ads

Sabtu, 8 Oktober 2011

01 di chaah johor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di chaah johor - Google Blog Search


Remaja Bawah Umur Diupah Ganggu Ceramah Mat Sabu <b>...</b>

Posted: 07 Oct 2011 05:02 PM PDT

 Oleh: MTD PAS Benut

LABIS,8 Oktober 2011: Beberapa siri provokasi pihak tertentu pada ceramah anjuran Pakatan Rakyat sebelum ini telah menerima tempiasnya apabila ia turut berlaku malam tadi sempena kehadiran Haji Mohammed Sabu, Timbalan Presiden PAS ke Johor.

Difahamkan beberapa hari yang lalu kejadian sama turut berlaku di Negeri Sembilan namun seperti yang dijangka, tindakan tidak bertamadun terjadi juga di Pekan Labis.

Tinjauan mendapati kira-kira 50 penunggang motosikal yang terdiri daripada kalangan remaja bawah umur didakwa diupah untuk melakukan provokasi sehingga menimbulkan ketegangan pada tempat ceramah.

Tindakan melampau itu menyebabkan seorang petugas Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Johor cedera di bahagian muka akibat dilontar objek keras di kepala.

Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Amer, 29, daripada Amal Pagoh berkata kejadian tersebut terlalu pantas berlaku sewaktu beliau bertugas mengawal lalu lintas bersama lebih 50 petugas yang lain.

''Saya seperti biasa bertugas bersama sahabat yang lain. Suasana jadi kelam kabut bila sekumpulan mat rempit menganggu buat kali yang kedua. Tiba-tiba saya dibaling objek keras dikepala'' katanya ketika dihubungi Mtd Pas Benut malam tadi.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Gerakan Kebangkitan Peneroka Kebangsaan (Bangkit) oleh Tuan Haji Mohammed Sabu, Timbalan Presiden PAS Pusat, di Dataran Cikgu Normala, Pekan Labis, dekat sini, semalam.

Katanya lagi beliau terpaksa menerima tujuh jahitan di bahagian muka setelah dikejarkan ke Hospital Segamat walaubagaimanapun hanya dibenarkan keluar beberapa jam kemudian.

Beliau yang ditemani Mohd Zaki Abd. Kader, Pengarah Jabatan Amal Johor dilihat turut berada di Hospital Segamat kesal dengan pihak berkuasa yang dakwanya lambat bertindak.

''Masa mereka lalu, saya dah pesan kepada Polis. Encik tak kan tengok saja. Pergilah buat apa-apa. Polis kata, tak mengapa nanti kita buat'' ujarnya.

Difahamkan kehadiran pihak berkuasa begitu ramai turut berada di lokasi ceramah yang terdiri daripada anggota Polis, satu trak kecil FRU dan beberapa anggota Penguatkuasa Majlis Daerah Labis.

Satu laporan Polis dibuat di Balai Polis Labis oleh mangsa sendiri pada jam 1. 40 pagi diketuai oleh Saudara Mazlan Aliman, ahli jawatankuasa PAS Pusat bersama 20 orang petugas Jabatan Amal yang lain.

Mazlan dilaporkan berkata, beliau kesal dengan tindakan Polis berhubung cara menangani kejadian tersebut seolah-olah tidak masuk akal sedangkan katanya kebanyakan mereka yang melalui jalan ke lokasi ceramah akan melalui sekatan itu namun soalnya bagaimana anak muda yang rata-ratanya remaja bawah umur dakwanya berjaya melepasi sekatan jalan raya.

''Kita dukacita sebab yang buat provokasi adalah remaja bawah umur. Ada road block tapi tak ditahan. Kalau betullah ini berlaku (tidak ditahan) ini amat memalukan.

''Macam mana boleh lepasi road block? Kami juga ditahan. Apatah lagi budak-budak. Tak ditahan, bawa motor dengan jumlah yang besar, budak bawah umur.

''Kita bersimpati dengan pihak berkuasa. Tapi bagaimana persepsi orang ramai, boleh persoalkan tindakan Polis.

''Polis pun sudah maklum. Berdasarkan permit yang dibuat dan keadaan Mat Sabu sendiri dengan isu yang hangat sekarang. Tapi macam mana boleh lepas?. Malah kejadian ini berlaku didepan Polis.'' terangnya yang juga merupakan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan( ANAK).

Beliau bagaimanapun memuji tindakan petugas Jabatan Amal Johor kerana berjaya mengawal keadaan dan bertindak mengikut arahan pimpinan.

''Mujurlah Unit Amal mengikut arahan dan tidak mengikut emosi? syabas Unit Amal'' ujarnya lagi

01 di desaru - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di desaru - Google Blog Search


116 <b>Desaru</b> International Triathlon 2011

Posted: 08 Oct 2011 08:43 AM PDT

The longest & toughest so far!

I went there car pool with 3 other triathlete friends, Zulhassan, Azmar & Hancik. Zulhassan picked me at behind zoo negara, Azmar @ Ampang, and Hancik @ Seremban.

Fetching Hancik at Muzium Budaya, Seremban

We used the new route, the Senai(U) – Desaru expressway, that directed us straight to Desaru, faster & easier than the old road. Not quite sure abt the tol charges though.

You'll encounter this tall pillar of a long bridge when u use the new Senai(U) - Desaru expressway

Reached Lotus Resort at 2.30, collected race kits, did some shopping. Pretty good price they got there. Can get a trisuit at RM150, Fizik Tri saddle at RM200!

Our room, got stairs leading to the bedroom upside

A view from upstairs

Then checked in & had some rest & quick nap. At 5pm we went to the beach to do a swim test. The weather was good, but the water was choppy, felt dizzy while swimming on it. We hope tomorrow condition will be better.

Race briefing at 6pm & right after that we had dinner at Medan Selera Bandar Sri Penawar. Surprised with the cheap price tag there! Chicken chop, fish & chip & oblong burger RM5 each & a decent taste.

Race day

Swim

To kick start what is gonna be a long day today, i did a short warm-up swim. The water were less choppy than yesterday, but last year far more calm. In Desaru long distance Tri, we have to do 2 loop of swim, 2km in total.

The race started at sharp 8.30am. My usual strategy was to start at the back to avoid the chaotic kick & punch swim.

Start the swim slowly. Suddenly water become more choppy. The sea water here are clear. You can even see the sea floor, sea weeds, corals & fish if u r lucky enuff.

The choppy water made me dizzy :P but get used to it. Clocked 55mins for the 2km swim, wow, better timing than last year.

Bike

Hopping on the bike, i'm still catching breath from the 2k swim. Couldn't spin fast, so i started with fast cadence in low gear.

This year's bike part has a different route from last year. Doing 2 loops, 46km each. Lotsa hill for the first half before u turn.

Got 4 road kills! 1st 2 small wild boar side road, 3rd one a bigger wild boar on the middle of the road, then a pity small kitty, i think newly got hit by vehicle.. huhuh.. i haz sadding :(

The 2nd half is flat all the way before u turn. Yes its flat, seems easy, but its windy with headwind pushing me back, urghhhh…

The view was spectacular, paddy field on both side, and its hot, no tree, no shade at all, except a row of rhu trees(that's where desaru got it's name i think), abt 100m long thats all.

Saw the top of the mosque, yeah, thats where the u turn is.

Changed my empty water bottle with the full one, the black power bar bottle, with cold ice water.

Approaching 1st loop in bike - photo by unknown photog

Killing my boredom on the bike, i did bring my old SQNY Ericsson on the bike, playing my fav playlist loud on speaker ;) it was loud that a friend told me he heard my music as he passed by me on the other side.

2nd loop, not much to tell, just the same route, but the day getting hotter. Completed the bike course, in 4hrs 10min!!! WTFBBQ!!!

Run

When i started running, its already 1.30pm.. just imagine the heat.. only crazy people like us do this LOL!

It started with running on sands, hot & soft sands, but i just walk on it, still recovering from the tiring bike ride.

Walked pass the power bar station, they gave me a slice of powerbar, just can take a small bite only.

The u-turn point a bit farther this time, near the end of the road.

Managed to catch-up with Zul Hassan. He thought of to quit the race, cant take it anymore. But I kept trying on encouraging him for not to go DNF. We came this far, at least we proud to at least be a finisher.

But later he asked me to continue my run n leave him sitting by the road there.

A while after doing the U-turn on the 2nd loop, I saw Zul Hassan running slowly. Felt happy seeing him continuing his run & applauded him for his strong determination!

Met with Uncle Chan, the race director at a water station near the resort while he was checking out & giving support for the remaining triathletes who is still running. Thanks uncle Chan for his dedication!

Finally, my long day has ended. I reached finish line, clocking 8:37.

I heard that many competitors DNF that day.

Thanks to my friends for making this trip possible & fun! As for now, i might not be doing it again next year :P the agony is enuf for now, hahhaha :D or maybe I can do the relay tri next year, who knows!

That's the end of my belated very longggggg delayed Desaru Triathlon report :P

Woke up early to watch the Sprint Race Tri category the next morning

An age grouper winner got dehydrated badly. Lucky he did recover, thanks to the medics quick reaction

01 di batu pahat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di batu pahat - Google Blog Search


1 Syawal <b>di Batu Pahat</b> :-) | amfarra.blogspot.com

Posted: 15 Sep 2011 12:04 PM PDT

*Peringatan: entry ini panjang. aku terbawa2 ketika menulis. Bear with me.
---

Wah! Syok sungguh aku nengok kawan2 yg dah update citer pasal raya dorang! Paling syok tgk pic2 raya tuh .. syok kan? Tgk pic orang pun aku leh feeling2 syahdu, apatah lagi tgk pic sendiri kan? maka aku pun teruja nk share citer raya aku ...

This year raya kat Batu Pahat.. hmmm mmg tak dapat disangkal lah ke'best'an nyer tuh. Aku pernah buat entry 'AKU SUKA RAYA KAT BATU PAHAT' untuk Aidilfitri tahun 2009. So, tahun ni.. sebenarnya aku boleh copy the same entry lah.. ekekekek.. sama jek Cuma kena tukar pic aje lah.. kasik lebih latest, yg mana anak2 cousins semua dah semakin beso.. ada yg aku dah tak cam .. sampaikan ada yg aku terkasik duit raya tapi ekceli dorang tu dah kerja hahaha, tapi tak apa .. utk yg masih bersekolah, aku kasik as sedekah, utk yg dh bekerja, anggap lah itu hadiah hari raya :-)

Pagi raya kali ni aku agak organized lah. Biasanya aku la paling x ready bila abang aku kata time's up! Masa utk berkumpul dan salam mak …



    this year, aku dah ready … boleh pose2 lagi sementara tunggu yg lain .. wohoo.. bangun kul 5 lom tentu leh siap by 7 tau .. maklum la byk orang kan ... by 7.30 tuh dah kena siap utk bersalaman.

as usual, part ni mmg aku biasanya rasa berat .. bukan sbb takmo minta maaf, tapi tak suka berperasaan sebak melihat airmata mak bergenang setiap kali anak2 bersalam dengan beliau. kalau dah tgk mak bergenang air mata, apatah lagi aku kan? maklum lah aku pun seorang mak jugak... aku harap aku akan jadik mak yang terbaik dan sangat supporting macam mak aku! dalam pada berat tu, tetap jugak aku mendapatkan emak dan meminta ampun dan maaf, meminta mak menghalalkan segala yang mak dah beri dan masih memberi dan akan tetap memberi aku dan adik beradik lain. aku percaya, mak sayangkan kami semua ... mak akan sanggup memberi apa sahaja untuk kebahagiaan anak2 .. tapi apa yg kami mintak adalah doa dan restu emak utk kami dan anak2 kami.

aku dulu2 tak pandai nak mintak maaf mcm cara orang2 tua tu. aku tgk org2 tua dulu, mesti duduk bersimpuh, lepas tu dalam bahasa jawa, panjang betul ucapan maaf.. dengan berbisik2 . yang aku selalu terdengar ialah,

"aku njaluk ngapuro awal akhir bla bla bla diterimo pangiran...."
"Yo podo-podo aku yo bla bla bla ..."

sampai sekarang aku belom pandai minta maaf dalam bahasa jawa.

Masa aku kecik2, aku kekok nak cakap, "Mak, Aya (panggilan aku dlm family aku je) minta maaf". Biasanya, maksud aku biasanya dulu2, aku cuma cakap, "Mak, selamat Hari Raya, Maaf Zahir batin"

Ucapan standard kad hari raya.

tapi now, beberapa tahun kebelakangan ni, sejak bersuami, ber anak2... aku tak lagi cakap selamat hari raya. aku terus kepada tujuan aku ... dan berterus terang. tak lagi meminjam kata2 dalam kad raya maaf zahir batin tu ... dengan suami, mak dan mak mertua ucapan maaf aku lebih panjang ... tujuan aku satu, meminta maaf dan minta mak halalkan segalanya... Alhamdulillah.. lain sangat perasaan meminta maaf dengan tulus ikhlas mcm tu. automatik, airmata akan bergenang jugak, tanpa dipinta.

dan paling sedih bila jawapan mak setulis ikhlas, memaafkan segalanya, mendoakan kami dan mak pun meminta dirinya dimaafkan oleh anak2 ... betapa lembutnya hati seorang ibu ... bukan sahaja memaafkan, bahkan meminta maaf sedangkan jelas sekali mak tak pernah ada buat salah kat aku dan anak2 lain ofcourse ..

Sebak. tersayat hati.





Kemudian baru lah bermaafan dengan adik beradik lain ... Alhamdulillah, keluarga aku masih bersama semuanya. Keluarga semakin besar, dan Alhamdulillah aku mempunyai abang2 dan kakak2 yang aku kira sangat bertanggungjawab. Dan Alhamdulillah, aku ada ahli keluarga yang boleh mengubah kesedihan kepada kegembiraan. Biasanya bila melihat mood anak2 dan anak2 buah yg belum memahami erti kemaafan, kerenah merekalah yg mengubah mood dipagi raya. Usai bermaafan, sesi memberi duit raya untuk anak2 buah .. anak2, itulah kegembiraan mereka selain dpt menggayakan baju dan kasut baru, kan?...

dan selepas tu zass ke rumah Wak Ajis (abang sulong arwah bapak, tempat kiterang mengadu nasib dipagi raya sbb beliau bagaikan pengganti arwah bapak) .. kat rumah Wak Ajis laaaagi lah meriah! Malas nk tulis banyak, yg tu tgk je lah kat entry 2009. Its about the same, Cuma makin bertambah ramai!

Secara fizikal, wak Ajis sihat, namun sedang menghadapi dugaan lain dari Allah S.W.T. kami sebagai anak2 beliau, tetap berdoa agar beliau sihat dan dapat bersama-sama kami lagi di masa-masa akan datang. Ucapan daripada wakil wak Ajis, yaitu Hj Khamim, cousin aku, sangat mendalam. beliau dalam nada sebak menahan tangis, cuba memberitahu kami, betapa eratnya ikatan kekeluargaan yang terjalin antara kami, sehinggakan kami dapat berkumpul dan bertakbir beramai sebagai sebuah keluarga yang sangat besar dan dapat merasakannya pada setiap pagi hari raya, adalah kerana kehadiran "bapak" (Wak Ajis). Ucapan beliau amat menyentuh hati aku. Dalam beliau berucap, diruang mataku menari2 hari2 yang pernah berlalu ketika aku kecil, ketika arwah bapak dan abangnya, Wak Ajis masih sihat membanting tulang dikebun.

Pantas masa berlalu. Semoga Allah memberi kesihatan untuk ibu, kedua ibu bapa mertua, ibu bapa saudara, keluarga, dan saudara seislam seluruhnya, Amin. (doa ini general utk semua ibu2 dan saudara2 uols pembaca ... )

gambar2 lain di pagi 1 Syawal



     
 



  
Waaahhhh! entry balas dendam kot ni? ekekke.. harus lah aku stop dulu... tak kosser nak terus sampai ke Syawal 2, 3, dan ke 15 ekekekke ...
 
Sehinggal bertemu di lain siaran hadek2 semua... Selamat Hari Raya! daa!
 
---

01 di pasir gudang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di pasir gudang - Google Blog Search


Jawatan Kosong IJM Corporation Berhad Malaysia Terkini 2011

Posted: 30 Sep 2011 09:22 PM PDT

Advertisment

Closing Date: 8 Oktober 2011

As one of Malaysia's leading conglomerates, IJM's footprint presently spans 10 countries in the world with core businesses in Construction, Property Development, Plantation, Industry and Infrastructure. At IJM, we endeavour to deliver the highest standards of performance in all our ventures. We seek to ensure that the quality of our products and services exceed our customers' expectations. We respect diversity and differences. And most importantly, we uphold the highest standards of professionalism that distinguishes our people as some of the best across industries. If you believe in your ability to be at the top of your game, we want to hear from you.

1. SENIOR EXECUTIVE (CORPORATE FINANCE)
2. PROPERTY DEVELOPMENT MANAGER
3. PROPERTY MANAGEMENT MANAGER
4. SALES ADMINISTRATION MANAGER
5. ASSISTANT MANAGER (CONTRACTS)
6. ASSISTANT MANAGER (SALES & MARKETING)
7. ASSISTANT MANAGER (PROPERTY MANAGEMENT)
8. ENGINEER
9. RESIDENT ENGINEER
10. PROJECT ENGINEER
11. PROJECT ARCHITECT
12. PROJECT EXECUTIVE
13. SAFETY & HEALTH OFFICER
14. ICT SUPERVISOR
15. CHAINMAN
16. SENIOR SUPERVISOR (Civil & Structural)
17. ACCOUNTS CLERK
18. ICT ENGINEER
19. CONTRACTS EXECUTIVE
20. SENIOR SUPERVISOR (Architectural)
21. And many more..

DOWNLOAD JOBS REQUIREMENTS

Advertisment

Incoming search terms:

  • Jawatan Kosong IJM Corporation Berhad
  • jawatan kosong di pasir gudang oktober 2011
  • jawatan kosong ijm
  • jawatan kosong ijm corporation

01 di endau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di endau - Google Blog Search


Jejak Habib: <b>Endau</b> - Padang <b>Endau</b>

Posted: 02 Oct 2011 04:03 AM PDT




Endau atau "Padang Endau" merupakan sebuah bandar kecil di Pantai Timur Malaysia. Ia terletak pada hujung utara timur Johor dan hujung selatan Pahang. Ia juga terkenal sebagai satu daripada pelabuhan-pelabuhan perikanan terbesar di pantai timur Semenanjung Malaysia. Endau berhampiran dengan Kuala Rompin dan Rompin di negeri Pahang.

Bandar Endau terletak di muara Sungai Endau yang juga merupakan sempadan negeri Johor-Pahang. Oleh itu Endau merupakan petempatan yang terletak di dua buah negeri Johor dan Pahang mewujudkan nama "Endau Johor" dan "Endau Pahang". Walau bagaimana pun dari segi pentadbiran, Endau sebenarnya adalah merupakan sebuah bandar dan mukim di negeri Johor.

Pada suatu ketika dahulu, terdapat masalah perhubungan untuk melintasi Sungai Endau. Jambatan Endau telah dibina pada awal 1970-an bagi mengatasi masalah perhubungan ini yang menggantikan perkhidmatan feri tunda. Menara Jam Endau dibina di tebing utara Sungai Endau berhampiran Jambatan Endau di sebelah negeri Pahang, yang lebih dikenali dengan nama Tanjung Gemok yang dahulunya merupakan "Endau Pahang". Di sini terletaknya jeti nelayan yang beroperasi di Laut China Selatan.

Ekonomi

Dari segi ekonomi, kegiatan utama penduduk di Endau adalah perikanan dan pertanian. Sebagai pelabuhan utama perikanan di Pantai Timur, kegiatan perikanan amat penting. Kebanyakan hasil tangkapan laut dijual ke Singapura dan seluruh negeri Johor.

Pertanian adalah merupakan aktiviti penting di Endau. Terdapat kawasan sawah padi yang luas di "Sawah Labong" yang terletak di sepanjang petempatan di Kampung Semaloi, Bukit Pasir dan Labong dengan keluasan kira-kira 6,000 ekar. Penanaman padi cara moden telah lama dilakukan di sini semenjak awal kemerdekaan negara di mana penggunaan jentera moden sepenuhnya telah digunakan semenjak tahun 1960 lagi. Sawah padi ini mendapat bekalan air secara terkawal dan sistematik dari empangan di Tasik Labong yang juga menjadi sumber bekalan air bersih kepada penduduk di sekitar Endau.

Getah dan kelapa sawit juga diusahakan di sini di mana kebanyakannya meliputi kawasan felda dan felcra. Felda Endau yang merupakan petempatan felda tertua di Malaysia mengusahakan tanaman getah dan kelapa sawit.

Pelancongan

Terdapat beberapa tarikan pelancongan di Endau. Di antaranya adalah pantai-pantai yang menarik seperti Pantai Pasir Lanun dan Teluk Gorek selain pemandangan kampung tradisi yang menawan.

Tasik Labong yang terkenal dengan ikan toman dan kelisa begitu juga Sungai Endau juga menyediakan lokasi dan cabaran kepada kaki pancing ikan air tawar. Sungai Endau yang terkenal dengan udang galahnya sudah tentu akan memberikan pengalaman yang menarik kepada peminatnya. Bagi mereka yang suka memancing di laut pula, banyak kemudahan memancing boleh didapati di sini dengan kos yang berpatutan.

Endau, selain dari Mersing juga merupakan pengkalan utama untuk ke Pulau Tioman. Pengunjung boleh mendapatkan kemudahan feri di Jeti Tanjung Gemok yang beroperasi setiap hari.

01 di labis - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di labis - Google Blog Search


Selepas Lari Di Rembau, PERKASA Mengganas <b>Di LABIS</b> |Pulakdah!

Posted: 07 Oct 2011 08:22 PM PDT


Nampaknya Perkasa (baca Umno) tidak belajar dari apa yang terjadi di Rembau. Samseng-samseng Umno telah menyerang program ceramah Md Sabu di Labis semalam sehingga ada yang cedera berdarah.

Seorang petugas unit amal cedera di pipi apabila sekumpulan 30 Pemuda Umno bermotor datang mengganggu dan membuat bising semasa ceramah Mat Sabu di dataran Cikgu Mala,Labis malam tadi. Mereka membaling seketul objek keras kepada seorang petugas unit amal menyebabkan pipinya tercedera dan berlumuran darah.



Walaupun diganggu, dataran Cikgu Mala di Labis malam tadi tetap dibanjiri oleh rakyat, semata-mata untuk mendapatkan maklumat yang keluar daripada mulut pemimpin Pakatan Rakyat tentang isu-isu semasa yang tidak mungkin boleh di dapati dari media milik kerajaan yang sentiasa memutar-belitkan fakta serta menyembunyikannya dari pengetahuan umum.

Pada 10hb ini, Pengerusi SAMM che'GuBard akan ceramah bersama Md Sabu di Segamat. Bagaimana pula sambutan rakyat di sana?. Dan bagaimana pula sambutan Perkasa di sana?.

01 di kulai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di kulai - Google Blog Search


Selepas Lari Di Rembau, PERKASA Mengganas <b>Di LABIS</b> |Pulakdah!

Posted: 07 Oct 2011 08:22 PM PDT


Nampaknya Perkasa (baca Umno) tidak belajar dari apa yang terjadi di Rembau. Samseng-samseng Umno telah menyerang program ceramah Md Sabu di Labis semalam sehingga ada yang cedera berdarah.

Seorang petugas unit amal cedera di pipi apabila sekumpulan 30 Pemuda Umno bermotor datang mengganggu dan membuat bising semasa ceramah Mat Sabu di dataran Cikgu Mala,Labis malam tadi. Mereka membaling seketul objek keras kepada seorang petugas unit amal menyebabkan pipinya tercedera dan berlumuran darah.



Walaupun diganggu, dataran Cikgu Mala di Labis malam tadi tetap dibanjiri oleh rakyat, semata-mata untuk mendapatkan maklumat yang keluar daripada mulut pemimpin Pakatan Rakyat tentang isu-isu semasa yang tidak mungkin boleh di dapati dari media milik kerajaan yang sentiasa memutar-belitkan fakta serta menyembunyikannya dari pengetahuan umum.

Pada 10hb ini, Pengerusi SAMM che'GuBard akan ceramah bersama Md Sabu di Segamat. Bagaimana pula sambutan rakyat di sana?. Dan bagaimana pula sambutan Perkasa di sana?.

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved