Isnin, 26 September 2011

01 di johor bahru - Google Blog Search

01 di johor bahru - Google Blog Search


Berkerja <b>di</b> Merlin Inn <b>Johor Bahru</b> « Jamilkucing&#39;s Blog

Posted: 23 Sep 2011 01:41 PM PDT


So selepas itu jamil pun pergi ke rumah yg Tengku majid sewa di taman sentosa tu untuk ambil barang barang jamil. dan pindah balik ke rumah yg jamil sewakan bilik dulu. nasib baik bilik tu masih kosong , dan jamil mula mencari dan dapat kerja di Hotel merlin inn johor sebagai Housekeeping supervisor . waktu tu bangunan masih bangunan lama . bangunan yg nampak pelik bercermin membujur di atas bukit cagar. berhampiran tempat pemeriksaan lori kastam lama. jamil kerja di bahagian housekeeping maksudnya bilik le tu. hotel merlin bertaraf 4 bintang je. so di bangunan tu hanya ada 2 orang sahaja housekeeping supervisor .
Dulu merlin inn south wing.sekarang sudah bertukar rupanya.

Jamil berkerja di hotel merlin dekat 2 tahun lepas tu general manager buat pengumuman yg pihak hotel akan membeli sebuah bangunan 7 tingkat yg terletak di bahagian belakang hotel , so jamil antar ornag lama yg akan di lantik untuk mengetuai hotel baru itu. jamil di lantik sebagai Assistance Housekeeper . hotel baru itu di namakan merlin Inn North Wing.Yang bangunan lama itu di namakan merlin inn south wing , waktu kami mula mula masuk ke bangunan itu teruk sebab bangunan itu adalah bangunan yg dan bertahun terbiar . jadi kami kena berkerja keras memantau , menjaga mengubah, menyusuh, memasang segala galanya. dari bangunan buruk menjadi sebuah hotel 4 bintang tetapi kelihatan mewah .

Terasa seronok dan bermakna sebab hidupnya atau naiknya hotel merlin inn north wing 100% hasil usaha dari kerjasama kami orang lama yg di lantik. termasuk staff staff baru yg kami ajar. tentu sesiapa pun yg pernah kerja hotel tidak merasa suasana begini. memasang katil katil, tilam, gambar gambar, peti sejuk. cabinet, lansir, tv , sehinggalah bilik tersebut di jual. setelah semua berjaya hotel merlin inn north wing di buka kepada umum. ia seperti pembukaan sebuah hotel baru. begitu meriah .walaupun 4 bintang hasil dari perbincangan kami dengan general manager ( melayu ) kami membuat hotel merlin inn north wing seperti 5 bintang.


Jamil sebagai orang Assistance housekeeper di beri tanggungjawab penuh untuk menjaga merlin inn north wing. manakala housekeeper menjaga south wing. jamil memastikan segala kelengkapan bilik. layanan di buat seperti 5 bintang. sebulan selepas pembukaan pihak management telah meraikan kami semua staff staff lama yg bertungkus lumus menaikkan hotel tersebut. kami setiap seorang di beri seutas jam tangan, wang tunai rm 500/ dan percutian 2 hari ke desaru. jamil berkhidmat di hotel merlin hampir 5 tahun iaitu 2 tahun di merlin inn south wing 3 tahun di merlin inn north wing.

Waktu kerja di hotel merlin adalah juga sombody dgn somebody come and sleep. tapi tak payahlah sebut namanya k. pahem pahem dah le. jamil dapat gak peluang berjumpa dgn vip vip dari kerajaan seperti aruah datuk mohamad rahmat , tun musa hitam, dan beberapa orang lain . lupalah namanya. waktu kerja di hotel ni kehidupan jamil ok lah boleh di katakan mewah gak. jamil dah tak sewa bilik sebaliknya hotel ada sediakan rumah untuk housekeeeper.tapi di sebabkan housekeeper sudah ada rumah sendiri makan beliau memberi jamil rumah tersebut juga di stulang laut. dapatlah membeli sebuah mpv second hand dan sebuah skuter. bila lalu pergi atau balik ke stulang laut banyak kali gak bertembung dgn royal family bermain kapal di stulang laut.

Tapi jamil tak pernah nak rapat dgn mereka lagi , dari pengalaman kerja golongan golongan ini tak layak di buat kawan atau di buat baik. mereka tak lebih nak buat kita mcm kuli batak mereka sahaja. kalau kita susah ingat mereka nak bantu ke. kalau kita fikir fikir betul betul dan baik baik pun ada atau tidak mereka tidak mendapatkan apa apa kebaikan kepada kita rakyat. kita tetap hidup tetap ada rezeki tetap kerja waaemah mereka tiada seklaipun. cukuplah pengalaman jamil dengan mereka mereka ini. bersyukur sangat apa yg terjadi . kalau tidak sampai umur tualah jadi hamba ornag. tukang ikat kasut ornag tukang basuh punggong ornag iye idak. hanya kerana nak menumpang kemewahan orang. terus terangc akap ingat golongan ini betul betul ambil peduli ke ko orang susah atau tidak. tak ada aku cakap.jadi janganlah jadi bodoh bahalol.
Jamil berkhidmat di merlin inn 5 tahun lebih. sampai jamil hampir hampir nak di lantik jadi Housekeeper ( housekeeping manager ) kalau jamil tunggu lagi setahun je pasti jamil jadi housekeeper. sebab en zulkifli akan pencen. tapi jamil dah nekad. dah boring duduk di johor. dah tak de mood. hati dah nekad nak balik duduk kl. jamil ambil cuti seminggu .balik kl. nak survey dulu. jamil tumpang di rumah kakak saudara di setapak garden

Sambung ok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads