ads

Ahad, 11 Mac 2012

01 di tangkak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di tangkak - Google Blog Search


Mencari Homestay <b>di</b> area Sagil-<b>Tangkak</b>-Jementah : Semua <b>...</b>

Posted: 21 Feb 2012 08:40 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Mencari Homestay di area Sagil-Tangkak-Jementah. Posted by admin on Feb - 21 - 2012 - 0 Comment. Saya sedang mencari homestay di areaSagil/Tangkak/Jementah. Akan didiami pd 15 & 16Jun 2012 nanti. Contact Azah. Click here to ...

01 di benut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di benut - Google Blog Search


saifulam-agrofarm: KURSUS CENDAWAN <b>DI BENUT</b>,PONTIAN <b>...</b>

Posted: 14 Jan 2012 01:52 AM PST

BERMINAT MENYERTAI KURSUS PENANAMAN CENDAWAN PADA 29/1/2012 INI BOLEH HUBUNGI SAYA SEGERA 0137501589.YURAN HANYA RM250 SAHAJA.DI BERIKAN SIJIL,VCD,NOTA DAN KIT PENANAMAN CENDAWAN.

01 di pengerang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di pengerang - Google Blog Search


mummy viva: Sepetang <b>di</b> Tg. Pengelih, <b>Pengerang</b>, Johor

Posted: 26 Feb 2012 03:04 AM PST

Untuk Maklumat, Tanjung Pengelih terletak di Pengerang, Johor.Ia merupakan lokasi yg boleh dikira sebagai tempat bersejarah Negeri Johor.Dahulunya tempat ni dikenali sebagai "British Military Operation Centre" semasa Perang Dunia ke 2...Masa dulu la...kira pusat aktiviti askar British dolu2.... Dan sekarang ia masih lagi kawasan The Royal Malaysian Naval Academy (PULAREK TLDM)is penempatan latihan tentera laut (ape tu Navy bahase English),

Tempat ni pun x jauh dari kampung hubby aku...(isk ye ke x jauh)?? aku rs mcm jauh je..hehehheh..adalah dalam 15 - 20 minit dari telok ramunia..hehhe..Gambo ni pun dah lama amik just baru sempat upload untuk story...

Ni kira lawatan sambil belajar untuk ank2 aku...ye la mana tau dah beso sok jadi tentera laut..so ni pun leh jadikan inspiration la untuk dioarang..(agaknyer ler)..mudah-mudahan...



Neesa bergambar depan pintu masuk PULAREK, isk-isk abang apis tengah berkira-kira nak jadi pilot ke or nak jadi kapten kapal laut???..sebab cita-cita abang apis nak jadi BOSS pada PILOT...


My 3 heroes in front of the PULAREK Main Gate....


This sea view is in front of the PULAREK, Tg Pengelih...masa ni air dah surut so x bape cantik sgt view nye..tapi yg best dapat nengok kapal2 beso yg bawak minyak or kapal bawak kontena dok beratur nak masuk PSA, Singapore....



Lastly, this is the view, cantikkan kapal2 tu dok beratur untuk "berthing" kat PSA Port.Singapore....aku nampak Byk Kapal2 APL...hehehheheh....
and see you all in the next entry..bubye...muaxxxx....

01 di batu pahat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di batu pahat - Google Blog Search


jinggo-fotopages: PR - Ceramah Demi Rakyat <b>di Batu Pahat</b>

Posted: 11 Mar 2012 03:42 AM PDT

Venue : Km 18 Jalan Kluang, Kg Parit Haji Salleh Ros, Batu Pahat
1. Apa pasal orang panggil dia nih Sam Ketot atau Sam Kemetot ? Aku tengok dia normal je...hehe..
 3. Ahli politik kena lah belajar kawal mulut...jangan main lepas cakap macam baru lepas minum air longkang. Jangan menghina pemimpin yang terdahulu...mereka lebih berjasa dari kamu yang baru dapat jadi YB yang belum tentu boleh mentadbir...apa rasa kalau aku panggil kau "mulut sial macam haram jadah" ??
 4. YB Abdullah Sani, Ahli Parlimen Kuala Langat.... mulut busuk macam sial haram jadah.. I apologise to all my viewers for this sudden outburst... It is this kind of politician that I cannot tolerate... Lies and slanders and now this calling of names to a world class leader which we all have strong affections... its just too much..
 5. Tuan rumah, Chua Jui Meng
 7. Kehadiran Polis Cawangan Khas begitu ramai malam ini sehingga saya pun disangka salah seorang dari anggota mereka... "Encik, maklumat kita terima akan ada gangguan malam ini", begitu lah maklumat yang dibisikkan kepada saya...
 8. Gangguan tidak menjadi...budak budak yang diupah tak berani keluar dari hutan sawit belakang pentas... hehehe..
 13. Antara kumpulan yang begitu bersemangat mengawal keselamatan Anwar ..
 15. Kehadiran dalam linkungan 1,000 saja...
 20. Eh eh... pehal lak?
 26. Haaa ni dia macam macam pesan dari Sheikh Yusuf Al Qardawi...

01 di kukup - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di kukup - Google Blog Search


Pak Cek Biola: PULAU <b>KUKUP</b> MAKIN MENGECIL SETIAP BULAN

Posted: 07 Mar 2012 06:43 PM PST

Selamat pagi.




Pasti ramai yang tidak mengetahui dimana lokasi Pulau Kukup. Pulau Kukup adalah terletak berhampiran dengan Tanjung Piai dan terletak dalam daerah Pontian, Johor. Pulau Kukup diletakkan di bawah Johor National Park. 
Pulau Kukup yang berada di bawah pengawasan Johor National Park
Pulau Kukup merupakan pulau kedua terbesar di dunia yang tiada penghuni. Namun begitu, apa yang merisaukan kita ialah kemungkinan gelaran itu akan hilang kerana berlaku hakisan pantai yang teruk dan menyebabkan keluasan pulau itu semakin mengecil setiap bulan.
Apa yang membimbangkan kita ialah kawasan bakau telah menyusut 100 meter daripada keluasan sebenar sejak 10 tahun yang lalu. Hakisan di pesisir pantai menjadi semakin ketara apabila air pasang, ombak menjadi makin besar dek kerana aktiviti perkapalan yang tidak terkawal dan kegiatan mencuri bakau.
Apa yang lebih merugikan kita ialah sebatang pokok bakau minyak (Rhizophora Apiculata) yang berusia lebih 100 tahun dan dipercayai paling besar di negara ini dikatakan akan tumbang dalam masa beberapa bulan lagi akibat hakisan tanah.
pokok bakau yang mati akibat hakisan di Pulau Kukup.
Pulau itu yang kaya dengan spesies bakau (38 spesies) dengan nilai komersi lyang tinggi akan lenyap begitu sahaja jika pulau ini sudah tidak dapat diselamatkan. Selain itu, Pulau ini juga pernah diiktiraf sebagai tapak RAMSAR.
Jadi, apakah peranan kita semua sebagai masyarakat. Kita berbangga kerana kita adalah antara negara yang mempunyai megadiversiti. Tapi kita sentiasa alpa dengan apa yang kita ada. Kita bangga dengan kemajuan yang makin hari makin jauh ke depan, tapi kita lupa akan alam sekitar yang wajar dijaga bersama-sama.
Menjadi kerugian pada kita jika Pulau Kukup ini akan hilang dari peta dunia. Sama-sama kita ambil iktibar dan fikir apakah hikmah dengan kejadian semua ini.

puterakahaku: Melancong ke Tanjung Piai - <b>Kukup</b> - Pontian

Posted: 06 Mar 2012 08:32 PM PST

Itu hari, dalam bulan Januari 2012, saya and famili menghabiskan cuti Tahun Baru Cina di Johor Bahru. Plannya ialah rileks dan santai. Bercuti sebab waktu cuti sekolah hujung tahun haritu, kami tak dapat nak berjalan ke mana-mana. Nak ke Cameron Highlands, ramai orang..

Jadi saya pun membuat rancangan ke kawasan yang saya tak pernah sampai lagi, iaitu Tanjung Piai, Kukup dan juga Pontian..Memang seumur hidup tak pernah menjejakkan kaki ke situ..

Kami menginap di JB City Hotel dekat nak masuk Tampoi. Harga satu malam bagi kami katil queen ialah RM 100. Sarapan tak ada disediakan. Cerek air pun tak ada, kena ambil di mesin air di tepi lif. Katil ok, bilik air pun ok. Pada saya, kalau bilik air ok, semuanya ok..

Hari pertama kami ke zoo johor, Ivy pun dah lama tak pergi zoo. Zara pulak memang tak pernah pergi lagi, Zoo Johor pulak memang murah bayaran masuknya berbanding Zoo Negara. Memang tempat wajib lawat la..


Selesai acara di Zoo Johor, kami bertolak menuju ke Tanjung Piai..Perjalanan lebih kurang 1 jam 30 minit, dah sampai ke hujung selatan tanah besar benua Asia.. Sebelum memasuki kawasan hutan bakau di situ, pengunjung perlu membayar bayaran masuk serta mencatat nama di kaunter disediakan. Di situ juga kami beli fridge magnet cap ayam. Memang kokak sikit. Tapi lebih baik ada daripada tak ada.










Kami kemudian menjejakkan roda kereta ke pekan kecil Kukup. Memandu hingga hujung jeti ke Pulau Karimun. Saya sudah memasang target nak ke Tanjung Balai, Pulau Karimun kelak. Setahu saya, di situ ramai lelaki Cina warga Singapura dan orang Malaysia datang ke Tanjung Balai untuk 'berseronok-ronok'..macam di Batam juga..
Kembara kami sekeluarga diteruskan lagi ke bandar Pontian, kami berhenti makan nasi beriyani, ronda-ronda town, dan bertolak pulang ke JB...
Setel lah sudah kembara Tanjung Piai - Kukup - Pontian saya pada 2012 ini. Kawasan belum jejak di Johor seterusnya adalah Mersing, Sedili, Pengerang dan Sungai Rengit.

01 di labis - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di labis - Google Blog Search


pengajar.info: 108 Murid SK <b>Labis</b> Terima Bantuan Banjir RM200

Posted: 23 Feb 2012 10:24 PM PST


MOHD. Azahar Ibrahim (kiri) menyampaikan bantuan banjir kepada salah seorang bapa murid di SK Labis di Labis, kelmarin.
LABIS 23 Feb. - Seramai 108 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Labis di sini masing-masing menerima wang bantuan banjir RM200 semalam.
Bantuan keseluruhan berjumlah RM21,600 itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Mohd. Azahar Ibrahim kepada murid tahun satu hingga enam yang terjejas akibat banjir tahun lalu.
Mohd. Azahar berharap, bantuan itu dapat meringankan beban mereka dan digunakan untuk membeli peralatan sekolah.
"Saya harap wang ini dapat digunakan dengan bijak oleh penerima bagi membeli keperluan sekolah serta meningkatkan lagi prestasi pembelajaran," katanya.
Sementara itu, Guru Besar sekolah berkenaan, Mohd. Yusuf Mohamad memberitahu, SK Labis menerima peruntukan hampir RM3 juta untuk mendirikan bangunan prasekolah yang akan dimulakan tidak lama lagi.
"Bangunan baharu tersebut dijangka siap sepenuhnya Julai nanti dan akan digunakan pada sesi persekolahan tahun depan.
"Dengan adanya bangunan dan kelas prasekolah ini, diharap dapat memberikan suasana lebih selesa kepada murid dan prestasi mereka dapat dipertingkatkan," katanya.

01 di plentong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di plentong - Google Blog Search


Slogan &#39; Allah Bersama UMNO&#39; Hanya Satu Rektorik Politik UMNO <b>...</b>

Posted: 05 Mar 2012 06:51 PM PST

PASIR GUDANG - Di sepanjang jalan ke arah sebuah Taman perumahan di Plentong, Pasir Gudang dekat sini terdapat bunting yang berbunyi 'Allah Bersama UMNO' mengundang pelbagai reaksi dan tanda tanya.

Menurut sumber, bunting dalam gambar itu turut memaparkan logo Barisan Nasional tertera tulisan 'BN Hak Milik Semua, Pemuda BN Pasir Gudang' menjadi buah mulut orang bagaimana sebuah parti yang didakwa cukup liat bila diajak mendaulatkan hudud tapi memiliki harapan agar Pencipta Hudud itu bersama dengan mereka.

"Di sepanjang jalan ke arah Taman perumahan saya d plentong masai,Pasir Gudang terdapat bunting ini dipasang di setiap tiang.Cuba baca apa yg Ummo Ini tulis.Apa komen anda tentang tulisan di banner ini?Adakah anda bersetuju?. Tetapi hairan d hati ini apabila sebuah parti yg menolak Islam tapi masih mahu Allah bersama mereka?," ujar pemilik akaun rasmi facebook Abusiraj Almuner.

Malah, ada juga komen mempertikaikan kredibiliti UMNO dalam menyentuh perilaku yang kurang enak didengar namun realtinya 'kebusukan' itu tidak boleh disembunyikan lagi.

"Allah bersama UMNO,seolah-olah memaksa Allah untuk bersama UMNO.Sepatutnya UMNO bersama Allah dengan melaksanakan hudud, melaksanakan hukum-hukum Allah,hapuskan riba,hapuskan judi,hapuskan kelab-kelab malam. Sebaliknya UMNO terang-terang menolak hukum hudud" komen pemilik facebook Abd Haffizd Abd Karim pula.

Dalam pada itu, persepsi masyarakat melihat UMNO begitu 'tertarik' dalam soal-soal agama hanya disifatkan 'bermusim' dan tidak lebih menuturkan kalimah Allah di mulut bukan dihati.

"Yang tepatnya umno bersama Allah bersempena serta bermusim saja. Tidak lebih dari itu.Malaysia ini bukan negara Islam kalau arak,judi,zina berleluasa. Tidak malukah nak pakai kalimah suci Allah kalau kalimah tu hanya di mulut bukan dihati.Perhatilah disekeliling kita apakah Islam tu memerintah atau diperintah," dakwa Roslan Lan.


** Iklan Text Produk dan Blog Anda Disini **

01 di muar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di muar - Google Blog Search


JALAN CARI MAKAN-MAKAN : SARAPAN SATE <b>DI MUAR</b> <b>...</b>

Posted: 24 Feb 2012 07:04 PM PST

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia....
"ORANG MUOR KALAU TAK MAKAN SATE KAT BANDOR TIME SARAP MEMANG TAK SAH"
Ya, pagi tadi, en. Ayah bawak kami sekeluarga makan sate di salah sebuah kedai sate di depan Terminal bus bandar Muar..Ok, serius aku lupa nama kedai tu sebab sedap sangat! Hahahah....If ada orang Muor (Muar) yang tahu, sila comment la ye... So, apa yang best dekat kedai ni? First, aku memang suka surrounding die yang memang naissss and cozy... ya, sangat mengundang untuk makan :)

Overall....memang puas hati...harga dia...memang murah...kat Shah Alam memang tak dapat la nak makan dengan harga macam ni.... So, pada korang yang nak datang ke Muor...boleh lah singgah kedai ni yang berada di hadapan Terminal Bus Muar....
  • MAKANAN: *****
  • DECORATION:*****
  • SERVICE:*****
  • HARGA:*****
p/s: kesat air liuqqqq...ahhahahaaha

01 di kulai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di kulai - Google Blog Search


Malaysia Zoom » 29 buah sekolah <b>di Labis</b> terima RM35 juta

Posted: 06 Jan 2012 03:07 PM PST

LABIS 6 Jan. – Sebanyak RM35 juta telah diagihkan kepada 29 buah sekolah di daerah kecil Labis dalam tempoh 2008 hingga tahun lalu bagi pembangunan infrastruktur dan kemudahan lain demi memastikan keadaan pembelajaran lebih selesa untuk para pelajar.

Ahli Parlimen Labis, Datuk Chua Tee Yong berkata, ia melibatkan 22 sekolah rendah dan tujuh sekolah menengah dengan Sekolah Kebangsaan Seri Bali Chaah mendapat peruntukan tertinggi berjumlah RM15 juta untuk pembinaan bangunan baru yang telah pun digunakan bermula sesi persekolahan tahun lalu.

"Sekolah rendah antara yang paling banyak menerima manfaat daripada peruntukan tersebut dengan beberapa buah sekolah mendapat bangunan baru antaranya SK Sri Labis dan SK Pekan Air Panas yang masing-masing mendapat bangunan baharu tiga tingkat untuk keselesaan pembelajaran dan pengajaran.

"Diharap dengan peruntukan dan perkembangan terbaru itu, pelajar dan guru di dalam kawasan Parlimen Labis akan melipatgandakan usaha bagi memperbaiki pencapaian kecemerlangan pendidikan yang sedia ada pada masa akan datang," katanya ketika meninjau sesi persekolahan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Labis di sini semalam.

Sementara itu, Tee Yong turut mengambil inisiatif mencari dan mengedar borang permohonan wang sumbangan kerajaan sebanyak RM3,000 kepada Konstabel Khas (SC) dan Home Guard yang menjaga keamanan kampung di zaman darurat seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jelasnya, tumpuan diberikan bagi mereka yang menetap di kawasan Labis dan perjumpaan dengan Ahli Majlis Daerah Labis, ketua kampung dan pemimpin masyarakat telah diadakan bagi mencapai kata sepakat untuk membantu golongan itu mendapat hak mereka.

Dipetik dari Utusan Malaysia

01 di pagoh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di pagoh - Google Blog Search


Pakatan Haram Berani Letak Lim Kit Siang Jadi Calon Parlimen <b>...</b>

Posted: 10 Mar 2012 03:35 AM PST

March 10, 2012   ·   61 Comments

kit siang

Meneliti gaya dan corak politik Pakatan Haram, boleh dikatakan bahawa mereka kini sedang menyusun strategi untuk menyerang negeri-negeri di bahagian selatan tanahair yang berada di bawah pentadbiran kerajaan-kerajaan negeri BN.

Malah, mereka mendabik dada mengakui di media-media rasmi mereka mengenai fokus yang lebih diberikan bagi merampas negeri-negeri BN di bahagian Selatan pada PRU ke-13 yang akan datang.

Antara negeri-negeri yang menjadi sasaran mereka ialah Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Dalam ertikata lain, mereka mahu menawan kubu-kubu kuat BN tersebut.

Antara yang telah di bawa ke selatan ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, yang selama ini diberikan kerusi selesa di Kubang Kerian. Mazlan Aliman baru-baru ini pula yakin bahawa PAS mampu menawan 17 kerusi di Johor.

Malah, AJK PAS Pusat, Zulkefli Mohamad Omar memberi amaran bahawa akan berlaku 'tsunami politik' di negeri-negeri Selatan. Dan dia memujuk orang Melayu di selatan dengan mengatakan bahawa 'tidak logik DAP akan perintah negara sekiranya Pakatan Haram menang PRU'.

Nampaknya, Pakatan Haram sedang menuju jalan buntu. Apa mereka fikir BN di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan itu "tunggul kayu" atau "batang pisang" yang kaku dan beku? Tak tahu melawan atau mempertahankan negeri-negeri mereka apabila diserang agen Yahudi dan kafir harbi?

Seranglah kalau berani dan kita sama-sama lihat hasilnya pada PRU ke -13 nanti. Saya cabar Pakatan Haram untuk letakkan 'hardcore-hardcore' mereka di negeri-negeri Selatan.

Pertamanya, letakkan Lim Kit Siang bertanding di Parlimen Pagoh. Kita lihat bagaimana dia mahu 'berkungfu' dengan Timbalan Perdana Menteri. Dipersilakan pula Karpal Singh bertanding di Melaka. Kalau boleh di DUN Bukit Katil atau mana-mana Parlimen di Melaka yang dia suka.

Kemudian tolong calonkan Hadi Awang di DUN Bagan Pinang atau mana-mana Parlimen yang dia suka di Negeri Sembilan. Setakat hantar Salahuddin Ayub, ia dilihat tindakan 'membunuh' Naib Presiden PAS itu.

Kalau Mazlan Aliman mahu rasakan 'kemenangan lebih besar', cuba calonkan pula Nik Aziz Nik Mat lawan dengan Menteri Besar Johor, Datuk Ghani Othman di DUN Serom. Kalau Nik Aziz menang, lantik dia jadi MB Johor pulak. Macamana? Berani?

Anwar pula letakkan di Bagan Pinang. Suruh dia lawan di DUN milik bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad. Alah! Takkanlah dengan Tan Sri Isa Samad pun Anwar takut nak lawan? Bukankah slogan Anwar 'lawan tetap lawan'? Berani ke?

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang nak serang negeri-negeri selatan, letaklah kepala-kepala Pakatan Haram di sana dan kita tengok siapa yang menang, siapa pula yang hilang wang deposit!

Saya tertanya-tanya. Sedangkan negeri-negeri di utara pun Pakatan Haram belum tentu dapat pertahankan, apatah lagi negeri-negeri di selatan. Di Kedah misalnya huru-hara. Bukan kerana UMNO buat kacau, tapi PAS sendiri yang kacau bilau.

Sudah la pentadbiran Azizan tidak disenangi puak-puak PKR dan DAP, puak-puak PAS sendiri mahu menggulingkan kepimpinan MB Kedah itu. Teruk Azizan dibalun siang dan malam hingga terjejas kesihatannya yang memang sedia terjejas pun sebelum ini. Nak kasi Azizan mati cepat ke?

Selamatkah Lim Guan Eng di Pulau Pinang? Insiden kampung Buah Pala masih segar dalam ingatan kaum India di Pulau Pinang. Sebut nama Guan Eng di depan kaum India di negeri jiran, Perak, memang meludahlah mereka. Bayangkan pula reaksi kaum India di Pulau Pinang. "Kalau boleh, nak angkat parang", kata mereka.

Melayu Pulau Pinang sudah dihambat keluar dari kawasan pulau di Pulau Pinang. Di pulau hanya untuk orang-orang Cina DAP sahaja. Guan Eng buat rumah-rumah dan kondo-kondo mewah yang mahal harganya dan tidak mampu dimiliki oleh bangsa bumiputera, khususnya Melayu.

Kaum Cina MCA dan Gerakan pun turut dihalau dan disekat ekonomi mereka. Perniagaan mereka diganggu dan mereka mengalami kerugian besar. Tapi, memandangkan kaum Cina ini mementingkan ekonomi dari masa depan, mereka terpaksa berlakon menyokong DAP untuk meneruskan urusan ekonomi mereka…

Perak? Itu kena tanya Nizar Jamaluddin. Khabarnya, DYMM Sultan Perak memang tak berkenan langsung dengan Nizar. Entah kenapa DYMM Sultan Perak tak suka pada Nizar. Sengaja, kot? Ngeh dan Nga? Itu boss Nizar. 'A' kata Ngeh dan Nga, maka 'A'lah yang perlu Nizar sebut. Kalau 'B', maka 'B' lah. Puppet itu memang taat pada tuannya…

Selangor pula memang tengah tinggal nyawa-nyawa ikan. Kalau nak diukur MB Selangor yang tak tahu sikat rambut, dah tentu Selangor bungkus! Mujurlah Ronnie Liu dan konco-konconya begitu bagus merancakkan ekonomi Selangor dengan rumah-rumah urut, pusat-pusat hiburan dan pub-pub maksiat yang tumbuh bagai cendawan.

Dengan kemakmuran 'maksiat' di Selangor, rakyat Selangor secara majoritinya gembira dengan perubahan tersebut dan akan 'memilih' Pakatan Haram lagi pada PRU ke-13. Apatah lagi mereka sudah berjaya menggulingkan Hasan Ali, maka tiada siapa lagi yang akan melarang mereka menghancurkan Selangor!

Dengan senario 'strategi menyerang negeri-negeri selatan' dan keadaan terkini di Kedah, Pulaun Pinang, Perak dan Selangor, apakah yang kita boleh jangkakan pada PRU ke-13 nanti? Silap-silap, Kelantan pun melayang dari tangan PAS…!

By


 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved