Sabtu, 25 Februari 2012

01 di kempas - Google Blog Search

01 di kempas - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di kahang</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Nov 2011 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di gelang patah</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Nov 2011 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

Respeks Group: Re: RG2011...Mencari rumah sewa <b>di Gelang Patah</b>

Posted: 24 Nov 2011 12:27 AM PST

 saya org gelang patah...kalau tak silap no 504 2222 tu no balai polis..betul kan.

From: elya shaharuddin <elienz87@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, November 23, 2011 1:32 PM
Subject: Re: RG2011...Mencari rumah sewa di Gelang Patah

 
Salam, rakan saya ada nak cari housemate kat Gelang Patah..
No Office dia:: 607-504 2222
cuba tnya kan pada dia ya

From: Zainor Shima <nozizz@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, October 6, 2011 7:42 AM
Subject: Fw: RG2011...Mencari rumah sewa di Gelang Patah

 
-tmn nusa perintis( rumah 2 tingkat )
-tmn nusa nusantara( rumah 2 tingkat)
-kondominium gelang patah(fully furnished-mgkn sewa rm 1k+..)..ini dekat dgn sek keb tmn nusa perintis 1
-tmn syed idrus( rumah 1 tingkat)-yg ni dekat dgn pasar gelang patah.
-kampung melayu gelang patah
----- Forwarded Message -----
From: Jimmy Ajim <hazim3486@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Cc:
Sent: Monday, 3 October 2011 9:17 PM
Subject: RG2011...Mencari rumah sewa di Gelang Patah

Assalamualaikum. Ini kali pertama saya post dekat group ni. Saya ingin mencari rumah sewa di Gelang Patah, Johor. Minta tolong sesiapa yg tinggal berdekatan beritahu saya kalau ada. InsyaAllah nak masuk 17 Oktober 2011 ni. Rumah satu tingkat pun tak apa. Nak duduk dlm 4-5 bulan sebab ada kerja di area berdekatan. Harga kalau boleh dlm 600-700. Terima kasih kalau ada yg sudi membantu saya.

------------------------------------

" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net/"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com/"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com/.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    respeks_group-digest@yahoogroups.com
    respeks_group-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    respeks_group-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/


BLOG JOHOR: 01 <b>di kahang</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jan 2011 09:48 PM PST

URL Sumber Asal :-

01 di chaah johor - Google Blog Search

01 di chaah johor - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di chaah johor</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Feb 2012 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di chaah johor</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Feb 2012 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di chaah johor</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Feb 2012 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

AKU MENULIS UNTUK DIRI SENDIRI: 455 : Catatan Perjalanan <b>...</b>

Posted: 22 Jan 2012 08:17 PM PST

21 Januari 2012
Cuti panjang hujung minggu ni aku berkesempatan untuk ke Johor ke kampung asal seorang kawan di Chaah daerah Segamat, Johor. Kawan tu dah rindu sangat dengan kampung halamannya yang hanya tinggal tanah tak berumah.

Perjalanan pagi sabtu tu sesak dan perlahan sehingga ke kawasan RnR Seremban. Cuaca pula sangat cerah dan terasa bahang tengahari itu. Kami berhenti di RnR Seremban dan RnR Pagoh untuk berehat. Perjalanan hari itu terasa sangat lama, letih jugak dibuatnya.

Kami tibe di Yong Peng dalam pukul 3.30 petang dan terus mencari penginapan untuk malam itu. Tak banyak penginapan di sini, nasib baek kami dapat bilik tanpa perlu mencari di banyak tempat. Berehat sebentar dan kami meneruskan perjalanan kami ke Chaah yang lebih kurang 30 minit dari bandar Yong Peng.

Kami tiba di tempat yang dituju, Kampung Jawa dalam cuaca hujan renyai2. Aku dibawa mengililingi kampung itu dan kawan aku tu menceritakan pelbagai kisah zaman kanak2 nya. Dia juga menunjukkan tempat di mana dia selalu melepak dengan kawan2 nya, tempat dia mencuri rambutan, tempat dia mengganggu orang kampung dan sebagainya. Ternyata, jahat gak budak ni masa kecik2 dulu. Aku juga di bawa berkenalan dengan beberapa orang sahabat dan jiran2 dia.

Kemudian kami kemudian, berjalan2 di kawasan pasar malam kampung itu untuk membeli sedikit makan untuk malam itu. Kami kemudian pergi ke rumah seorang sahabat kawan aku tu. Kami hanya berbual kosong sambil bertanya khabar dan bercerita tentang kisah2 lama. Kami meminta diri sebelum maghrib.

22 Januari 2012

Kerana takde plan utk hari ini, kami bercadang untuk berjalan2 di pekan Ayer Hitam yang terletak lebih kurang 30 minit dari Yong Peng. Pekan Ayer Hitam ini memang sudah terkenal dengan kedai2 yang menjual benda2 yang berkaitan perkahwinan. Macam3 ada dari bunga pahar, bekas2 hantaran, perhiasan rumah, bunga dan sebagainya. Kami hanya jalan2 cuci mata jer. Takde niat untuk membeli ape2 dan akhirnya aku terbeli ..... (hehehe... nanti lah aku cerita pasal ni)

Full content generated by Get Full RSS.

BLOG JOHOR: 01 <b>di chaah johor</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Oct 2011 03:45 PM PDT

URL Sumber Asal :-

Remaja Bawah Umur Diupah Ganggu Ceramah Mat Sabu <b>...</b>

Posted: 07 Oct 2011 05:02 PM PDT

 Oleh: MTD PAS Benut

LABIS,8 Oktober 2011: Beberapa siri provokasi pihak tertentu pada ceramah anjuran Pakatan Rakyat sebelum ini telah menerima tempiasnya apabila ia turut berlaku malam tadi sempena kehadiran Haji Mohammed Sabu, Timbalan Presiden PAS ke Johor.

Difahamkan beberapa hari yang lalu kejadian sama turut berlaku di Negeri Sembilan namun seperti yang dijangka, tindakan tidak bertamadun terjadi juga di Pekan Labis.

Tinjauan mendapati kira-kira 50 penunggang motosikal yang terdiri daripada kalangan remaja bawah umur didakwa diupah untuk melakukan provokasi sehingga menimbulkan ketegangan pada tempat ceramah.

Tindakan melampau itu menyebabkan seorang petugas Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Johor cedera di bahagian muka akibat dilontar objek keras di kepala.

Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Amer, 29, daripada Amal Pagoh berkata kejadian tersebut terlalu pantas berlaku sewaktu beliau bertugas mengawal lalu lintas bersama lebih 50 petugas yang lain.

''Saya seperti biasa bertugas bersama sahabat yang lain. Suasana jadi kelam kabut bila sekumpulan mat rempit menganggu buat kali yang kedua. Tiba-tiba saya dibaling objek keras dikepala'' katanya ketika dihubungi Mtd Pas Benut malam tadi.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Gerakan Kebangkitan Peneroka Kebangsaan (Bangkit) oleh Tuan Haji Mohammed Sabu, Timbalan Presiden PAS Pusat, di Dataran Cikgu Normala, Pekan Labis, dekat sini, semalam.

Katanya lagi beliau terpaksa menerima tujuh jahitan di bahagian muka setelah dikejarkan ke Hospital Segamat walaubagaimanapun hanya dibenarkan keluar beberapa jam kemudian.

Beliau yang ditemani Mohd Zaki Abd. Kader, Pengarah Jabatan Amal Johor dilihat turut berada di Hospital Segamat kesal dengan pihak berkuasa yang dakwanya lambat bertindak.

''Masa mereka lalu, saya dah pesan kepada Polis. Encik tak kan tengok saja. Pergilah buat apa-apa. Polis kata, tak mengapa nanti kita buat'' ujarnya.

Difahamkan kehadiran pihak berkuasa begitu ramai turut berada di lokasi ceramah yang terdiri daripada anggota Polis, satu trak kecil FRU dan beberapa anggota Penguatkuasa Majlis Daerah Labis.

Satu laporan Polis dibuat di Balai Polis Labis oleh mangsa sendiri pada jam 1. 40 pagi diketuai oleh Saudara Mazlan Aliman, ahli jawatankuasa PAS Pusat bersama 20 orang petugas Jabatan Amal yang lain.

Mazlan dilaporkan berkata, beliau kesal dengan tindakan Polis berhubung cara menangani kejadian tersebut seolah-olah tidak masuk akal sedangkan katanya kebanyakan mereka yang melalui jalan ke lokasi ceramah akan melalui sekatan itu namun soalnya bagaimana anak muda yang rata-ratanya remaja bawah umur dakwanya berjaya melepasi sekatan jalan raya.

''Kita dukacita sebab yang buat provokasi adalah remaja bawah umur. Ada road block tapi tak ditahan. Kalau betullah ini berlaku (tidak ditahan) ini amat memalukan.

''Macam mana boleh lepasi road block? Kami juga ditahan. Apatah lagi budak-budak. Tak ditahan, bawa motor dengan jumlah yang besar, budak bawah umur.

''Kita bersimpati dengan pihak berkuasa. Tapi bagaimana persepsi orang ramai, boleh persoalkan tindakan Polis.

''Polis pun sudah maklum. Berdasarkan permit yang dibuat dan keadaan Mat Sabu sendiri dengan isu yang hangat sekarang. Tapi macam mana boleh lepas?. Malah kejadian ini berlaku didepan Polis.'' terangnya yang juga merupakan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan( ANAK).

Beliau bagaimanapun memuji tindakan petugas Jabatan Amal Johor kerana berjaya mengawal keadaan dan bertindak mengikut arahan pimpinan.

''Mujurlah Unit Amal mengikut arahan dan tidak mengikut emosi? syabas Unit Amal'' ujarnya lagi

Full content generated by Get Full RSS.

sUKA jALAN: Ombin <b>di</b> Kg Desa Temu Jodoh, <b>Chaah</b>, Segamat, <b>Johor</b>

Posted: 15 Dec 2011 09:02 PM PST

Best kan nama kg ni... kelas uols........ Full content generated by Get Full RSS.

BLOG JOHOR: 01 <b>di chaah johor</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Dec 2011 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

01 di pontian - Google Blog Search

01 di pontian - Google Blog Search


ahmadmaslan.com: 1418 terima BR1M Fasa 2 <b>di Pontian</b>

Posted: 08 Feb 2012 11:43 PM PST


PONTIAN 8 Feb. - Seramai 1,418 orang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Fasa 2 bagi kawasan Parlimen Pontian di Dewan Orang Ramai Benut dan Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini baru-baru ini.
Bantuan yang diberikan kerajaan untuk meringankan beban keluarga yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan itu disampaikan oleh Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan.
Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, peningkatan jumlah penerima pada BR1M Fasa 2 menunjukkan sambutan baik rakyat untuk memohon bantuan sebanyak RM500 itu.
Menurutnya, bagi yang belum menerima bantuan tersebut, peluang masih lagi terbuka hingga 10 Februari ini dengan segera berurusan dengan ketua kampung, penghulu atau Pejabat Daerah.
"Terima kasih kepada Pejabat Daerah Pontian kerana dapat memastikan proses pengagihan bantuan berjalan dengan lancar serta institusi kewangan yang memberikan kerjasama sepenuhnya," katanya.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong dan Pegawai Daerah Pontian, Muji Salimon.
Ahmad berkata, bantuan itu merupakan pendekatan yang hanya dapat dilakukan oleh sebuah kerajaan yang kukuh serta mempunyai sumber kewangan mencukupi.
Justeru, beliau meminta orang ramai bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana terus membela nasib rakyatnya berbanding pihak pembangkang yang hanya pandai berjanji tetapi tidak mampu melaksanakannya.

01 di stulang - Google Blog Search

01 di stulang - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di stulang</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Feb 2012 11:39 AM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di stulang</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Feb 2012 11:35 AM PST

URL Sumber Asal :-

sUKA jALAN: Ombin <b>di Stulang</b>, Johor

Posted: 30 Dec 2011 07:49 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Gratisan Musik. Friday, 30 December 2011. Ombin di Stulang, Johor. Ambil gambar time petang di Stulang. Posted by Ombin at 07:49 · Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook. 0 comments: Post a Comment ...

Rio Azzaro: Jalan-jalan Cari Makan Johor II

Posted: 27 Jan 2012 12:25 AM PST


2.YEW'S CAFE - JALAN ABDULAH TAHIR
Kita beralih pula pada restauran ke 2.Nama restaurant ini adalah Yew's Cafe.Ada banyak cawangan mereka di seluruh JB , tapi yang menjadi kegemaran aku adalah yang terletak di Bangunan MAA,Jalan Abdulah Tahir.Juadah buffet untuk berbuka puasa pun boleh tahan sedap & murah.

3.SNACK & SMOOTHIES - NUSA DUTA
Dari Yew's Cafe kita ke Snack & Smoothies Restaurant yang terletak di Taman Duta Nusa - along the way nak ke Bukit Indah.Restaurant ini menyediakan masakan Barat & Local.Antaranya Nasi Lemak Special,Sandwich Daging,Chicken Chop dan macam-macam lagi.Harga memang berpatutan.


4.BREAKFAST AT 7 - DANGA BAY
Kalau nak tempat lepak yang lebih Kozi dan selesa,Datanglah ke Restaurant Breakfast at 7 di DangaBay,Tingkat 2 bersebelahan Clark Hatch.Makanan yang ada semuanya jenis local.Pelbagai Nasi Goreng,Noodle,Mie Hoon,Capati & masakan goreng.Harga standard Restaurant pada harga mampu makan



5.SATEY COLOK - DATARAN BANDARAYA

Kalau singgah ke Johor Bahru,tak sah kalau tidak merasa Steamboat satey colok.Terletak di Dataran Bandaraya Johor Bahru,ada terdapat lebih 20 gerai bergerak yang beroperasi dari jam 6ptg hinnga ke pagi.Rata-rata gerai di sini menjual makanan yang sama,cuma yang membezakan rasanya adalah kuah steamboat di setiap gerai yang ber beza-beza.Harag satu cucuk dari 50sen hingga RM4 mengikut warna pada hujung lidi cucuk makanan tersebut.



6.CARABAO RESTAURANT - JLN ABD TAHIR
Di JB ini juga terdapat banyak restaurant & gerai yang menjual makanan Thai & Kelantan.Antara Restaurant yang popular adalah Carabao di Jalan Abdulah Tahir bersebelahan Bangunan MAA.Cubalah rasa tomyam Changmai nya.Rasanya cukup berlemak dan masam-masam manis.Tidak seperti tomyam-tomyam lain yang berwarna merah.Ada Nasi Goreng Thai,Kerabu mangga dan pelbagai menu yang lebih kurang 50 jenis kesemuanya.Harga makanan kat sini sedikit mahal dari tempat lain.Tapi untuk kepuasan dan kesedapan,saya leh bagi 4star untuk restaurant ini.


7.SATEY WAK RADOL - BANDAR BARU UDA
Bagi Peminat satey,jangan lepaskan peluang untuk merasa satey terbaik di Johor Bahru.Restaurant Satey Wak Radol memang terkenal dengan rasanya yang sedap.Terletak di Bandar Baru Uda (baru berpindah dari Kempas) di Jalan Padi Emas di Lot paling corner,Satey dagingnya memang sedap terperi di sukai ramai dari satey ayam.So kalau nak try , leh amik banyak-banyak satey daging dari satey ayam.Ada satu lagi lokasi satey yang sedap di JB,anda boleh ke Medan selera Taman Universiti yang berhampiran dengan Masjid Taman Universiti.Satey di sana terkenal dengan nama Satey Labis.Satu lagi yang sedap kt Pasar Borong Pandan.Nama sateynya Satey Taman Molek.Dagingnya pun empuk dan sedap.Rasanya 3tempat nie je la yang paling sedap.tempat lain tak tak garenti coz tak rasa.Selain Satey restauran Wak Radol ini juga ada menjual mie bandung,nasi goreng,mie goreng,mie sup,mie soto & pelbagai rojak & tahu.

8.RESTAURANT REMAJA SEAFOOD - TAMPOI
Zaman kanak-kanak aku dulu,aku selalu makan kt Remaja Seafood di Taman Kobena bersebelahan pasar borong Kobena (sekarang dah jadi Kondo Pulai View).Sekarang Remaja Seafood telah membuka Restaurant barunya berhadapan Menara Jati (pejabat LHDN).Nasi Goreng Specialnya memang sedap,cuma tidak boleh menandingi original rasanya 15tahun yang sudah.Gambar di bawah ini adalah makanan pilihan aku.

9.YONG TAUFU - KAMPUNG MELAYU
Kalau nak rasa makan yong Taufu,datang saja ke Pasar Kampung Melayu atau di sekitar kampung Melayu.Rasa bagi setiap gerai amat berbeza.Tetapi kebanyakkan semuanya sedap belaka.Nak-nak jika di campur dengan sambal cili di kuahnya.Tangkap Leleh....


11.RESTURANT SAYAM - STULANG LAUT
Lagi gerai masakan Thai & Kelantan.Memang banyak terdapat di Stulang Laut.Tapi banyak-banyak gerai di sana,saya memilih Gerai Sayam yang terletak bersebelahan kondominium Stulang Laut.Selain harganya yang murah,rasanya juga sedap.Cuma kalau boleh jangan makan nasi gorengnya,sebab mereka memasak nasi goreng mengunakan nasi yang baru sahaja di masak (nasi putih yg masih panas,basah & lembab tidak sesuai di buat nasi goreng)

12.TEA GARDEN - PLAZA KSL
Tea Garden Resturant di ground floor Plaza KSL,pula menjual makanan Halal Cina.Ayam stim ginsengnya memang sedap dan menyelerakan.Begitu juga kueh tiew goreng & nasi lemaknya.Untuk ke sana,cari saja Plaza KSL yang berhampiran Holiday Plaza.



13.RESTAURANT ISTANA LAMA - SERENE PARK
Kalau ke Istana Lama bersebelahan Sekolah Dato Jaafar,ada satu lagi restaurant yang menjual pelbagai makanan.Berada di atas bukit mengadap bandaraya Johor Bahru ianya satu pengalaman yang cukup manis.Resturant ini juga ada menyediakan tempat untuk berkaraoke (open stage) di sebelah penjuru.sambil menikmati makanan malam,boleh juga mendengar nyanyian karaoke dari pelbagai pengunjung.Rata-rata yang menyanyi di situ adalah pelanggan tetap yang terdiri dari Otai-otai.So ada yang nyanyi sedap,ada yang nyanyi membingitkan.So pandai-pandai la yea

15.RESTAURANT NANDO'S - JUSCO BKT.INDAH
Untuk yang suka western food.Anda boleh ke Jusco Bukit Indah mencuba makanan di Restaurant Nando's.

Add Image
16.PANDAN UPTOWN - TEBRAU HIGHWAY
Salah satu lagi Hotspot tempat makan terbaik di Johor Bahru adalah terletak di Pandan Uptown A.K.A Pasar Borong Pandan.Semua makanan popular Johor Bahru terletak di bawah satu bunbung.Ada Murtabak Tomok,Mie rebus Hj Wahid,Bubur Nasi Taman Sentosa,Nasi Goreng Sri Tomyam,Satey Taman Molek,Nasi Ayam Penyet,Roti Beracun dan menu wajib cuba adalah Roti John , capati & kebab Pakistan.

17.MONSTER CAFE - NUSA BISTARI
Kat Nusa Bistari pun ada port makan yang sedap.Nama Restaurant nie Monster Cafe.Terletak di tepi jalan utama menghubungkan Nusa Bistari dengan Bukit Indah.Restaurant ini berkonsepkan makanan barat dengan berlatar belakangkan dekoration karector-karector dalam filem Cartoon Monster Inc.

19.ASAM PEDAS PADANG TEMBAK - KLUANG
Kalau Ke Kluang pula jangan lupa ke Warong Asam Pedas & Kari Kepala Ikan di Pandang Tembak-Kluang.Warong ini terletak di tepi jalan dan menghadap padang tembak Kluang.Honestly Kari dia memang SUPERB....Leh bagi 4 1/2 Star untuk karinya.Makan dengan sambal belacan dan sayur kobes mau 3kali tambah nasi.Pengat pisangnya pun sedap.Warong ini sudah hampar 20tahun beroperasi.Memang Sedap.



21.SENIBONG SEAFOOD - KAMPUNG SENIBUNG
Senibong adalah salah satu lagi medan selera makanan laut yang popular di Johor Bahru.Terletak di Permas Jaya,Perkampugan Senibung menawarkan pelbagai makanan laut sambil menikmati pemandangan Laut Selat Johor dan Singapura.Makanan di sini boleh tahan mahal juga.Hati-hati memilih ketam nipah sebab hargaya boleh mencecah RM30-40 seekor.

22.RAWA STEAMBOAT - TAMAN GAYA
Steamboat Buffet juga sangat popular di Johor Bahru sekarang.Harga steamboat di sini rata-rata RM18-RM23 sekepala bergantung pada kedai mana yang anda pilih.Gambar kat bawah ini di ambil kat Restaurant Rawa Steamboat Taman GAYA.Harga buffet RM20 sekepala.Makan la sampai kenyang.Udang yang di sediakan pula adalah hidup-hidup dan anda boleh masak mengunakan cara anda sendiri.Ada 2 jenis kuah,kuah tomyam dan kuah steamboat sup.anda boleh rebus kt alam kuah-kuah tu atau anda boleh grill kt tepi steamboat kuali tu.Selain Rawa ada satu lagi restaurant yang terletak di hujung kedai Rawa ini iaitu Restaurant Orchad.

23.MEDAN SELERA SELAT TEBRAU
Gerai Tip Top seafood di lot corner Medan selera Selat Tebrau juga boleh tahan sedap dan murah.Sotong sambal petainya memang mengiurkan di tambah lak dengan Kueh Tiew Gorengnya memang menjanjikan.Murah dan sedap.Medan selera ini terletak di belakang Hotel St View Johor Bahru di sebelah sungai Chat.
Full content generated by Get Full RSS.

masam manis: <b>STULANG</b> LAUT

Posted: 16 Nov 2011 02:59 AM PST


Tajuk Johor Tanjung Puteri
Selat Teberau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu

Atas bukit Tanjung Puteri
Taman hiburan indah berseri
Pemandangan menawan hati
Jalan tambak hubungan negeri

 Tanjung Sekijang nun di kuala
Tempat nelayan mengail gelama
Istana Hinggap di Kuala Danga
Pantai berkelah keluarga diRaja

Dari Tebrau orang berakit
Singgah Setulang membeli kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi pantai Tanjung Puteri
Full content generated by Get Full RSS.
Full content generated by Get Full RSS.

BLOG JOHOR: 01 <b>di stulang</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Feb 2012 07:56 PM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di stulang</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Feb 2012 07:56 PM PST

URL Sumber Asal :-

Hujung Minggu Maulidur Rasul–Day 2 (<b>Stulang</b> Laut) | Chestnut Bowl

Posted: 05 Feb 2012 07:49 PM PST

Presentation1

Uncle Fawaz mengumpul pokok bonsai. Dari yang kecil hingga besar, bentuk yang unik, tua dan muda. Rasanya he mention, dia ada more then 50 or maybe 20 pokok bonsai.

Hari kedua bermula awal. Selesai Subuh, aku melepak sambil tengok RTM1, ada perarakan sempena Maulidur Rasul di Putrajaya. Kemudian Acu ajak keluar untuk breakfast. Kemudiannya, Acu bawak jalan sekitar Nusa Jaya dan Puteri Harbour. Kawasan baru yang masih dalam pembinaan. Ideanya untuk Nusa Jaya, Kerajaan Johor nak jadikan seperti Putrajaya. Sebuah pusat pentadbiran kerajaan negeri. Untuk Puteri Harbour pula, dia macam di Langkawi tu. Tempat persinggahan kapal layar yang travel di samudera.

IMG-20120205-01978

One of the building dekat Nusa Jaya. Rasanya ini main building kerajaan negeri Johor. Dengarnya, Dewan Undangan Negeri pun nak pindah ke sini. Kota di Nusa Jaya ini dinamakan Kota Iskandar. Mengambil nama Sultan Johor.

Di sini juga akan dibina kawasan kediaman. Ada beberapa pejabat yang sudah berpindah ke sini termasuk Pejabat Tanah dan Galian untuk Daerah Johor Bahru. Kawasan ini sangat luas dan pembinaan yang tersusun. Maybe in years to come, ianya akan jadi satu Kota yang moden dan sebagai tarikan pelancong juga.

Presentation2

Ini Puteri Harbour. Ianya berhampiran dengan Kota Iskandar dan part of pembangunan Nusa Jaya juga.

Kawasan ini berhampirn dengan SIngapore. Malah boleh nampak Singapore dari tebing Puteri Harbour. Dengarnya, mereka juga sedang membina Lego Land di kawasan berhampiran ini.

Balik dari tour, kami singgah untuk sarapan. Aku, Wife dan Acu. Lepas balik, lepak sekejap kemudian bersiap untuk check out. Sebab malam kedua di JB, kami akan menginap di Hotel. Kebetulan, hari itu juga, Pak Tam dan famili akan datang ke rumah Acu untuk melawat Nenek juga. So, Famili Pak Tam akan menggantikkan kami Thumbs up

IMG-20120205-01990

Nenek nampak bergenang sikit bila kami nak balik. Poor Nenek. Semoga cepat sembuh.

Keluar dari rumah Acu sekitar jam 1.30 tengahari dan terus ke Bluewave Hotel. Kami dah book hotel ini since Disember sebab memang plan nak ke  JB dan sebenarnya nak ke Singapore juga. But, tak jadi sebab banyak kekangan. Passport tamat tempoh, sumber kewangan terhada dan masa yang tidak mengizinkan. Erm, more toward sumber kewangan terhad sebenarnya. Crying face Like, boleh la kalau nak pergi dan balik, memang murah sahaja sebab bus just RM1.40 dari Larkin tapi takkan la nak pergi cop passport pastu balik.

Pemandangan dari hotel amat menarik. Hotel memang bersebelahan dengan Tambak Johor. Dari tingkap boleh nampak Kompleks CIQ.

IMG-20120205-01992

Dari sebelah tingkap yang lain, boleh nampak Tambak Johor dan Singapore. Ini pemandangan Kompleks CIQ. Semalam tambak sesak teruk. Ramai rupanya Malaysian bercuti di Singapore.

Sepetang, lepas check in kami ke kawasan Stulang Laut yang dekat dengan hotel untuk lunch. Makan mee rebus yang famous di sini. Kemudian balik ke hotel. Petangnya, mandi di pool. Dari pool boleh nampak Singapore dan Stesyen janakuasa Singapore. Boleh nampak marine police petrol along the border jugak.

Malamnya, kami makan di medan makan sebelah The Zon. Sangat ramai orang and the food not bad at all. Banyak choice juga. Even ada lively katak dalam aquarium and you can choose untuk masak soup, stim, sweet sour or even 3 rasa. However, we settle for Thai food di sebelah lain medan makan. The katak itu berada di bahagian non-halal. Sorry.

IMG_0171

Mostly kedai masakan Thai. Ada juga kedai masakan Johor tapi nampak macam tak ramai orang. Ramainya di kedai masakan Thai.

Lepas makan, kami menyusur tepi Selat Tebrau hingga ke Danga Bay. Danga Bay dah tak sama macam dulu lagi. Banyak construction di kawasan itu. Mungkin nak upgrade. Tapi disitu ada funfair. Jadi singgah la juga sekejap jalan-jalan disitu. Tak main apa-apa pun kecuali main dart sahaja.

IMG_0179

Main dart ini tak susah pun. Ada enam dart dan kena pecahkan enam belon. I pecahkan hanya 5 belon sebab dart datu lagi kena kayu antara dua belon. Cheh.

Lepas dah jalan sekitar 20 minit, kami pun balik ke hotel. Now sedang mengemas barang untuk check out. Hari ke –3 rasanya tiada apa yang menarik. Lepas sarapan, tengok tv dan lepas ni nak balik ke KL semula. Dan esok masih ada satu hari lagi cuti.Hot smile

Related Posts with Thumbnails

01 di endau - Google Blog Search

01 di endau - Google Blog Search


KedahLanie.info: Apa jadi jika Anwar Ibrahim mengail <b>di Endau</b>?

Posted: 09 Feb 2012 01:15 AM PST

Surat Pembaca Oleh 21Halim

"Betulkah Anwar Ibrahim akan turun ke Endau pada 19 Februari 2012 nanti? Adakah beliau ingin berehat shttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjKcjyO7CWwysxgXUuS9LOuNAVYrVt-uKZClA7kHswygjKK58LiW3pPuSKsmm9IGwv5KBbizsT1n2a5hqwNobqg2yXxKh6i-927IENqNrvkZDT3h29uiiELhCx9Z0Sk5G_hg-jSz37XpDee/s1600/Video+Anwar+ibrahim.jpgambil memancing di sana? Entahlah. Elok juga berehat. Main politik memang penat. Laluan ke Putra Jaya amat sendat.

Berita ini menimbulkan dua reaksi berbeza. Penyokong PR pasti gembira. Mereka tahu Anwar akan ambil ruang menemui rakyat di kawasan Dato' Zainal Abidin, Exco Agama Kerajaan Johor. Pimpinan UMNOBN tempatan pasti tidak ceria meskipun penyokong BN mungkin tidak ambil pot dengan kehadiran tokoh yang bebas dari tuduhan liwat kedua.

Biarlah Anwar memancing di laut. Laut banyak ikan dan ikan tidak boleh mengundi. Apa kata jika Anwar tidak suka mabuk 'free'. Tentu dia ingin mengail di Sungai Endau walaupun udangnya payah digagau jika bukan pakar air payau. Lebih baik Anwar terus ke hulu. Selain memancing boleh jumpa Orang Asal. Orang Asal sebelah Endau sana bukan tidak ada isu. Mereka bukan bisu. Ertinya Anwar boleh juga memancing undi di darat.

Anwar tidak perlu bimbang jika aktiviti beliau dirancang lebih awal. Macam-macam beliau boleh buat. Ikan, dapat. Bercakap, dapat. Sokongan rakyat, juga beliau akan dapat. Syaratnya, aktiviti dianjurkan oleh Pakatan Rakyat. PAS Mersing sedang kerja kuat. DAP pula sedang bersemangat. PKR juga ingin terlibat. Mereka ingin lihat kehadiran Anwar berehat benar-benar memberi manfaat kepada semua rakyat.

Sudah pasti Anwar tidak akan hadir sendiri. Barangkali pimpinan PAS dan DAP pusat akan sama-sama menyertai aktiviti ini. Bot nelayan banyak. Tambahan pula ramai nelayan di Endau diam-diam menyokong Pakatan Rakyat..

Penulis percaya, Zainal Abidin payah tidur malam. Sudahlah desas-desus beliau tidak dicalonkan lagi makin kuah, tambah pula cerita Pakatan Rakyat buat aktiviti memancing di laut dan di darat.

Dr Latif juga mungkin rasa hendak demam. Sudahlah bingung memikir bagaimana hendak bertanding di DUN Tenggaroh, tambah pula cerita Anwar hendak menangguk undi tidak kira air jernih atau keruh.

Pihak Polis juga mungkin geram. Tengah sedap duduk diam aman tenteram, Anwar pula datang buat ragam. OCPD resah gelisah. Luluskan permit, susah. UMNOBN khasnya Dr Latif naik darah. Tidak beri permit pun susah. Cikgu Roslan dan Ustaz Azam pula marah. Anggota Polis yang malas buat kerja setuju permit tidak diluluskan sebab menurut khabarnya Anwar akan berceramah di Dewan China yang terletak dalam premis tok kong. Ada pula anggota Polis yang di samping jalankan tugas dapat dengar ceramah Anwar secara 'life'.

PAS Mersing dan rakan pakatan mesti bijak ambil kesempatan. Ini masa bagus untuk menggerakkan petugas PRU. Kena buat mesyuarat seberapa banyak dan bincang hingga masak. Buat aktiviti sampingan biar gempak.

Jika kena cara dan elok gaya, kehadiran pimpinan Pakatan Rakyat bawa bahagia kepada semua. Para peniaga suka sebab ramai orang. Peminat Anwar bukan hendak buat kacau di Endau. Di antara mereka tentu yang syok makan pau Endau. Sebelum pulang cari oleh-oleh.

Akhir kalam, jangan lupa pelan B. Percayalah, UMNOBN Mersing yang sedang bergolak tidak akan berdiam diri. Jika cincai-cincai sahaja merancang aktiviti, nanti ramai yang tidak puas hati.

Apa kata jika ramai-ramai kita turun ke Endau 19 Februari ini.

01 di skudai - Google Blog Search

01 di skudai - Google Blog Search


Tempat Sarapan Best <b>Di Skudai</b> – Restoran Lokman | Fadzilah <b>...</b>

Posted: 27 Jan 2012 06:35 PM PST

Hari ni seperti hari minggu yang lain saya dan suami pergi ke Restoran Lokman untuk menikmati Nasi Kerabu Daging Bakar yang sungguh sedap.

Restoran ni terletak di Jalan Emas Puteh 5, Taman Sri Skudai (bertentangan dengan Caltex Taman Sri Skudai) dan beroperasi dari pukul 8.30 pagi sehingga 3 petang.

Tapi kalau anda nak makan Nasi Kerabu, kena datang lebih awal sebab biasanya Nasi Kerabu akan habis di sekitar pukul 10.30 pagi.

Pada saya Nasi Kerabu di sini memang sungguh sedap dan setanding dengan Nasi Kerabu di tempat-tempat tersohor di Kelantan.

Jom cuci mata..

20120128-105510.jpg

Sedap!!

20120128-110024.jpg

Pandangan hadapan kedai untuk rujukan anda

Jika anda ada sebarang komen tentang tempat ni atau ingin berkongsi tempat-tempat makanan yang menarik, sila kongsikan di ruangan komen ya. Nanti bolehlah saya share dengan pembaca yang lain.

Khidmat promosi percuma disediakan oleh Fadzilah Mamat Dot Com.

01 di permas jaya - Google Blog Search

01 di permas jaya - Google Blog Search


MENJENGOK PERSIAPAN LE TOUR DE LANGKAWI 2012 <b>DI PARIT</b>

Posted: 25 Feb 2012 04:03 AM PST

Lintas Langsung jam 7.10 petang tadi

01 di labis - Google Blog Search

01 di labis - Google Blog Search


Malaysia Zoom » 29 buah sekolah <b>di Labis</b> terima RM35 juta

Posted: 06 Jan 2012 03:07 PM PST

LABIS 6 Jan. – Sebanyak RM35 juta telah diagihkan kepada 29 buah sekolah di daerah kecil Labis dalam tempoh 2008 hingga tahun lalu bagi pembangunan infrastruktur dan kemudahan lain demi memastikan keadaan pembelajaran lebih selesa untuk para pelajar.

Ahli Parlimen Labis, Datuk Chua Tee Yong berkata, ia melibatkan 22 sekolah rendah dan tujuh sekolah menengah dengan Sekolah Kebangsaan Seri Bali Chaah mendapat peruntukan tertinggi berjumlah RM15 juta untuk pembinaan bangunan baru yang telah pun digunakan bermula sesi persekolahan tahun lalu.

"Sekolah rendah antara yang paling banyak menerima manfaat daripada peruntukan tersebut dengan beberapa buah sekolah mendapat bangunan baru antaranya SK Sri Labis dan SK Pekan Air Panas yang masing-masing mendapat bangunan baharu tiga tingkat untuk keselesaan pembelajaran dan pengajaran.

"Diharap dengan peruntukan dan perkembangan terbaru itu, pelajar dan guru di dalam kawasan Parlimen Labis akan melipatgandakan usaha bagi memperbaiki pencapaian kecemerlangan pendidikan yang sedia ada pada masa akan datang," katanya ketika meninjau sesi persekolahan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Labis di sini semalam.

Sementara itu, Tee Yong turut mengambil inisiatif mencari dan mengedar borang permohonan wang sumbangan kerajaan sebanyak RM3,000 kepada Konstabel Khas (SC) dan Home Guard yang menjaga keamanan kampung di zaman darurat seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jelasnya, tumpuan diberikan bagi mereka yang menetap di kawasan Labis dan perjumpaan dengan Ahli Majlis Daerah Labis, ketua kampung dan pemimpin masyarakat telah diadakan bagi mencapai kata sepakat untuk membantu golongan itu mendapat hak mereka.

Dipetik dari Utusan Malaysia

01 di kulai - Google Blog Search

01 di kulai - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Pendidikan kaum India <b>di Labis</b>

Posted: 08 Feb 2012 03:07 PM PST

LABIS 8 Feb. – Nasib kaum India di daerah ini terus mendapat perhatian terutama dalam bidang pendidikan apabila beberapa Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dijadikan anak angkat syarikat milik kerajaan (GLC).

Setakat ini terdapat sebuah SJKT di kawasan Parlimen Labis dijadikan anak angkat termasuk oleh syarikat gergasi automotif negara yang kini memiliki Proton, DRB-Hicom.

Inisiatif Ahli Parlimen Labis, Datuk Chua Tee Yong itu membolehkan SJKT Cantuman Chaah menjadi sekolah angkat DRB-HICOM sejak akhir tahun lalu dan kini tiga lagi sekolah jenis berkenaan sedang diusahakan untuk menjadi sekolah angkat kepada beberapa syarikat lain.

Menurutnya, sudah banyak masalah kaum India di Parlimen Labis dapat ditangani mencakupi pelbagai isu seperti gaji pekerja ladang, pemilikan tanah, pendidikan, kebudayaan, keagamaan serta masalah kemiskinan dan nasib golongan orang kurang upaya.

"Setakat ini seramai 279 orang India tersenarai sebagai penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan ini membuktikan cakap-cakap mengenai kaum India terpinggir daripada menikmati kemudahan yang disediakan kerajaan dan tidak mendapat perhatian adalah fitnah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri sambutan Thaipusam di Kuil Thirumurugan di Chaah di sini semalam.

Tee Yong berharap kerjasama antara syarikat GLC dan SJKT yang terjalin itu memberi manfaat kepada murid-murid terutama meningkatkan mutu pendidikan dalam beberapa subjek terutama Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

"Ini dapat dilakukan kerana selain pemantauan dan bimbingan yang diberikan oleh pegawai syarikat berkenaan secara berkala, lebih banyak buku rujukan akan disediakan bagi kemudahan murid-murid.

"Di samping peruntukan daripada syarikat GLC terbabit, peruntukan sebanyak RM12,000 juga telah diluluskan kepada empat sekolah berkenaan pada tahun lalu untuk menyediakan bahan rujukan tambahan," katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

ads