaran berat 3.308 kilogram dan ditaksir bernilai RM628,520.

Lelaki itu kini ditahan reman sehingga 1 Februari untuk siasatan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, Ramli memberitahu bahawa sepanjang tahun 2013 JKDM Johor berjaya mematahkan 10 kes penyeludupan dadah.

Tujuh daripadanya melalui pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, dua kes di pejabat pos dan satu kes di Jeti Kukup.

"Kesemuanya melibatkan rampasan dadah berjumlah 43.657 kilogram dengan nilai taksiran RM6.2 juta," katanya. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads