ads

Khamis, 31 Mei 2012

01 di parit sulong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di parit sulong - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>lok heng</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Feb 2012 12:00 AM PST

Perjumpaan dan dialog di Felda Air Tawar 4

Pak Abu pengasas Jawatankuasa Bertindak untuk Peneroka Felda Lok Heng

Hadirin di Majlis Dialog di Felda Lok Heng

Peneroka Felda Air Papan turut hadir

Sdr Zabidie Abas menjelaskan perjuangan yang dibawakan oleh Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal kepada peneroka-peneroka di Felda Lok Heng

Pak Aya, seorang veteran politik dari zaman mudanya didalam PRM, kini PKR, menjadi Setiausaha Jawatankuasa Bertindak bagi peneroka-peneroka Lok Heng

Rahman Kaimi, Ketua PKR Ranting Felda Nitar 2 mengajak peneroka Felda Bukit Batu supaya berjuang menuntut hak mereka. "Ayah kita kena tipu, kita generasi kedua kena tipu dan jangan biarkan anak kita pula ditipu oleh Felda" ujarnya semasa berucap dihadapan peneroka-peneroka Felda Bukit Batu.

Didalam lawatan saya ke Negeri Johor pada 12 dan 13hb Disember 2011 membawa saya kepada 3 rancangan Felda iaitu Felda Bukit Batu, Felda Lok Heng dan Felda Air Tawar 4 didalam 3 kawasan DUN yang berbeza.

Di kesemua rancangan Felda yang dilawati itu, Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Negeri Johor yang dipengerusikan oleh Zulkifli Daud mengadakan 3 Majlis Dialog. Tajuk utama dialog itu adalah berkaitan dengan isu penyenaraian Felda Global Ventures ke pasaran saham dan kesannya yang akan menimpa peneroka-peneroka Felda dan juga kepada Felda.

Anak-anak muda yang menghadiri majlis-majlis dialog itu memembawakan persoalan mengenai pemansuhan Felda Plantation dan pengagihan tanah ladang di Plantation itu kepada generasi baru Felda dan penerangan mengenai Janji Buku Jingga dan Janji Palong.

Isu yang menjadi tarikan minat peneroka-peneroka yang hadir adalah mengenai isu geran tanah yang masih belum dikeluarkan walaupun mereka sudah begitu lama menjelaskan bayaran CAC termasuk premium melalui Felda; isu kegagalan Felda mengembalikan wang tanam semula yang dicarumkan oleh peneroka-peneroka sejumlah RM17,000.00; isu hutang yang begitu besar yang mereka tanggung kepada Felda, dan meminta penjelasan bahawa sesungguhnya Feldalah yang berhutang dengan mereka; dan isu saman terhadap Felda khususnya mengenai peratusan perahan KPG yang dimanipulasikan oleh Felda; dan isu saman terhadap Felda mengenai lebihan pendapatan yang tidak dikembalikan oleh Felda kepada peneroka-peneroka. Di kesemua rancangan Felda yang saya lawati itu telah ditubuhkan Jawatankuasa Bertindak bagi mengumpulkan peneroka-peneroka untuk memfailkan saman terhadap Felda.

Kecuali di Felda Bukit Batu yang mana diadakan dialog di premis Ketua PAS Cawangan, dialog di Felda Lok Heng dan Felda Air Tawar 4 diadakan di rumah ahli-ahli UMNO. Ini adalah perkembangan luar biasa dan inilah trend yang sedang melanda Negeri Johor.

Full content generated by Get Full RSS.Full content generated by Get Full RSS.

01 di gelang patah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di gelang patah - Google Blog Search


mednaha: Shauqi menikmati seafood di restoran <b>di Gelang Patah</b>

Posted: 22 Apr 2012 05:46 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Shauqi menikmati seafood di restoran di Gelang Patah. Shauqi banyak minum air dan makan sotong goreng tepung je.... selebihnya kami yanag kebas.... :). Posted by mednaha at Sunday, April 22, 2012. Labels: Keluarga ...

01 di bekok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di bekok - Google Blog Search


Perkhemahan Pengakap <b>Di Bekok</b>, Sg Bantang, segamat

Posted: 26 Apr 2012 07:59 PM PDT

27-29/4/2012 (Jumaat-Ahad)

Pezol Stylez: BERCANDA <b>DI</b> AIR TERJUN <b>BEKOK</b> PART 1 : PLAN <b>...</b>

Posted: 27 May 2012 10:17 AM PDT

Semalam aku dan beberapa classmate aku pergi manda mandi kat Air Terjun Bekok
Memang tak rancang pon nak pergi kat situ
Tapi disebabkan rasa bosan melampau kitorang pon pergi sana
Dekat satu jam gak la nak sampai sana dari batu pahat
Beberapa KM lagi nak sampai sana kitorang singgah gerai tepi jalan jap sarapan pagi
Habis je makan terus merempit pergi air terjun untuk mandi manda...best








p/s: Disebabkan gambar terlalu banyak..so aku buat beberapa part untuk entry bercanda di air terjun bekok ni. So, korang tunggu part yg seterusnya yer.

01 di tebrau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di tebrau - Google Blog Search


1 mudah.com | rumah untuk dijual <b>di tangkak</b>

Posted: 17 Apr 2012 08:07 AM PDT

The following is daily update on search done at my 1 mudah.com :


This entry was posted under Daily Search for My 1 mudah.com

01 di tangkak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di tangkak - Google Blog Search


1 mudah.com | rumah untuk dijual <b>di tangkak</b>

Posted: 17 Apr 2012 08:07 AM PDT

The following is daily update on search done at my 1 mudah.com :


This entry was posted under Daily Search for My 1 mudah.com

01 di parit yani - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di parit yani - Google Blog Search


Me, Myself and I : Jalan2 Cuci Mata... @_@

Posted: 27 May 2012 11:29 PM PDT


Semalam baru balik dari Batu Pahat, Johor. Mimi n kawan2 bertolak dari Shah Alam menaiki bas. 
Perjalanan memakan masa lebih kurang 4 jam. Sambil2 buat research kitorang p jalan2 area Batu Pahat tuu...Sambil menyelam kitorang minum la air. Banyak betul 'parit' kat Johor nih... ada Parit Raja, Parit Yani, Parit Besar n even Parit Buaya pun ada. Ingatkan orang je yang 'buaya'....Ooooppppss! Destinasi kitorang yang pertama ialah  p ladang cendawan yg dikenali sbg C&C Mushroom Cultivation Farm Sdn Bhd.   Gmbr2 kat bawah ni antara aktiviti kitorang setelah seharian travel di sekitar Batu Pahat, Johor.




 Pengetahuan tentang proses tanam cendawan yg agak rumit berbanding tumbuhan yang laen kami peroleh. Agak banyak proses yang diperlukan utk penghasilan cendawan nih. Selama ni tahu makan jer...hehehe.. Alhamdulillah. Semua yang dirancang berjalan dengan lancar. Tenkiu Allah... Seharian kitorang jalan2 area Johor tuu. Gembira dapat luangkan masa dgn diorang nih walaupun penat.. Hopefully, dapat luangkan lagi masa dengan diorang ni. InsyaAllah. :))
NotaKaki: Jauh Perjalanan,Luas Pandangan (xdela jauh sgt) ;))

01 di johor bahru - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di johor bahru - Google Blog Search


Yunus Badawi: Kenangan <b>Di Johor Bahru</b>

Posted: 30 May 2012 09:57 PM PDT

Semalam aku masuk ruangan di satu fb group yg aku baru dijemput menjadi ahli.  Sebenarnya dah dua minggu rasanya aku dijemput tapi aku belum sempat join sembang2 mereka.
Bila aku baca semalam ada juga rupanya kawan2 baik aku seperti Daddy Ziyyad dan GadisBunga   di dalam forum tersebut.  Yang lain aku tak kenal.
Semalam mereka cerita pasal GadisBunga nak pindah bekerja di JB.  Aku pun tak tahu GB dah nak pindah.  Yang aku tahu opis dia pindah dari Jalan Klang Lama ke area Damansara beberapa bulan lepas.
Rancak juga kami bercerita pasal JB semalam.  Sebahagian mereka tu pasal memang org sana.  Aku ni kebetulan pernah duduk JB.  Tapi dah lama dah.  20 tahun yg silam.  Masa itu aku dihantar oleh Petronas Carigali untuk mengawasi kerja2 pembinaan pelantar gas di beberapa limbungan di Pasir Gudang dan Batam.
Walaupun bekerja di Pasir Gudang tapi aku dan famili duduk di Taman Nong Chik di sebuah rumah yg disediakan oleh syarikat.  Kereta kompeni pun disediakan.  Minyak tinggal isi saja dan cukup bulan hantar resit utk tuntutan.  Jadi duduk jauh di JB takde masalah duit minyak kecuali terpaksa menempuh kesesakan di lebuhraya Pasir Gudang.
Masa aku di sana kami sering ke Singapura untuk melawat saudara mara dan shopping.  Kadar tukaran wang masa tu SIN $1.00 bersamaan dengan RM1.20 saja.  Bila nak balik KL biasanya kami akan ke Woodlands untuk membeli buah2an seperti epal, limau dan pear.  Kadang2 beli juga kain langsir dan cadar.  Kereta kompeni aku plat Johor.  Bila sampai di tempat pemeriksaan kastam, biasanya mereka tak periksapun.  Kalau ada saudara mara datang dari KL dan ke Singapura utk beli barang, biasanya mereka akan sumbat barang2 tu di dalam kereta aku supaya tak kena cukai! hehehe (tindakan keji)


Sekarang tak payah pergi Singapura nak beli buah2an ini.  Kat Chow Kit pun banyak (gambar di atas) dan lebih murah daripada di sana sebab kadar tukaran wang dah tinggi
Banyak lagi kenangan pahit manis di sana termasuklah kelahiran anak ketiga kami, Nurafifah Huda di Johor Specialist Hospital.  Masa sekolah rendah dulu bila cikgu tanya di mana kampung dia, Afifah akan kata kampung dia di JB!
Kepada GB, selamat memulakan hidup baru di JB.  Semoga bertemu jodoh semasa di sana!

01 di tampoi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di tampoi - Google Blog Search


Aien Not Alien: Pengalaman <b>Di Tampoi</b>

Posted: 12 Apr 2012 12:30 AM PDT





Entri kali ini aku nak kongsikan sedikit pengalaman mengikuti PAC AADK Siri 1/2012 yang bertempat di Klinik C&C 1 Malaysia Tampoi & beberapa aktiviti sampingan :


Hari Pertama :

  • Pendaftaran dan mendengar taklimat awal. Masa ni aku terjumpa 2 orang course-mate yang berasal dari Batu Pahat, diorang terperanjat tengok aku dari Melaka datang JB, rupa-rupanya semua baru tahu calon Zon Selatan berpusat di JB. 
  • Selesai taklimat terus menduduki Ujian Psikologi yang boleh tahan Psiko-nya dengan masa yang terhad, terkojar-kojar den nak menjawab eaa...haha~
  • Habis Ujian Psikologi terus LDK untuk aktiviti yang memerlukan KBKK dibuat dalam 2 Sesi Bahasa Melayu dan 2 Sesi Bahasa Inggeris. Berbincang sesama ahli kumpulan dan buat pembentangan. Hampir 2 tahun habis belajar, berkarat otak...kikiki~
  • Sudah LDK ada Pengucapan Awam, tajuk dah diberi awal-awal jadi dalam keadaan rushing nak alert Jadual Kumpulan yang sentiasa bertukar ikut aktiviti semua calon kena bersedia dengan isi-isi penting untuk Pengucapan Awam. Agak mendukacitakan aku terlepas pandang "Tidak Dibenarkan Membawa Sebarang Nota Semasa Berucap" dengan slumber ya-yaaa aku pegang kertas sambil bercakap. POTONG MARKAH. Menyesal tak sudah sampai aku terus bad-mood. *Kalau-kalau tak dapat dah tahu sebab apa.
  • Sebelah malam disebabkan bad-mood kawan aku ajak jalan-jalan cuci mata kat Jusco Bukit Indah. Tengah jalan-jalan cuci mata mak aku SMS "Jangan putus asa, esok buat yang terbaik...." terus semangat kembali semula. Habis cuci mata pergi makan Laksam dekat kedai Pokok Ceri, sedapppp gilerrr Laksam!!! Balik rumah buat persiapan untuk Public Speaking keesokkan harinya.
Hari Kedua......BERSAMBUNG.

01 di mersing - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di mersing - Google Blog Search


Hujung Dunia: Hujan Ribut <b>di</b> jalan <b>Mersing</b>-Jemaluang

Posted: 22 May 2012 03:16 AM PDT

 Nota : Setelah beberapa hari cuaca yang sanat panas, tiba-tiba hujan yang sangat lebat beserta angin ribut yang mampu  mematahkan dahan-dahan pokok. Tingkap kaca yang berat & ketat lokasi foto ini diambil terbuka di'tarik' angin & langsir 'terbang'  keluar. Suatu yg tak pernah berlaku di sini.
Kiri-kanan jalan sepanjang perjalanan pulang dari MRSM ke bandar Mersing dipenuhi daun-daun dan dahan-dahan pokok yang patah dan tumbang.
 Tanda-tanda kekuasaan Allah swt !

Shila Shahila: Percutian <b>di</b> Felda Residence <b>Mersing</b>

Posted: 09 May 2012 05:46 AM PDT

Assalamualaikum. Tak perlu kom apa, kombat. Bat apa, batman ok -.-
Memandangkan langit gelap, guruh berdentum kuat dan hujan turun dengan lebat petang tadi, maka aku telah mendapat ilham untuk mengemaskini blog. Memang tak ada kena-mengena cuaca dengan blog ye dhak -.-?
Sebenarnya, setelah aku menggeledah folder gambar lama dalam komputer riba ni, aku terjumpa satu folder Tanjung Leman. Akibat musykil dengan nama folder tersebut, maka aku double click. 
Justeru, muncullah puluhan gambar yang mengimbas kembali memori indah diingatan ku. Phui ayat kau -.-


Sebenarnya, pada beberapa bulan yang lalu, *May April Mac Feb Jan ye 5bulan yang lalu, kami sekeluarga telah bercuti ke Mersing. Memandangkan mama ayah kerja dan sangat sibuk, manakala adik pula nak SPM tahun ni dan homework yang perlu disiapkan menggunung, maka lokasi percutian kami hanyalah di negeri Johor sahaja. Di Johor ni, selain Desaru Kota Tinggi, pantai di Mersing juga best. Kami memilih untuk bercuti sambil rehatkan minda di Felda Residence Mersing selama 2hari 1malam. Percutian yang pendek tetapi seronok.
Malas aku nak berceloteh. Tengok gambar dah tahu cantikkan? Tempat ni kira baru jugalah. Kemudahan yang disediakan sangat lengkap dan harga sewa bilik juga amatlah berpatutan. Felda Residence ni juga dekat dengan jeti Tanjung Leman. Tak sampai 5minit naik kereta dah boleh sampai jeti tu. Kepada para pelancong yang nak ke Pulau Tioman, boleh juga naik bot dari jeti itu. Apa yang menarik dekat jeti tu adalah terdapat KFC di tepi pantai ye dan ianya terapung. Macam tak percaya kan?
Haa dah percaya? Makan KFC sambil menikmati bayu lembut dari laut. Sila Imagine sekarangggggg!
P/S : Gambar ketika bercuti terhad untuk tontonan seisi keluarga sahaja wakaka!
Nah saguhati. Ayah and hakim main beach soccer :) kbye!

di negeri johor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri johor - Google Blog Search


Agen Utama Biosinar <b>Negeri Johor</b>

Posted: 25 May 2012 08:33 PM PDT

Senarai Agen Utama Biosinar Negeri Johor

Stokis Utama Sabun Biosinar di Negeri Johor
Sahabat Roselle Marketing,
No. 32 Jalan Impian Emas 7,
 81300 Skudai, Johor Bahru.
Stokis Utama Sabun Biosinar di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor
No 19-1, Jalan Tasek Prima 5/1, Blok B Prima Biz Hub,
Sabun Biosinar di  Negeri Johor
B-22, Kedai Pusat Bandar Penawar

01 di batu pahat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di batu pahat - Google Blog Search


ANOTHER FRACAS AT SEMBRONG, <b>BATU PAHAT</b> BY UMNO

Posted: 28 May 2012 05:56 PM PDT


UMNO gangsters have again created trouble at Sembrong. It seems UMNO is so desperate that the rakyat should not know their weakness and want to STOP Opposition leaders from speaking at Talks (Ceramah).

Its time for Malaysians to VOTE OUT UMNO/BN in the coming 13 General Elections.

Read this news in Malay of what happen:

Halang samseng, Ketua AMK Johor cedera & baju koyak


JOHOR: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor, Mohd Nazri Ismail cedera di tangan dan bajunya koyak ketika cuba menghalang samseng Umno dari menghampiri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Cabang KEADILAN Batu Pahat, Syed Hamid Ali, berkata kejadian itu berlaku sebaik sahaja Ketua Pembangkang itu tiba di lokasi ceramah berhampiran pejabat KEADILAN Cabang Sembrong.
Beliau berkata, mangsa cedera ketika membuat perisai manusia berikutan kira-kira 100 samseng itu cuba menghampiri Anwar yang menuju ke pentas ceramah.
"Ketika itulah, Nazri dikeronyok kumpulan samseng sampai terjatuh. Mujur sempat diselamatkan beberapa ahli AMK lain.

"Seorang lelaki tua bertongkat juga rebah berikutan suasana kacau bilau itu. Seorang lain pula cedera di dahi akibat terkena mercun," katanya kepada KeadilanDaily, hari ini.
Syed Hamid kesal kerana beberapa anggota polis bertugas hanya membiarkan kejadian itu berlaku tanpa sebarang tindakan tegas.
Berikutan itu, beliau berkata, laporan polis dibuat di Balai Polis Batu Pahat, sekitar jam 2 pagi semalam oleh Ketua Cabang KEADILAN Kluang.
"Samseng-samseng ini menggunakan kayu bendera dan membakar mercun, sehingga ada yang dilempar menghampiri khemah pimpinan", ujarnya lagi.
Dalam kejadin itu, cermin kereta Datuk Seri Anwar Ibrahim retak dibaling batu manakala bahagian sisi kenderaan kemek akibat ditendang.
Kumpulan samseng itu juga melontar kayu, batu, bendera selain berteriak kata-kata kesat



JOHOR: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor, Mohd Nazri Ismail cedera di tangan dan bajunya koyak ketika cuba menghalang samseng Umno dari menghampiri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Cabang KEADILAN Batu Pahat, Syed Hamid Ali, berkata kejadian itu berlaku sebaik sahaja Ketua Pembangkang itu tiba di lokasi ceramah berhampiran pejabat KEADILAN Cabang Sembrong.
Beliau berkata, mangsa cedera ketika membuat perisai manusia berikutan kira-kira 100 samseng itu cuba menghampiri Anwar yang menuju ke pentas ceramah.
"Ketika itulah, Nazri dikeronyok kumpulan samseng sampai terjatuh. Mujur sempat diselamatkan beberapa ahli AMK lain.

"Seorang lelaki tua bertongkat juga rebah berikutan suasana kacau bilau itu. Seorang lain pula cedera di dahi akibat terkena mercun," katanya kepada KeadilanDaily, hari ini.
Syed Hamid kesal kerana beberapa anggota polis bertugas hanya membiarkan kejadian itu berlaku tanpa sebarang tindakan tegas.
Berikutan itu, beliau berkata, laporan polis dibuat di Balai Polis Batu Pahat, sekitar jam 2 pagi semalam oleh Ketua Cabang KEADILAN Kluang.
"Samseng-samseng ini menggunakan kayu bendera dan membakar mercun, sehingga ada yang dilempar menghampiri khemah pimpinan", ujarnya lagi.
Dalam kejadin itu, cermin kereta Datuk Seri Anwar Ibrahim retak dibaling batu manakala bahagian sisi kenderaan kemek akibat ditendang.
Kumpulan samseng itu juga melontar kayu, batu, bendera selain berteriak kata-kata kesat


01 di pontian - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di pontian - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>Di</b> Majlis Daerah <b>Pontian</b> ~ info kerjaya | jawatan <b>...</b>

Posted: 13 May 2012 12:00 AM PDT

Permohonan dipelawa daripada individu yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1. Penolong Pegawai Penguatkuasa (Lelaki Sahaja)
2. Pembantu Tadbir (Perkeranian /Operasi)
3. Pembantu Am Pejabat
4. Pembantu Tadbir (Kewangan)
5. Pembantu Akauntan

CARA MEMOHON
Semua permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan jawatan Majlis Daerah Pontian yang
dikenakan bayaran RM 1.00 (Ringgit Malaysia : Satu sahaja) yang boleh didapati dengan menggunakan
sampul surat berukuran 10cm x 23cm yang beralamat sendiri dan bersetem 80 sen atau mengambilnya
sendiri seterusnya menghantar permohonan tersebut ke alamat:

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH PONTIAN,
JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN,
(BAHAGIAN PENTADBIRAN),
ARAS 1,BANGUNAN BARU,
JALAN ALSAGOFF,
82000 PONTIAN,JOHOR

Tarikh Tutup Permohonan: 18 Mei 2012

maklumat lanjut sila klik sini

01 di pasir gudang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di pasir gudang - Google Blog Search


SIRI 18 ( AKTIVITI HOMESCHOOL <b>DI PASIR GUDANG</b> ) : CACATAN <b>...</b>

Posted: 30 May 2012 06:10 PM PDT


( GUIDANCE CORNER)

JANUARI 2012- PASIR GUDANG, JOHOR.
Ketika ini kami masih lagi berkampung di STATION 2 FCU yang bertempat di Pasir Gudang, Johor. Agak lama juga kami tinggal di sini kerana FCUPRODUCTION sedang menyiapkan beberapa projek korporat video beberapa syarikat swasta sekirar Johor Baharu. Memang betul kata-kata Ilmuan bahawa bergerak itu membawa berkat. Perjalanan kerohanian ini memang mempunyai serapang banyak mata. Bukan sahaja kefahaman dan amalan kerohanian makin meningkat, mewujudkan pembelajaran yang membuka minda seisi keluarga , malah rezeki juga seolah-olah menanti kami untuk disunting. Begitulah ketentuan Ilahi dan kita sebagai makhluknya yang dhaif perlulah berdoa, berusaha dan tawakkal.
Sepanjang perjalanan di dalam wira-wira setia kami, banyak sessi pembelajaran secara santai dapat disampaikan kepada para pelajar FCUHOMESCHOOLING. Afiq, Afiqah dan Alyssa memang sentiasa bersama tenaga pengajar untuk diajar tanpa mengira waktu dan tempat. Bila terserempak dengan sesuatu yang menangkap minda kami, maka itulah topik pembelajaran buat cucunda tersayang. Berbagai-bagai soalan mereka ajukan apabila terlihat sesuatu yang mereka minat dan ingin tahu. Pada pandangan saya, perjalanan ini sangat berharga buat FCUHOMESCHOOLING kerana bukan senang untuk berkembara dalam bilangan ahli keluarga yang ramai dari datuk, nenek, ayah ibu dan cucu-cucu. Konvo kami sering melibatkan 3 buah kereta bila ayahanda dan bunda Alyssa bercuti hujung minggu.
Hafidz pula bersama abang-abangnya dalam kereta yang lain. Perjalanan ini betul-betul mematangkannya. Banyak yang dia belajar dari abang-abang cara untuk mengambil photo yang berkualiti. Sekali gus....cara untuk edit gambar dan video. Keperibadian abang-abangnya banyak membentuk Hafidz untuk jadi lebih dewasa dari rakan-rakan sebayanya. Memang berbaloi bersekolah di rumah jika dibandingkan dia bersekolah biasa. Banyak target-target kami sebagai pengajar sudah terlaksana dan kini Hafidz sudah diambang remaja yang memang banyak liku-liku kehidupan perlu dihadapinya.
TAHNIAH KEPADA PELAJAR FCUHOMESCHOOLING
Ucapan tahniah ini adalah dari pelajar FCUHOMESCHOOLING kepada diri sendiri. Ia kedengaran sangat pelik tapi itulah yang berlaku. Buat sekian kalinya kami, pelajar FCUHOMESCHOOLING telah berjaya menerbitkan sebuah filem sulung kami. Filem ini memaparkan aktiviti pelajar homeschool kami iaitu Afiqah, Afiq dan Alyssa. Ini adalah hasil kerja students FCUHOMESCHOOL semata-mata, tanpa campur tangan FCUPRODUCTION. Walaupun filem ini banyak cacat celanya tapi ianya sangat membanggakan bagi beginers seperti kami. Saya sebagai tenaga pengajar, dan  juga sebagai pelajar FCUHOMESCHOOL. Untuk mengajar mereka saya sendiri banyak belajar berbagai ilmu. Pembelajaran di rumah memang tiada hujungnya.
FILEM PERTAMA PELAJAR FCUHOMESCHOOL:
Ini adalah sebahagian dari SIRI PENJELAJAHAN FCU KESELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA. Penceritaan kami belum sampai di bahagian Regendry Resort Gunung Jerai lagi. Insyaallah akan kami buat liputan ringkas dalam siri perjalanan yang akan datang.
AFIQAH SEBAGAI GURU KECIL:
Dalam usianya yang masih mentah, gadis kecil Afiqah The Genius telah menunjukkan minat yang mendalam sebagai pengajar. Dia sering mempertunjukkan nilai-nilai yang baik buat Afiq dan Alyssa. Memang menjadi sasaran kami dalam FCUHOMESCHOOL, pelajar yang lebih besar menjadi guru kepada yang lebih kecil. Begitulah juga Hafidz banyak belajar dari abang-abangnya tentang berbagai-bagai ilmu. Dan kini Afiqah pula berperanan sebagai guru kepada adik dan sepupunya. Afiq dan Alyssa pula tidak ketinggalan menyertai apa sahaja aktiviti yang dilakukan oleh Afiqah.
MEMANG AFIQAH BERBAKAT UNTUK MENJADI PENGAJAR YANG CEMERLANG BUAT FCUHOMESCHOOLING. VIDEO INI MEMPERLIHATKAN BAKATNYA .
Alyssa The Amazing girl. Memang dia seorang yang amazing. Pasti akan mengikuti kelas homeschool dan sentiasa mahu buat apa abang dan kakaknya buat. Kadang-kadang mereka terpaksa "lari" darinya kerana dia akan merampas apa yang kakak dan abangnya tengah baca. Bila tak dapat....pasti menangis. 
 Kemahuan Alyssa cukup kuat.....
AFIQ JUGA MEMPUNYAI BAKAT SEPERTI KAKAKNYA. VIDEO AFIQ MENGAJAR ALYSSA MELAKAR BULATAN.
VIRGIN COCONUT OIL MEMANG BAIK UNTUK MENINGKAT KEPERKASAAN TUBUH BADAN KITA. ALYSSA MEMANG SANGAT MENGGEMARINYA. SAKSIKANLAH BAGAIMANA ALYSSA MINUM VIRGIN COCONUT OIL.
Permainan LEGO adalah antara kegemaran mereka. Alyssa pun dah dapat cantum-cantum block lego dengan baik. Selalunya dia akan cuba runtuhkan apa yang kakak Afiqah dah bina dan cuba buat balik ikut versinya sendiri.
AKTIVI MEMBUAT GAM SENDIRI:
Menggunting kertas adalah aktiviti yang menyeronokkan bagi pelajar-pelajar ini.
Alyssa juga cuba menggunakan gunting buat pertama kalinya. 
Terkial-kial dia cuba meniru abang dan kakaknya.

VIDEO MENUNJUKKAN  AFIQAH DAN AFIQ MEMBUAT GAM UNTUK PROJEK PAPER BOWL

Terpaksa menunggu masa Alyssa tidur baru dapat buat paper bowl. Kehadhiran Alyssa memang akan menceriakan suasana kerana Alyssa akan rebut apa sahaja kakak dan abangnya pegang.P
Peralatan yang digunakan dalam pembuatan paper  bowl.

VIDEO AFIQAH DAN AFIQ MEMBUAT PAPER BOWL

AKTIVITI MEMBUAT KERABU PUCUK UBI

Memperkenalkan sayuran kampung kepada Afiq dan Afiqah. Mereka tak gemar makan buah peria kerana pahit. Ajar mereka cara untuk mengurangkan rasa pahit dengan merendam buah peria ke dalam air garam. Oleh kerana mereka tak pernah tengok pokok ubi kayu, terpaksa surf dalam internet untuk dapatkan image ubi kayu. Insyaallah satu ketika nanti akan tanam ubi kayu untuk mereka memerhati pembesarannya dan juga menikmati ubi kayu yang enak itu.

FCUHOMESCHOOLING menggunakan kaedah bersantai dalam menyampaikan ilmu kepada para pelajarnya. Cooking class adalah antara cara yang berkesan unuk mengajar sains kepada mereka. Kali ini memberitahu mereka mengapa kebanyakkan daun berwarna hijau. Juga apakah tugas klorofil kepada daun.  Mereka juga teruja untuk sama-sama memotong sayur-sayuran.
Inilah hasil cooking class mereka hari ini....Kerabu pucuk ubi dan buah peria bersama ikan goreng. Nampaknya mereka tidak begitu menggemari rasa pahit kerabu ini. Namun begitu galakkan mereka rasa juga kerana lama kelamaan mereka akan suka juga. Biasanya apabila mereka besar sikit, mereka akan suka makan sayur-sayur.
Kami panggil sotong besar ini sotong plastik kerana rupanya memang seakan-akan sotong mainan aje...Para pelajar belajar rupa fizikal sotong dari dekat. Puas mereka membelek-belek sotong ini dan tanya macam-macam soalan. Ajar mereka tentang pemakanan seekor sotong dan habitatnya di dalam lautan. Begitu juga dengan fungsi dakwat hitam yang akan mereka sembur bila terasa terancam. Selebihnya saya tunjuk info dalam internet berkenaan  sotong.
Wah...bukan main lagi kedua-dua chef cilik ini. Tugas mereka ialah memotong sotong ini untuk dibuat sambal tumis sotong. Memang sesuai sangat digandingkan dengan kerabu pucuk ubi dan buah peria.


Selain dari belajar, para pelajar kami juga bebas untuk bermain. Bagi kami, mereka banyak belajar melalui permainan yang direka sendiri seperti main masak-masak. Mereka bebas menggunakan medium tanah untuk kepuasan permainan mereka.
VIDEO AFIQAH DAN AFIQ BERMAIN PASIR

YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE. 
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥

Pidato perdana <b>di Pasir Gudang</b> - CJMY - Citizen Journalist Malaysia

Posted: 26 May 2012 03:41 PM PDT

Pakatan Rakyat Johor telah mengadakan satu sesi pidato perdana yang bertajuk "Merdeka Rakyat" di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, baru baru ini.

Lebih kurang 1,000 orang telah menghadiri sesi pidato yang terdiri daripada orang tempatan.

Antara penceramah yang berhujah pada malam itu termasuk, bekas ahli jawatankuasa tertinggi pusat PKR Chegu Bard, ahli parlimen Batu  Tian Chua, ketua pembangkang Dewan Undangan negeri Johor Dr Boo Cheng Hau, ketua PKR Johor Chua Jui Meng dan ketua umum PKR Anwar Ibrahim.

Pelbagai isu semasa telah dibangkitkan oleh para penceramah termasuk isu insiden keganasan polis semasa himpunan aman Bersih 3.0, isu jawatan mentri besar yang dipegang terlalu lama, harga air yang tinggi, pembinaan logi petrokimia gergasi di Pengerang, isu kerakyatan, penurunan harga minyak serta pembatalan PTPTN.

Sesi pidato telah berlangsung secara teratur tanpa sebarang gangguan dan kekecohan.

Kelihatan lebih kurang seramai 20 anggota polis berada di sekeliling kawasan untuk menjaga ketenteraman awam.

Sesi pidato tamat pada jam 11 malam sepertimana yang diluluskan oleh pihak polis.

Taman Kota Masai, Pasir Gudang

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved