Jumaat, 25 Mei 2012

01 di pasir gudang - Google Blog Search

01 di pasir gudang - Google Blog Search


LI <b>di Pasir Gudang</b> - Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI <b>...</b>

Posted: 18 Apr 2012 09:58 PM PDT

Salam sejahtera,

Johor Bunkering Services Association merupakan sebuah persatuan yang berdaftar secara rasmi dengan Jab. Pendaftaran Pertubuhan Negeri Johor dan telah mempunyai seramai 20 orang lebih ahli dari kalangan wakil industri perniagaan petroleum.

Sejajar dengan program pihak tuan tawarkan kepada pelajar, kami juga ingin menawarkan kemasukan pelajar latihan industri tuan ke dalam industri kami yang antaranya pelajar tuan dari program perakaunan, pemasaran,perniagaan, & eletrik adalah amat bersesuaian.

Sukalah saya kiranya pihak tuan menghubungi kami secara email @ telefon, 07-252 2995 / Ms Aqilah - 0193391059 untuk maklumat lanjut atau layari laman web kami, www.j-bunker.org.my. Terima Kasih.

Thanks / Regards,

Secretariat J-Bunker
JOHOR BUNKERING SERVICES ASSOCIATION
No. 27, Jalan Helang 2, Taman Scientex Casuarina,
81700 Pasir Gudang, Johor.
Tel : 07 - 255 2995 Fax : 07 - 251 3908
www.j-bunker.org.my

01 di labis - Google Blog Search

01 di labis - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Pekerja tempatan <b>di Labis</b> meningkat

Posted: 08 Mar 2012 03:07 PM PST

LABIS 8 Mac – Jumlah penduduk tempatan yang bekerja dalam sektor perladangan di daerah ini semakin meningkat ekoran pelbagai inisiatif termasuk menawarkan gaji yang lebih tinggi pada masa ini.

Ahli Parlimen Labis, Datuk Chua Tee Yong berkata, berdasarkan maklum balas dan pertemuannya dengan pihak pengurusan beberapa ladang, terdapat peningkatan ketara jumlah pekerja tempatan dalam bidang itu.

"Sebelum ini, antara punca pekerja tempatan kurang dalam sektor ini kerana kadar gaji yang terlalu rendah.

"Namun selepas kadar minimum gaji dinaikkan serta beberapa kemudahan seperti perubatan dan khidmat penjagaan kanak-kanak diberi secara percuma, terdapat pertambahan penglibatan pekerja tempatan," katanya mengulas isu sektor perladangan di kawasan tersebut dibanjiri pekerja asing.

Dipetik dari Utusan Malaysia

01 di muar - Google Blog Search

01 di muar - Google Blog Search


Lagi 16000 Pekerja Asing <b>di Muar</b> & Johor? | Berita Semasa

Posted: 26 Apr 2012 08:12 PM PDT

Perabot Malaysia Lambakan Warga Asing. Lagi 16,000 Pekerja Asing di Daerah Muar & Batu Pahat, Johor!!

Mana pergi pekerja tempatan yang dahagakan pekerjaan terutamanya anak-anak muda? Itu persoalan pertama daripada kami. Selepas membaca & menilai berita ini semalam ada sesuatu yang kami kurang bersetuju dengan tindakan menteri yang seorang ini. 16,000 pekerja asing yang dibawa masuk  untuk tempoh 2 minggu sahaja, satu angka yag cukup besar. 

Di satu sisi lain, kita selalu bercerita tentang keperitan rakyat mencari pekerjaan di negara sendiri tetapi dalam pada masa yang sama kita terus-menerus membawa masuk 'orang luar" mencari rezeki di negara kita. Ya…memang benar negara kita masih memerlukan khidmat pekerja asing dalam beberapa sektor industri ketika ini. Tetapi….biarlah ia diuruskan dengan terkawal.

MUAR: Kerajaan membenarkan kemasukan 16,000 pekerja asing untuk memenuhi keperluan tenaga kerja di sektor industri perabot di daerah Muar dan Batu Pahat, bulan lalu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata langkah berkenaan bagi mengekalkan nilai eksport perabot Malaysia sebanyak RM7 bilion setahun supaya tidak terjejas ekoran kekurangan tenaga pekerja di sektor tersebut yang mendesak, kebelakangan ini.

"Kerajaan sedar 40 peratus nilai eksport perabot Malaysia disumbang daripada pengusaha-pengusaha perabot dari dua daerah ini. Langkah ini juga penting kerana negara kita menduduki tempat ke-10 pengeksport perabot dunia," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra dan makan malam MITI bersama Persatuan Perabot Muar, di sini.

Pengusaha kilang perabot di Muar dan Batu Pahat sebelum ini menghadapi masalah meneruskan perusahaan masing-masing apabila tempoh pekerja asing mereka tamat selepas lima tahun dan sukar untuk memperbaharui permit.

Mustapa berkata kerajaan sedar banyak syarikat perabot akan mengalami kerugian sekiranya masalah berkenaan tidak dapat diatasi. Sehubungan itu, katanya, kerajaan membenarkan kemasukan pekerja asing dari Nepal, Indonesia, Bangladesh dan tempoh kelulusan permit pekerja berkenaan dipercepatkan kepada dua minggu berbanding sehingga setahun sebelum ini.

"Kelulusan yang cepat itu dibuat setelah masalah ini dibawa dalam mesyuarat Kabinet untuk pertimbangan kerajaan," katanya. – BERNAMA

Adakah dengan membenarkan pekerja asing terus dibawa masuk ke Malaysia apabila timbul masalah kekurangan pekerja, boleh dianggap masalah telah pun selesai? Adakah ini penyelesaian terbaik dan sampai bilakah penyelesaian sebegini akan terus digunapakai? Kami berharap kerajaan janganlah terlalu dilihat tunduk kehendak pengusaha perabot untuk jangka masa pendek dengan cara mudah begini yang mana natijahnya akan datang bakal membawa kemudaratan kepada ekonomi negara :

  • Gaji golongan pekerja ditindas (meningkatkan kebergantungan kepada eksport)
  • Aliran wang keluar ke negara asal pekerja asing terus meningkat iaitu melibatkan para "expatriate" ini
  • Kerancakan ekonomi domestik melibatkan kakitangan swasta ini menjadi semakin menguncup akibat "multiplier effect" akaibat gaji yang ditekan oleh para majikan

NKEA Malaysia1 Lambakan Warga Asing. Lagi 16,000 Pekerja Asing di Daerah Muar & Batu Pahat, Johor!!

Ini tidak bagus sebenarnya. 16,000 orang pekerja asing untuk buat perabot di 2 daerah sahaja? Satu angka yang cukup skeptikal berdasarkan pemerhatian kami. Pembuat perabot ini boleh masuk kategori apa dalam NKEA? Ataupun, adakah para pengusaha perabut di Muar + Batu Pahat ini ada terlibat mana-mana EPP yang diberi keutamaan? 

Ada sesiapa di sini yang boleh membantu kami menjawab persoalan di atas ini? Sehingga kerajaan melayan pembuat perabot sebegini rupa? 

Ada orang Muar di sini? Kehadiran pekerja asing yang optimum agak membantu dalam pertumbuhan ekonomi sesuatu tempat pada waktu sekarang. Tetapi….tetapi dengan lambakan pekerja asing memberikan 3 kesan yang berbeza kepada daerah Muar ketika ini :

  • Ada orang tempatan yang terpaksa meminta ihsan daripada rakan yang berkerja di ST Technology untuk bekerja di sana akibat lambakan pekerja Indonesia, Vietnam, Sri Lanka yang telah "berjaya" menguasai kilang Pioneer dan  ST Technology. Ejen-ejen mereka ini turut membantu mereka menempatkan di kondo-kondo untuk "dilonggokkan" mereka ini secara beramai-ramai untuk tinggal di sana
  • Akhirnya, yang menjadi mangsa Kondo Maharani yang terletak di kawasan bandar yang terus menjunam dan "jatuh terduduk nilainya" disebabkan kedatangan warga asing di sana. Kasihan dan simpati kami kepada pembeli kondominimum tersebut
  • Pada hujung minggu, menara jam menjadi "tempat perkelahan" warga asing secara tetap

Ini baru situasi di satu daerah Muar namanya. Bagaimana pula di tempat lain?

Rakyat berharap kedatangan pekerja asing terus dikurangkan tetapi hakikatnya pekerja asing terus diangkut ke Malaysia. Di satu sudut, kami berharap sangatlah jika dasar membawa masuk 16,000 pekerja asing ke 2 daerah berasingan ini tiada kaitan dengan Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datanf apatah lagi prosesnya cukup pantas (dalam tempoh 2 minggu). Nauzubillah, minta dijauhkan…

01 di kluang - Google Blog Search

01 di kluang - Google Blog Search


Kemalangan maut <b>di Kluang</b> |:: HOT MEDIA ::

Posted: 24 May 2012 04:50 PM PDT


Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut bersama ibu dan ibu saudaranya dalam kemalangan di KM70, Jalan Kota Tinggi-Kluang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Abdul Majid Mohd Ali berkata Sharmila Jumadi, 2, ibunya Marlisa Mansor, 25, serta ibu saudaranya, Maryana Mansor, 22, meninggal dunia di tempat kejadian manakala kakaknya Sofea Balqis Jumadi, 4, cedera parah.

"Kemalangan berhampiran Ladang Tabung Haji itu berlaku kira-kira pukul 10.15 pagi tadi apabila kereta Perodua Kancil yang dipandu Marlisa dari arah bandar Kluang menuju arah Bandar Tenggara cuba memotong sebuah kereta Toyota Hilux di depannya.

"Dipercayai wanita berkenaan gagal memotong kenderaan terbabit lalu berlanggar dengan sebuah lori dari arah bertentangan sebelum berpusing dan kemudiannya dilanggar oleh Toyota Hilux yang tidak sempat mengelak

sumber

Khamis, 24 Mei 2012

01 di parit yani - Google Blog Search

01 di parit yani - Google Blog Search


Forum Bebas Indonesia - 4 Orang Tewas dan Belasan Rumah Rusak

Posted: 24 May 2012 05:33 AM PDT


Robert - detikNews
Kamis, 24/05/2012 13:26 WIB

Samarinda Banjir dan longsor di kota Balikpapan, Kalimantan Timur, Kamis (24/5/2012), menelan korban jiwa. Laporan sementara, sebuah rumah yang dihuni 5 orang dalam satu keluarga, tewas tertimbun longsor.

"Longsor di Jl RE Martadinata, Kelurahan Gunung Pasir. Satu korban ditemukan. Diperkirakan 5 orang korban dalam satu rumah itu," kata Kepala Search and Rescue (SAR) Kaltim, Harmoniadi, ketika dihubungi detikcom, Kamis (24/5/2012) siang WITA.

Menurut Harmoniadi, informasi korban longsor tersebut terdata sekitar pukul 11.00 WITA. Saat ini tim SAR gabungan berupaya keras untuk mengevakuasi korban tertimbun longsor serta yang menjadi korban banjir.

"Hujan di Balikpapan memang hujan deras sejak pukul 04.00 WITA dinihari tadi. Sampai sekarang pun masih hujan," ujar Harmoniadi.

"Tim SAR gabungan sudah diturunkan. Juga sudah siapkan perahu karet dan selimut buat korban. Terkait longsor, upaya evakuasi masih dilakukan," tambahnya.

Dari pantauan sementara, sambung Harmoniadi, banjir parah terjadi di 7 titik diantaranya di kawasan perumahan Graha Indah, Kilometer 11 Balikpapan-Samarinda, Balikpapan Baru serta DAM.

"Ketinggian air mencapai 1-2 meter. Sekali lagi intensitas hujan memang cukup besar sejak dinihari tadi," terangnya.

Sementara itu, dikonfirmasi terpisah, Hidayat, seorang karyawan kantor swasta di Balikpapan menyebutkan, banjir kali ini melumpuhkan denyut nadi ekonomi kota Balikpapan.

"Seperti di Jl MT Haryono dan Jl Ahmad Yani, masih ditutup polisi karena banjirnya dalam. Truk-truk besar yang boleh lewat untuk proses evakuasi," ujar Hidayat.

"Dalam 3 tahun ini, menurut saya, ini banjir paling parah di Balikpapan. Pemkot Balikpapan harus segera mencari solusi agar banjir tahunan ini bisa diatasi," sebut Hidayat.

Informasi diperoleh detikcom, selain banjir dan longsor, sejumlah roda empat juga tersapu arus banjir sehingga masuk ke parit, termasuk diantaranya angkutan kota di Balikpapan.

http://news.detik.com/read/2012/05/24/13...d992203605

di negeri johor - Google Blog Search

di negeri johor - Google Blog Search


Gift of Hope – Jelajah <b>di Negeri Johor</b> Darul Takzim

Posted: 19 Mar 2012 02:05 AM PDT

by Shahrir on March 19, 2012

Aktiviti menjelajah "Gift of Hope" kali ini diteruskan lagi dengan jelajah pasukan IRM di negeri selatan Malaysia iaitu Johor. Jelajah dua hari ini telah bermula pada Jumaat, 16 Mac 2012 dan berakhir pada Sabtu, 17 Mac 2012. Destinasi sasaran melibatkan tiga buah daerah iaitu Pontian, Pasir Gudang dan Kempas. Pelbagai kisah masyarakat dapat dirakamkan sepanjang jelajah dua hari itu dan kami akan paparkan kes-kes tertentu dalam satu pos khas di blog ini tidak lama lagi.

Pasukan IRM ingin mengucapkan setinggi-tinggi rasa terima kasih kepada IKRAM Pontian dan IKRAM Bandaraya Johor Bahru (BJB) di atas kerjasama pintar dan perkongsian maklumat bagi melaksanakan jelajah ini. Nantikan jelajah kami yang akan datang.

01 di masai johor - Google Blog Search

01 di masai johor - Google Blog Search


Blogger Pakatan kantoi, menipu untuk sabotaj ceramah Umi Hafilda <b>di</b>

Posted: 24 May 2012 01:30 AM PDT

Blooger fuckatan edyesdotcom telah memfitnah kononnya Umi Hafilda ada ilmu ghaib dengan menyatakan Ummi Hafilda boleh berceramah di Nibong Tebal dan di Masai, Johor dalam jarak masa 30 minit sahaja. Nampaknya puak fcukatan makin terdesak dengan serangan Ummi Hafilda yang terus melancarkan serangan bertali arus terhadap Anwar Ibrahim yang sehingga kini nampaknya Anwar terus menikuskan diri. 

Setelah aku hubungi penganjur program ini bagi mengesahkan hal sebenar, beliau terus menelefon Ummi untuk mengesahkan perkara ini dan SAH! Ummi memang akan hadir ke Nibong Tebal seperti masa dan tempat yang dinyatakan dan tiada langsung jadual di Negeri Johor pada malam itu. Satu lagi ingin ditekankan dalam setiap banner ceramah Ummi, Ummi menekankan mesti meletakkan wajah beliau supaya apa yang Anwar tak puas hati bolehlah berjumpa dengan beliau sendiri bukannya penganjur. Jelas kain banner murahan seperti gambar bawah jelas satu usaha bodoh puak pakatan untuk mensabotaj program di Nibong Tebal.SETERUSNYA



Komen GPB 


Semakin terdesak betul juak-juak pencacai Pakatan ..punya la nak sabotaj ceramah Umi di Nibong Tebal dan harapkan ramai tak hadir .. blogger edyesdotcom terpaksa buat  satu  banner sampah untuk menipu dan fitnah Umi Hafilda kononnya beliau ada juga ceramah di sana waktu yang sama .

Siapa lah agaknya yang mai ceramah di Masai , Johor tu ..hantu kot agaknya ..kah kah kah ...





01 di pasir gudang - Google Blog Search

01 di pasir gudang - Google Blog Search


mysara&#39;s diary: WISE @ <b>Pasir Gudang</b> PART I

Posted: 28 Apr 2012 06:24 AM PDT

Salam. 20-22 April yang lepas, aku berpeluang menyertai Program Woman In Social Enterprise (WISE) di Pasir Gudang, Johor. Actually program ni adalah kerjasama antara antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
Bertolak dari UiTM pada pukul 2.50 petang dan sampai di Pasir Gudang jam 7.20 petang. Perjalanan yang memenatkan dan dipenuhi dengan tidur. Kami ditempatkan di Smart Home. Hostel yang sangat cantik seperti apartment. Satu rumah 9 orang, 3 bilik. Kebetulan my classmate 9 orang yang join program ni. So, tak susah mencari member serumah..:)

3 pic di bawah menceritakan keadaan rumah kami yang sangat selesa..


Memandangkan waktu pun dah malam, kami diberi rehat secukupnya dan tiada aktiviti untuk malam ni. Wah..best giler! Apa lagi kepala 9 orang mulalah bertanduk. Sepantas kilat planning nak keluar untuk beli coolblog! Favourite favourite! Memandangkan di tempat orang, kami call penyelia program dari UiTM dulu. Mana boleh buat sesuka hati kan..
Keluar lintas jalan semata-mata tujuan utama nak beli coolblog. Sempat jugak singgah kat pasaraya yang ada kat situ beli keropok. Rupanya bukan setakat kami je yang keluar, ada lagi student yang keluar. Semua berpusu ke coolblog.
Aktiviti malam kami tak terhenti di situ bila sampai rumah je sorang member ajak main kad Uno. Memang aku K.O. Tak pernah main benda ni. Tapi seronok jugak bile diajar. Main sambil menyunyah. Memang meja kat rumah tu bersepah. 9 orang punyer perangai..
Pagi-pagi lagi semua dah bersiap dengan cepat. Almaklumlah..perut dah lapar. 7 pagi start sarapan and kamilah kumpulan student pertama yang sampai. Actually selain student UiTM yang menginap di Smart Home, terdapat juga student dari UPM, UPSI, UIA dan UKM. Sebelum keluar rumah, sempat bergambar..
Hari ni kami ke Politeknik Ibrahim Sultan yang hanya 5-10 minit dari Smart Home. Program Perasmian WISE disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Bin Nordin. Saat paling manis of course bila dapat bergambar bersama Dato'..:)
Kami dapat mak angkat iaitu mereka dalam kalangan ahli AIM yang mempunyai business masing-masing. Kenapa perlu ada mak angkat? Akan diceritakan secara detail dalam entry yang seterusnya okeh..
Malamnya, majlis dinner di Tanjung Puteri Golf Resort. Semua IPT yang terbabit dijemput, warga AIM dan juga tetamu-tetamu kehormat. Suasana malam yang sangat cantik ditambah dengan makanan yang disediakan cukup menyelerakan.
Aku turut buat performance berdasarkan group mak angkat yang telah diagih petang tadi. Persembahan tarian endang yang tak sampai sejam sempat berlatih. Haiisshh! Tak tahu la macam mana bersepahnya atas pentas dengan bunga-bunga tarian.
Terdapat jugak acara cabutan bertuah tapi sungguhla kami tak bertuah. Walaupun ada banyak nombor yang dikumpulkan untuk satu meja, tak da satu pun yang mengena. Ish!
Majlis habis hampir 11 malam. Sangat penat dan mengatuk. Dah la siang tadi seharian dekat politeknik. Before naik bas walaupun dalam kepenatan, sempat jugak snap..
Nota kaki : Entry seterusnya aku akan terangkan secara detail tentang WISE serta hari terakhir di Pasir Gudang..

01 di labis - Google Blog Search

01 di labis - Google Blog Search


Sharizan Shuhaimi: sehari <b>di LABIS</b>

Posted: 23 May 2012 11:29 PM PDT

assalammualaikum...hai semua...
sy nk shere pengalaman g bukit kepong johor...

6.00pg da bagun....hahaha
9.00pg bru gerak...berpandukn peta kokak dri member sy bagi tu ...(nasib la fhm)hahha..aku pon redah la
sme2 dgn makcik n pakcik.....hahaha...

sgt la jauh umh BUDAK itu hahha..tp xpe redah sje...yg penting sy sampi .

11.30pg sy dh smpi awal kn.hhahaha...1st time tengok kenduri org sne...sgt relax kenduri mereka...yg xpnh lak sy tengok mask nasi kukus dlm dulang peh!xtumpah ke huhuhu...

ni la makcik sy yg follw tu hahah
sebenar nye kenduri tu kwn sy punye abg n adik yg kwen so nk jalan2 tu yg g tu hahhahah...
ni la pengantin nye..hahah(aku amik kt fb dia hahha)
lg satu pengntin...(kwn sy pki baju warna purple tu) =p
lepas je g kenduri kwen kami g mandi2 kt gunung ledang tp kn sy x bwk pon bju xtau lak nk singat...so min je air hahah
seronok sepupu2 sy ni mandi ya hahhaha
uuwweekk muka pon da penat!
beli keychn wt kenangan hahhaha..
walupon sekejap tp pengalaman ke sgt membawa bribu kenangan bg saya... =)
saya harap 1 hari nt saya akan smpi ke sne lagi..insyaallah.....

Rabu, 23 Mei 2012

01 di parit yani - Google Blog Search

01 di parit yani - Google Blog Search


NAVAHARA: Hujan Lebat Pekanbaru Berkuah Kembali

Posted: 23 May 2012 12:08 AM PDT

Indonesia Globe, Pekanbaru - Hujan lebat melanda Pekanbaru dari tadi sore (Selasa)  Pkl 17.00 Wib hingga pukul 20.30 malam ini membuat jalan-jalan utama di Pekanbaru tergenang, kejadian yang sama juga terjadi di Jalan Ahmad Yani.
Gorong-gorong yang tersumbat menyebabkan air meluap sampai ke jalan, bahkan di Kampus Pelita Indonesia yang terletak di jalan tersebut sampai tergenang. Limpahan air dari jalan menyebabkan beberapa ruang belajar jadi tergenang karena tersumbatnya parit disekitar kampus tersebut.
Menurut salah seorang dosen di Pelita Indonesia ini kejadian pertama kalinya sejak dosen tersebut aktif mengajar di kampus ini sejak 12 tahun yang lalu.
Perlu perhatian pemerintah kota dalam hal ini Dinas terkait untuk membenahi sistem drainase disepanjang jalan Ahmad Yani dan sekitarnya karena bulan September 2012 Kota Pekanbaru akan kedatangan tamu dari seluruh nusantara untuk mengikuti event PON XVIII. [IGO/ir]

01 di chaah johor - Google Blog Search

01 di chaah johor - Google Blog Search


Demo sunyi bantah sokongan Anwar terhadap Israel | The Unspinners

Posted: 24 Mar 2012 08:05 PM PDT


Selepas solat jumaat lepas, penduduk setempat di Chaah Johor membuat demo mebantah sokongan Anwar Ibrahim kepada Israel.

Disebuah kawasan lapang di Jalan Nerawan, Kg Jawa, Chaah, seramai 30 orang kelihatan hadhi. Mereka menakkan dia kain rentang dan 12 placard bertulis 'ANWAR SELAMAT DATANG YAHUDI', JAUHKAN DIRI DARI ANWAR, ANWAR LOVE ISRAEL, BARUA LU ANWAR PENGHIANAT,ANWAR SOKONG YAHUDI MUSUH ISLAM,HIDUP PALESTINE,ANWAR PENGHIANAT BANGSA,ANWAR BOLEH BLA,

Tiada jerit atau laungan tetapi demo sunyi ini tetap menarik perhatian jemaah masjid Chaah seramai 200 orang yang balik dari solat Jumaat.

Pemberita Cina tempatan hadir. Majlis berjalan tanpa sebarang insiden berlaku insiden.

01 di mersing - Google Blog Search

01 di mersing - Google Blog Search


Senarai Penginapan <b>di</b> Pantai Air Papan, <b>Mersing</b> | ArabMykrk.com

Posted: 20 May 2012 07:30 PM PDT

VN:F [1.9.17_1161]

VN:F [1.9.17_1161]

Rating: 5.0/5 (1 vote cast)

Assalamualaikum. Anak-anak sedang sibuk menghadapi peperiksaan sekarang. Apa maknanya tu? Maknanya cuti sekolah sudah hampirlah kawan-kawan. Bukan anak sahaja yang suka, ibu ayah pun sama……… mengaku sajalah……

Bagi kami sekeluarga, percutian biasanya adalah pada musim cuti sekolah Bulan Mac. Tahun 2010, kami ke Melaka. 2011 ke Kuala Lumpur. Pada tahun ini pula kami memilih untuk bercuti di negeri sendiri sahaja……….

Senarai Penginapan di Pantai Air Papan, Mersing, Johor
Kredit gambar: http://kasawari7.blogspot.com/2008/04/sehari-di-air-papan-mersing.html

Sejarah Kampung Air Papan:

Mengikut cerita lisan, Kampung Air Papan mendapat nama bersempena peristiwa yang berlaku pada zaman dahulu. Pada masa itu, penduduk kampung mendapatkan sumber air dari satu pancur di tepi bukit yang berhampiran dengan sebuah kilang papan.

Mereka kemudian meletakkan papan sebagai alas di pancuran tersebut. Bersempena dengan keadaan tersebut, maka penduduk kampung menamakan kampung mereka sebagai Kampung Air Papan.

Kampung Air Papan terletak kira-kira 15 atau 12km dari Bandar Mersing. Ia diapit oleh dua kampung yang terdekat iaitu Kampung Tenglu Besar dan Kampung Tenglu Laut yang terletak di Mukim Tenglu. Kampung Air Papan juga boleh dikunjungi dari Kampung Tenglu Laut melalui jalan tepi pantai yang kecil.

Tarikan utama di Kampung Air Papan ialah Pantai Air Papan yang kedudukannya menghadap perairan Laut China Selatan. Pantai ini sering dikunjungi oleh pelancong dari dalam dan luar negeri untuk bersantai terutama pada hujung minggu atau hari-hari kelepasan am.

Penginapan di Pantai Air Papan

Pada mulanya susah juga hendak mencari info berkenaan penginapan yang terdapat di Pantai Air Papan. Rupa-rupanya, kami yang silap………

Oleh kerana Pantai Air Papan terletak di Mersing, tidak semua pemilik penginapan di Air Papan menamakan premis mereka dengan 'Air Papan'.

Lalu ianya menyedarkan saya mengapa sekiranya kita mahu menamakan blog, kita digalakkan untuk memilih nama domain yang amat berkaitan dengan niche blog kita.

Sebagai contoh; kebanyakan artikel di blog saya adalah berkaitan belajar Bahasa Arab, jadi rekalah nama yang ada 'arab'. Setelah puas berbincang dengan Teacher Nash, pilihan kami adalah; http://arabmykrk.com

Oleh itu, bila ada sesiapa mencari info tentang Bahasa Arab, insyaAllah mudahlah blog ini ditemui……. Berbalik kepada tajuk di atas, akhirnya kami memilih untuk menginap di Air Papan Beach Resort.

Bukannya apa, melihatkan kepada nama resort-resort yang lain itu, bimbang ianya bukan terletak di Air Papan. Sedangkan kami berhajat mahu berkelah di Pantai Air Papan.

Kami ke sana pada pertengahan minggu. Jadi, pengunjung tidaklah ramai. Rupa-rupanya di sana ada banyak resort dan chalet yang terletak saling sebelah menyebelah.

Kami menuju ke sana dari arah Johor Bahru dan melewati Pantai Tanjung Leman dahulu. Oh, Tanjung Leman lebih dekat rupanya…….. Apalah orang Johor ni, ke Utara sudah, ke Pantai Timur sudah…….. negeri sendiri pun belum mahir…….. hehehe………

Kita akan melaui bandar Mersing sebelum tiba di Kampung Air Papan. Berdekatan dengan pantai juga ada surau dan sekolah agama. (Sekolah-sekolah agama kerajaan negeri Johor memang dibina bersebelahan dengan masjid atau surau)

Resort dan chalet di sini kelihatan selesa, tidak kurang juga yang tampak boleh ditambah-baikkan lagi. Alhamdulillah tempat menginap kami selesa dan boleh menyaksikan pemandangan laut dari dalam bilik.

Oleh kerana kebetulan waktu kami ke sana adalah musim hujan, kami anak beranak hanya mandi di kolam mandi yang disediakan oleh pihak pengurusan Air Papan Beach Resort sahaja. Pada waktu malam apabila hujan telah reda, barulah kami ke pantai.

Hemmmm……… masa itulah telefon bimbit saya rosak. Apa tidaknya, toleh kiri kanan tiada sesiapa dan suasana sunyi…… saya terus saja terjun menyertai anak-anak di dalam kolam. Sudah kecut jari jemari barulah naik ke tepi. Argh, telefon!!!! Ada dalam kocek! Inna lillah…….. Amekaw………. hahaaaaa

Pada waktu siang, kami makan di kedai makan yang terletak di tepi pantai. Malamnya pula, kami keluar ke Bandar Mersing. Kami makan di sebuah kedai makan yang terletak sederet dengan sebuah kilang keropok lekor dan kedai runcit.

Tuan punya restoran itu bercakap dalam dielek Kelantan. Oleh itu, kami memilih untuk makan tomyam dan lain-lain eksesorinya. Alhamdulillah memang umph! Harganya pun tidak mahal.

Untuk memudahkan kawan-kawan yang ingin bercuti ke Pantai Air Papan, Mersing, saya bawakan untuk tuan/puan senarai nama penginapan dan nombor telefon untuk dihubungi.

Air Papan Beach Resort
Laman web: http://airpapanbeachresort.com.my/
Testimoni: http://saghah.blogspot.com
(Membaca testimoni blog inilah saya terdorong untuk menempah bilik di resort ini. Kami menginap di Melati Merah. Terima kasih, Sarah)
(Sh Abu Bakar / Siti Farah)
*Tel : 07-799 5566
Fax : 07-799 5566
*H/P : 012-791 4324 / 019-744 9909 / 013-727 2772
e-mail : reservation@airpapanbeachresort.com
admin@airpapanbeachresort.com

Sri Mersing Resort
Laman web: http://www.myoutdoor.com/srimersing/
Testimoni: http://budakbakong.blogspot.com/2011/10/family-day-santaisri-mersing-resort.html
(Sh Abu Bakar / Siti Farah)
*Tel: 07 – 7992384, 799 2085 (RES)
Fax : 07 – 7992384
*H/P: 013 – 727 2772
Nota: Kedua-dua resort di atas dimiliki oleh orang yang sama.

Mersing Beach Resort – terletak di hujung pantai dan betul-betul menghadap laut.
Laman web: http://mersingbeachresort.webs.com/
Laman web 2: http://mersingbeachresort.blogspot.com/
Facebook: https://www.facebook.com/mersingbeachresort
*Mr. Faisal – +6012-7121097, +6016-7007465
*Office – +607-7994545
email : mersingbeachresort@gmail.com

Teluk Godek Beach Resort (Lani's Place) COCONUT INN – Tuan punya resort juga mengusahakan kedai makan yang terletak menghadap laut. Mee bandung di kedai makannya saya beri empat bintang.
*Telefon: 07-7994469
*Rozlani Salleh – 013-7464469
*Sariyah Yunos – 013-7434469
Email: telukgodek@hotmail.com

Sri Tanjung Chalet
Telefon: 07-7994780
Facebook: https://www.facebook.com/pages/SriTanjung-Chalet/134897506588785
Testimoni 1: http://kasehmanisah.blogspot.com/2010/03/pantai-air-papan-mersing-26-28-feb-2010.html
Testimoni 2: http://terajubintang7.blogspot.com/2011/04/percutian-di-mersing-johor.html

Air Papan Chalet
*Telefon: (Encik Suhaimi) 07-7992993 atau 013-7447070

Fishing Bay Beach Resort – Hotel yang pertama akan kita temui
Laman web: http://www.fishingbayresort.com/
Email: reservations@fishingbayresort.com, fishingbbr@yahoo.com.sg
Testimoni: http://menara-kehidupan.blogspot.com/2011/07/berkunjung-ke-air-papan-mersing.html
*Telefon: Haslinda Eunos- 012 – 716 6753
*Telefon: 07-799 6753
*Telefon: 07-2225300 (JB)
*Fax : 07 – 2216300 (JB)

Kali's Guest House – Terletak paling jauh dari pantai
Laman web: http://telecentre.my/kampungairpapan/index.php/ms/pelancongan.html?start=2
Telefon: 017-7639274

Homestay Kampung Ayer Papan
Laman web: http://telecentre.my/kampungairpapan/index.php/ms/pelancongan.html?start=1
*Telefon: 019-7624137 (Norshamsudin A. Razak)

Laman web Komuniti Desa Johor Darul Takzim: http://telecentre.my/kampungairpapan/

Pemandangan sekitar Pantai Air Papan: Klik sini

Senarai Penginapan di Pantai Air Papan, Mersing, 5.0 out of 5 based on 1 rating

01 di kukup - Google Blog Search

01 di kukup - Google Blog Search


Sedetik <b>di</b> Anjung Ilmu....: KARNIVAL BAHASA MELAYU SEKOLAH <b>...</b>

Posted: 19 May 2012 01:06 AM PDT

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia
SK Rambah selaku tuan rumah mengalu-alukan kedatangan para peserta dan guru-guru pengiring sempena karnival Bahasa Melayu Zon Kukup Tahun 2012. Antara acara yang dipertandingkan ialah Pidato, Bercerita Tahap 1, Bercerita Tahap 2 dan Esei. Tahniah kepada anak-anak SKR kerana telah berjaya mendapat tempat dalam 3 pertandingan iaitu Johan Pidato oleh Iman Zulhaqim, Tempat Ketiga Bercerita Tahap 2 oleh Norhaslinda Bt Rosman dan Naib Johan Esei oleh Nur Hikmah. Tahniah kepada peserta-peserta yang telah berjaya. Tahniah juga kepada seluruh warga SKR atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang Karnival berlangsung.

NIkmati Sunset <b>Di</b> Pantai <b>Kukup</b> dan Indrayanti | Enjoy My Life

Posted: 17 May 2012 05:31 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Kali ini ane mau ceritain tentang jalan-jalan ane ke pantai di Wonosari, Yogyakarta, tempatnya di Pantai Kukup dan Pantai Indrayanti. Yaah, temen-temen yang suka berkeliaran menjelajah tempat-tempat rekreasi pasti ...

01 di pagoh - Google Blog Search

01 di pagoh - Google Blog Search


Karnival SMM Bersama Rakyat <b>Di Pagoh</b> 3 Mac Ini | MyNewsHub

Posted: 16 Feb 2012 07:33 PM PST

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan menganjurkan Karnival SMM Bersama Rakyat pada 3 Mac ini di Pagoh, Muar, Johor.

SSM melalui satu kenyatan media memberitahu, karnival itu diadakan di Kompleks Sukan Pagoh dan dijadual dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Karnival ini bertujuan meningkatkan serta menyematkan kesedaran orang ramai tentang fungsi dan peranan SSM," kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu,  Karnival SMM Bersama Rakyat juga bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai tentang kepentingan memperbadankan syarikat.

Selain itu, ia juga akan menjelaskan tentang kewujudan skim pelaburan yang sah di sisi undang-undang dan penerangan berkaitan skim perniagaan secara francais.

Kata kenyataan itu, karnival itu turut diwarnai dengan pelbagai acara menarik seperti cabutan bertuah, kuiz, taklimat kerjaya, sukan rakyat, sukaneka dan mini konsert.

Justeru, orang ramai diminta datang memeriahkan karnival tersebut sekali gus mendapat pelbagai manfaat yang boleh diperoleh. – mynewshub.my

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

01 di parit jawa - Google Blog Search

01 di parit jawa - Google Blog Search


<b>Parit Jawa</b> ~ mumtaza kairo

Posted: 18 May 2012 01:51 PM PDT

Nah sobat Mumtaza satu lagi film produksi anak bangsa yang patut kita tonton bersama apa ituu, mau tahu ?
Nama Drama/Filem : Parit Jawa
Arahan: Tunku Mona Riza
Pelakon: Zahiril Adzim, Eman Manan, Ruminah Sidek, Jalil Hamid, Safura, Nam Ron dan Ghazali Abu Noh
SINOPSIS TELEMOVIE PARIT JAWA
Parit Jawa yang dipersembahkan dalam Bahasa Melayu dan Jawa ini mengisahkan kehidupan sebuah keluarga berketurunan Jawa yang telah menetap di Parit Jawa, Muar berkurun lamanya. Penonton berpeluang untuk menyorot perasaan Tuminah dan Sapian yang mengimpikan kehidupan bahagia di usia tua mereka bersama anak-anak.
Setelah Sapian meninggal dunia, Tuminah menjadi semakin risau akan keluarga mereka yang semakin kucar-kacir. Anaknya hanya ingin merebutkan hak tanah pusaka peninggalan keluarga mereka dengan setiap daripada mereka memasang strategi dan agenda sendiri tanpa mepedulikan ibunya yang masih hidup.

semoga sobat Mumtazer terhibur ^_^ sinopsis film ini bersumber jiwang.net

01 di muar - Google Blog Search

01 di muar - Google Blog Search


Babi Sondol Kafe Siber <b>Di Muar</b> - MyNewsHub

Posted: 20 May 2012 06:47 PM PDT

MUAR – Seramai 10 orang pelanggan yang sedang leka melayari internet di sebuah kafe siber di Taman Putra Murni, Jalan Salleh di sini, bertempiaran lari menyelamatkan diri apabila seekor babi hutan betina tiba-tiba merempuh masuk premis itu pada pukul 1.30 petang semalam.

Babi hutan seberat kira-kira 50 kilogram itu merempuh pintu kaca premis tersebut ketika pelanggan dan penjaga kafe siber tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd. Aradi sedang leka melayari internet.

Aradi, 23, ketika ditemui sejurus kejadian berkata, mereka terkejut mendengar bunyi pintu kaca premis dirempuh sehingga pecah sebelum ternampak seekor babi hutan meluru masuk dan menyondol meja komputer di situ.

"Semua pelanggan lari lintang-pukang keluar dari premis, manakala babi tersebut terus menyondol sehingga ke tandas yang terletak di bahagian belakang.

"Ketika babi itu menuju ke arah tandas, kebetulan seorang pelanggan sedang keluar tetapi dia sempat melompat menyelamatkan diri," katanya.

Tambah Aradi, melihatkan babi tersebut tersekat di dalam tandas, pelanggan itu masuk semula dan menutup pintu tandas berkenaan. – Kosmo Online

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

ads