ads

Selasa, 14 Jun 2011

01 di bekok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di bekok - Google Blog Search


Sipot Si Tukang Tulis: <b>Bekok</b> : Permulaan cerita aku <b>di</b> bumi Segamat.

Posted: 19 Mar 2011 03:20 PM PDT

   Sebelum ni, aku ada cerita pasal Paloh, Pekan Bekas Peninggalan Komunis, kali ni aku tergerak untuk cerita pasal satu lagi pekan yang pernah meninggalkan titik hitam putih dalam diari hidup aku. Semuanya bermula bila kawan lama aku, yang mesra dengan panggilan Aza, tag aku dalam gambar lama dekat facebook. Gambar zaman aku sangat nerd, rambut sikat belah tepi, baju tuck-in, seluar paras pusat, dan tak lupa juga buku teks tinggal bawah meja.


   Bekok. Menurut lagenda warganya, berasal dari nama seekor burung seakan garuda atau helang, atau phoenix yang bernama burung Bekoh, yang sangat besar, telah mati dan disemadikan di tanah itu. Aku pun tak tahu ni cerita betul atau cerita tipu. Kalau tipu maknanya aku kencing korang ar. Hahaha.. Padan muka.


   Aku tahu, ramai warga UiTM Segamat tahu akan Bekok ni kerana Air Terjun Bantang Bekok yang ada dekat Bekok ni. Tapi bagi aku, Bekok bukan sekadar sebuah air terjun, bukan sebuah pekan yang sangat dalam, bukan pekan penempatan orang asli yang membuatkan Tengku Mahkota Johor seringkali melawat Bekok. Bukan. Bagi aku Bekok lambang sebuah keharmonian. Lambang kecintaan. Lambang kesederhanaan. Lambang setiakawan dijunjung tinggi.


   Aku berpindah ke Bekok dari Kulai masa aku tingkatan 4, jadi mungkin ambik masa untuk sesuaikan diri dengan persekitaran baru, Bayangkan dari suasana bandar, tercampak ke pedalaman. Sesak bai. Tapi apa nak buat? Terpaksalah turutkan. Aku ingat lagi apa yang berlaku masa mula-mula masuk sekolah kat sana. SMK Bekok. 

   Aku tak tahu pun masa tu periksa setengah tahun. Oleh kerana aku ambik aliran perakaunan masa sekolah STARP, Kulai dulu, aku terus masuk aliran akaun jugak kat situ. Peperiksaan Bahasa Melayu. Aku masuk kelas tu. Aku jadi ralit bila tengok suasana kelas tu. Ramai, india, cina dan melayu cuma ada berapa kerat je. Ah, peduli la.

   Habis je subjek Bahasa Melayu tu, terus waktu rehat. Aku tengok jadual periksa. Lepas ni Pendidikan Islam. Aku belum ada buku teks lagi. Jadi buat muka hensem la nak pinjam siapa-siapa. Aku tengok sebelah kanan aku sorang mamat ni, pakai vase pengawas, muka hensem (kurang sikit dari aku). Tengok name tag dia. Faizul Nizam.

   "Errr, bro, pinjam buku agama, boleh tak?"

   "Haaa?" mamat tu tercengang.

   "Nak pinjam buku agama lah bro"

   "Errr.."

   Tiba-tiba sorang brader menyampuk, aku tengok tag nama dia tertulis Amirul.

   "Dia ni orang asli, mana ambik agama. Nah baca buku aku" sambil menghulurkan buku teks Pendidikan Agama Islam.

   Oh man!!!! (sila sebut gaya Swiper si Pencuri watak musang dalam Dora The Explorer). Macamana aku boleh tak dapat detect dia ni orang asli. Kulit sawo matang. Chis!! Ya, di situlah bermula hubungan aku dengan kawan aku itu, Amirul dan Faizul Nizam atau nama komersialnya Badu. Dalam kelas tu ada empat kaum ok. Melayu, Cina, India dan Asli. dan sepanjang belajar di sekolah tu, aku lebih rapat dengan Badu, Vickey dan Ganesan. 1 Malaysia? Yes, ni kalau PM Najib tengok, mesti kami jadi gambar mana-mana kulit buku perpaduan pun. 

