Jumaat, 8 November 2013

01 di chaah johor - Google Blog Search

01 di chaah johor - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di chaah johor</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Nov 2013 03:17 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di chaah johor</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Oct 2013 03:37 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di chaah johor</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Sep 2013 03:21 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di chaah johor</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Sep 2013 03:17 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Jengka 19: Utusan Online - <b>Johor</b>

Posted: 31 Aug 2013 09:28 AM PDT


Wajib pertahan kemerdekaan

Posted: 30 Aug 2013 12:40 PM PDT

Oleh LUQMAN HAZIQ
pengarang@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 30 Ogos - Rakyat pelbagai kaum digesa bukan sahaja bersama-sama berganding bahu memastikan negara terus selamat, malah wajib mempertahankan kemerdekaan yang dikecapi selama ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, selain itu semua pihak turut diminta supaya sentiasa menjaga dan memastikan kesejahteraan berpanjangan.

"Marilah kita doakan agar negara tercinta terus dikekalkan nikmat kestabilan politik dan keamanan, keteguhan ekonomi, dijauhkan daripada segala perbuatan jahat dan fitnah yang boleh membawa malapetaka dan kehancuran negara.

"Tanamkanlah rasa kasih sayang antara rakyat yang berbilang kaum, kukuhkan perpaduan semoga sentiasa hidup dalam kemakmuran dan keselamatan sepanjang zaman," katanya dalam status terbaharu menerusi laman sosial, Facebook sempena sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan Ke-56 esok.

Beliau turut berdoa semoga negara ini sentiasa dilindungi dan di bawah keampunan Allah SWT.

Dalam entri bertema Rakyat Muafakat Negaraku Berdaulat Negeriku Berkat itu, Mohamed Khaled berkata, Muafakat Johor menjadi tulang belakang kepada pelengkap kesejahteraan dan keharmonian rakyat berbilang kaum di negeri ini.

"Penekanan muafakat kepada aspek keharmonian, kesepakatan, persefahaman, bertolak ansur, bekerjasama serta menanam jati diri sebagai anak negeri Johor tanpa mengira bangsa, agama mahupun warna kulit wajar dipelihara dan dipupuk agar terus menjadi teras amalan bangsa Johor," katanya.

Pemuda UMNO Chaah Bandar edar 1,000 Jalur Gemilang

Posted: 30 Aug 2013 12:40 PM PDT

PESERTA Kembara Merdeka bersama pelajar dan warga SMK Chaah bergambar sambil mengibarkan Jalur Gemilang di pekarangan SMK Chaah, Labis, semalam.

LABIS 30 Ogos - Sempena sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan Ke-56 esok, Pemuda UMNO Cawangan Chaah Bandar mengedarkan sebanyak 1,000 Jalur Gemilang kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chaah, semalam di bawah program Kembara Merdeka.

Ketuanya, Mohd. Shah Shukoree Abu, 32, berkata, program itu bertujuan menyuntik semangat patriotik dalam kalangan rakyat terutamanya pelajar untuk mengingati Hari Kemerdekaan dengan bersama-sama memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang di kawasan sekolah dan kediaman mereka.

Sebanyak 1,000 Jalur Gemilang yang diedarkan itu adalah sebagai simbolik dan sokongan Pemuda UMNO Cawangan Chaah Bandar kepada Kempen Kibarkan Jalur Gemilang yang diperkenalkan oleh kerajaan.

Kami memilih SMK Chaah kerana sedar semangat kemerdekaan dan patriotisme ini harus dipupuk bermula di peringkat sekolah," katanya selepas berkonvoi menggunakan motosikal bagi mengedarkan Jalur Gemilang berkenaan.

Konvoi tersebut mendapat kerjasama daripada persatuan motosikal berkuasa tinggi, Botak Bikers yang disertai lebih 40 penunggang dan melalui jalan utama di Chaah sebelum berhenti dan mengagihkan kesemua bendera tersebut kepada para pelajar SMK Chaah.

Mohd. Shah turut mengajak rakyat, khususnya di negeri ini supaya mengingati pentingnya kemerdekaan bagi setiap lapisan masyarakat.

Ini kerana kita perlu menjaga keamanan agar tidak berlaku pergolakan seperti negara luar. Keharmonian dan keamanan penting bagi negara dan kita patut bersyukur dengan keadaan ini," katanya.

Sementara itu, Pengetua SMK Chaah, Maimon K. Mohamed berbesar hati menerima kunjungan rombongan tersebut dan memuji langkah itu untuk menunjukkan semangat kesetiaan kepada negara dan berharap program berkenaan dapat diteruskan pada masa akan datang.

Program sebegini bukan sahaja dapat memupuk semangat sayangkan negara dan cintakan kemerdekaan dalam kalangan pelajar, sebaliknya kepada seluruh warga sekolah ini termasuk guru dan ibu bapa.

Ini satu tambahan aktiviti untuk memeriahkan sambutan kemerdekaan negara kita yang pastinya akan disambut meriah dan bermakna di sini," katanya.

Aturcara Hari Kedua - Official Website of Royal Connections

Posted: 30 Jul 2013 06:27 PM PDT

Sabtu, 24.8.2013 | Ahad, 5.8.2013 | Isnin, 26.8.2013 | Selasa, 27.8.2013

25 Ogos 2013 – Ahad

0800 :

MAJLIS PELEPASAN DI TANGGA AGONG BANGUNAN SULTAN ABU BAKAR ( PEJABAT DAERAH MUAR)

- Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor di Tangga Agong Bangunan Sultan Abu Bakar
- Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi daerah Muar
- DYMM Sultan Johor berangkat ke Taman Tangkak Jaya, Ledang

0845 – 1000 :

TAMAN TANGKAK JAYA, LEDANG

- Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ di Taman Tangkak Jaya, Ledang
- Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi daerah Ledang
- DYMM Sultan Johor dipersilakan untuk melawat ke tapak pameran kesihatan
- DYMM Sultan Johor dipersilakan untuk melawat ke Medan Selera Taman Tangkak Jaya
- Majlis ramah mesra DYMM Sultan Johor bersama rakyat
- DYMM Sultan Johor dipersilakan untuk melihat demonstrasi masakan roti canai terbang, wi- cang dan tosei
- YAM Paduka Putera menyampaikan bantuan MAIJ dan JKM kepada penerima bantuan
- Majlis santapan
- Sembah ucapan oleh Pegawai Daerah Ledang
- Cabutan bertuah 3 kaum disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor
- Persembahan cenderahati kepada DYMM Sultan Johor oleh Pegawai Daerah Ledang
- Persembahan cenderahati oleh DYMM Sultan Johor kepada Pegawai Daerah Ledang
- Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi daerah Ledang
- DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berangkat ke Kompleks Beli Belah 1Segamat, Segamat

1100 – 1200 :

KOMPLEKS BELI BELAH 1SEGAMAT, SEGAMAT

- Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ di Pasaraya 1Segamat
- Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi daerah Segamat
- DYMM Sultan Johor dipersilakan ke pintu hadapan utama Kompleks beli belah 1Segamat untuk menandatangani plaque perasmian
- Bacaan doa perasmian
Rombongan dipecahkan kepada 3 kumpulan dan bergerak ke tempat aktiviti masing-masing

  • Program DYMM Sultan Johor

- DYMM Sultan Johor dipersilakan ke Restoran Sushi Octopus
- Santapan ringan
- DYMM Sultan Johor dipersilakan ke tempat hiburan keluarga untuk menyaksikan aktiviti bermain bola keranjang
- DYMM Sultan Johor dipersilakan ke LFS Cinema untuk menyaksikan tayangan dokumentari khas Kembara Mahkota Johor

  • Program YAM Paduka Anakanda

- YAM Paduka Anakanda dipersilakan ke tapak lawatan untuk menyaksikan
-Demo gubahan bunga
-Demo mewarna lukisan
- YAM Paduka Anakanda beramah mesra serta menyaksikan persembahan oleh OKU dan PDK

  • Program DYAM TunkuMahkota Johor

- DYAM Tunku Mahkota Johor dipersilakan ke tapak lawatan untuk menyaksikan persembahan kereta kawalan jauh.
- DYAM Tunku Mahkota Johor juga dipersilakan untuk berlumba kereta kawalan jauh
- DYAM Tunku Mahkota Johor menyaksikan  demo penalty shootout
- Pertandingan penalty shootout di antara pasukan KMJ dan pasukan Segamat
- DYAM Tunku Mahkota Johor dipersilakan untuk melihat demo  paintball target shooting
- Pertandingan paintball target shooting di antara pasukan KMJ dan pasukan Segamat
- YAM Paduka Putera menyampaikan bungkusan dan sumbangan kepada para penerima bantuan
- Majis santapan
- Sembah ucapan oleh Pegawai Daerah Segamat
- Cabutan bertuah 3 kaum disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor
- Persembahan cenderahati kepada DYMM Sultan Johor daripada Pengurus 1Segamat
- Persembahan cenderahati daripada DYMM Sultan Johor kepada Pegawai Daerah Segamat
- DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berangkat ke SMK Seri Bali, Chaah

* DYMM Sultan Johor berhenti seketika di Gelanggang Bola Keranjang Pekan Chaah, Segamat untuk majlis ramah mesra. Lain-lain peserta akan dibawa terus ke Sekolah Menengah Seri Bali, Chaah

1245 – 1310 :

GELANGGANG BOLA KERANJANG, JALAN YEW CHOR, PEKAN CHAAH, SEGAMAT (REHAT)

* DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berhenti seketika untuk majlis ramah mesra bersama-sama masyarakat kaum Tiong Hua

1315 – 1415 :

SMK SERI BALI, CHAAH, SEGAMAT

  • Program DYMM Sultan Johor

- Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ di SMK Seri Bali, Chaah, Segamat
- DYMM Sultan Johor dipersilakan untuk menyaksikan persembahan kawad formasi dan persembahan gajet badan beruniform
- DYMM Sultan Johor dipersilakan untuk melawat ke tapak demo pembuatan dodol dan tapak pembuatan kuih-kuih tradisional pelbagai kaum

  • Program DYMM Raja Zarith Sofiah

- DYMM Raja Zarith Sofiah dan YAM Tunku Tun Aminah menyaksikan pertandingan kaligrafi Cina, kolum dan khat  jawi
- DYMM Raja Zarith Sofiah menyaksikan persembahan choral speaking dan sesi motivasi bersama pelajar

  • Program DYAM TunkuMahkota Johor dan YAM Paduka-Paduka Putera

- DYAM Tunku Mahkota Johor dan YAM Paduka-Paduka Putera yang lain dipersilakan untuk sesi menanam pokok
- DYAM Tunku Mahkota Johor dan YAM Paduka-Paduka Putera yang lain dpersilakan untuk menyertai pertandingan memanah
- DYAM Tunku Mahkota Johor dan YAM Paduka-Paduka Putera yang lain dpersilakan untuk menonton pertandingan futsal kain pelikat

* Pasukan DYAM Tunku Mahkota Johor menentang pasukan  Belia Segamat

Santapan ringan
*santapan disediakan mengikut lokasi kerabat diraja bersemayam

- Persembahan cenderahati kepada DYMM Sultan Johor oleh Pengetua SMK Seri Bali Chaah
- Persembahan cenderahati kepada DYMM Sultan Johor oleh Pegawai Daerah Segamat
- Persembahan cenderahati oleh DYMM Sultan Johor kepada Pengetua SMK Seri Bali Chaah
- Persembahan cenderahati oleh DYMM Sultan Johor kepada Pegawai Daerah Segamat
- Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi daerah Segamat
- DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berangkat ke Paloh, Kluang

* DYAM Tunku Mahkota Johor berangkat ke Hotel Prime City, Kluang untuk berehat dan kemudian ke Stadium Kluang bagi menyaksikan perlawanan  bola sepak antara pasukan pasukan JDT dengan pasukan daerah Kluang.

1520 – 1535 :

KANGKAR BARU, BATU PAHAT (REHAT)

* DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berhenti seketika untuk majlis ramah mesra bersama-sama masyarakat setempat

1600 – 1715 :

PADANG MPK PALOH, KLUANG

- Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ di Padang MPK Paloh, Kluang
- Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi daerah Kluang

  • Program DYMM Sultan Johor

- DYMM Sultan Johor melawat pameran-pameran :

     – FAMA – Produk agromas dan hasil produk FAMA
    – Jabatan Pertanian – Benih, pokok dan buah-buahan (Buah Melewar)
    – Jabatan Veteriner – Kitaran hayat ayam bergaya
- DYMM Sultan Johor menyaksikan demonstrasi mengopek kelapa secara tradisional dan moden serta mengadili pertandingan mengopek kelapa secara moden di antara pasukan KMJ dan pasukan rakyat
- YAM Paduka Putera menyampaikan bantuan MAIJ dan JKM kepada penerima-penerima bantuan
  • Program DYMM Raja Zarith Sofiah

- Keberangkatan DYMM Raja Zarith Sofiah dan YAM Tunku Tun Aminah ke PDK Yaqeen Paloh (disambut dengan persembahan jambangan bunga kepada DYMM Raja Zarith Sofiah)
- DYMM Raja Zarith Sofiah melawat pameran terdiri daripada 8 buah pameran daripada PDK
- DYMM Raja Zarith Sofiah menyampaikan sumbangan kepada 20 penerima
- DYMM Raja Zarith Sofiah menyaksikan  persembahan daripada KEMAS
- DYMM Raja Zarith Sofiah berangkat ke Padang MPK Paloh untuk majlis santapan ringan

  • Program YAM Paduka Putera-Putera

- YAM Paduka Putera – putera menyertai sukan rakyat berupa sukan sorong rim
- DYMM Sultan Johor berangkat ke khemah santapan
- Majlis santapan diiringi persembahan
- Sembah ucapan oleh Pegawai Daerah Kluang
- Cabutan bertuah 3 kaum disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor
- DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berangkat ke Seri Lambak

1700 :

PROGRAM DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI KOMPLEKS SUKAN, PERBADANAN STADIUM KLUANG

- Keberangkatan tiba DYAM Tunku Mahkota Johor ke Kompleks Sukan, Perbadanan Stadium Johor, Kluang dari Hotel Prime City, Kluang
- DYAM Tunku Mahkota Johor menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan JDT menentang pasukan

1745 :

SERI LAMBAK, KLUANG (BERMALAM)

2045 – 2145 :

MAJLIS TAZKIRAH DYMM RAJA  ZARITH SOFIAH DI DEWAN JUBLI INTAN KLUANG

- Keberangkatan tiba DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah ke Majlis Tazkirah bersama-sama penduduk kampung
- Bacaan doa
- Tazkirah oleh YB Dato' Haji Nooh Bin Gadot
- Keberangkatan balik DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah

Sabtu, 24.8.2013 | Ahad, 5.8.2013 | Isnin, 26.8.2013 | Selasa, 27.8.2013

01 di senai - Google Blog Search

01 di senai - Google Blog Search


Sepagi <b>Di</b> Lapangan Terbang Sultan Ismail, <b>Senai</b> | MISS MIRROR

Posted: 03 Oct 2013 03:01 AM PDT

Mungkin betul orang kata....  bila mengalir dalam diri kita darah yg sama, instinct selalu sama... Cehh!!.   Intro apakah ini??.
Malam tadi, ai dah tergerak hati nak call  Ustaz Baha (setelah sekian lama adiknya ni tak bertanya khabar),  tapi bahana disibukkan oleh benda2 lain, akhirnya ai tertido. 
Tiba2  pagi tadi IRP menerima SMS dari beliau..

 "Abang dah on de way nak pegi Airport Senai, skrg kat Simpang Renggam".   Mmg ada dimaklumkan sebelum ni,  ura2 kepergian abg ai tu  ke Tanah Suci tapi tak tau tarikhnya bila.
Kami pun apa lagi.. bergegas la mandi dan capai la apa saja (nak capai baju kurung, belum bergosok la pulak.... sebab nak kejarkan masa, dari rumah pukul 7.35 am...  jemaah dijangka check in 8.35 am).   Hopefully sempatlah...   
Alhamdulillah jalan tak jem pun, tak sia2 ai masih menyempatkan diri utk mandi (walau mandi kambing... hehe).



                









Inner biru + shawl rona pink???.   Itu je yg sempat dicapai... haha..... tapi skrg kan mmg tengah pesen kaler contra2 ni... 
Di balik sticker " LOVE" itu adalah somiku... (yg pemalu :P).   Di sebelah ai tu, Ustazah Fatimah (kakak iparku).  Budak baju kuning  tu Lutfy, anak bongsu mereka yg memonteng sekolah arini.
Pesawat  yg membawa beliau ke sana..  



Senang skrg sbb dah boleh buat penerbangan haji dari Senai.. tak mcm dulu2.




Tak sempat nak tunggu Abang Baha berlepas sebab kami ada agenda lain yg menunggu.   Gi bank, gi Pej. KWSP, gi keja..  

Terkejar2 punya pasal sampai terlupa nak pelawa diorang singgah rumah..... ngee.. teruknya kami ni... dah dlm keta baru teringat.
Lunch kat Plaza Kotaraya..

*moga pulang dgn haji yg mabrur..

01 di mersing - Google Blog Search

01 di mersing - Google Blog Search


Laman Pengail: LUBUK IKAN <b>DI MERSING</b> -part2(RAHSIA PULAU <b>...</b>

Posted: 08 Sep 2013 03:07 AM PDT


Setelah kita ketahui berkenaan lubuk ikan di Jambatan dan Kuala Sungai Mawar iaitu dari paparan minggu lepas,mungkin ramai dari kalangan pemancing merasakan tak lengkap jika saya masih mershsiakan lokasi lain di Sg.Mawar selain dikawasan jambatan sahaja. Bagi pemancing yang menunda bot fiber mungkin tidak banyak persoalan kerana dimana-mana sahaja boleh berlabuh asalkan bot telah berada diatas air.

Pancingan pantai adalah rahsia yang saya ingin ceritakan tetapi masih berkisar di kawasan Sungai Mawar Mersing. Bagi yang menggemari pancingan ekstrem dimana gemar meneroka lubuk-lubuk yang mencabar pasti bertekad untuk mencubanya, di sungai Mawar juga terdapat lubuk terbaik selain muara menyusuri hingga ke dalam sungainya iaitu "PULAU MAWAR."

Dari atas jambatan Sg.Mawar kita akan terlihat pulau kecil berhadapan kuala nya,sebenarnya tanjung tersebut berasal dari beberapa buah pulau kecil.Perubahan monsun yang melanda menyebabkan pulau tersebut bersambung dengan tanah besar iaitu apabila permukaan pantai naik meninggi hingga menjadi benteng http://zulkiffleeh.blogspot.com/2013/06/memancing-siakap-di-benteng-pemecah.html dan menjadi lokasi terbaik bagi nelayan berlindung dari ribut tengkujuh.

Saya akan berikan sedikit info bagaimana untuk memancing di Pulau Mawar tersebut, tetapi pemancing haruslah seorang yang tahan lasak juga seorang yang tidak kenal erti kekecewaan. Apabila pemancing telah dapat menjejakkan kaki ke Pulau tersebut pasti pengalaman berharga akan tersemat dihati sebagai pengalaman yang berharga.

Bagi yang datang dari arah Mersing memasuki Kg.Tanjung Resang melalui jalan ke Penyabong akan bertemu Jambatan Sg.Sisek,dan lebih kurang 1km sebelum sampai di Jambatan Sg.Mawar terdapat lorong sebelah kanan ke Kg.Sg.Mawar. Dipenghujung kampung nelayan tersebut dari kejauhan akan terlihat pulau @ tanjung Mawar, susuri lah sepanjang benteng pasir tersebut hingga ke sana.


Kebiasaan warga tempatan akan memancing disana menggunakan motosikal kerana untuk sampai kesana rakan pemancing harus menyusuri benteng pasir sepanjang 1km. Tak hairan lah kalau saya katakan pasti menyemput dibuatnya,mana kan tidak dengan peralatan mancing,bekalan makanan,tool box dan tong umpan belum lagi yang remeh-temeh seperti khemah,peralatan mendaki dan lain-lain lagi. Jadi jalan terbaik lihatlah paparan ini  http://zulkiffleeh.blogspot.com/2012/05/normal-0-false-false-false-en-us-x-none_29.html
 Peralatan mendaki?mengapa perlu ada?akan saya ceritakan nanti.
Setelah menghampiri pulau tersebut (jika bermotosikal)melepasi paya berpasir,tongkatlah motosikal anda sedikit keatas tebing agar tidak ditenggelami air pasang. Kemudian terpulang pada anda membuat pilihan samada ingin memancing menyusuri tebing berbatu dimana dasarnya berpasir atau memancing disebelah belakang tebing berbatu.


Jika tertarik memancing menyusuri tebing bebatu ketika air surut, berjalanlah dengan penuh berhati-hati kerana permukaan batu yang licin boleh menyebabkan kecelakaan. Carilah waktu ketika keadaan air yang kurang gelombang atau berangin. Pastikan tiada hujan sebelum kunjungan dan air yang hampir jernih (jika air terlalu jernih, ikan biasanya kurang galak memakan umpan). Sebagai tambahan, menggunakan joran panjang tidak kurang 10 kaki (3.5 meter) adalah satu kelebihan itupun jika pemancing berhajat membuat lontaran lebih jauh.

Memancing dipantai berbatu Pulau Mawar penggunaan umpan sesuai adalah seperti :


* Udang segar (udang hidup lebih sesuai digunakan)
* Umpan anak ikan hidup yg baru dikail seperti bebolos ,anak kekek sesuai dijadikan umpan pari. memancing ikan          bebulus di pantai menggunakan perambut setengah kaki dengan kekuatan 12 paun amat sesuai dgn mata  kail halus.
* Perumpun sarung atau ruat pasir
*Hirisan ikan (selayang,tamban atau kembung)/hirisan sotong (dipotong serong)
*Kerang-kerangan,umang-umang yg dititik cengkerangnya atau anak ketam untuk peroleh ikan Ketarap.

Di Pulau Mawar, Ikan pari boleh diandaikan spesies terbesar mendiami kawasan pesisiran pantai tersebut manakala ikan lumrah lain ialah ikan2 karang, kakap merah,bebolos, gelama papan,gerut, tuka, sembilang karang, todak, daun baru dan ikan Delah yang mendiami teluk pantai berpasir Pulau Mawar.


Saiz batu ladung boleh menentukan jarak baling, saiz batu ladung juga boleh ditentukan melalui keadaan pasang surut air laut. Bermula nombor 8 hingga 12 adalah saiz yang lumrah digunakan pemancing pantai. Pilih batu jenis lonjong memanjang supaya ia kurang memberi rintangan angin dan arus.Panjang perambut untuk memancing di pantai memadai satu meter kerana jika terlalu panjang maka anda akan mengalami kesukaran untuk lontaran nanti.
Sebenarnya di Pulau Mawar terdapat kawasan yang menarik iaitu dibalik tebing bebatu yang tinggi (lebih kurang 5-7meter),sebab itu lah saya sarankan 'peralatan mendaki' itupun jika masih ada lagi 'tali' lama untuk memanjat iaitu ditempat 'parking' motosikal seawal tadi kerana itu saya harap pemancing merupakan seorang yang berani punya hati yang kering.

Diatas bukit  nanti pemancing akan melihat fenomena yang cantik iaitu'Gerbang Laut' atau pintu masuk untuk persekitaran tanjung tersebut. Dikiri kanannya terdapat tebing tinggi bebatu karang dimana kawasan berpotensi mendapatkan pelbagai spesis ikan namun di pantai berbatu karang tersebut juga boleh mendatangkan masalah iaitu 'sangkut' terutama pancingan dasar.Lumrah lah 'area' berbatu penuh berteritip masalah sangkut memang tidak boleh dielakkan.juga untuk menyusuri tebing bebatu yang curam amat mencabar.jika pemancing rajin serta berani menyusuri tebing bebatu karang disana hasil tangkapan pastinya lumayan sekali.

Untuk tidak menghampakan trip pancingan tersebut disarankan agar menggunakan tip ini iaitu pancingan tanpa batu ladung dengan menggunakan isi ikan menutupi mata kail.atau teknik pancingan pelampung tetapi pemancing dapatlah mengagak kedalaman air laut agar umpan yang tergantung tidak mencecah dasar berkarang maka potensi diragut ikan adalah tinggi .Salah satu lagi dengan menggunakan pancingan 'apollo' iaitu batu ladung dibahagian bawah dan menggunakan tangsi yg lebih kecil di bahagian batu ladung,apabila batu sangkut karang, pemancing masih boleh perolehi ikan setelah tangsi halus putus.

Spesis yang sangat popular di Pulau Mawar adalah Kerapu (samada kerapu keling atau kerapu mata hijau) bagi memperoleh spesis tersebut saya sarankan pemancing menggunakan tali sulam atau tali spider,
dimana telah terbukti kekuatannya disamping risiko putus amat kurang.Persembahan umpan untuk ikan muara berbatu Pulau Mawar seperti ikan karang jenahak, jemuduk,siakap ,ibu gelama,kurau dan kerapu sebolehnya ikan hidup atau jenis umpan segar.

Penggunaan Gewang amatlah berkesesuaian dengan lanskap berbatu,pemancing disarankan menggunakan teknik 'casting' kearah sekitar pantai bebatu, dipadankan dengan joran ringan 6kaki-7kaki .Gunakanlah Gewang yang sesuai iaitu gewang 'shallow'selaman cetek atau gewang 'floating'aksi permukaan air.

Biasanya casting di pantai berkarang Pulau Mawar boleh dilakukan pada masa air besar atau surut tetapi semasa air gerak pasang pemancing rebutlah teknik pancingan dasar kerana waktu terbaik ikan  merapat ke pantai.Tetapi tidak bermakna waktu lain kita tidak boleh memancing. Memancing boleh seharian tetapi fokus dan tumpuan perlu diberikan Waktu terbaik ialah ketika air pasang penuh. Ketika itu, ikan akan merapat ke pantai. Pada sebelah malam pula, ikan lebih efektif daripada siang.Secara ringkas waktu paling sesuai ialah lewat petang (kalau dapat bermalam lah disana).

Semoga dengan penerangan panjang lebar tersebut dapatlah rakan pemancing mendalami ilmu berguna bagi dipraktikkan di pantai Pulau Mawar Mersing.


Dari Laman Pengail :Zulkiffleeh

01 di stulang - Google Blog Search

01 di stulang - Google Blog Search


Haszy&#39;s Garden: Memancing ikan <b>di Stulang</b> Laut JB

Posted: 29 Feb 2012 01:43 AM PST

Assalamualaikum and Hello.


Ish, memancing konon. Mana ada memancingnya, tengok PakLong kite memancing je ada lah! Tapi, disebabkan kitorang gerak lambat jadinya, sampai maghrib pun takdapat satu ikan pun. Sedih. Sebenarnya PakLong ada ajak pergi practice memancing dekat mana entah, tapi kite bangun lambat. Hehehe takjadi pergilah gamaknya. Nak jugak belajar kann. Ilmu tu kan ada kat mana-mana je.


Masa kitorang sampai je kat Stulang, air dah surut dah. So, kenalah tunggu sampai air pasang balik. Pergh memang keras lah tunggu air tu pasang. Laut kan, bukan pool. Kalau pool kejap je nampak beza dia. Ergh sengsara gila tunggu kat situ. Kerja melantak je tunggu air and ikan. Then PakLong ajar cmne nak letak umpan lah and itu ini. Tapi PakLong cakap kita buat takdengar je sebab tengah taksabar nak dapat ikan. Heuheu.





I perasan something kat sana that is ... banyak gila alcohol bersepah2 tau. Geli ja. And bau dia, takpayah cerita. Nak muntah tau tak! Tapi I taknak cemarkan blog ni dgn cerita tu. Actually I nak cakap, sepanjang I duduk Shah Alam and terperuk kat sana, I dah takdengar sangat cerita pembangunan kat JB ni. Mana taknya, I balik Jb pun masa I cuti sem je. Jarang sangat nak balik cuti mid-term tu. Bukan malas balik ke, takrindu ke tapi I taksuka naik bus. I taksuka nak turun dekat Larkin yang macam-macam perangai. Takkuasa! So terpaksalah tahan rindu tunggu Mama amek I cuti sem.


Oleh itu, oleh itu tau! I mcm dah taktau lah mcm tempat2 baru kat JB ni. Jalan2 baru semua I taktau. Dah lah jalan lama pun takmahir apa lagi jalan baru.


Nak kata cuti ni nak explore Jb ni pun takdapat sebabnya, kena jaga CC and takde orang nak bawak I jalan-jalan. Sedih betul. Tu yang power spect pun bertambah! Asek mengadap laptop and pc je -.-


Okay, tu je nak bagitau. Nnt kalau I dah pandai memancing jgn harap I dpt update selalu hikhik hiperbola


Bye bye!


Thanks For Reading Dear One :)

01 di endau - Google Blog Search

01 di endau - Google Blog Search


masalah lembu berkeliaran <b>di</b> jalan mersing dan <b>endau</b> tiada <b>...</b>

Posted: 12 Jul 2013 04:53 PM PDT

1.Masalah lembu2 berkeliaran di sesetengah jalan di mersing dan endau tiada kesudahannya hahahaha..lembu2 ni ada lesen memandu sepertimana tuan2 lembu ni bekali..ni aku jumpa time nak pergi membuat satu siasatan kes kemalangan kat kampung teluk lipat endau :)
2.Situasi sebeginilah yang menyebabkan ramai kalangan pekerja yang menunggang motorsikal tercium kaki atau badan lembu di atas jalan raya..sudahnya aku jugak yang kena siasat kemalangan tersebut..nasihat aku selain berhati2 dengan lori yang agak banyak mengunakan laluan mersing/endau/jalan haji arifin/kamu juga perlu sentiasa berhati hati dengan kemunculan rombongan lembu2 yang bebas berkeliaran..banyak geng kes kemalangan melibatkan lembu2 di kawasan ni..tak caya taip je lah kat google belambak hangpa jumpa :)

01 di permas jaya - Google Blog Search

01 di permas jaya - Google Blog Search


Parlimen <b>Parit Sulong</b>: YB. Dato&#39; Noraini Ahmad <b>di</b> Sungai Limau <b>...</b>

Posted: 23 Oct 2013 03:23 AM PDT

YB. Dato' Noraini Ahmad selaku Ahli Parlimen Parit Sulong , Ketua Wanita UMNO Bahagian Parit Sulong dan Exco Wanita UMNO Malaysia turut hadir semasa Hari Penamaan Calon bagi PRK N20 Sg. Limau pada Hari Rabu 23.10.2013.


    Bersama TPM .


Kenangan bersama ahli-ahli  UMNO di PRK N20 Sungai Limau, Kedah.

01 di parit jawa - Google Blog Search

01 di parit jawa - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di parit jawa</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Oct 2013 03:50 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di parit jawa</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Oct 2013 03:09 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di parit jawa</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Oct 2013 03:08 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di parit jawa</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Sep 2013 03:27 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di parit jawa</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Sep 2013 03:15 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

acuila: Suatu pagi <b>di Parit Jawa</b>...

Posted: 19 Mar 2013 04:54 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]2013 (22). ▻ August (1). ▻ June (3). ▻ May (4). ▻ April (1). ▽ March (12). Mersing 2012 · Geng Lawatan SKKM - Terengganu 2012 · I miss this moment! Love! 3 bulan di SK Parit No.5 · Kedah 2012 · Comeiii jugakkk!!!! comei ...

burung botak pantai leka <b>parit jawa</b> - Saya Dan Kamera Saya

Posted: 15 Aug 2013 05:31 PM PDT

.

.

.

.

Petang-petang Raya

Panas wehhh kat Muar petang-petang raya hari tuu..

Dah tak panas .. kami ke pantai..

Kau ada..

Raya kat pantai ..?

Kami ke Pantai Leka , Parit Jawa

Muara untuk mudik sampan nelayan Parit Jawa

Kenapa panggil Pantai Leka..

Dulu-dulu cantik pantai ni..

Leka mereka kat sini..

Sekarang …

Pantai bakau sebenarnya kat sini

Bila surut.. hambik kau .. nampak semua selut .. akar bakau .. sampah sarap ..

1.

.

Pernah dengar tentang Burung Botak Parit Jawa ?

Parit Jawa merupakan antara destinasi persinggahan dalam penghijrahan burung-burung dari seluruh dunia pada setiap tahun, termasuk spesis Burung Botak yang amat terkenal

Nama glamernya .. Lesser Adjutant (Leptoptilos javanicus)

Ketika berjalan di tanah, ia memiliki langkah berbaris macam askar … sebab itulah dipanggil "adjutant"

IMG_8902.

.

.

Ramai jugak pencinta dan pemerhati burung migrasi yang datang ke sini dengan segala bagai kamera dan teropong untuk Burung Botak ini

IMG_8903.

.

.

Perkampungan dan pelabuhan nelayan

Ikan segar-segar

Hujung minggu ikan mahal sikit kat sini

Sebab anak-anak balik dari bandar .. mak-mak ramai cari ikan udang sotong kat sini nak masakkan anak-anak..

2.

.

.

3.

.

.

7.

.

.

IMG_8882.

.

.

Ni lah pesen dia kalau ambik gambar sekarang..

Haishhhh …..

20130816-074050

.

.

.

Aiskrim seringgit satu di Pantai Leka

IMG_8894.

.

.

Kami memanjat Menara Tinjau itu..

Ada curahan hati..

Gatal sangat tangan tu nyonteng sana sini

Mak Bapak tak ajar eh..?

20130816-074023

.

.

Senja kat sini tak secantik di Tanjung Emas

Masih cantik tapi.

20130816-074108

.

.

.

Pagi sebelum nya…

Pasar Parit Jawa

Dah berjaman saya tak ke pasar basah

Pasar Besar Muar jem… ramai benor nak ke pasar

Maka kami ke sini pagi tu..

20130816-073846.

.

.

Ada putu piring warna kuning

Yang tak kedekut … gula melakanya seketul-seketul besar!!

20130816-074001.

.

Gambar Raya sekeluarga sedondon tak pernahnya ada yang semenggah dan cukup sekeluarga

Ini lah gambar masa raya saya ..

.

.

.

.

BLOG JOHOR: 01 <b>di parit jawa</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Oct 2013 03:05 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di parit jawa</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Oct 2013 03:31 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di parit jawa</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Sep 2013 03:30 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di parit jawa</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Sep 2013 03:32 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di parit jawa</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Sep 2013 03:16 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

acuila: Suatu pagi <b>di Parit Jawa</b>...

Posted: 19 Mar 2013 04:54 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]2013 (22). ▻ August (1). ▻ June (3). ▻ May (4). ▻ April (1). ▽ March (12). Mersing 2012 · Geng Lawatan SKKM - Terengganu 2012 · I miss this moment! Love! 3 bulan di SK Parit No.5 · Kedah 2012 · Comeiii jugakkk!!!! comei ...

pekena asam pedas <b>di parit jawa</b> muar - warna-warni kehidupanku

Posted: 19 Nov 2012 05:30 PM PST

sambung lagi ye...sampai aje pekan Parit Jawa , terus singgah ke medan selera Parit Jawa  . kebetulan kami semua mmg belum makan apa-apa lagi utk lunch , so bila dah sampai Muar , mmg terbaek arr nak isi perut yg tengah keroncong ni .

kat medan selera ni , makanan utama adalah masak asam pedas . ada pelbagai jenis ikan dan ikan-ikan ni semua mmg fresh semuanya . mana tak freshnya , dihadapan medan selera ni , adalah  jetty nelayan...nelayan balik dari mengail , mmg ikan-ikan tu terus aje masuk periuk masak asam pedas . makan kat situ , dah la sedap , view pun cantik utk sejukkan mata memandang .

hari tu , au singgah di kedai No 1 , kedai Mak Pon namanya , kami pekena masak asam pedas ikan sembilang ( fuhh...mmg feveret aku tu )  , telur dadar dan kicap manis cap udang aje...3 kombinasi yg terbaek kalau korang mkn asam pedas...klu nak tau betapa kicknya , cuba la buat?!

selesai  makan , kami tak balik ke rumah , terus ke bandar Muar utk amik baju yg siap ditempah...ala , baju basahan ke opis aje...pas tu , terus makan lagik utk dinner pulak....mmm...giler punya makan bila dok kampung ni..huhuhuhu


asam pedas ikan sembilang...best dan sedap!!

veiw di hadapan kedai...deretan bot-bot nelayan di Parit Jawa ,Muar
parking depan kedai coz dah lapar sgt dah gamaknya...

ads