Khamis, 5 September 2013

01 di kempas - Google Blog Search

01 di kempas - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di kahang</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Aug 2013 01:26 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Nusajaya Kini: Gelang Perkauman Patah <b>Di Gelang Patah</b>

Posted: 27 Apr 2013 03:50 AM PDT

Malah ke tahap melampau, Dr Mahathir membakar api perkauman dengan menyatakan kemenangan Lim Kit Siang akan mengakibatkan perseteruan antara kaum.

Menteri besar kerajaan sementara Johor, Abdul Ghani Othman pula menambah rencah menjadi wira Melayu kununnya dengan berkata kemenangan Lim Kit Siang bakal menggugah keharmonian kaum di Johor.

Gelang Patah menjadi 'kubur' Lim Kit Siang merupakan suatu saranan yang teramat munasabah untuk politik tahun 1983. Di zaman kebenaran paling muktamad hanya didapatkan daripada tiga saluran tivi warna, dengan imej wajah 'dewanya' tidak lain dan tidak bukan ialah Dr Mahathir Mohamad.

Tetapi pada tahun 2013 ini, di zaman pencerahan Internet, ia menampakkan sikap yang menggelabah. Kerana maklumat dan pengetahuan telah pun mematahkan gari ideologi, gelang perkauman yang merantai kita selama ini. Orang sudah tahu.

Cukup bedebah sekalian kita, manusia Melayu terutamanya, kerana puncanya telah pun tertulis pada tembok grafiti dalam babak filem Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani, terbit tahun 1986. Contengan di dinding kota bertulis, "Ke mana lesapnya RM 2.5 bilion duit Bank Bumiputera?"

Kita perlu memahami bagaimana politik-ekonomi Mahathirisme bekerja. Di sini, Mahathirisme bukanlah semata-mata seorang manusia tetapi idea dan fahaman seorang manusia yang telah menjadi sistem dalam jaringan kerja dan struktur organisasi kuasa serta budaya yang rumit.

Malah kini, struktur dan sistem organisasi kuasa itu sedang menemui jalan buntu dengan perebutan yang bertambah sengit, malah di kalangan sesama mereka sendiri.

Politik-ekonomi Mahathirisme bekerja dengan perkakas-perkakas institusi awam yang tidak demokratik, mengamalkan ekonomi kapitalisme semu - kroni monopoli, penuh rasuah dan pecah amanah, menipu pilihan raya, dengan rekod demokrasi dan pelanggaran hak asasi manusia yang buruk.

'The Banker Who Knew Too Much'

Kerana jika kita memahami Mahathirisme kita akan faham bahawa segala cakap-cakap tentang semangat Melayu/ Islam, hak istimewa orang Melayu/ Islam, kepentingan Melayu/ Islam, bumiputera, dasar ekonomi baru dan sebagainya itu hanyalah belit, 'gormal', penipuan, gebang kosong yang hanya berjaya dilakukan pada era penguasaan media tivi.

April tahun lalu, saluran tivi AETN - Crime & Investigation, Asia menayangkan sebuah dokumentari berjudul "The Banker Who Knew Too Much."

Penerbitan dokumentari ini akan membawa kita memahami kepura-puraan Dr Mahathir dan mereka yang berpegang pada ideologi perkauman sempit yang kununnya berteraskan kebudayaan dan tata negara Melayu itu. Kununnya, didongengkan kekayaan negara perlu dimiliki hanya oleh orang-orang Melayu.

Filem dokumentari itu merungkai kes pembunuhan misteri akauntan muda, juruaudit Bank Bumiputera pada tahun 1983.

Jalil sebenarnya ditugaskan untuk mengaudit akaun anak syarikat Bank Bumiputera di Hong Kong, iaitu Bank Bumiputera Finance (BMF). Sewaktu di Hong Kong, Almarhum Jalil mendapati banyak keraguan terhadap cara BMF memberi pinjaman.

Beliau mendapati hampir kesemua pinjaman BMF disalurkan kepada syarikat-syarikat milik Carrian Group. Carrian Group pula dimiliki oleh George Tan, ahli perniagaan Hong Kong, etnik Cina, warga negara Singapura, kelahiran Malaysia.

Dalam dokumentari The Banker Who Knew Too Much itu kita didedahkan bahawa Carrian Group sebenarnya hanyalah rumah untuk merompak duit Bank Bumiputera. Kerana tanpa pinjaman Bank Bumiputera tidak mungkin ada Carrian Group dan George Tan.

(Untuk butiran lanjut kejadian kes pembunuhan itu, silakan menonton sendiri di YouTube)

Bank Bumiputera ditubuhkan pada tahun 1966 bermatlamatkan kununnya membantu orang-orang Melayu dan Bumiputera Malaysia.

Tetapi akhirnya Bank Bumiputera dibankrapkan kerana memberi pinjaman terhadap George Tan, dan nyawa seorang tokoh Melayu muda, Almarhum Jalil Ibrahim telah pun diragut oleh seorang ahli perniagaan Klang - yang tiada kaitan dengan Bank Bumiputera dan BMF - bernama Mark Foon Tan.

Bukan gila, tapi terkutuk

Malah seperti kes pembunuhan mendiang Altantuya, pembunuh yang disabitkan kesalahan juga tiada motif.

Lihatlah asas perkauman Mahathirisme. Ia hanya pada lidah menghasut dan lidah itu semakin kelu kerana perbuatan, perlakuan dan rekod sejarah menunjukkan sebaliknya.

Kerana hari ini, orang akan bertanya, jika benar Melayunya kenapa Almarhum Jalil, seorang Melayu dibunuh, kenapa diberi pinjaman yang banyak kepada syarikat Carrian Group, milik George Tan, seorang etnik Cina sehingga membankrapkan Bank Bumiputera, kunun milik Melayu itu?

Kebankrapan syarikat Carrian Group merupakan rekod bankrap paling besar, di Hong Kong sehingga ke hari ini, di Timur dan di Dunia pada waktu itu. Ia melibatkan kerugian bernilai lebih AS$1 bilion pada 1983.

Ya, pada waktu itu tahun 1983, tahun sebahagian besar umat Melayu masih percaya pada penipuan propaganda tivi dan menerimanya sebagai kebenaran. Sehinggakan imej propaganda terhadap Lim Kit Siang pada waktu itu jatuh ke tahap sentimen kebencian kaum.

Dimainkan momokan Cina kafir, pengikut komunis Chin Peng, si pemakan babi bermata sepet yang niatnya mahu merampas hak-hak orang Melayu dan akhirnya memerintah Malaysia menjadi negara komunis sama seperti di China.

Kini, di tahun 2013, apakah kita masih lagi percaya, bahawa golongan perompak Bank Bumiputera itulah yang akan menyelamatkan umat Melayu Malaysia, setelah terang jelas juga rekod-rekod pengkhianatan dan kemusnahan yang disebabkan golongan ini?

Sehingga saat ini, kerajaan Malaysia masih belum memulakan apa-apa siasatan dan pendakwaan terhadap pembunuhan Almarhum Jalil dan skandal BMF ini, setelah 30 tahun kes berlalu.

Umat Melayu, bertanyalah diri dengan jujur, adakah kita tetap akan berkata, Lim Kit Siang itu rasis perkauman walau beliau pernah memperjuangkan isu skandal kebangkrapan BMF dan pembunuhan Almarhum Jalil Ibrahim di Parlimen Malaysia?

Jika jawapannya masih lagi ya, makna kata kita bukan sahaja gila, malah terkutuk!

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

01 di kahang - Google Blog Search

01 di kahang - Google Blog Search


Lelaki 8 rekod jenayah maut ditembak di kuil <b>di Gelang Patah</b> <b>...</b>

Posted: 31 Aug 2013 07:39 AM PDT

August 31, 2013   ·   14 Comments

KOTA TINGGI 31 Ogos – Seorang lelaki yang memiliki lapan rekod jenayah mati ditembak ketika sedang melakukan ritual di sebuah kuil di Taman Nusantara, dekat Gelang Patah, Johor Bahru, malam tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, mangsa, K.Jaganathan, 37, berada di dalam kuil itu bersama isteri dan anaknya sebelum ditembak dari jarak dekat dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam.

"Dipercayai suspek merupakan dua lelaki bermotosikal dengan seorang daripadanya memasuki kuil itu lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa. Kedua-duanya kemudian melarikan diri bersama kenderaan itu," katanya ketika ditemui pemberita, di sini, hari ini.

Mohd. Mokhtar berkata, Jaganathan yang tinggal di Taman Universiti, dekat Skudai, dihantar ke sebuah klinik sebelum disahkan meninggal dunia.

Mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu, untuk bedah siasat, katanya.

Beliau berkata, susulan dari itu, polis berjaya menahan seorang individu berumur 30-an pada kira-kira 10 malam tadi di kawasan Gelang Patah bagi membantu siasatan.

Katanya, pasukan khas yang diketuai Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor ACP Azizan Anan sudah ditubuhkan bagi menyiasat kes itu. "Polis percaya dapat menyelesaikan kes itu dengan penahanan individu terbabit," katanya. – BERNAMA

By


01 di stulang - Google Blog Search

01 di stulang - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di stulang</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Sep 2013 11:30 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di stulang</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Aug 2013 11:18 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di stulang</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Jul 2013 11:09 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di stulang</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jun 2013 11:06 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di stulang</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Apr 2013 11:47 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di stulang</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Mar 2013 11:21 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Tempat menarik <b>di</b> Johor Bahru – Pantai <b>Stulang</b> Laut | Makan <b>...</b>

Posted: 25 Nov 2012 04:15 PM PST

tempat-menarik-johor bahru-pantai-stulangTempat menarik di JohorBahru ni bukannya susah nak dicari lokasinya, jika anda rajin bertanya penduduk tempatan pastinya anda akan tersua dengan Pantai Stulang ni walaupun keindahan pemandangan dan landskapnya kelihatan biasa-biasa sahaja, ia merupakan salah satu tempat bersiar-siar dan jalan-jalan yang mendapat perhatian dan kunjungan penduduk tempatan Johor Bahru. Mana lagi ada sebuah bandaraya yang mempunyai pantai berpasir seperti ni?

Pantai ini ramai dikunjungi terutamanya pada waktu sebelah petang dan di hujung-hujung minggu ataupun hari kelepasan am. Tempat yang menarik di Johor Bahru ini terletak berhampiran dengan kompleks imigresen dan kastam Johor Bahru yang lama setelah kompleks baru yang lebih canggih dan besar didirikan berhampiran Bukit Cagar.

Pantai Stulang ini juga terletak berhampiran dengan penginapan hotel-hotel seperti Grand Blue Wave Hotel(4 star), Suria City Hotel(3star) dan juga Zone Regency Hotel(3 star). Yang menariknya tentang Zone ni ialah ia juga terletak di dalam satu kompleks bangunan Pusat Membeli-Belah Zone Bebas Cukai . Jadi bagi anda yang bercadang nak shopping kat sini dan berhajat membeli coklat-coklat bebas cukai ,jangan miss peluang ni, singgahlah ke Kompleks Bebas Cukai Zone ni! Ia juga mengandungi Kompleks Imigresen Kastam Dan Jeti Laut (CIQ) ke Singapura, Batam-Tanjung Pinang-Indonesia dan lain-lain destinasi luar negara mengikut jalan laut.

Selain itu Pantai Stulang ini juga menjadi tempat menarik di Johor Bahru untuk dikunjungi kerana kedekatannya dengan Medan Selera Stulang yang terletak bersebelahan sahaja dengan Zone Bebas Cukai , Stulang. Pada waktu malam anda boleh bersiar-siar di sepanjang Pantai Stulang yang terletak juga selari dengan Jalan Stulang Laut . Kalau nak menikmati pemandangan malam di Stulang datanglah ke sini, lagi best jika anda ambil peluang untuk makan-makan dulu di Medan Selera Stulang ni sebelum jalan-jalan di waktu malam, ruang pejalan kakinya juga disinari lampu-lampu . Dari sini anda juga boleh memerhatikan cahaya-cahaya lampu bandaraya kota Singapura di seberang selat sana.

Satu lagi perkara yang menjadikan Stulang Laut ni tempat menarik di Johor Bahru untuk dikunjungi ialah pada bulan-bulan tertentu terdapatnya acara-acara temasya air atau event peringkat tempatan, kebangsaan atau antarabangsa yang dianjurkan di sini. kat sini pernah diadakan pertandingan International Speed Boat, water scooter, pertandingan memancing ,sukaneka air dan lain-lain lagi. Kalau nak tahu lanjut lagi fasal event atau temasya air kat Stulang laut ni bolehlah ke website Majlis Bandaraya Johor Bahru atau ke Johor Tourism

Walaupun air di sini taklah berapa bersih untuk bermandi-manda, kita masih boleh lihat anak-anak kecil bermandi-manda di sini pada waktu petang dan dihujung-hujung minggu. Skala kerbersihan air yang Krew Jalan2cuti2 bagi ialah 2 daripada 5!! Jadi bagi anda yang ada anak berkulit agak sensitif , nasihat kami ialah jauhkanlah diri daripada bermandi-manda kat sini. Kalau setakat nak meranduk-randuk air tepian pantai tu mungkin boleh dan pasti tak akan menyebabkan apa-apa mudarat.

Tak lupa juga bagi anda yang mencari makan tengahari dengan harga yang berpatutan (harga biasa-biasa) jangan lupa singgah ke Warung Batu yang menyediakan masakan Nasi Padang (lauk kari memang best!),Asam Pedas dan sayur-sayur ulam-ulaman kampung segar yang diletakkan dalam penyejuk air batu agar kekal segar . Lokasinya berhampiran persimpangan 4 lampu isyarat bersebelahan Imigresen Kastam lama dan juga berhampiran Suria City Hotel.

Satu lagi yang menjadikan Stulang Laut tempat menarik di Johor Bahru ialah terdapatnya jeti persendirian milik keluarga DiRaja Sultan Johor. Di sini anda akan dapat melihat bot-bot layar milik kerabat DiRaja Johor dilabuhkan di sini… Lokasinya di tepi pantai berhadapan dengan Foon Yew High School.

Itulah dia serba sedikti tentang Stulang Laut yang dapat Krew Jalan2cuti2 bawakan setakat ni. Jika anda berkunjung ke Johor Bahru dan nak cari tempat untuk meluangkan masa atau menghilangkan kebosanan datanglah ke Pantai Stulang yang bersejarah ni..

Tips J2C2: kalau ke sini jangan miss Pusat Membeli -belah Zone Bebas Cukai

01 di pasir gudang - Google Blog Search

01 di pasir gudang - Google Blog Search


Gambar kesan letupan kuari <b>di Pasir Gudang</b>, 1 maut 10 cedera <b>...</b>

Posted: 19 Jul 2013 03:06 AM PDT


PASIR GUDANG: Seorang maut, manakala 10 lagi cedera ketika kerja meletup batu dijalankan di sebuah kuari di Bandar Seri Alam, dekat sini. 
Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 tengah hari itu, letupan terbabit menyebabkan batu terpelanting sejauh kira-kira satu kilometer sehingga turut terkena kilang serta rumah berhampiran. 
Kejadian turut menyebabkan berpuluh kereta yang diletakkan berhampiran kuari itu rosak dan terkena serpihan batu. 
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Jamaludin Mohamad , berkata kejadian itu dipercayai berlaku akibat penggunaan bahan letupan yang berlebihan ketika kerja meletup batu dijalankan. 
Katanya, mayat pekerja warganegara Nepal dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat, manakala 10 lagi pekerja yang cedera turut dihantar mendapat rawatan di hospital yang sama.

Berita : Bharian

01 di plentong - Google Blog Search

01 di plentong - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di plentong</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Sep 2013 07:37 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di plentong</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Sep 2013 07:21 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di plentong</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Sep 2013 07:18 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Prima Riders Cycling Club (PRCC): <b>Plentong</b> Epic Ride 2013 - 26 <b>...</b>

Posted: 27 May 2013 05:47 AM PDT

Plentong Epic Ride 2013 penganjuran kali ke-4 oleh Cyclemotion dan merupakan penyertaan kali ketiga setelah berehat selama setahun pada 2012. Makin hebat serta mencabar trek pada kali ini walaupun terdapat laluan yang sama tetapi keseronokan tetap terasa. Tak perlu diulas tentang trek yang disediakan memang cukup mencabar serta memenatkan. Laluan singletrek memang terbaik...puas melayan singletrek yang disediakan.... memang cukup berbaloi dengan keadaan trek yang kurang berlumpur serta licin disebabkan bukan diadakan pada bulan November seperti tahun sebelumnya.

Walaupun hujan turun dengan lebatnya diakhir kayuhan namun sedikit pun tidak mematahkan semangat untuk berkayuh sehingga ke garisan penamat. Trek Plentong merupakan antara trek yang terbaik yang terdapat di Malaysia.....bersabar menanti Plentong Epic Ride 2014 pada tahun hadapan....

Plate Number yang menarik...masih mengekalkan size yang kecil...

Berdebar di garisan permulaan....

Bersama Fairuz....seperti tahun sebelumnya...

Front rider....ramai warganegara luar dari Singapore yang terdiri dari pelbagai negara...

Briefing dari Saudara Ayup....
Seramai lebih kurang 800 penyertaan pada kali ini...
Pelbagai negara menyertai epic kali ini....

Kayuhan bermula pada pukul 8.20 pagi...
Bukit yang pertama didaki...dulu bukit ini merupakan bukit check point yang terakhir sebelum menuju garisan penamat....berkayuh melawan arah pada kali ini...

Pendakian yang tak sudah-sudah telah bermula...

Antara laluan yang menarik...pokok berkanopi....dulu merupakan check point keempat...

Pendakian di ladang sawit...
Pendakian di menara pencawang....
Check Point 1....sampai pada pukul 9.45am....baru 17km...dulu kawasan ini merupakan tempat menunggu kepada rider-rider yang chicken loop....
Pendakian di menara pencawang sekali lagi.... kali ini lebih tinggi lagi....adduuhhh..letihnya...

Sampai di puncak pencawang.....

Ingatkan dah sampai puncak...dah tak ada climbing...rupanya kat depan sayup jea bukit....

Layan downhill dulu... lepas ini nak kena climbing lagi....
Alamak....kawasan berlumpur pulak...habis kasut tenggelam...

Dah tak larat...tolak jea laa.... sayup jea tengok bukit kat belakang tuu....

Sampai di Check Point 2 pada pukul 11.30am....

Kawasan terbuka....panas betul time nie....
Check Point 3...sampai pukul 12.40pm....

Refill air dulu.... cuaca panas...

Laluan anak sungai seperti tahun sebelumnya....cuaca sudah mula berubah...mendung nak hujan.....

Sampai di garisan penamat dalam keadaan hujan lebat pada pukul 1.33pm....
Acara lucky draw dalam keadaan hujan lebat...

Acara diadakan di gelanggang basketball Kampung Plentong Baru...

Hadiah kenangan dari Plentong Epic Ride...

Puncak paling tinggi...400ft

Jarak keseluruhan lebih kurang 50 kilometer...

Prince Town Knight: <b>Plentong</b> Epic Ride 2013.

Posted: 27 May 2013 01:55 AM PDT




Plentong Epic Ride Review :
Tahniah kepada otai2 Cyclemotion di atas penganjuran PER13 yang cukup cemerlang. Bukan mudah ye nak buat trail 52km Offroad mcm tu.. korang cakap la marking tak clear la..tak jumpa CP1 laa.. itula.. inilaa cabaran EPIC.. kan Cap Ayam Tua dah cakap .. kalo 50m tak jumpa marking terus patah balik..
Aku yang ikut bro Sham, YB, Capt Neo  waktu nak buat trail ni beberapa minggu lps amat memahami kesusahan diorang.. terima kasih atas jasa diorang yg bawak aku masuk training di plentong & hasilnya.. Stumpjumper 29er Powered by Sram XX with snake skin renegade is the truely answer...  hehehe.. mmg advantage kat aku pasal sikit sebanyak aku tau pasal trail semalam.. tak sia2 pengorbanan tak masuk BP Cops event minggu lepas.
Adat main beskal.. suka.. duka.. jatuh.. bangun.. apapun yang penting semangat setia kawan..
No plate : Pastinya terbaik hasil tangan IR Azman Bilaji. Dia siap ada special plate ngan wajah terpampang kat depan. Kalo korang nak .. boleh order ngan hj.. murah je RM5 sekeping... ada sarung kepala.. yg lain2 entah aku pun x nengok lagi.. yg penting baju terbaik...
T Shirt - terbaik.. design cun.. takde tulang.. kain baik..
Walaupun captain neo ada masalah utk dptkan gelung dari redbull, giant @ S2H, saya rasa pintu gerbang yg sedia ada tu dah cukup baik.. kekalkan had maksimum registration kpd 800.. senang nak handle.. tak la sesak sgt kat starting line.. Traffic pun ok.. cuma bila nak masuk tu ada pulak sebijik estima nak lalu.. nasib baik sempat ketepi..
Memang terbaik.. cukup segala recepinya.. cuma takde rentas sungai je.. mmg ditunggu2 oleh rider2 tegar PTK yg gemarkan cabaran lasak.. kalo jambori tu 30-40km tak puas.. pukul 10.30 dah sampai finish line .. nah amik ko.. dengan marking trail yg agak mencabar.. antara punca Tuan Zali, Inspector Bilman, See, Lan Sawa & along yg tersesat tak jumpa CP1 & Bukit pencawang.. kesian diorang.. Boleh dikatakan semua rider PTK ada sesat sikit.. tetapi semuanya beringat.. 50m tak jumpa patah balik...
Starting to CP1 (17km)- awal2 je jumpa 2 batang sawit tumbang.. bila masa pulak la pokok ni tumbang..last week takde.. jamm sikit kat situ.. awal2 dah bagi bukit rumput .. jalan ke CP1 mmg memenatkan.. bukit tak abis2.. jalan x rata.. single trail ... bontot dah melecet ni... kat sinilah ramai rider yg sesat bila masuk single trail.. yang peliknya..macam mana diorang boleh jumpa marking jalan chicken route.. pelik aku.. kene check dgn Sham CM nie..
CP1-CP2 (14km) - di sini paling tough.. single trail sampai muntah.. bila lah nak abis.. tapi syok.. Rafid sampai mabuk.. sampai kat bukit pencawang mmg menolak lah.. dekat 100m menolak.. pergi nolak.. balik pun nolak.. mmg paling menguji mental ..  downhill best.. berlekuk lekuk...sampai bawah bubur.. bau mcm2..  bila dlm hutan pulak.. trail bubur.. mmg menjahamkan beskal.. mmg meletihkan.. 
Sampai CP2 .. dgr cerita ada BBQ.. tp aku tak dpt rasa.. sibuk kejor mat salleh..
CP2- CP3-CP4-Finish line  - kat sini dah relak sikit.. kudrat habis.. tinggal semangat ajelah yg tinggal.. nasib baik dia tak bagi lagi mcm CP1-CP2.. kalo tak pewai abis ni
4. Medal - Pun terbaik.. gantung kat leher lenguh tau.. lebih2 lagi sapa yg dapat emas berkilau2 tu.. hehehe.. yg silver.. bronze.. jgn kecewa.. lesen MTB tetap ada.. boleh tutup mulut Shukri yg sibuk je selama ni cerita pasal lesen ni..
5. Harta Rampasan - Hj man dapat bag deuter hasil cabutan mr T.. nie betul2 yea CAT.. bukan tipu tau.. Bilman menebus kekecewaan sesat dlm trail dgn bawak balik Fork Epicon.. Amir dpat t shirt.. boleh tahan jugak jugak hadiah kat sini
6. Makanan  - Paling mengecewakan.. aku ni orang jawa.. mestilah nak makan nasik.. manalah bole makan hot dog.. teringat lauk kampung sayur labu masak lemak, ikan kering, ayam ungkep, ikan kering, sambal belacan kat Janda Baik.. tapi apa boleh buat.. dah international event..
1. Hj Man paling kecewa semalam. Orang pertama sampai finish line. Beskal problem lagi.. itulah jgn sebut2 nak tukor beskal.. kan si lefty tu merajuk.. nah .. amik ko medal 999.. tp takpe yg penting ..balik bawak bag Deuter
2. Entah macam mana 2 anggota Polis kita boleh sesat? adakah suratan @ kebetulan? mmg terpancar wajah kecewa Tuan Zali & Bilman.. tidak dapat meneruskan kesinambungan pencapaian di BP Cops.
3. Ghost Rider.. YB Azhar.. tiba2 boleh ngayuh pulak.. tapi takpelah.. agaknya nak race ngan aku kot..
4. Saiful Adli @ Lobang juga kecewa.. tayar bocor di km13.. masa ni dia mmg dah jauh kat depan.. bayang dia terus hilang.. takpelah.. walaupun pancit masih dapat mas tau
5. Champ Army Aviation 2013, gugur di plentong.. silap strategi.. pulun awal sampai abis tenaga.. bila sampai CP2 terus gelap dunia.. takpe ateng ..cuba lagi.. siap nak buat perjanjian ngan ajip dan arief nak chicken bersama.. tapi berjaya jugak meneruskan kayuhan sampai ke finish line
6. Azmi.. kayuh santai katanya.. nak jaga tayar takut bocor.. janji dapat lesen.. tapi dgr kata kat bukit pencawang ada insiden "air panas..airpanas".. abis semua rider ketepi..
7. Yassin Paling mengejutkan.. hanya 2 rider dibelakang fauzan.. itu baru upgrade ztr ngan hub HOPE.. kalo dah tukor fork ngan frame carbon.. ehmmmm
8. Lukman.. abis 3 kiub power gel.. sebatang power bar.. itu pun krem..
9. Rafid..  biasanya orng pegi laut aje mabuk.. rupa2nya layan single trail kat plentong pun boleh mabuk...
10. Terima kasih buat Shukri & Sam combat yg jadik sweeper semalam..
11. Tahniah buat Noran.. walaupun chicken takpe.. janji enjoy.
Apa2pun tahniah juga buat crew2 ptk yg siap buat BBQ kat CP2.. rugi tak berenti semalam....
Mr T 31, Amir 40, Lobang 56, YB 70, Azmi 71, Lokman 76, Dayat 128, Arab Kapet 139, Fauzan 152, Yassin 154, Tok Moh 180, Salehudin, Ateng 231, Arief 232, Ajib 233, Epin 262..
Sesat tak jumpa CP1 .. Bilman, Tuan Zali, See, Along, Lan Sawa
Paling cepat sampai FInish LIne - Hj Man

01 di parit jawa - Google Blog Search

01 di parit jawa - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di parit jawa</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Sep 2013 03:15 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

acuila: Suatu pagi <b>di Parit Jawa</b>...

Posted: 19 Mar 2013 04:54 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]2013 (22). ▻ August (1). ▻ June (3). ▻ May (4). ▻ April (1). ▽ March (12). Mersing 2012 · Geng Lawatan SKKM - Terengganu 2012 · I miss this moment! Love! 3 bulan di SK Parit No.5 · Kedah 2012 · Comeiii jugakkk!!!! comei ...

burung botak pantai leka <b>parit jawa</b> - Saya Dan Kamera Saya

Posted: 15 Aug 2013 05:31 PM PDT

.

.

.

.

Petang-petang Raya

Panas wehhh kat Muar petang-petang raya hari tuu..

Dah tak panas .. kami ke pantai..

Kau ada..

Raya kat pantai ..?

Kami ke Pantai Leka , Parit Jawa

Muara untuk mudik sampan nelayan Parit Jawa

Kenapa panggil Pantai Leka..

Dulu-dulu cantik pantai ni..

Leka mereka kat sini..

Sekarang …

Pantai bakau sebenarnya kat sini

Bila surut.. hambik kau .. nampak semua selut .. akar bakau .. sampah sarap ..

1.

.

Pernah dengar tentang Burung Botak Parit Jawa ?

Parit Jawa merupakan antara destinasi persinggahan dalam penghijrahan burung-burung dari seluruh dunia pada setiap tahun, termasuk spesis Burung Botak yang amat terkenal

Nama glamernya .. Lesser Adjutant (Leptoptilos javanicus)

Ketika berjalan di tanah, ia memiliki langkah berbaris macam askar … sebab itulah dipanggil "adjutant"

IMG_8902.

.

.

Ramai jugak pencinta dan pemerhati burung migrasi yang datang ke sini dengan segala bagai kamera dan teropong untuk Burung Botak ini

IMG_8903.

.

.

Perkampungan dan pelabuhan nelayan

Ikan segar-segar

Hujung minggu ikan mahal sikit kat sini

Sebab anak-anak balik dari bandar .. mak-mak ramai cari ikan udang sotong kat sini nak masakkan anak-anak..

2.

.

.

3.

.

.

7.

.

.

IMG_8882.

.

.

Ni lah pesen dia kalau ambik gambar sekarang..

Haishhhh …..

20130816-074050

.

.

.

Aiskrim seringgit satu di Pantai Leka

IMG_8894.

.

.

Kami memanjat Menara Tinjau itu..

Ada curahan hati..

Gatal sangat tangan tu nyonteng sana sini

Mak Bapak tak ajar eh..?

20130816-074023

.

.

Senja kat sini tak secantik di Tanjung Emas

Masih cantik tapi.

20130816-074108

.

.

.

Pagi sebelum nya…

Pasar Parit Jawa

Dah berjaman saya tak ke pasar basah

Pasar Besar Muar jem… ramai benor nak ke pasar

Maka kami ke sini pagi tu..

20130816-073846.

.

.

Ada putu piring warna kuning

Yang tak kedekut … gula melakanya seketul-seketul besar!!

20130816-074001.

.

Gambar Raya sekeluarga sedondon tak pernahnya ada yang semenggah dan cukup sekeluarga

Ini lah gambar masa raya saya ..

.

.

.

.

01 di muar - Google Blog Search

01 di muar - Google Blog Search


my sweet story: raya <b>di muar</b>

Posted: 25 Aug 2013 05:00 PM PDT

Blogger lain dah habis update citer raya kat kampung, aku baru terhegeh2 nak update..Takpelah, yang penting ada dari langsung takde. Sedih mokcik banyak gambar hilang....Gambar mummy dan dadddy langsung takde. Gara-gara anak dara saya main hp.

Tahun ni beraya di muar dulu then raya keempat baru balik Ipoh.. Gerak balik kg lepas subuh. Highway smooth walaupun banyak kereta tapi takdelah jammed.

Malam raya aktiviti takbir dari rumah ke rumah.  Selalunya rumah mertua merupakan kunjungan pertama orang surau untuk takbir.

Juadah untuk orang surau..Ada lepat, nasi impit, kuah kacang, rendang daging, kari ayam, serunding.

Hari raya ketiga ada buat open house dan doa selamat. Buffet style, macam2 mertua saya masak sampai tak tidur malam. Menunya nasi beriyani, daging beriani, acar buah, rojak buah, mee kari.




Rabu, 4 September 2013

01 di tebrau - Google Blog Search

01 di tebrau - Google Blog Search


Jawatan kosong 2013 <b>di</b> Majlis Daerah <b>Tangkak</b>

Posted: 21 Jul 2013 07:09 PM PDT

Jawatan kosong 2013 di Majlis Daerah Tangkak

Jawatan kosong 2013: Majlis Daerah Tangkak ditubuhkan pada 1hb Ogos 1976 merupakan gabungan 9 buah Majlis Tempatan iaitu Tangkak, Kebun Baru, Sagil, Bukit Kangkar, Sungai Mati, Serom, Bukit Gambir, Grisek dan Kundang Ulu.Luas kawasan Pentadbiran Majlis Daerah Tangkak ialah 13,566 hektar dengan jumlah penduduknya dianggarkanseramai 70,400 orang dan terdapat 17,600 pegangan hartanah dalam kawasan ini.Pusat Pentadbiran Majlis terletak di Tangkak iaitu 203km dari Barat Laut Johor Bahru dan 26km dari utara Bandar Muar.

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia, keutamaan Rakyat Negeri Johor Darul Ta'zim yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-

1) PENOLONG PEGAWAI SENIBINA GRED J 29 ( TETAP )
2) PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN GRED W27 ( TETAP )
3) PENOLONG AKAUNTAN GRED W27 ( TETAP )
4) PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27 ( TETAP )
5) PEMBANTU JURUAUDIT GRED W17 ( TETAP )
6) PELUKIS PELAN GRED J17 ( TETAP )
7) PENGHANTAR NOTIS GRED N3 ( TETAP )

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 JULAI 2013 (SELASA)

Sila klik pada lampiran dibawah untuk maklumat lanjut berkenaan jawatan yang ingin dipohon.

Iklan Jawatan Kosong

Borang Jawatan Kosong

———————————————————————————————-

Jgn ketinggalan utk mendapatkan pemberitahuan jwtn kosong di negeri anda.Isikan langganan email di sini
->> http://bit.ly/QH82aX

———————————————————————————————–

Jawatan Kosong 2013

You can leave a response, or trackback from your own site.

01 di bekok - Google Blog Search

01 di bekok - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di bekok</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Aug 2013 09:21 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di bekok</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Aug 2013 09:23 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di bekok</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Jul 2013 09:34 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di bekok</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Jul 2013 09:42 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di bekok</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Jun 2013 09:16 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

&#39;menyingkap sejarah silam&#39;: <b>BEKOK</b>-TRAGEDI YANG DILUPAKAN

Posted: 12 Apr 2013 09:09 AM PDT



Keamanan dan kesejahteraan yang kita nikmati  kini  sepatutnya  tidak membolehkan kita leka bahawa kita tidak mungkin diuji lagi akan kekebalan malah  mampu terdedah dengan peluang dan ancman.
Disebalik kedamaian dan keharmonian ini sebenarnya tercatat sejarah silam yang terlalu pahit untuk dikenang. Nostalgia yang jika diimbau pun menzahirkan perasaan berbelah bahagi kerana nikmat kesenangan dan ketenteraman yang ada pada hari ini sebenarnya dibayar dengan harga yang terlalu mahal.
Kisah dan tragedi yang dicatat ini bukan untuk mengungkit kepahitan zaman silam tetapi adalah untuk mengingatkan generasi hari ini khususnya warga PDRM bahawa zaman penuh pancaroba itu menuntut kecekalan, keikhlasan serta keberanian yang tinggi jika bercita-cita untuk  berkhidmat dalam pasukan keselamatan dalam menawarkan bakti untuk menjaga keamanan dan ketenteraman Negara.
Bekok yang jaraknya lebih kurang (10) kilometer dari persimpangan Pekan Chaah dan Pekan Labis merupakan sebuah mukim dalam daerah Labis. Sebilangan besar kawasannya merupakan ladang kelapa sawit dikelilingi hutan tebal yang menganjur sehingga ke sempadan Kuala Rompin, Pahang dan Daerah Mersing,Johor. Di zaman darurat khususnya awal tahun 1950an dalam krisis menentang gerila komunis, Bekok antara wilayah selatan  yang dianggap kawasan amat  aktif sebagai  sarang gerila komunis  selain Labis, , Paloh, Keluang, Kulai , Endau, Kambau, Sedeli, Penggerang  dan Pontian.
Statistik senarai anggota keselamatan yang terbunuh semasa darurat mencatatkan di antara tahun 1950 hingga tahun 1952 ramai anggota polis yang terbunuh di kawasan ini  diantaranya:-
1.    04/03/1950          (2) Special Constable terkorban di Eldred Estet,Bekok,Johor.
2.    30/09/1950          (2) Special Constable terkorban di Eldred Estet, Bekok,Johor.
3.    15/10/1950          (8) anggota (1) KPL (5) PC dan (2) EPC terkorban di
                                    Chan Wing Estet, Bekok,Johor.
4.    09/07/1951          (1) Special Constable terkorban di Anglo – Johor Estet,
                                    Bekok,Johor
5.    30/06/1952          (2) anggota (1) A.P Insp (1) AP terkorban di Chan Wing Estet
                                    Bekok, Johor.
6.    01/07/1952          (2) Special Constable terkorban di Anglo-Johor Bekok  Estet,,
                                    Bekok, Johor.
7.    27/12/1952          (2) Special Constable terkorban di Sungai Bekok Estet, Bekok,
                                   Johor.
Pengkisahan yang diceritakan oleh saksi-saksi kejadian turut membuktikan jumlah ini sebenarnya lebih ramai yang terkorban jika melibatkan orang awam yang turut menjadi mangsa 
3.0       Tragedi Bukit Locing
Menceritakan tragedi yang berlaku, bagi En. Taman bin Salleh 84 Tahun yang kini menetap di Ladang Geddes, Bahau Negeri Sembilan masih ingat beliau waktu itu berkhidmat sebagai Special Constable  (SC) di Segamat Johor telah di arah ke Bekok untuk mengambil anggota Polis yang terkorban diserang hendap Komunis. "Saya sampai di sana sebagai pasukan bantuan, Saya sampai dan waktu itu keadaan sudah reda, saya tengok mayat ramai anggota  di bariskan di tepi jalan kawasan ladang getah. Saya masih ingat ada, ada seorang anggota polis  yang saya kenali nama Mat Dom,  masih hidup dan mengerang dalam kesakitan  tetapi keadaan baju yang dipakainya penuh berlumuran darah. Dia yang menceritakan kenderaan yang dinaiki telah terkena jerangkap samar dan kemudiannya diserang hendap Komunis.  Kisah (8) anggota polis terbunuh dalam satu serang hendap di Bekok, Labis Johor, senarainya seperti berikut:-
i.      Koperal 7163 Mohd Yatim bin Abdullah
ii.    PC 11768 Mohd Nor bin Lajis
iii.   PC 11765 Nordin bin Kadir
iv.   PC 11898 Anuar bin Buyong
v.    PC 13049 Ismail bin Abbas
vi.   PC 13168 Mohd Shah bin Hj Abdullah
vii.  EPC 2596 Mohd. bin  Hussin 
viii.EPC 3426 Mohd. bin Salleh. 
    Lawatan tempat  kejadian dengan bantuan penduduk tempatan
           Bukit Locing, Ladang Gunung Mas @ Chan Wing Estet.
Peristiwa terkorbannya anggota polis ini juga di ceritakan oleh Hj Johari Bin Yunos 85 tahun bekas Ketua Kampong Labis  yang kini menetap di Felda Tenang,Labis Johor. Beliau ketika itu juga bertugas sebagai SC di Balai Polis Labis menceritakan kejadian berlaku di satu tempat dipanggil Bukit Locing. Gerila Komunis dikatakan mengguna tektik dengan cara memasang jerangkap samar di kawasan berhampiran jurang menyebabkan pasukan keselamatan tidak mempunyai ruang untuk berlindung. Sebaik kenderaan pasukan keselamatan yang merupakan anggota dari Balai Polis Labis menghampiri laluan tersebut, kenderaan tersebut meletup lalu terbalik  dan ketika itulah gerila menghujani mereka dengan peluru dan bom tangan dari atas bukit . Hanya kereta menjadi tempat berlindung. Kekuatan gerila yang ramai tidak mematahkan semangat juang anggota keselamatan. Dengan kekuatan yang kecil berbanding musih yang ramai bilangannya,peluang untuk hidup memang ada jika mereka menyerah tetapi mereka berjuang habis-habisan, namun untuk menyerah tidak sekali. Mereka membalas balik setiap tembakan yang dilepaskan musuh. Kenderaan itulah yang menjadi pelindung mereka, Gerila hanya meninggalkan tempat kejadian setelah menjangkakan tidak ada seorangpun yang selamat dari serangan tersebut. Turut terkorban ialah beberapa orang awam yang merupakan pekerja Telekom. Mereka diiringi oleh pasukan keselamatan dalam tugas memasang  kabel di Chan Wing Estet.
Kekuatan gerila komunis dalam serangan tersebut tersebut dianggarkan seramai 80-100 orang dan dipercayai  dari Rajimen ke4 Parti Komunis Malaya yang ketika itu dianggarkan mempunyai kekuatan seramai 370 anggota[1]. Penulis yang melawati tempat kejadian mendapati kini kawasan tersebut terletak di Ladang Gunung Mas yang suatu ketika dahulu dikenali dengan nama Chan Wing Estet. Jarak tempat kejadian dari Balai Polis Bekok lebih kurang (10) kilometer. Lokasi itu dinamakan Bukit Locing kerana dikatakan suatu ketika dahulu terdapatnya locing yang amat besar berhampiran puncak yang digunakan sebagai isyarat kepada pekerja-pekerja ladang supaya meninggalkan kawasan ladang sebaik jam 3 petang. Pertempuran itu memang hebat, kekuatan pasukan keselamatan tidak mampu menyamai musuh yang  jumlahnya lebih besar, namun mereka melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab walaupun  nyawa mereka menjadi sandarn. Bagi mereka untuk menyerah tidak sekali-kali. Wira-wira ini sememangnya antara mereka yang terbilang walaupun  tidak pernah dijulang... Bersambung dalam kisah Tragedi Hari Jumaat-layari https://www.youtube.com/channel/UC3JqY052rDAGvR09VlFdENQ?feature=mhee


[1] The Malayan Emergency Revisited 1948-1960 by Lt Col® Azzam Mohd Hanif Ghows

BLOG JOHOR: 01 <b>di bekok</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Jun 2013 09:28 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Mandi manda <b>di</b> Sg.Bantang, <b>Bekok</b> | Cucu Nelayan

Posted: 02 Feb 2013 05:08 AM PST

Cerita ni dah lama berlaku sebenarnya..tahun lepas kami merancang nak ke air terjun di gunung ledang, tapi disebabkan pada waktu itu, sedang musim hujan dan demi keselamatan, kami pun ubah plan untuk ke Sungai Bekok. Kat mana sg.bekok ni ek? Aku first time dengar walaupun dah lama dok kat johor ni. Ok kalau nak tau, korang google la sendiri ye sebab aku pun tak tau kedudukannya yang sebenar, hehe..Tapi secara kasarnya, sg.bantang ni terletak di antara ayer hitam dan batu pahat. Selepas ni aku akan gunakan nama sg.bekok sebab lebih sedap disebut, hehe..

Aku pergi dengan wife dan ofismate wife aku, semangat betul diorang ni, maklumlah semua bujang-bujang lagi, excited terlebih..hehe, yang dah kawen cuma aku je. Kami pergi dengan tiga kereta, mula-mula tu konvoi, tapi seperti yang aku katekan tadi, yang bujang-bujang ni excited terlebih, so diorang dah dok pecut meninggalkan kami, tapi takpelah, nanti jumpa jugak kan?

Perjalanan dari skudai ke sg.bekok mengambil masa lebih kurang dua jam. Jalan nya ok, tak susah, dari simpang empat ayer hitam tu, ikut jalan biasa menghala ke yong peng, nanti korang akan jumpa signboard ke kanan untuk ke sg.bekok. Pemandangan memang cantik, nyaman je..suasana kampung..

Dipendekkan cerita, kami pun sampailah di sg.bekok. Di hulu sungai memang ramai sangat orang dengan keluarga bawa anak-anak bermandi manda sambil berkelah. Memang best kawasan ni, air sungai yang sejuk, kawasan cetek, memang sesuailah untuk bawa anak-anak. Tapi kami ni yang konon-konon dah dewasa nak cuba panjat tinggi lagi, hajatnya nak mandi kat air terjun, tapi panjat punye panjat, tak sampai-sampai ke puncak, badan dah penat, hati dah tak sabar nak terjun ke dalam sungai yang sejuk tu. Jadi kami pun ambil keputusan untuk berhenti memanjat dan buat semua persiapan untuk mandi. Aku pun dirikan khemah igloo yang baru je beli sempena nak ke sini, manalah tau kot2 ade sape-sape nak tukar baju atau lepak-lepak ke..jadi tanpa membuang masa, jo, tengok gambar-gambar kami di sg.bekok:

Jadi itulah kisah kami di sg.bekok, memang best..tak boleh lupa kesejukan air sungainye..lama jugalah kitorang lepak berendam..dah keluar sungai, masuk balik sungai..macam tulah sampai kecut kulit-kulit ni..kepada anda semua memang tak rugi datang ke sini, bawalah anak-anak, kawan-kawan..memang best!

ads