   

   Tapi aku paling rapat dengan Badu. Budak asli yang langsung tak macam asli. Gayanya seakan melayu. Banyak kerja bangang jugak yang aku dah buat dengan Badu ni sepanjang kat sekolah. Lebih-lebih lagi dia ni pengawas. Mudah jadi tulang belakang sepanjang aktiviti hitam kami di sekolah. Muahahahahahaha!! (Harap-harap kalau ada cikgu baca ni, sila maafkan kami ya? (^_^") <---muka comel).

  Cikgu kelas aku ada cadangkan untuk aku masuk kelas sans berikutan performance aku dalam pelajaran. (bukan puji diri sendiri tapi ni kenyataan).  Tapi aku tolak sebab aku kurang minat dunia sains. Walaubagaimanapun, aku tetap rapat dengan budak-budak kelas sains.  


   

   Budak kelas sains ni ramai sikit budak melayu. So, senang lah nak ngam. Lagipun budak kelas sains ramai gadis-gadis yang comel dan ayu. Cuma waktu tu aku malas nak fikir pasal indahnya cinta meskipun ramai antara mereka menawarkan untuk menjadi pasangan sehidup semati. (Kalau rasa menyampah, sila beritahu).


  Dari kanan, atas : Aqidah, Awin, Aza.
  Dari kanan, bawah : Nazira, Liza, Zura, Iza, No'in


   Kalau kumpulan nasyid ar-Raudhah tengok gambar ni, mesti mereka berubah kerjaya. Kalau ada yang nak kenal, sila lupakan sebab masing-masing dah ada balak. Semua kawan-kawan kat SMK Bekok ni ada karakter masing-masing. Yang penting semua sporting. Walaupun kalau dirujuk ke google maps, memang kami jauh terceruk di pedalaman. Tapi di pedalaman inilah yang mengajar kami erti menghargai. Aku eksiden teruk dulu pun, kalian ada di samping. Tak putus-putus ziarah aku. Buat aku tersenyum. 


   Weh, Serius aku rindu korang semua. Kenangan ni semua buat jiwa aku meruntun. Jiwa lelaki aku kalah dengan kenangan sebegini. Kenangan yang takkan aku dapat beli. Yang takkan aku dapat baca di mana-mana bahan cetakan pun. Kenangan yang dah aku semadi rapi dalam hati. Dalam sanubari. Terimas korang. Sebab korang lah aku kenal apa itu setiakawan.


Sejauh mana aku berjalan, setinggi mana aku berdiri, aku takkan lupakan sebuah sekolah di pekan pedalaman ni.


Bila nak buat re-union ni? dah lebih 4 tahun tak jumpa semua... Arrgghh!!!


Kepada Aza : aku dah tunaikan permintaan kau... Hahahahaaa... 
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di senai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di senai - Google Blog Search


Blog Shaffik » Lebuhraya <b>Senai</b> – Desaru Dibuka Sepenuhnya.

Posted: 07 Jun 2011 08:27 PM PDT

Setelah sekian lama menanti, kini leburaya Senai – Desaru siap sepenuhnya. Mulai Jumaat ini (10 Jun 2011) semua pengguna boleh menggunakan ke Desaru dari Persimpangan Cahaya Baru – Penawar (Desaru) secara percuma selama 1 bulan. Tiada bayaran tol di kenakan dalam tempoh masa ini. PERCUMA. Kutipan Tol akan mula di kutip pada 10 Julai 2011.

Kini, pengguna boleh memendekkan masa perjalanan ke Desaru dari 2 jam ke 45 minit. Lebuhraya Senai Desaru juga di lengkadpi dengan 2 kawasan Rehat & Rawat (R&R) di :

1. KM 31 di laluan menghala ke Senai.

2. KM 32 di laluan menghala Penawar / Desaru.

Lebuhraya ini juga di harap dapat menyelesaikan masalah kesesakkan lalu lintas ke Kota Tinggi terutamanya menjelang musim perayaan atau hari cuti umum. Aku tak dapat lagi informasi jumlah bayaran tol dari Senai ke Desaru. Tetapi jarak kilometer dari Senai ke Desaru kira-kira 70KM. Aku menganggarkan jumlah TOLnya sekitar RM10-12.50. Ini anggaran aku sahaja, bukan rasmi ya. :)

Artikel ini di tulis oleh Shaffik. Shaffik adalah seorang Penulis Blog Sambilan yang telah mula menulis blog semenjak Tahun 2008. Sentiasa bersemangat untuk menulis dan berkongsi maklumat yang berguna untuk para pengunjung Shaffik.com.

Shaffik

Related Posts with Thumbnails

Entri - Entri Yang Menarik Sebelum Ini :

Dapatkan Berita Yang Terkini Terus Ke Kotak Email Anda, Masukkan Email Address Anda:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bilik untuk disewa <b>di Senai</b>, Johor - Wanita

Posted: 16 Mar 2011 04:55 AM PDT

- kemudahan lengkap di bilik seperti katil (Queen size) berserta tilam dan bantal, langsir bilik, meja make-up, almari baju dan kipas automatik.

- kemudahan rumah seperti televisyen, sofa, meja makan, dapur, peti sejuk dan mesin basuh.

- mempunyai dua bilik air (1 bilik mandi dan 1 tandas)

- kemudahan prasarana seperti pasaraya econsave (500m), airport senai (3km), bandar senai (2km), senai industrial park (2km), bank, stesyen minyak, klinik dan sebagainya.

*Kekosongan bermula pada 1 Jun 2011

Berminat sila hubungi Kamalia melalui email,

kamaliamahali[at]gmail.com
fishy_pieces[at]yahoo.com.my

atau boleh berikan nombor telefon untuk dihubungi Smile

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di chaah johor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di chaah johor - Google Blog Search


Golf dan bertemu jodoh | Liza @ Adzriel AB

Posted: 12 Jun 2011 02:38 AM PDT

Malam tadi pun aku tengok bola piala FA Kelantan lawan Terengganu tu sekejap aje, lebih pada tengok Majalah TV3. Seronok tengok budak lelaki baru berusia 5 tahun dah pandai main golf dan bagaimana dengan bermain golf dapat mengeratkan hubungan antara bapa dan anak lelakinya yang masih remaja.

Ada juga kisah tentang nama sebuah desa yang unik iaitu Desa Temu Jodoh di sebuah sekitar pekan Chaah dalam daerah Segamat, Johor. Bagaimana diaorang dapat nama yang unik ni boleh korang baca sejarahnya di blog salah seorang anak peneroka desa ini : Desa Temu Jodoh.

Kisah bagaimana semua penempatan baru yang di teroka sekitar tahun 1975 rasanya seperti dalam kisah Bilut dalam youtube ni juga.

Memang penuh dengan lelah dan air mata, cabaran dan dugaan untuk membangunkan satu kawasan hutan yang tebal kepada kawasan pertanian dan penempatan yang telah pun mereka nikmati hasilnya kini.

Hargailah kehidupan kita hari ini. Sedikit sebanyak aku juga mengerti kepayahan mereka kerana aku juga anak peneroka, peneroka Felda yang menoreh getah.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

di negeri johor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri johor - Google Blog Search


Portal Rasmi Kerajaan <b>Negeri Johor</b> Darul Ta&#39;zim: Komuniti <b>...</b>

Posted: 05 Jun 2011 07:58 PM PDT

Siri jelajah Kembara Mahkota Johor 2011 (KMJ) akan berlangsung selama empat hari mulai 18 Jun depan, bermula dan berakhir di Muar.

Kembara yang akan merentasi jarak sejauh 797 kilometer meliputi 10 daerah itu akan menggunakan tiga jenis kenderaan, iaitu motosikal berkuasa besar, pacuan empat roda dan bot.
Dalam siri jelajah kali ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, akan disertai permaisuri, Raja Zarith Sofeah Sultan Idris; Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim; kerabat diraja serta 40 ketua-ketua jabatan diiringi 30 motosikal berkuasa besar.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Obet Tawil, berkata sepanjang KMJ 2011, Sultan Ibrahim akan menyertai program amal, gotong-royong dan program bersama rakyat.

"Tuanku akan memberikan sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik termasuk anak-anak yatim, ibu tunggal dan kanak-kanak istimewa.

"Tuanku juga akan singgah di Bandar Tekstil Malaysia, Tangkak, dan Dataran Sungai Rengit, Kota Tinggi yang terkenal dengan makanan laut segar," katanya.

Selari dengan tema KMJ 2011 "Penjagaan Alam Sekitar Tanggungjawab Kita Bersama", 20,000 anak pokok teduhan akan diberikan kepada setiap daerah di negeri ini untuk ditanam.

Katanya, anak pokok itu akan ditanam secara serentak di semua daerah kecuali di Jemaluang, Mersing, yang akan ditanam sendiri oleh Sultan Ibrahim pada hari kedua KMJ.

Berita ini telah dibaca sebanyak 561 kali

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di masai johor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di masai johor - Google Blog Search


Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi <b>...</b>

Posted: 31 May 2011 09:01 PM PDT


IBNU SINA menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap seorang lelaki yang ingin melarikan Nurul ke Lombok ketika ditemui di Kota Masai, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Tindakan pantas seorang bapa menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengesan anak perempuannya yang bakal berkahwin pada Sabtu ini dapat menyelamatkan wanita berkenaan daripada dilarikan seorang lelaki ke Lombok pada 9 Mei lalu.

Ibnu Sina, 50, mendakwa, dia menyedari kejadian itu pada pukul 4 pagi apabila mendapati anaknya yang dikenali sebagai Nurul, 21, hilang ketika dia bangun untuk menunaikan solat Subuh.

Katanya, dia terus memberitahu penduduk kampung sebelum anak kedua daripada lapan beradik itu dikesan di laluan 'tikus' di Ulu Tiram di sini yang biasa digunakan oleh warga asing untuk pulang ke Indonesia.

"Dalam SMS itu, saya nyatakan segala maklumat peribadi mengenai anak saya sebelum seorang tekong bot di situ dapat mengesan Nurul sebelum dia dilarikan ke Lombok.

"Ketika disoal, lelaki Lombok yang dikenali sebagai Hasan Basri berusia 24 tahun itu memberitahu wanita itu berketurunan India namun pemeriksaan pada Mykad menunjukkan namanya sama dengan SMS yang diterima," ceritanya ketika ditemui di rumahnya di Kota Masai di sini semalam.

Tambahnya, lelaki Lombok itu kemudian dibelasah sebelum diserahkan kepada polis.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di stulang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di stulang - Google Blog Search


Isu Politik Semasa: Kemalangan Maut <b>Di Stulang</b> - MBJB Dalang <b>...</b>

Posted: 13 Jun 2011 06:32 AM PDT


Siapa kata hanya PAS bertelunjukkan DAP ? Rupa-rupanya UMNO serupa juga. Kemalangan maut yang baru berlaku di Stulang adalah saksi hidup kejadian. Rakyat dapat menyaksikan adegan pembantaian brutal oleh MBJB terhadap gerai-gerai sumber ekonomi  makro tempatan.

Siapakah dalang disebalik kemalangan tersebut ? MBJB hanyalah tangan yang melaksanakan tetapi telunjuk yang mengarahkan sudah barang tentu wakil rakyat tempat kejadian. Nampaknya UMNO mengata dulang paku serpih, mengata PAS tapi UMNO pula yang lebih-lebih. Harapkan telur, telur masin busuk pula.

Mengapa tiada budi bicara di dalam perlaksanaan undang-undang ? Kalau sekadar undang-undang dunia, janganlah terlalu angkuh di dalam mempertahankannya. Kelak balasan Allah SWT tidak tertanggung azabnya.

Adakah merobohkan merupakan satu-satunya jalan penyelesaian ? Jika sekadar memusnahkan, beruk dan kera boleh dilantik sebagai ahli jawatan kuasa. Tindakan tersebut memang memalukan dan tidak bertamadun.

Dicadangkan agar Datuk Bandar Johor Bahru mengambil cuti dan pergi melawat ke Kampung Medan. Saksikan bagaimana sistem gerai dimaju dan dibangunkan. Kalau malas, pencenlah awal, luangkan masa dengan anak dan cucu ataupun kahwin lagi dengan anak dara ataupun janda.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di kukup - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di kukup - Google Blog Search


Sedetik <b>di</b> Anjung Ilmu....: Karnival Bahasa Melayu Peringkat Zon <b>...</b>

Posted: 31 May 2011 11:59 PM PDT

SALAM PERPADUAN...

Pada 5 Mei 2011, SKR telah menjadi tuan rumah Karnival Bahasa Melayu Peringkat Zon Kukup 2011. Seawal 8.00 pagi majlis dimulakan dengan pendaftaran para peserta dari sekolah-sekolah zon Kukup. 3 tempat digunakan untuk pertandingan iaitu Pertandingan Bercerita Tahap 1 di Bilik pemulihan, Pertandingan Bercerita Tahap 2 di Bilik Muzik dan Pertandingan Pidato diadakan di Dewan Sri Rambah.


Pada akhir karnival pemenang diumumkan. Anak-anak SKR telah mendapat tempat dalam ketiga-tiga pertandingan. Tahniah diucapkan kepada Mustika Syafiena Binti Mohd Farid (Tempat ke-2 Pertandingan Pidato), Nur Ain Farahin Binti Mahmood (Johan Pertandingan Bercerita Tahap 2) dan Nor Solehah (tempat ke-3 Pertandingan Bercerita Tahap 1). TAHNIAH SKR ucapkan kepada ketiga-tiga anak-anak SKR ini.



Tahniah juga SKR ucapkan kepada peserta-peserta lain yang telah berjaya mendapat tempat. Bagi yang tidak berjaya boleh mencuba di masa akan datang.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di endau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di endau - Google Blog Search


SUARA SIMPANG KIRI: CHALET DAN RESORT <b>DI</b> PENYABUNG, <b>ENDAU</b>

Posted: 09 Jun 2011 09:57 PM PDT

Setelah berada di Pantai PASIR LANUN, PENYABUNG, Endau Mersing selama  30 jam, aku dapat membuat cadangan kepada bakal pengunjung/pelancong yang ingin berehat di Pantai Penyabung tentang Resort dan Chalet yang ada di pantai yang indah ini.

Di kawasan Pantai Penyabung ini terdapat 4 Resort/Chalet yang boleh ditempah iaitu

  1. Pantai Penyabung Resort- Sibuk punya hal, aku terlupa nak ambik gambarnya. Tetapi boleh dicari dalam carian Google dan Yahoo.
  2. Endau Beach Resort- Resort yang mempunyai pakej yang lengkap. Ada swimming pool dan tempat yang ekskusif dengan harga RM 150- RM 200 SAHAJA.
  3. Pasir Lanun Camp And Chalet....Ada Dorm 10 tempat tidur. Katil bertingkat. Ada yang berharga RM 80.00 dan RM 130.00 (KIPAS ANGIN)
  4. Coconut Beach Resort- Murah sekali cuma RM 60.00. Atap Rumbia dan di depannya anda boleh melihat pantai yang terindah di sini.  

OK Kita lihat Resort-resort yang saya katakan itu:

ENDAU BEACH RESORT 

Endau Beach Resort dari pandangan hadapan

Parking yang luas di Endau Beach Resort

Endau Beach Resort pada waktu malam

Kolam Renang dewasa dan kanak-kanak di Endau Beach Resort

Ada peti ais...bukan semua chalet ada peti ais

Anda boleh borak-borak di sini. Air minuman pun murah.

Bilik di Endau Beach Resort

Boring-boring boleh jerit-jerit, tak ada sesiapa yang peduli

Aku nak melompatlah, mesti mama bengang nanti

Kat sini pun kena jaga anak

Boleh bincang-bincang bersama keluarga dan teman

Endau Beach Resort dari pandangan teratas

OK.....! Kita melawat Chalet yang ke tiga di Pantai Penyabung ni....

NAMANYA...

PASIR LANUN CAMP AND CHALET

 Untuk ke Pasir Lanun Champ And Chalet ni perlu melalui hutan dan jalan yang agak

mendebarkan. Kerajaan Johor harap tarlah segera jalan yang berlopak-lopak ni. Kalau lemah semangat memang patah balik jawabnya, sebab dari Endau Beach Resort tu jauh juga.

Anak GADIS pasti ngeri melalui tempat macam ni. Semasa aku lalu di sini

Aku terserempak dengan dua ekor Babi hutan. 


Kalau nak berjoging bagus juga kat sini

Tu dia!!!!! Dah sampai!!!

 Ramai orang kat sini rupa-rupanya!

 Boleh baring-baring sambil dengan lagu syahdu.....macam lagu Bila Bulan Bicara

 Cantikkan pemandangannya macam lukisan!

Aku hampir satu jam juga baring-baring dibuai yang bergoyang ni...

Di sini ombaknya best sikit dari semalam (pantai di depan Endau Beach Resort tu langsung tak ada ombak)  

(Ni anak Isa biras aku)
Ombaknya tak bahaya, dan aku boleh lelap tanpa jaga anak-anak

 Aliff Iskandar pun macam mandi kat besen je...

 Irfan asyik dengan memancingnya....ikan pulak masa kami ke sini macam dah kenyang

Dan Chalet yang ke empat......

COCONUT BEACH RESORT

Chalet di Coconut Beach Resort ni murah sekali...RM 60.00.

Kalau nak lari dari debu-debu kota...Lima hari baru RM 300.00. Tetapi tak ada ekonlah....!

Kenangan yang paling indah....

KELEBIHAN PANTAI PENYABUNG

 Ada makanan yang unik...pulut bakar...murah

 Mak Cik ni bakar kuih secara tradisional lagi

 Mak Cik..Mak Cik...kenapalah kuih ni hangus....Kuih apa ni ek?

Nasi Lemak ni pun baru RM 1

 Aku beli nasi dagang ni...sebungkus baru RM 1.50

 Nasi dagang lauk sardin...lapar punya fasal, habislah aku makan

 ...aku tak pandai makan nasi niDi sini juga kita boleh ngeteh macam kat kampung sambil menikmati nyanyian merdu penyanyi karoke.
(Isa biras aku mengajak aku ngeteh jam 12.00 malam. Lokasi warung ini di depan Endau Beach Resort).

PESANAN AKU DI SINI:

Kalau nak mandi laut di sini, mandilah di Pantai yang letaknya di depan Pasir Lanun Camp And Chalet dan Coconut Beach Resort itu, kerana Pantainya lebih halus dan kurang berbatu.

Ramai yang datang ke sini cuma mandi sampai di depan Endau Beach Resort. Nanti kalian akan kata, Pantai Penyabung banyak batu-batu tajam. Memang betul! Sesiapa yang ada kencing manis bahaya mandi di situ. Mereka kenalah melepasi jalan yang berhutan dan akan jumpa pantai yang lebih mesra pengunjung.

Oklah Tuan-puan, begitulah promosi aku untuk bakal pengunjung Pantai Penyabung. Cuma aku harap  

Resort dan chalet serta pihak berkuasa di sini, tolonglah jaga kebersihan pantai ini...sayang sekali negeri Johor banyak mempunyai kawasan yang boleh menarik pelancong, malangnya kebersihan tidak dijaga....soryle atas teguran aku ini....




Gratisan Musik
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di plentong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di plentong - Google Blog Search


Pertandingan Mewarna <b>di</b> Giant <b>Plentong</b>. |

Posted: 08 Apr 2011 12:57 AM PDT

Pada tanggal 8hb April 2011 yang lepas, Success JB dengan kerjasama dari Giant Plentong, telah berjaya menganjurkan satu pertandingan mewarna.

Pertandingan mewarna ini di adakan dengan tujuan untuk menanam semangat setiakawan dan juga sifat banu-membantu di antara satu dengan lain. Selain dari itu, objektif pertandingan ini juga berjaya membuka mata banyak pihak kerana selain dari apa yang telah dinyatakan Success JB dan pihak Giant Plentong dalam masa yang serentak telah mengadakan Derma Bantuan Tsunami untuk mangsa gempa bumi di Jepun.

Walaupun mereka ini masih lagi kanak-kanak, tetapi sifat bergembira sambil menderma telah berjaya di pupuk. Syabas untuk semua yang telah terlibat !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Contest. Bookmark the permalink.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved