Selasa, 17 April 2012

01 di kempas - Google Blog Search

01 di kempas - Google Blog Search


PAS SEMBRONG BANGKIT: Serangan Gajah Liar <b>Di Kahang</b>

Posted: 17 Apr 2012 03:54 AM PDT

Kawanan Gajah Liar NgamukSemalam dapat telefon dari seorang pekebun sawit keturunan cina bernama Eric menyatakan beliau buntu apabila kebun sawitnya diserang gajah liar.

Pusat Aduan Rakyat Zon Kahang terus datang ke Pejabat Jabatan Perhilitan Daerah Kluang dan menyatakan masalah tersebut supaya pihak jabatan mengambil tindakan yang sewajarnya dalam isu ini.

Pihak jabatan meminta nama penuh pengadu, no telefon dan lokasi kejadian dan kakitangan jabatan akan membuat pemeriksaan sendiri secepat mungkin. Terima kasih .

Sekiranya perkara ini dibiarkan tanpa tindakan, kita bimbang dan khuwatir keselamatan penduduk akan terancam dan harta benda seperti taman-tanaman akan musnah.

Ia juga akan menakutkan penduduk dari keluar bekerja mencari rezeki dan lebih mudarat lagi sampai boleh membahayakan nyawa penduduk.

Kemungkinan habitat 'Orang Kuat' atau gajah ini terancam akibat pembalakan dan penerokaan hutan simpan dan apabila sukar untuk kawanan gajah ini mencari makanan maka tak mustahil kampung penduduk yang berhampiran akan menjadi mangsa amukan gajah.

Untuk memudahkan kepada sesiapa yang mempunyai masalah berkaitan boleh hubungi Jabatan Perhilitan Kluang

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara  
Ketua PERHILITAN Daerah
Pejabat Jabatan PERHILITAN Kluang, 

Jalan Sek. Men. Chong Hua,
86000 Kluang, Johor
Pejabat : 07-7723989
Faks : 07- 7710845

01 di senai - Google Blog Search

01 di senai - Google Blog Search


Amboi... Jawatan kosong <b>di</b> Johor (<b>Senai</b>) - JOB VACANCY - Peker

Posted: 07 Apr 2012 08:50 PM PDT

Maklumat Pengiklan

Nama: En. Rosli bin Abdul Manaf

Nombor Telefon: 0139178089

Hantar Email Kepada Pengiklan

Sila masukkan teks yang dipaparkan dalam kotak di bawah.
Aksara yang berkemungkinan adalah huruf kecil dari a hingga h
dan angka dari 1 hingga 9.


01 di skudai - Google Blog Search

01 di skudai - Google Blog Search


Sepetang <b>Di</b> Hutan Bandar MPJBT, <b>Skudai</b> | Hernee Nazir&#39;s Blog

Posted: 12 Apr 2012 02:38 AM PDT


Hoyeaaaahhh.. habis kontrol dah ni.. sebab sebenarnya sangat semput menagak bukit.. nampak sangat dah lama tak exercise..hehehe

01 di parit jawa - Google Blog Search

01 di parit jawa - Google Blog Search


MUAR KINI: Bayi atas but

Posted: 16 Apr 2012 06:37 AM PDT

MUAR: 'Nama Ayah, Khairulanam, nama ibu, Sri Susanti dan nama anak, Salamiah Hasanah'. 

Itu nota ditemui di dalam beg sukan mengandungi bayi perempuan baru dilahirkan yang diletak di atas but sebuah kereta milik Pengerusi Masjid Kampung Parit Pechah, Parit Jawa, Abdul Rashid Sirat, 72, di sini, semalam. 

Menurut Rashid, nota berkenaan itu tertulis 'Kami tak mampu untuk menguruskan dan akan menunggu dia di Jakarta kelak'. 

"Saya baru selesai menunaikan solat Subuh dan mahu menghidupkan enjin kereta apabila terpandang kotak gabus diletakkan di atas but. 

"Saya sangka ada orang tercicir kotak itu sebelum tergerak untuk membukanya. Apabila dibuka, ia mengandungi beg dan saya terdengar suara bayi menangis," katanya. 

Menurut Rashid, dia terus membuka zip beg dan menemui bayi perempuan cukup sifat yang dibersihkan dan dibalut tuala namun masih bertali pusat. 

Katanya, sebelum itu, dia serta jemaah lain terdengar deruan enjin motosikal masuk ke kawasan masjid, namun menyangka ia penduduk yang mahu bersolat. 

"Namun sejurus penemuan itu, kami terus menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian," katanya. Bayi perempuan itu sempat diazankan jemaah masjid, Ustaz Sulaiman Sarip, 50-an, sebelum dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk rawatan lanjut. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. 

"Kami masih mengesan ibu bapa bayi berkenaan dan pada masa sama meminta kerjasama orang ramai yang ada maklumat supaya tampil membantu siasatan," katanya. 

myMetro
15 Apr 2012

Jemaah temui bayi selepas solat Subuh  

BAYI perempuan yang ditemui berhampiran Masjid Parit Pechah dekat Parit Jawa, semalam.  

Diletak dalam tong polistren atas but kereta  

MUAR: Seorang bayi perempuan masih bertali pusat yang diletakkan dalam tong polistren ditinggalkan atas bonet kereta ditemui jemaah selepas solat Subuh di Masjid Parit Pechah dekat Parit Jawa di sini, semalam. 

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, curiga dengan kandungan tong polistren berkenaan, Abdul Rashid Sirat, 72, menggoncangnya sebelum terdengar tangisan menyebabkan beliau membukanya dan menemui bayi yang diletakkan dalam beg pakaian. 

Katanya, beliau meletakkan keretanya di tempat letak kereta berbumbung kira-kira jam 5.45 pagi sebelum masuk ke masjid menunaikan solat Subuh berjemaah.

"Ketika hendak pulang kira-kira 45 minit kemudian, saya dapati ada sebuah tong polistren atas bonet kereta. Curiga dengan keadaan itu, saya mengangkat dan menggoncang sebelum terdengar bunyi tangisan.

"Keadaan itu mengejutkan saya sebelum membukanya. Sejurus tong itu dibuka, saya melihat sebuah beg hitam di dalamnya dengan seorang bayi perempuan sedang menangis. 

"Bayi yang masih bertali pusat itu hanya dibalut dengan tuala. Walaupun baru dilahirkan bayi sudah dibersihkan berikutan badannya tidak diselaputi darah atau lendir," katanya ketika ditemui, semalam. 

Abdul Rashid turut menemui sekeping nota mencatat nama bayi itu Salamiah Hasanah, bapanya, Khairul Anam, manakala ibunya, Sri Susanti. 

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kelahiran dan penemuan bayi itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di 06-952 6222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan kes berkenaan. 

Berita Harian
15 Apr 2012

Tinggal bayi atas bonet kereta  

MUAR – "Saya sangka ada orang hantar barang, tetapi terkejut apabila buka kotak ini terdapat satu beg hitam mengandungi seorang bayi perempuan yang sedang menangis dalam keadaan berpeluh," kata Abd Rashid Sirat. 

Bayi malang yang masih bertali pusat dan hanya dibalut dengan tuala dijumpai oleh Abd Rashid ditinggalkan dalam kotak polistirena putih di atas bonet kereta Honda Civic miliknya di sebuah masjid di Parit Pechah, Parit Jawa dekat sini, semalam. 

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi, Abd Rashid menyedari kewujudan kotak itu ketika menghampiri keretanya untuk pulang ke rumah selepas selesai menunaikan solat Subuh di masjid berkenaan.

Menurutnya, walaupun berasa pelik tetapi dia tergerak hati untuk membuka kotak itu dan terkejut melihat seorang bayi perempuan sedang menangis. 

"Tanpa berlengah, saya segera memanggil jemaah lain yang masih berada dalam masjid untuk memaklumkan penemuan bayi ini.  Mujur saya cepat buka kotak ini, jika tidak pasti bayi malang ini sudah lemas kerana kotak polistirena putih ini kedap udara," katanya ketika ditemui Sinar Harian. 

Turut ditemui dalam beg itu ialah sekeping kertas mengandungi nama bayi berkenaan iaitu Salamiah Hasanah Khairulanam dan ibunya, Sri Susanti serta pesanan mengatakan tidak mampu memelihara bayi itu dan akan menunggunya di Jakarta, Indonesia. 

Abd Rashid berkata, dia tidak pasti berapa lama bayi itu ditinggalkan kerana sewaktu tiba di masjid kira-kira jam 5.30 pagi, dia tidak menemui sebarang kotak atau tiada kelibat individu mencurigakan berhampiran masjid itu. 

Katanya lagi, dia dan rakan-rakan membawa bayi itu masuk ke dalam masjid supaya tidak kesejukan sebelum membuat laporan di Balai Polis Parit Jawa. 

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan mengenai penemuan bayi malang itu. 

"Berdasarkan tali pusat yang masih melekat pada bayi, kemungkinan bayi itu baru dilahirkan beberapa hari lalu. Bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk pemeriksaan lanjut," katanya. 

Jelas beliau, polis kini sedang giat mengesan individu bertanggungjawab membuang bayi itu.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.  

Selain itu, beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung penemuan bayi itu menghubungi IPD Muar atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sinar Harian
15 Apr 2012

Isnin, 16 April 2012

01 di parit sulong - Google Blog Search

01 di parit sulong - Google Blog Search


Tentang Aku: Berjalan Dan Cuci Mata ...

Posted: 11 Apr 2012 12:21 AM PDT

Cuci mata ni seangkatan lah dengan window Soping ... makna dan maksud yang sama ... haha ... pergi dengan my abah dan Tam ... acara dimulakan dengan sarapan pagi di kedai makan Nasi Dagang Simpang Lok Heng ... kedai makan favorite ... hehe ...Aku makan nasi lemak bungkus ... berlaukkan sambal udang, telur rebus dan ayam goreng ... best ... sedap sambal udang dia ... rega untuk sarapan aku ni ialah Rm 4.50 ... tak termasuk air ... aku order air milo tarik .. Rm 1.30 .. total sarapan ku pagi ini ialah Rm 5.80 ... huhu .. tak pe la yang penting sedap makanannya ... berbaloi- baloi ... Aisy makan roti canai ... kuah kari ... sedap rotinya .. lembut dan gebu ... Aisy minum air horlick ais .. pepagi pun nak minum ais ... tak reti sejuk budak Aisy ni ... haha ... sarapan Aisy berharga Rm 2.40 sahaja ... mulut cam tu sebab kemam air ... airnya sejuk .. tu yang muka cam tu ... hahahaTam makan nasi ambeng ... lauk ayam masak kicap, serunding kelapa, sayur goreng ... sedap kata dia ... nasi dia peroi ... rega nasi ambeng ni Rm 2.50 ... air milo suam Rm 1.30 .. total ialah Rm 3.80 ...
Tempat amik makanan kat kedai makan ni ... layan diri buleh .. mintak dia amikkan pun buleh .. terpulang ... kalau tengok orang kedai ni busy .. amik sendiri jek la .. yang bungkus-bungkus tu amik sendiri jek .. ayam goreng ke kuih-muih ke ... mee goreng ke .. amik sendiri jugak .. kalau nak nasi dagang ke soto ke lontong ke roti canai ker barulah dia hantarkan ... masa layanan kena tengok pada berapa ramai pengunjung masa kita datang tu .. kalau ramai orang .. maka masa layanan pun jadi lama dan lambat ler .. tapi tak de la lambat mana pun .. dia dah biasa ramai orang .. kedai ni memang sentiasa ramai ... maklum la .. satu-satunya kedai makan kat area ni .. jadi tumpuan ler ... orang nak ke kota atau ke Bandar Penawar ... di tengah-tengah kedai ni .. Lepas sarapan gerak gi Kota .. destinasi pertama adalah Kedai LENO ... Tam ngan Akma order barang .. kasut dan handbeg .. alat solek pun beli kat sini ... LENO tengah sale sampai bulan 5 nanti .. kasut murah-murah ... best ... Tam order 3 pasang kasut .. 2 untuk diri dia ... 1 untuk suami dia ... 1 untuk abah ... Akma pun mengorder jugak .. sepasang kasut .. sebuah handbeg .. dan maskara anti air ... huhu ... best nyerrr cuci mata kat LENO .. hehe ...
Kasut diperagakan dalam rak besi cam ni .. ni kasut yang ada promosi .. murah-murah ... yang kat rak tepi dinding tu tak de promosi .. harga biasa ... tapi kalau jadi ahli LENO still ada potongan harga .. tu yang best .. hehe ...

Barangan lain yang terdapat di LENO ... jus buah-buahan ... barangan rumah .. barangan kesihatan .. macam-macam ada di LENO ni ...

Sebahagian beg yang dipamerkan ... cantik-cantik ... menawan kalbu ... buleh ke LENO kalau berkenan yer .. hehe

Baju dalaman wanita pun ada ... t-shirt wanita pun ada .. payung pun ada ... seronok kan cuci mata di LENO .. hehe ... semua pun ada ... bawak duit banyak-banyak baru leh belanja di LENO dengan sepuas hati ... huhu ...

01 di tebrau - Google Blog Search

01 di tebrau - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Tangkak</b> |

Posted: 03 Apr 2012 09:18 AM PDT

Rakyat Negeri Johor / Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan-jawatan kosong di Majlis Daerah Tangkak, Ledang,Johor : 1. Penolong Arkitek Lanskap 2. Penolong Pegawai Perancang Bandar 3. Juruteknik (Elektrik) KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON …

Read more »

Artikel / berita lain berkaitan:

Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Tangkak</b> ~ Jobs Blog

Posted: 10 Apr 2012 11:53 AM PDT

NO.POSITIONCLOSING DATELINK
1PENOLONG ARKITEK LANDSKAP - GRED J2916 April, 2012LINK
2PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA - GRED J2916 April, 2012LINK
3JURUTEKNIK (ELEKTRIK) - GRED J1716 April, 2012LINK

SEE / DOWNLOAD ADVERTISEMENT HERE...
SEE / DOWNLOAD APPLY FORM HERE..

Image Source : http://1.bp.blogspot.com
Link Source : http://www.mdtangkak.gov.my




NOTE :
Hi, and  welcome to Jobs-View.Blogspot.Com. If you are interested in finding a  new job, check this page regularly where details of job opportunities  will be posted from time to time. Please feel free..this blog is yours.  Please keep it family-friendly, though. Thanks for visit.
Please remember Jobs-View.Blogspot.Com

01 di bekok - Google Blog Search

01 di bekok - Google Blog Search


BBQ CNY <b>di</b> Air Terjun <b>Bekok</b>, Segamat.. - DaMiA aLeESyA <b>...</b>

Posted: 26 Jan 2012 06:55 PM PST

Lokasi: Air terjun Bekok, Segamat
Jumlah kereta: 5 buah konvoy sama2
Cuti CNY tak ke mana2 pun..
Sebab sehari sebelum cuti tu baru balik dari KL kan...
Hari sabtu pulak masih kerja cam biasa..petang sabtu pun aleesya masih ada kelas muzik...
So decided gi jalan2 dekat2 jer lah senang..
Last minute punya planning...
Kul 10 pagi buat keputusan, kul 12 berkumpul kat Plaza Tol Skudai..
Ni suami2 punya kerjalah ni...ber LINE, ber WHATAPPS..
Last2 menjadi jugak planning last minute ni...
Aleesya + Ayyunie main tepi2 sungai jer...
Takkan berani diaorg ke tengah tu..
Fuhhhhh...punyalah ramai org kat situ haritu..
Kebetulan ada FAMILY DAY geng2 askar...
Sampaikan katanya jammed nak masuk kereta kat dalam tu, kena angkat kereta ramai2 kereta yang blocked jalan nak masuk ke situ...
Nasib kami baik...kami sampai dalam jam 3 petang kot..masa tu org dah beransur2 nak pulang..
Sampai hangit2 benda ni di bakar oleh para ayah..
Both Damias bawak aksesori main pasir ..
Diaorg ingat nak gi pantai agaknya..
Apa2 pun both Damias memang seronok datang sini..
Tapi berani main kat tepi2 jer lah..
Hubby2 sibuk berBBQ sambil gossip2 agaknya...hehe
Gaya si ayah menyudahkan anak mandi di sungai...
HAha....tgk ler para ayah mandikan anak2 ....siap sabun bagai lagi kat sungai tu...ekekeke
p/s: kali ke dua kami ke sini...

01 di tangkak - Google Blog Search

01 di tangkak - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Tangkak</b> |

Posted: 03 Apr 2012 09:18 AM PDT

Rakyat Negeri Johor / Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan-jawatan kosong di Majlis Daerah Tangkak, Ledang,Johor : 1. Penolong Arkitek Lanskap 2. Penolong Pegawai Perancang Bandar 3. Juruteknik (Elektrik) KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON …

Read more »

Artikel / berita lain berkaitan:

Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Tangkak</b> ~ Jobs Blog

Posted: 10 Apr 2012 11:53 AM PDT

NO.POSITIONCLOSING DATELINK
1PENOLONG ARKITEK LANDSKAP - GRED J2916 April, 2012LINK
2PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA - GRED J2916 April, 2012LINK
3JURUTEKNIK (ELEKTRIK) - GRED J1716 April, 2012LINK

SEE / DOWNLOAD ADVERTISEMENT HERE...
SEE / DOWNLOAD APPLY FORM HERE..

Image Source : http://1.bp.blogspot.com
Link Source : http://www.mdtangkak.gov.my




NOTE :
Hi, and  welcome to Jobs-View.Blogspot.Com. If you are interested in finding a  new job, check this page regularly where details of job opportunities  will be posted from time to time. Please feel free..this blog is yours.  Please keep it family-friendly, though. Thanks for visit.
Please remember Jobs-View.Blogspot.Com

01 di benut - Google Blog Search

01 di benut - Google Blog Search


IKRAM Pontian: Jom Jadi Insan Cemerlang <b>di</b> SMK <b>Benut</b>

Posted: 30 Mar 2012 07:12 PM PDT


12 Mac 2012.- Seramai 93 orang pelajar tingkatan 2 dan 3 KAA (Kelas Aliran Agama) dan RK (Rancangan Khas) SMK Sri Tanjung, Benut telah menghadiri program ini. Tahniah semuanya. Ucapan terimakasih kepada pihak sekolah yang telah menjemput kami buat kali ke-2.
Terimakasih juga kepada penceramah: Saudara Halim Ali (JK Remaja dan Belia) dan Ustaz Fadhli ( IKRAM Kluang), juga kepada semua fasilitator. 

01 di tampoi - Google Blog Search

01 di tampoi - Google Blog Search


TITISAN NURANI: Sejenak <b>di</b> Jakel, <b>Tampoi</b>

Posted: 01 Mar 2012 04:36 PM PST

Tarikh 25-02-2012. Sementara anak-anak yang duduk di asrama diberi kelepasan untuk balik ke rumah pada hujung minggu aku bersama anak-anak telah pergi ke Jakel, Tampoi. Sungguh rambang biji mata melihat beraneka warna dan corak kain berderet-deret. Tujuan asal mahu mencari tudung buat Yasmien sebagai basahan di asrama tetapi akhirnya kami terjebak membeli kain bahan. Bila tiba di kaunter baru sedar lima ratus juga kami berhabis. Tapi dengan jumlah terkumpul itulah membolehkan kami layak untuk menyertai cabutan bertuah. Kalau ada tuah itu bolehlah dapat sebuah kereta Myvi atau paling tidak dapat laptop (berangan dulu hihihi....). Mereka yang berbelanja seribu ke atas boleh masuk ke peti cabutan bertuah yang ganjarannya dapat melancung ke Paris (hebat kan....).

Kini telah ada dua pasang kain yang belum berjahit setiap seorang. Niat di hati untuk dipakai dihari pernikahan sepupu anak-anak yang bertunang pada tahun lepas. Dijangkakan dapatlah dipakai pada pertengahan tahun. Tudung Yasmien pula telah siap berjahit dan akan dihantar pada hari Ahad ini.


~~ Kena pergi sekali lagi untuk persediaan awal sebelum menjelang puasa. Lama sudah aku praktikkan tidak menjahit di waktu bulan Ramadhan. Terasa lebih tenang.~~

01 di kempas - Google Blog Search

01 di kempas - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>kahang</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Apr 2012 08:22 PM PDT


Blog Felda: <b>felda kahang</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Apr 2012 08:22 PM PDT


think health, not drugs: Sukarelawan Prihatin di Sembrong

Posted: 02 Apr 2012 08:30 PM PDT

Ahli SKUAD 1Malaysia kawasan Parlimen Sembrong telah melalui latihan kemahiran hidup pada 1 April 2012 di Eco Resort Gunung Lambak, Kluang. Ahli- ahli SKUAD sangat bersemangat dan memberi komitmen yang tinggi dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Mereka telah dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu ambil berat, ambil tahu, perhatian , kasih sayang dan peka... Semua perkataan ini adalah menggambarkan maksud prihatin.Para peserta juga berpeluang mengikuti sesi outreach di Felda Kahang Timur. Peluang tersebut telah digunakan untuk mengenali klien dan ahli keluarga klien.

Memang semua para peserta sporting dan aktif.. Terima kasih Cikgu Jah, Ida, Ju, Ezza dan yang lain-lain.. semoga berjumpa lagi dan selamat bersukarelawan!

                                                SKUAD 1Malaysia, Sukarelawan Prihatin

01 di desaru - Google Blog Search

01 di desaru - Google Blog Search


Bercuti <b>di</b> Lotus Beach Resort <b>Desaru</b> Best Tapi.... - Cik Betty Suka <b>...</b>

Posted: 07 Feb 2012 06:21 PM PST

Sebab takda sekeping gambar pon dapat dirakamkan buat kenangan. Tak dapat nak menunjuk-nunjuk dekat korang kan huhu.
Ni semua gara-gara encik papa terlalu seronok nak terjun dalam kolamlah ni. Lalu iphone dalam poket seluar dia pon turut sama bergembira berenang-renang. Dahla kami ni takda kamera. Iphone cabuk tu jelah tempat bergantung untuk amik gambar.
Nak ngarang cerita pon tak seronok sebab takda gambar. Korang pon pasti sangat malas nak baca karangan SPM 5 mukasurat kan kahkahkah.
Jadi, karangan berikutnya boleh dibaca kalau korang berniat nak bercuti ke sini. Kalau tak nak, boleh terus pegi komen kahkahkah.
Buat anda yang nak bercuti ke Desaru tak rugilah pegi Lotus Beach Resort ni. Sesuai untuk famili yang ada anak kecik berderet-deret pasal water park kat sana best jugaklah. Ada gelongsor air. Sesuai untuk anak-anak dan juga mama dengan papa pon boleh main slide sama-sama. Tapi kalau mama nak main sama pastikan keluarga anda tidak membawa barang berharga ke water park ni. Baju salin pon bawak yang buruk-buruk je. Jadi kalau kena kebas pon taklah ralat sangat kan. Kalau tak nanti mama kena jadi tukang jaga beg. Ataupon bawalah nenek kepada anak-anak anda bercuti sama, jadi tugas nenek jaga beg haha. Kejam sungguh.
Untuk korang yang masih muhda-muhdi dan sukakan aktiviti mencabar tak payah pegi water park ni. Buatlah aktiviti laut yang lain macam parasailing ke, naik bot pisang ke (banana boat), naik ikan terbang ke, berkayak tunggang terbalik ke, naik jet ski ke, pandu ATV ke, pegi naik bot sambil mancing ke. Tinggal siapkan duit je.
Kalau takut sunburn boleh pegi Ayurvedha spa atau tido jelah dalam bilik yang selesa atau main indoor game tak pon bersiar-siar naik buggy pusing keliling sampai driver buggy tu tendang korang keluar. Kat sini ada disediakan servis buggy pasal agak jauh kalau nak jalan kaki pegi pantai, tempat makan atau water park. Nak jalan pon boleh takde sape marah.
Pasal breakfast kat resort ni makanannya ok-ok sajalah. Tak banyak pilihan sangat. Kang kalau banyak-banyak korang yang pening nak melantak yang mana pulak kan. Kalau nak carik restoran kat luar atau nak carik kedai runcit boleh pegi Bandar Penawar. Tapi kedai dan restoran pon tak banyak sangat kat sini. Nak carik maggi cup pon kena terjah 2-3 buah kedai baru jumpa.
Kat bawah ni harga suite. Rasanya kat sini penginapan dia semua jenis suite. Suitenya pulak bertangga tinggi. Jadi kalau korang ada anak kecik yang hobinya turun naik tangga dan memanjat palang agak mengerikan jugalah.
Kalau pegi time public holiday meleleh air mata sebab ada surcharge RM58. Untuk mengelakkan pembayaran lebih booking awal-awal. Bookinglah sekarang kat >>SINI untuk sesal dahulu pendapatan.

Sekian. Dah macam ejen pelancongan lah pulak karangan ni. Tulah jadinya kalau takda gambar nak cerita.

01 di batu pahat - Google Blog Search

01 di batu pahat - Google Blog Search


Pendidikan percuma, Najib kantoi menipu <b>di Batu Pahat</b>! - MiLo SuaM

Posted: 14 Apr 2012 07:53 PM PDT

LIHAT laporan akhbar propaganda Regim Barisan Nasional di bawah ini baik-baik. Kata Najib, "hanya ada tiga buah negara di dunia yang menanggung sepenuhnya pengajian tinggi rakyatnya" [Kosmo]

Di bawah ini pula 5 rakaman video bukti Najib menipu orang di Batu Pahat. Video-video berikut adalah rakaman perbualan telefon secara terus dengan 5 buah kedutaan negara Brunei, Argentina, Finland, Norway dan Jerman

Pendidikan percuma di Brunei. Brunei Darulsalam High Commission of Malaysia in Bandar Seri Begawan. Tel: +673 2 38 1095

Pendidikan percuma di Argentina. Embassy of Argentina in Kuala Lumpur, Malaysia Tel: +603 21441451.

Pendidikan percuma di Finland. Embassy of Finland, Kuala Lumpur Tel: +60 342577746

Pendidikan percuma di Norway. The Royal Norwegian Embassy in Kuala Lumpur Tel: +603 21750300.

Pendidikan percuma di Jerman. Embassy Of The Federal Republic Of Germany‎ Tan & Tan Tower F20 Jalan Tun Razak 50450 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan Tel: 03-2170-9666.

Buat makluman para pembaca yang dihormati. Berikut senarai antara negara-negara yang menyediakan pendidikan percuma.

Barbados, Brazil, Belgium, Croatia, Denmark, Finland, Greece, Hungary, Kenya, Malta, Mauritius, Morocco, Norway, Scotland, Slovakia, Sri Lanka, Sweden, Trinidad, Tobago, Brunei, Turkey, Oman, dan Saudi Arabia.

Tentu tak larat nak hubungi kesemua kedutaan, namun jika perlu anda boleh hubungi sendiri mana-mana kedutaan yang anda suka seperti yang disebutkan di atas, sila lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia menipu orang Batu Pahat.


ReJaM© "1 Malaysia, rakyat di(dungu)kan, duit diu(tamak)kan..."

01 di endau - Google Blog Search

01 di endau - Google Blog Search


Bantah kehadiran Anwar <b>di Endau</b> – Perak Today

Posted: 17 Feb 2012 05:10 PM PST

SEBAHAGIAN daripada 200 orang yang mewakili parti politik, NGO mengadakan bantahan aman terhadap kehadiran Anwar selepas membuat laporan di Balai Polis Endau, Johor, semalam.

Kira-kira 200 orang yang mewakili pelbagai parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan bantahan secara aman terhadap kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Endau di sini untuk berceramah Ahad ini.

Kumpulan tersebut yang terdiri daripada wakil Pergerakan Pemuda UMNO, MCA, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Mersing serta Persatuan Belia Endau mendakwa kehadiran Ketua Umum PKR itu hanya akan memecah-belahkan perpaduan penduduk di kawasan tersebut.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Mersing, Youzaimi Yusuf berkata, penduduk di daerah ini menolak kehadiran Anwar kerana kehadirannya akan menimbulkan rasa kurang tenteram, selain ceramah beliau hanya akan menghasut rakyat untuk membenci kerajaan.

"Masyarakat di sini membantah kehadiran Anwar dan kita tidak sekali-kali akan terpedaya dengan janji manis yang ditaburkan kepada penduduk Mersing kerana kami sentiasa menyokong dan berdiri teguh bersama kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kami tidak mahu Anwar yang menyokong negara Israel hadir ke tempat tinggal kami kerana ia akan mengubah suasana harmoni dan keselesaan penduduk yang telah sekian lama terjalin baik antara pelbagai kaum," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat laporan bersama Setiausaha MCA Bahagian Mersing, Tan Ah Fatt di Balai Polis Endau di sini semalam.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Belia Endau, Musranizam Musa berharap golongan belia tidak terpedaya dengan agenda peribadi Anwar kerana ia hanya akan merosakkan keharmonian penduduk di kawasan itu.

"Kami mahu keamanan sedia ada di sini dikekalkan dan kehadiran Anwar pasti memecah-belahkan penduduk," katanya.-Utusan

01 di parit raja - Google Blog Search

01 di parit raja - Google Blog Search


Bakso <b>Parit Raja</b> Darat - johore ------->>> terengganu. a long journey

Posted: 13 Apr 2012 07:45 PM PDT

Kalau ke Parit Raja, aku tidak lupa untuk singgah makan bakso di sini. Akan tetapi, terkadang, mengecewakan, bila mana gerai itu tutup atau tidak menjual bakso pada hari itu atau bakso telah habis pada hari itu. Bukan sekali, malah banyak kali juga kekecewaan melanda kerana tidak dapat makan bakso.

Tempoh hari, singgah di kilang kerepek untuk mengetahui harga kerepek terkini dan tersensasi. Usai berbual dan membeli sedikit kerepek di kilang itu, aku bertanya kepada budak penjaga kilang itu dimanakah bakso yang paling sedap di Parit Raja.

"Abang terus, pastu belok kanan menghala ke Parit Raja. Kat simpang tu ada gerai bakso sebalah kanan."
"Depan masjid Parit Raja Darat ke?" aku bertanya
"Aah, yelah tu. Kedai tu memang terbaik. Orang jauh-jauh pun datang makan kat situ" Budak itu menjawap.

Owh! Ini sudah bagus. Dekat saja gerai bakso itu. Hanya kurang 2km dari kilang itu. sebelum ini, aku perlu memandu hampir 10km untuk makan bakso dari kilang itu.

Gerai itu betul-betul depan Masjid Parit Raja Darat.


Gerai itu agak terperosok, bersebelahan bengkel membaiki motosikal.

Suasana kedai biasa sahaja. Macam kedai kopi kampung yang tipikal.

Aku dan Pn. Nurul memesan dua mangkuk bakso.

Dia punya bakso memang mewah. Daging besar dan banyak. Isinya campuran antara soo hoon dan mee hoon. Rasa dia memang cemerlang. Kena pula dengan sambal kicap. Fuh! Memang terbaik dari kebun!

Makan panas-panas. Berpeluh! Sedar tak sedar tinggal kuah sahaja.

Bakso memang cemerlang. Tapi servis tahap longkang. Tauke perengus. Pelayan pula susah nak senyum. Tipikal bagi gerai makan yang sedap.

Betul sangat apa yang video ni kata pasal orang MALAYSIA... Hahaha!!

Harga macam ni lebih murah harga nasi lemak kat Dungun

Cari kerja kosong di sini!

Ferrari = Italy

01 di labis - Google Blog Search

01 di labis - Google Blog Search


Liza & Zainudin @ <b>Labis</b>, Segamat | Saifudin Photography

Posted: 30 Mar 2012 08:23 AM PDT

Pada 10 dan 11 Mac yang lalu kami telah pun di hire menjadi official photographer untuk majlis perkahwinan Liza dan zainudin. Majlis bertempat di Taman Mewah, Labis, Segamat Johor. Coverage yang diberikan adalah untuk majlis pertunangan, akad nikah, outdoor, malam berinai, berzanji, bersanding dan potong kek. Walaupun sangat meletihkan tetapi kami berasa gembira penat lelah kami di balas dengan senyuman dan layanan keluarga pengantin. Kebetulan tak jauh dari surau, ia memudahkan kami untuk berehat, solat dan mandi. Sebenarnya ini kali kedua zainudin memanggil kami. Tahun lepas kami cover untuk majlis perkahwinan kakak beliau. Sila klik di sini untuk melihat post kami mengenai kakak belia di sini http://photography.saifdesign.com/zalinafelda-redong-segamat/ dan update mengenai design Custom album di sini http://photography.saifdesign.com/preview-design-custom-album-zalina/

Biasalah, jika hasil kerja kita memuaskan pasti orang akan cari kita lagi di masa hadapan. Apa pun alhamdulillah.. sedikit gambar untuk dikongsikan.

Untuk tempahan dan pertanyaan sila hubungi 017-7149632

ads