Selasa, 7 Januari 2014

01 di kukup - Google Blog Search

01 di kukup - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di kukup</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Jan 2014 11:42 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di kukup</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Dec 2013 11:43 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di kukup</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Dec 2013 11:27 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

PULAU <b>KUKUP</b> SUMPAHAN BUNIAN | Laman Artikel DBP

Posted: 06 Oct 2013 06:40 PM PDT

Pontian, sebuah daerah di negeri Johor mempunyai keunikan tersendiri kerana di sini terdapat dua buah pulau iaitu Pulau Kukup dan Pulau Pisang. Antara kawasan penempatan di sini ialah Bandar Permas, Kampung Sungai Kuali, Kampung Sungai Durian, Kampung Serkat Barat dan Kampung Permas Kechil. Mukim Kukup pula terletak di selatan, berhampiran Pontian Kecil dan Tanjung Piai.

Sebuah jeti dan pangkalan nelayan menjadikan Kukup sebuah penempatan yang sibuk. Feri yang berlepas dari jeti Kukup menjadi pengangkutan utama bagi menghubungkan Pulau Karimun dan beberapa kawasan lain di Indonesia. Rakyat atau pekerja asing dari Indonesia menjadikan jeti di sini untuk berulang-alik ke negara mereka. Feri ini juga membawa pelancong yang ingin melawat Pulau Karimun.

Kukup memang sesuai dijadikan jeti dan pangkalan nelayan kerana Pulau Kukup menjadi benteng yang melindunginya daripada angin kencang. Penduduk Kukup kebanyakannya bekerja sebagai nelayan dan ada juga yang bekerja di ladang kelapa sawit. Kaum Cina pula terlibat dalam bidang perniagaan, pelancongan dan pengangkutan.

Kukup menyimpan cerita rahsia tersendiri. Asal nama "kukup" diperoleh daripada perkataan "terlungkup". Perkataan ini muncul apabila banyak perahu nelayan di sini ditelungkupkan oleh lanun yang aktif menjalankan aktiviti jahat mereka di perairan Selat Melaka. Ada juga yang mengatakan "kukup" berasal daripada rasa "gugup" penduduk tempatan akibat serangan lanun.

Pulau Kukup pula terletak di perairan Barat Daya Johor, iaitu antara Selat Kukup dengan Selat Melaka dan dipenuhi pokok bakau. Pokok bakau memberi perlindungan dan makanan kepada ikan, ketam, udang, dan binatang-binatang lain. Pembiakan ikan di perairan paya bakau penting bagi kelangsungan hidup nelayan tempatan. Hutan bakau juga menjadi kawasan perhentian burung-burung yang berhijrah untuk makan dan berehat. Pulau Kukup berkeluasan 1447 hektar dengan kawasan hutan bakau seluas 647 hektar, manakala kawasan tanah berlumpur seluas 800 hektar.

Pulau Kukup diwartakan sebagai Taman Negara Johor pada 27 Mac 1997 dan mula dibuka kepada pelawat pada bulan Julai 2003. Dianggarkan, sekitar 30 ribu pelancong melawat pulau ini setiap tahun, termasuk pelancong luar negara. Kadar bayaran masuk ke Taman Negara Pulau Kukup adalah RM5 bagi pelancong dewasa dan RM3 untuk pelajar dan kanak-kanak. Pelancong luar negara dikenakan bayaran sebanyak RM10 (dewasa) dan RM5 bagi pelajar dan kanak-kanak.

Kukup juga dicatatkan sebagai "pulau berhutan paya bakau yang tidak berpenghuni yang kedua terbesar di dunia". Pulau yang sama yang terbesar di dunia ialah Pulau Belerong yang terdapat di negara Brunei Darussalam.

Menurut catatan sejarah, pada tahun 1873 terdapat 13 penempatan di Johor yang dijaga oleh Residen. Ketika itu, pentadbiran di negeri Johor mengamalkan sistem Residen, Pesuruhjaya, Pegawai Daerah dan Penghulu. Pulau-pulau di Selat Melaka seperti Pulau Kukup dan Pulau Pisang dikawal oleh Residen.

Pulau Kukup diiktiraf sebagai tapak RAMSAR (Kawasan Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa) oleh Biro Konvensyen RAMSAR di Geneva, Switzerland pada 31 Januari 2003. Malaysia menganggotai RAMSAR pada tahun 1994. Tasek Bera di Negeri Pahang telah diisytiharkan sebagai tapak RAMSAR pertama negara ini pada tahun tersebut. Sehingga kini, antara kawasan yang telah diisytiharkan sebagai Tapak Ramsar ialah Sungai Pulai, Tanjung Piai dan Pulau Kukup di Johor dan Kuching Wetland National Park di Sarawak. Terdapat 26 kawasan lain di seluruh Malaysia turut dikenal pasti sebagai kawasan tanah lembap yang mempunyai kepentingan antarabangsa.

Di sini terdapat 27 spesies bakau asli, tujuh spesies mamalia, enam spesies reptilia, 23 spesies burung dan 111 spesies ikan. Terdapat juga pelbagai jenis moluska dan krustasea.

Menurut legenda, Pulau Kukup asalnya sebuah pulau yang cantik. Lima puteri bunian menjadikan pulau ini sebagai tempat mereka bermain-main dan bergurau-senda. Pada masa itu juga Pulau Kukup menjadi tempat persinggahan pedagang. Seorang puteri bunian jatuh hati dan bercadang untuk berkahwin dengan seorang pedagang. Walaupun empat puteri yang lain tidak bersetuju, namun pasangan kekasih itu melarikan diri untuk hidup bersama. Puteri-puteri itu sangat marah, lalu berpakat untuk melenyapkan pulau itu. Akibatnya, pulau itu ditenggelami air laut. Selang beberapa tahun, Pulau Kukup muncul semula dan ditumbuhi pokok bakau.

Pelancong yang berhasrat mengunjungi Pulau Kukup perlu mendapatkan kebenaran dan maklumat lanjut daripada pihak yang bertanggung jawab di Pejabat Taman Negara Pulau Kukup di Pekan Kukup. Maklumat mengenai bakau juga disediakan berserta gambar untuk pengetahuan umum. Di pejabat taman ini, pelawat yang hendak ke Pulau Kukup dimestikan berikrar untuk menjaga dan memelihara semua khazanah dan apa-apa yang terdapat di Pulau Kukup.

Selepas itu, barulah pelawat dibenarkan ke Pulau Kukup dengan menaiki bot dari jeti perkampungan nelayan Kukup sejauh satu kilometer. Dalam perjalanan, pelancong dapat melihat kelong yang diusahakan oleh penduduk tempatan. Terdapat 70 buah kelong di perairan ini.

Di pulau, pelawat boleh memilih sama ada menaiki bot memudiki Sungai Ular atau berjalan melalui pelantar kayu yang telah disediakan oleh pihak taman. Pelantar ini dibina sepanjang 600 meter. Terdapat enam batang sungai di Pulau Kukup iaitu Sungai Merah, Sungai Jempul, Sungai Tongkang, Sungai Ular, Sungai Sedang dan Sungai Solok. Sungai Ular menjadi pilihan pelancong untuk mudik dengan bot bagi menyaksikan keindahan pulau.

Setelah masuk ke kawasan pulau, terdapat sebuah jambatan gantung sepanjang 30 meter merentangi Sungai Ular yang menjadi tarikan utama di sini. Jambatan yang dibina pada tahun 2003 ini tergantung setinggi 15 meter. Dari atas jambatan gantung ini pengunjung dapat menyaksikan pemandangan kelong di tengah laut, perkampungan nelayan Kukup dan kawasan sekitar yang indah.

Sewaktu pengembaraan di pulau ini, pelancong dapat melihat spesies pokok bakau secara dekat dan dapat membezakan antara satu spesies dengan spesies yang lain. Setiap spesies bakau mempunyai perbezaan dari segi daun, buah dan kulit pokok.

Selain itu, monyet, bangau dan ikan belacak pun menjadi tarikan pengunjung. Dapat juga diperhatikan keadaan tanah yang kelihatan seperti busut atau bukit yang dibina oleh ketam sebagai tempat perlindungan. Busut ini juga menjadi sasaran makanan bagi babi hutan.

Menurut pegawai taman ini, seekor ular sawa sepanjang enam meter pernah dilihat sedang menelan seekor babi hutan beberapa tahun yang lalu. Namun kini, haiwan yang paling besar terdapat di Pulau Kukup ialah babi hutan.

Di penghujung perjalanan, terdapat sebuah menara pemerhati setinggi 30 meter yang membolehkan pelancong melihat pelbagai spesies burung yang berterbangan di puncak pokok bakau dan ruang angkasa Pulau Kukup. Pada musim tertentu banyak burung hijrah yang singgah di sini. Burung hijrah biasanya singgah di beberapa kawasan tertentu, termasuk Pulau Kukup, ketika berpindah ribuan kilometer dari kawasan sejuk ke kawasan panas.

Burung Botak (Leptotilos Javanicus) yang menjadi ikon bagi Pulau Kukup juga dapat dilihat dari puncak menara ini. Burung ini merupakan antara spesies yang semakin pupus di dunia dan gemar memilih pokok yang tingginya lebih 30 meter untuk bersarang.

Petugas taman juga berperanan sebagai pemandu pelancong. Mereka akan membawa pelancong sambil memberikan maklumat tentang Pulau Kukup. Mereka juga mengadakan program penyelidikan dan pendidikan alam untuk para pelajar. Bagi program konservasi, pihak taman mengadakan kerjasama dengan sukarelawan bagi menanam pokok bakau. Terdapat satu kawasan yang dijadikan kawasan semaian anak bakau. Anak bakau ini kemudiannya akan dipindahkan ke kawasan yang dipilih. Program konservasi ini juga mendapat kerjasama Tabung Alam Sedunia (World Wide Fund for Nature atau WWF). Penyelidikan tentang ikan belacak juga dijalankan di sini.

Sangat mudah untuk sampai ke sini. Jika perjalanan anda melalui Lebuh Raya Utara-Selatan, susur keluar ke Simpang Renggam menuju ke Benut. Teruskan perjalanan ke Pontian, kemudian ke Kukup.

Pulau Kukup antara khazanah negara yang tidak ternilai harganya. Pulau yang cantik ini perlu terus dipelihara dan dijaga sebaik mungkin demi memastikan habitat yang terdapat di sini dapat hidup tanpa gangguan dan kelangsungan hayat flora, fauna serta taman negara sendiri dapat dihayati oleh generasi akan datang.

 Oleh Adnan Abd Jamil

BLOG JOHOR: 01 <b>di kukup</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Dec 2013 11:38 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di kukup</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Dec 2013 11:16 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

My View, My Story: <b>KUKUP</b> : Paya Bakau Terbesar <b>Di</b> Dunia.

Posted: 18 Oct 2013 05:28 PM PDT

Selamat datang ke Kukup. Sebelum ini pernah dua kali ke Kukup. Tapi sekadar pergi pagi pulang petang. Jauh dari Johor Bahru dalam 40 minit. Jarak dari bandar Batu Pahat pun dalam 40 minit juga. 
Memang kalau tak menjadi sukarelawan sebagai guru pengiring. Memang tak tahu langsung ada kehidupan disebalik pekan Kukup. Sebelum ini hanha tahu, pekan Kukup ada jeti pelepasan. 
Penghujung jalan dari pekan Pontian, kita akan berjumpa dengan jeti pelepasan ini sahaja. Kalau tengok kanan dan kiri adalah beberapa buah kedai makan seafood dan kedai jajan. Ikan bilis, ikan kering dan macam jenis benda kering ada. Harga? Macam sama ada diluar, tapi keistimewaanya mungkin teksturnya lebih lembut, warna cerah dan kurang habuk. Dan tentulah fresh dari laut...hihi
Tujuannya saya kalau ikut sebagai guru pengiring, biasanya hanya sebagai pengikut dan pelengkap program. Tapi ada sedikit tugasan perlu membantu memastikan keselamatan pelajar semasa proses kajian geografi mereka. 
Inilah yang saya kagum. Rumah sebesar banglo didirikan diatas air. Diatas tiang konkrit sahaja. Laluan masuk ke rumah hanya jalan bersimen semuat kereta viva comel. Tapi jangan bermimpi hendak membawa masuk kereta. Memang mencari nahas dengan jiran tetangga..hihi. Pengangkutan utama hanyalah sebuah basikal dan motosikal. Untuk lebih sihat, tentulah mengalakkan berjalan kaki. Entah bagaimana proses menyiapkan rumah banglo ini, dengan proses mengangkuta batu, simen dan sebagainya hanya menggunakan troli dan kereta sorong.
Kemudian, aktiviti santai waktu petang. Sebenarnya, cuaca tidaklah mengizinkan. Tapi Alhamdulillah,  selepas solat zuhur matahari tak malu keluarkan cahayanya selepas menghalau awan gelap. Maka, kami semua bergerak naik bot ke Pulau Kukup. Ini pun pertama kali. Pelik juga kenapa sebelum ini saya tidak tahu. Rupanya memang baru juga dibuka. 
Apa yang seronok di Pulau Kukup? 
Di Pulau Kukup,  kita akan dapat melalui jalan berpapan sepanjang 600m dan dipenghujungnya ada menara meninjau. Sepanjang perjalanan kita akan melihat proses penyemaian dan penanaman pokok Kayu Bakau. Bermacam jenis yang tam pernah saya tahu ada disini. Dan untuk pengetahuan saya, rupanya Pulau Kukup merupakan pulau paya bakau terbesar di dunia.

Selain berjalan kaki, boleh juga mencabar keberanian menaikki jambatan gantung sepanjang 30m sahaja. Tak bergayat sangat sebenarnya. Cuma terpsiko dengan air deras dari sungai ular dibawah itu sahaja. Rasanya jambatan gantung di Sabah 3 tahun lepas lagi mencabar. Ataupun menaikki skyway di Genting Highland,  lagilah seram.

Ini pengalaman sepanjang hari pertama di Pulau Kukup. Esoknya akan bergerak ke Tanjung Piai, penghujung benua Asia. Sesiapa yang rasa nak bercuti ke sini, jangan risau boleh je datang dan terus tempah. Sebab banyak homestay, motel, hotel budget disekitar Kukup. Kalau nak lebih selesa, bolehlah pergi mana-mana resort berdekatan. 
Ok semua, selamat bercuti. Jaga diri masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads