Sabtu, 3 September 2011

01 di tebrau - Google Blog Search

01 di tebrau - Google Blog Search


JAWATAN KOSONG <b>DI</b> MAJLIS DAERAH <b>TANGKAK</b> ~ info kerjaya <b>...</b>

Posted: 15 Jul 2010 07:11 PM PDT


PEMBERITAHUAN JAWATAN KOSONG
Pemberitahu adalah dipelawa dari Rakyat Negeri Johor / Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan kosong di Majlis Daerah Tangkak, Ledang, Johor.
Jabatan Pelesenan & Penguatkuasaan
Pengurusan Dan Profesional
Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan
Pegawai Kesihatan Persekitaran U41
Pengurusan Dan Profesional (Skim Perkhidmatan Bersepadu) Perkhidmatan Perubatan Dan Kesihatan
Pembantu Undang-Undang L29
Perkhidmatan Perundangan Dan Kehakiman
  • Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta
  • Jabatan Kejuruteraan
Perkhidmatan Kejuruteraan
Penolong Arkitek Landskap J29
Jabatan Perancang Bandar Dan Landskap
Perkhidmatan Kejuruteraan
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
Bahagian Teknologi Maklumat
Perkhidmatan Sistem Maklumat
Penolong Pegawai Tadbir N27
Unit Perhubungan Awam & Koporat Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan
Penolong Pegawai Penguatkuasa N27
Jabatan Perlesenan & Penguatkuasaan
Perkhidmatan Kejuruteraan
Pembantu Setiausaha Pejabat
Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)N17
Jabatan Pembangunan Masyarakat
Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan
Pembantu Tadbir Undang-Undang L17
Perkhidmatan Perundangan Dan Kehakiman
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 hb. Julai 2010 ( JUMAAT )
Muat Turun Iklan Jawatan Kosong Beserta Syarat Lantikan
SUMBER : http://www.mdtangkak.gov.my/web/guest/info/jawatan

01 di benut - Google Blog Search

01 di benut - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Rumah terbuka ADUN <b>Benut</b> meriah

Posted: 03 Sep 2011 04:06 PM PDT

PONTIAN 3 Sept – Kira-kira 2,000 orang mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri yang dianjurkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, Datuk Ir. Hasni Mohammad, pada hari raya pertama di Pusat Khidmat ADUN Benut di sini pada 30 Ogos lalu.

Majlis dari pukul 12 tengah hari hingga 5 petang itu dikunjungi oleh masyarakat pelbagai kaum dengan disajikan juadah enak seperti nasi bariani, burasak, lepat lui, kuih-muih, buah-buahan tempatan. Turut mendapat 'habuan raya' adalah golongan kanak-kanak dalam acara penyampaian oleh Hasni sendiri.

Hasni berkata, beliau terharu dengan kehadiran ramai pengunjung yang menunjukkan perayaan di Malaysia disambut bersama-sama oleh rakyat berbilang bangsa selari dengan konsep 1Malaysia.

Beliau turut menyatakan harapan agar amalan rumah terbuka menjadi pendekatan terbaik kepada golongan muda saling memahami perayaan agama masing-masing dalam memupuh perpaduan negara.

Dipetik dari Utusan Malaysia

01 di parit yani - Google Blog Search

01 di parit yani - Google Blog Search


Arus lalu lintas <b>di</b> Wonogiri padat merayap – arus mudik, Jakarta <b>...</b>

Posted: 01 Sep 2011 01:18 AM PDT

Wonogiri (Solopos.com)–Berdasar pemantauan , Kamis (1/9/2011), di beberapa ruas jalan utamanya jalur pemudik mulai dipadati kendaraan dengan mayoritas kendaraan pribadi. Seperti ruas Jalan Diponegoro, Wonoboyo, Wonogiri, Jalan Sudirman, Wonogiri maupun Jalan A Yani, Wonogiri. Di beberapa ruas itu, kondisi kendaraan mulai padat merayap.

Antrean kendaraan memanjang terjadi di setiap persimbangan jalan dan lampu pengatur lalu lintas. Agar tidak terjadi kemacetan memanjang, petugas lalu lintas Polres Wonogiri terpaksa turun ke jalan beraspal untuk melakukan pola buka tutup. Seperti terjadi di simpang empat Ponten, dalam kota Wonogiri.

Pamer Susu terjadi pada kendaraan dari sektor timur maupun selatan. Sedangkan kendaraan dari arah barat atau terminal minibus relatif lebih sepi. "Kami harus mengurai agar tidak terjadi penumpukan kendaraan," ujar Suyono, salah seorang petugas Lalin di simpang empat Ponten.

Puncak arus balik di Wonogiri diprediksi terjadi Sabtu dan Minggu (3-4/9/2011) atau H+3 dan H+4 karenanya tiket bus ke Jakarta pada hari itu sudah full seat. Walau demikian, arus balik di Kota Gaplek pada H+1, Kamis mulai tampak.

"Puncak balik terjadi Sabtu dan Minggu," ujar Kasatlantas mewakili Kapolres Wonogiri, AKBP Ni Ketut Swastika.

Hal sama dikemukakan Ny Sikam, petugas di agen bus Tunggal Daya saat ditemui di Terminal Giri Adipura, Klampisan, Selogiri. "Tiket bus AKAP, Sabtu dan Minggu sudah penuh," ujar Ny Sikam.

tus

Dalam Berita Pilihan,wonogiri | Tags ,, , , ,

01 di kempas - Google Blog Search

01 di kempas - Google Blog Search


Gubuk Kecil Kembara Jalanan: <b>Kahang</b> - Bibiq keteguran <b>di</b> kebun

Posted: 10 Apr 2011 08:45 AM PDT

Hujung minggu ini (April 9-10, 2011) - maza sudah pulang ke kampung Sri Lukut, Mukim Kahang, Kluang, Johor. Adik maza (Bibiq) sudah diserang gangguan dari alam ghaib. Kakinya membelon dari ibu jari membawa ke pangkal peha di sebelah kaki kanannya. 
Sekarang ini Bibiq sedang mendapatkan rawatan di rumah mertuanya di Batu Pahat. 
Alkisah tatkala meracun di kebun getah di atas bukit sana berpinggiran hutan simpan kekal Lenggong itu. Tatkala dalam perjalanan pulang dia menegur sebuah tapak kaki yang agak pelik. 
"Kalau tak silap, ini tapak kaki tenuk ni," kata Bibiq kepada Ana isterinya.
"Mana bang?" Ana terpinga-pinga mencari sama.

Hanya beberapa saat selepas itu kakinya mulai terasa lain macam. Dirasakan berat berpikul-pikul memeluk kaki kanannya. Sampai di rumah kakinya itu sudah membengkak besar. Maka tahulah Bibiq serta emak bahawa Bibiq sudah terkena 'teguran'.
Sebelum ini pun sudah pernah berlaku dan ramai juga orang kampung terserempak dengan 'sesuatu' di kebun itu. 
"Sudah namanya kebun kami di situ. Lagi pun memang tempat kami cari makan. Mahu atau tidak terpaksalah kami redah juga bang. Mahu atau tak kena juga buat, kalau tidak macam mana dapur kami nak berasap," terang Bibiq kepada maza setelah diusulkan agar dia lebih berhati-hati ketika menoreh mahupun membersihkan kebun.
Setelah seminggu berubat di Batu Pahat dengan seorang Kakek (atuk), alhamdulilah, sakit yang dialaminya semakin pulih. Dari tidak boleh berjalan dengan hanya mampu merangkak serta 'diusik' pada malam hari, hari ini Bibiq sudah boleh berjalan dan bengkaknya semakin menyusut.
Benda-benda halus seperti ini sukar juga hendak dipastikan. Mulanya ingatkan sakit yang boleh dirawat di hospital. Tetapi doktor kata mengikut pandangan perubatan moden, Bibiq sihat dan tidak sakit apa-apa. Kemudiannya doktor Melayu tersebut menyarankan agar Bibiq dibawa pulang dan berubat alternatif cara 'kampung'.
Esok malam, dengar khabar sekali lagi Bibiq akan dirawat dan dimandikan bunga. Mudah-mudahan semuanya selamat dan sejahtera hendaknya.
Pada kengkawan, mahulah maza memohon jasa baik agar mendoakan keluarga kecil kami dalam keselamatan, kebahagian, dan perlindungan daripada Tuhan Rabul alamin jua. 

01 di segamat - Google Blog Search

01 di segamat - Google Blog Search


PART 1: RAYA PERTAMA <b>DI SEGAMAT</b> (KELUARGA AYAH)

Posted: 31 Aug 2011 09:25 AM PDT

Hari ini barulah Princess dapat update blog. Okey semua orang mesti dah upload and update segala gambar di pagi raya bukan? Semestinya sudah, tapi Princess tak sempat hari ini barulah nak ada masa update dan upload gambar, tapi sayangnya tak banyaklah kan untuk korang jamu mata korang hehehe....Gambar di bawah adalah perjalanan menuju ke Segamat.

Princess pada hari raya pertama adalah menziarahi datuk,nenek dan moyang yang sudah meninggal dunia(kubur/rumah bertiang 2). Selepas itu, ziarah di kampung mak long(kakak kepada ayah Princess) di Kampung Kuala Paya, Segamat. Itulah tempat pertama yang akan kami ziarah sejak atuk meninggal. 

Maaf gambar tak seberapa jelas sebab bukan Princess yang catch them ya..my sister punya tangan yang catch them! hahaha....Kami sekeluarga bersama keluarga Pak Anjang and family. Kami memang suka konvoi pada hari pertama itu....dari kubur sampailah ke malam rumah terakhir rumah Pak Uteh di Bukit Siput.
Second hounse, rumah Mak Ngah di pekan Jabi dan rumah sepupu Princess anak 1st mak ngah. Kami pergi sekaligus sebabnya rumah anak mak ngah belakang aje...hehehe...tak sangka dah angka 20 pun dapat lagi duit raya kih3x.....segan lorh~
Okey itu sahajalah dapat dipaparkan gambar untuk raya pertama. Nak bergambar ramai-ramai tak ada pun huk3x...itulah sahaja dapat share bersama kuang3x..okey selamat hari raya!!!

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


Tragedi Raya

Posted: 02 Sep 2011 09:34 PM PDT

Satu peristiwa yang takkan dilupakan pada sesi Aidilfitri tahun ini. Sebuah pengalaman yang indah diingat, perit ditanggung. Sesungguhnya tidak akan sempurna iman seseorang itu apabila tidak diuji. Dan ujian yang menimpa kami ini sememangnya dari Allah bagi menguji dan hambaNya dan memberi hikmah di setiap apa yang terjadi.

Pada hari raya ketiga, hari Khamis, saya bersama keluarga mentua bergerak menaiki dua kenderaan untuk pergi beraya di Pengerang dan Felda-felda sekitar Kota Tinggi. Kami bertolak dari Parit Raja sekitar jam 8.30 pagi.

Tiba di Pengerang sekitar jam 11 pagi, singgah di kedai untuk bersarapan dan kemudian terus menuju ke kampung dan menziarahi kubur. Bertolak dari kampung di Pengerang menuju ke Felda Semenchu, beraya di rumah pakcik (pak Usu Azmi).

Kemudian bertolak ke Felda Waha menziarahi Pakcik dan Bak.

Selesai di Felda Waha, menuju pula ke Felda Tenggaroh Selatan (rumah Makteh)

Dalam perjalanan ke Tenggaroh inilah, sebuah tragedi berlaku kepada kami.

Saya mendahului perjalanan. Waktu itu sekitar jam 11.30 malam – 12.00 malam. Dalam kereta ada isteri, anak, dan ibu bapa mentua saya. Kecuali mak, yang lain semuanya lena tidur. Van yang dinaiki adik beradik lelaki bujang menuruti di belakang.

Jalan ke Tenggaroh dalam keadaan baik. Saya memandu tidaklah laju sangat, sekitar 80-90 km/j. Sedang memandu (ditambah dengan sedikit ngantuk dan badan lesu dan keletihan), tiba-tiba terdapat lubang besar di hadapan. Lubang itu memenuhi seluruh jalan.

Tidak ada jalan lain. Dengan kelajuan yang sukar berhenti dengan serta merta, saya terpaksa memusing steereng ke kiri. Lubang yang sangat besar itu dihentam dengan kuat. Gedegang!!. Tayar kanan hadapan masuk ke dalam lubang dengan hentaman yang kuat. Lokasi lubang yang memenuhi keseluruhan jalan memungkinkan mustahil untuk sesebuah kereta mengelak!

Dengan serta merta, tayar hadapan kanan terus kehabisan angin.

Saya terpaksa memberhentikan kereta di bahu jalan. Melihat tayar, memang sah sah sudah pecah. Memang tak ada harapan untuk 'nak ada angin sikit' di dalam tayar untuk ke rumah Mak  Teh yang sudah tidak jauh lagi.

Dengan keterpaksaan, tayar terpaksa dibuka dan diganti dengan tayar spare. Melihat kanan kiri jalan yang gelap gelita dipenuhi pokok kelapa sawit agak sedikit menggerunkan jika hanya saya seorang menghadapi situasi itu. Mujur rombongan kami ramai. Tiada pula kereta lain yang lalu lalang. Bayangkanlah jalan felda. Mana lah ada kereta sangat dan jam pula sudah 12 malam.

Selesai menukar tayar, perjalanan diteruskan ke rumah Makteh.

Tidur sebentar di rumah Mak Teh.

Jam 1.30 pagi, dikejutkan untuk bersiap bergerak pulang ke Parit Raja.

Kami bertolak dari rumah MakTeh jam 2.00 pagi. Dengan perjalanan menggunakan tayar spare, sudah tentu perjalanan yang melibatkan 'badan yang penat' ini tidak menyeronokkan. Terpaksa memandu sekitar 60km/j. Dengan suasana yang hening, ditambah dengan badan yang lesu, sudah tentu pemanduan ini sangat mencabar. Perut pula entah kenapa memulas-mulas sejak di rumah MakTeh. Singgah di Masjid Kota Tinggi untuk melepaskan hajat.

Masuk ke higway, boleh lah laju sikit ke 80km/j. Tidak boleh lebih.

Alhamdulillah, perjalanan dari Kota Tinggi  bermula jam 2.00 pagi menggunakan tayar spare ke Parit Raja selamat tiba di rumah pada jam 5.20 pagi. Sebuah perjalanan yang terpahat dalam sejarah peribadi!

Sebanarnya, sebelum bertolak lagi, saya sentiasa terfikirkan akan tayar spare. Seperti ada isyarat mengatakan bahawa akan berlaku sesuatu pada tayar kereta. Malah, semasa servis kereta beberapa hari sebelum Aidilfitri lepas, staf Perodua itu menyatakan agar bersedia untuk 'menukar tayar'!!

Keesokannya, selepas solat Jumaat, tayar kereta ditukar. Pergi ke kedai tayar di Pekan Parit Raja. Menukar kedua-dua biji tayar hadapan. Sebiji tayar Good Year berharga RM175. Sport Rim tayar yang bocor malam tadi terpaksa diketuk kerana sudah bengkok. Mujur juga boleh diketuk. Jika tidak, terpaksa pula menukar rim. Dengan dua biji tayar Good Year, Ketuk Rim, Alighment, kos yang 'rela' dikorbankan adalah sebanyak RM390 di Aidilfitri yang mulia.

Sebuah kenangan yang pasti takkan dilupakan pada sesi Aidilfitri kali ini.

Tragedi Tayar Pecah di Hari Raya.

01 di skudai - Google Blog Search

01 di skudai - Google Blog Search


Seminar Wanita dan Cabaran Masa Kini <b>di Skudai</b> <b>...</b> - Wanita Mustanir

Posted: 15 Jul 2009 02:15 AM PDT

Ikatan Intelektual Nusantara (IKIN) dengan kerjasama Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia (MHTM) cawangan Johor telah menganjurkan satu seminar bertajuk : Wanita dan Cabaran Masa Kini. Krisis Sosial – Sampai Bila? Seminar yang julung-julung kali diadakan ini telah berlangsung di Hotel Kelana, Skudai Johor pada 12 Julai 2009. Program bermula seawal jam 8 pagi dan telah berakhir pada 12.30 tengahari.

Seminar diawali dengan bacaan Al-Quran dan tayangan multimedia yang memaparkan isu-isu sosial yang melanda masyarakat umumnya dan wanita khususnya. Tujuan seminar diadakan antara lain adalah untuk merangsang kesedaran masyarakat terhadap krisis sosial yang kian meruncing dan seterusnya mendorong mereka untuk mencari kaedah penyelesaian terbaik seperti yang dituntut oleh Islam. Inilah yang menjadi topik pembentangan oleh kedua-dua ahli panel. Ahli panel pertama yang merupakan wakil IKIN telah membongkar dan mendedahkan realiti permasalahan sosial yang semakin membimbangkan. Ini disusuli oleh ahli panel kedua yang merupakan seorang aktivis HTM yang merungkai permasalahan sosial dengan memberikan kaedah penyelesaian praktikal mengikut Islam.

Adalah jelas permasalahan sosial yang berlaku bukanlah sekadar takdir atau kebetulan semata-mata, tetapi disebabkan oleh kesinambungan faktor-faktor seperti tiadanya ketaqwaan dalam diri seseorang, masyarakat yang bersikap mementingkan diri sendiri (individualistik) dan diperparahkan lagi dengan tiadanya undang-undang dan hukuman Allah terhadap mereka yang bersalah. Ahli panel menyeru hadirin agar bersama-sama berusaha menyelesaikan permasalahan sosial yang berlaku dengan kembali menegakkan hukum Islam dalam seluruh aspek kehidupan dan ini hanya dapat direalisasikan dengan tertegaknya sebuah Daulah Khilafah. Tertegaknya Khilafah, insyaAllah tidak hanya menyelesaikan krisis sosial namun seluruh permasalahan umat manusia, sepertimana yang difirmankan oleh Allah mengenai lengkap dan menyeluruhnya ideologi Islam dalam surah Al Maidah ayat 3 "Hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan telah Aku cukupkan untuk kamu nikmat-Ku, serta Aku redhai Islam sebagai agama kamu".

Para hadirin juga berpeluang menyaksikan pameran yang memaparkan berita-berita terkini yang terkait dengan gejala sosial dan sedikit penerangan mengenai pentingnya sebuah Khilafah yang menerapkan sistem Islam secara menyeluruh.


Pihak IKIN dan MHTM (Johor) mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan seminar ini. Sekalung syabas dan tahniah juga ditujukan kepada warga kerja IKIN dan MHTM yang bersungguh-sungguh memastikan seminar ini dapat dilangsungkan dengan lancar dan jayanya.
Wallahu 'alam

01 di parit jawa - Google Blog Search

01 di parit jawa - Google Blog Search


akhirnya <b>di</b> tanjung agas,muar: buka puasa <b>di parit</b> simen

Posted: 21 Aug 2011 12:27 PM PDT

antara muar dan bp
selepas parit besar sebelum semerah
dahlunya pernh keluar sokabar, hentian mahkota

jumaat sudah usai urusan kerja aku bergerak ke pasir gudang melaui jalan dalam, muar , parit jawa, sg balang,pait besar, semerah,bp,air hitam,plus hway pasir gudang,
655 aku di parit besar,
slow sikit, masuk gerbang hentian mahkota, parit simen, dah 3 tahn akutak ke sini,
dulu meriah tempat ini...
sekarang ni , usang,

gambar diatas , tu padang permainan antara surau, dan kedai makan.

monyet 2 tu dah berkurangan, dulu mau 2 -3 dozen.

asam pedasnya sedap, ada kesum kantan banyak belacan sikit.

ads