Selasa, 12 Mac 2013

01 di tangkak - Google Blog Search

01 di tangkak - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di tangkak</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Mar 2013 08:51 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di tangkak</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Mar 2013 07:28 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di tangkak</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Feb 2013 07:36 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

shaza homestay <b>di Tangkak</b> - RM300.00

Posted: 10 Jan 2013 07:51 AM PST

Date Posted: 10-01-2013 03:51 PM    Location: No. 83, Jln Puteri. Bdr Baru Tangkak 84900 Tangkak johor, Tangkak, Johor    Posted by: abu omar    Views: 130 times

Description

Rumah sewa ala homestay semi D, 3 bilik tidur, 3 bilik air, berhawa dingin, dilengkapi peralatan memasak, mesin basuh, setereka pakaian dan kemudahan memasak dan lain-lain.
jika berminat call en omar : 012-5804511/012-7809405
bayaran deposit rm 50.00 shja.
max penghuni 15 orang. Pertambahan jumlah penghuni bleh dirunding.

BLOG JOHOR: 01 <b>di tangkak</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Mar 2013 07:15 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di tangkak</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Jan 2013 07:27 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

MUT SHAHIDAN: PEYTON PLACE-<b>TANGKAK</b>

Posted: 11 Jan 2013 05:12 AM PST

Salam Ahad 13 Januari 2013/1 RabiuAwal 1434H Seminggu saya dan team IHES berkampong di Tangkak untuk memantau aktiviti SUFI Pre School melalui fasa orientasi. Hari-hari yang mencabar dengan pelbagai maklumat dan insiden. Tanpa saya sedari saya kini terjerat dalam kisah ala drama Peyton Place yang pernah menjadi tontonan golongan seumur saya masa remaja satu ketika dulu (1964-69).Peyton Place dengan peranan utama di mainkan oleh Ryan O'neal dan Ali McGraw serupa impeknya dengan 'winter sonata' drama Korea tahun 80an. Menariknya kehadiran kami mudah di kesan di bandar kecil Tangkak kerana ketara perbezaan tindakan kami antaranya berkereta plate B dari Selangor. Kehadiran kami juga di sedari kedai yang menjual makanan dan klinik gigi. Seronoknya kami ke klinik gigi di bandar kecil Tangkak ialah tidak ramai pesakit dan kami terus mendapat layanan. Kos pula PERCUMA sebagai pesara kerajaan. Kami di tanya adakah pesara 'guru', sambil menyatakan status kami sebenar kami pun terus berkempen tentang SUFI. InsyaAllah jika prestasi SUFI menonjol baik tidak hairan ia akan menjadi pilihan ibu bapa seperti yang berlaku di Simpang Renggam apabila melaksanakan modul 'little abd' menurut berita yang di sampaikan seorang adik saya. Panjanglah amal jariah NGO HALUAN yang mengasaskan modul tersebut. Pihak Sekolah lslam Adni memang berlapang dada menerima tambahan input modul ini. Berbalik kepada Peyton Place saya tidaklah menyatakan Tangkak memiliki sindrom drama yang sama cuma kehadiran orang baru memang di kesan dengan mudah di Bandar kecil, pi mai pi mai tang tu.Pagi ini sahaja jiran Pak Cik berlengeng (tak pakai baju) dan berseluar pendek di hadapan rumah kami memerhatikan kami penuh misteri, kami cuma senyum tawar. Petang dua hari lepas ribut taufan melanda Tangkak dan kami kehilangan kain di jemuran. Bila di tanya jiran hadapan rumah katanya kain kami di terbangkan taufan dan di hanyut air naik. Saya pasrah merelakan baju di jemuran hilang,tiba-tiba jiran sebelah rumah memberi salam dan menyerahkan baju kami 'intact' tak satu pun hilang,malah kering dengan baik, alhamdulillah. Sia-sia saja kami berburuk sangka kain hilang kerana memang tak masuk akal kain di terbangkan angin kerana semua bersepit kuat di jemuran.Jiran yang baik hati seorang guru dan dua anaknya di hantar ke tadika Permata jalan Solok. Kalau teman saya menulis 'bawa pisang balik kampong' bermaksud terlalu banyak tadika di Tangkak dan kami tak perlu melaksanakannya kehadiran SUFI memang berbeza kerana kami tidak bermotif keuntungan. Yang kami pentingkan ialah anak-anak merasai nikmat dan kemanisan berilmu sebanyaknya melalui pembuka minda mensyukuri nikmat Allah yang melimpah ruah. Sebenarnya saya agak sibuk untuk menulis blog kerana pengendalian sekolah walau di peringkat tadika tidak semudah melihat drama Adam dan Hawa. Setiap hari perlu pembaharuan dan dinamiknya suasana melihat anak-anak membesar saya dan teman tak terkejar. Harapan kami akan menyerahkan baton larian SUFI kepada golongan muda. Isu besar yang kami harus fikirkan ialah sumber kewangan kerana lebih 50% kos adalah subsidi. Saya hanya berdoa ada ruang untuk kami dapat sumbangan daripada mana-mana pihak yang dapat membantu secara berterusan iaitu melalui penjanaan projek ekonomi yang viable. Namun semua itu adalah perancangan belaka, kalau Allah izin berlakulah. Peyton Place menggambarkan kesempitan fikiran jika terperok di tempat yang sukar berubah. Ada unsur sedemikain saya lihat di Tangkak. Sewaktu KL112 berlangsung kain rentang di tangkak berbunyi 'KL112 menyusahkan Rakyat' tapi tiada siapa tertarik kerana penyediaan kain tersebut nampak tidak ada kesungguhan.Saya dapat membaca banyak maklumat tidak tercerna dengan baik jika tidak berlandaskan ilmu yang benar dan jelas. main dengar dan ikut saja merupakan fenomena bandar kecil Peyton place. Kata orang tak ada happening dan kehadiran SUFI mudah-mudahan merupakan 'happening'. Itu doa saya semoga Allah bantu usaha kecil ini dengan menampilkan sumber manusia dan dana yang baik untuk perubahan berlaku insyaAllah.

BLOG JOHOR: 01 <b>di tangkak</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Mar 2013 07:24 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di tangkak</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Feb 2013 07:48 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di tangkak</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Feb 2013 07:36 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

shaza homestay <b>di Tangkak</b> - RM300.00

Posted: 10 Jan 2013 07:51 AM PST

Date Posted: 10-01-2013 03:51 PM    Location: No. 83, Jln Puteri. Bdr Baru Tangkak 84900 Tangkak johor, Tangkak, Johor    Posted by: abu omar    Views: 130 times

Description

Rumah sewa ala homestay semi D, 3 bilik tidur, 3 bilik air, berhawa dingin, dilengkapi peralatan memasak, mesin basuh, setereka pakaian dan kemudahan memasak dan lain-lain.
jika berminat call en omar : 012-5804511/012-7809405
bayaran deposit rm 50.00 shja.
max penghuni 15 orang. Pertambahan jumlah penghuni bleh dirunding.

< shapieka da chibi >: cik misyi <b>di tangkak</b> :)

Posted: 11 Jan 2013 08:00 PM PST

post kali ni pula ypakai baju uniform :)
terima kaseh kerana membaca :)

Babak seram <b>di</b> Hospital <b>Tangkak</b> | ~TINTA PENA PUJANGGA~

Posted: 22 Oct 2012 07:12 AM PDT

 20 Oktober 2012

Plot 1

"Anak awak kena tahan wad.", doktor jelaskan pada aku dan isteri. "Berapa lama doktor?", aku tanya walaupun dah tau jawapannya. "Sampai dia ok la..", jawab doktor berbangsa Cina itu.
Bacaan kuning anak aku yang terkini ialah 24.5..pagi tadi 17. Risau jugak aku pasal jaundis. Yelah, sebagai guru pendidikan khas, hasil pembacaan dan maklumat yang aku dapat, aku tahu risiko kalau bayi dibiarkan jaundis. Lega sebab Hospital Tangkak ni mengizinkan anak dan ibu tidur dalam wad yang sama. Jadi takdelah isu ibu sedih nak tinggalkan anak.

Aku, isteri dan anak menaiki ambulan ke wad kanak-kanak. Padahal wad kanak-kanak tu belakang blok je dari tempat doktor tadi. Tapi disebabkan isteri aku baru 4 hari dalam pantang, tak berapa kuat nak berjalan, lalu disorong dengan wheelchair, dan naik ambulan. Wad kanak-kanak atas bukit, sape nak sorong dia. Aku dah pegang baby.

Sampai di wad yang dikelilingi pohon besar dan berdaun rimbun, aku pun masuk ke wad itu bersama isteri dan anak.  Ada dua pesakit je?? Satu dalam bilik isolation. Kena cirit birit. Tandasnya aku lihat jauh dihujung wad. Aku teman isteri sampai 7 malam. Lepas tu, aku pulang ke Yong Peng. "Esok ayah datang lagi ye", kata aku pada isteri dan anak. Maka bermalamlah isteri aku di wad itu.

Plot 2

Aku tiba awal di hospital ini. Semangat nak teman orang tersayang. Bual punya bual, isteri aku cerita, malam tadi dia dengar nurse bual-bual pasal cerita seram. Katanya di tandas wad ni, ada nurse terdengar bunyi air paip terpasang sendiri walaupun tiada orang. Aku bila dengar cerita tu, rasa seram plak bila ke tandas di wad ni. Berada dihujung wad, memang sunyi sepi.

Petang tu hujan lebat. Aku belum solat asar lagi. Zohor aku dah solat di Taman Tangkak Jaya. Tapi nak keluar untuk solat asar ni hujan lebat pula. Tunggu teduh, dah hampir pukul 5.30 pun tak teduh lagi. Aku nak jamak tak boleh pula. Yong Peng ke Tangkak cumalah 75km je ikut highway PLUS. Aku pun bangun tanya nurse tempat solat. " Bilik solat kat sini untuk perempuan aje encik." Ala, aku dah merayu pun dia tak bagi. Katanya, tempat solat lelaki dekat wad 2, Wad Lelaki.. Aku pun segera ke sana. Hujan masih turun tapi sudah renyai-renyai. Cuaca memang gelap la. Jam menunjukkan 5.45petang..

Sampai di wad 2, aku minta nurse di situ tunjukkan tempat solat. "Di belakang blok ni encik. Ada surau." Alamak, tak bagi aku guna bilik solat kat sini la tu.. Aku pun berjalan lagi untuk ke surau. Mata aku meliar cari papan tanda 'SURAU'. Aku dah jumpa. Tapi..ada yang tak senang. SURAU, BILIK PENSTERILAN, RUMAH MAYAT.. penunjuk arah yang akhir tu buat aku tak sedap hati. "RUMAH MAYAT".

Aku fikir banyak kali, nak ke surau ke, nak keluar je drive dan solat di surau yang aku pegi semalam. Tapi hujan agak lebat sedikit dari tadi. Ah, pergi je la. Aku nak solat, ape nak takut. Kata hati aku menenangkan perasaan.huhu.. Makin aku berjalan nak ke surau, makin lengang dan sunyi. Memang takde orang langsung. Sebab persekitaran di situ blok yang entah apa-apa. Macam ofis, tapi dah 5.50, memang la dah takde orang.

Aku tiba di surau, takde orang. Pintu surau tertutup. Ya Allah, surau ni dekat betul dengan Bilik Mayat!!.. Ada la dihadang dengan pagar je. Aku tak tau kenapa aku rasa seram. Dah la hujan, takde orang, sebelah bilik mayat pula tu. huhu.. Aku pun solat keseorangan. Tapi hati memang tak berapa khusyuk. Ada je terfikir kalau ada yang tepuk dari belakang, ada yang aminkan dengan kuat la, ada yang ketawa la..Macam-macam aku fikir. Ape la orang lemah iman ni ek..

Plot 3

Selesai solat, aku pun segera keluar menuju ke Wad Kanak-kanak. Hujan masih turun. Aku tak jumpa isteri sebaliknya terus ke tandas di wad itu. Aku cuci tangan bersih-bersih dan tiba-tiba ada rasa nak terkencing. Boleh pula masa ni la aku teringat cerita isteri aku  pagi tadi. Adoyai...aku dah tak tahan, aku pun masuk je tandas. Sambil buang air kecil tu, mata aku melilau tengok atas. Macam penakutkan?? tapi memang ada takut skit la..Kalau boleh nak minta nurse teman je.Hahaha.. Masa nak keluar tandas, aku buka pintu perlahan-lahan. ASTAGHFIRULLAH....!!! Aku istighfar dalam hati. Aku terkejut sebab masa buka pintu perlahan-lahan, aku nampak macam ada kain putih bungkus dekat dinding depan pintu.!!

Pocong ke? boleh plak kepala aku fikir ke situ. Aku buka lagi pintu dan tengok memang ada benda tu macam terbaring depan dinding menghadap pintu tandas.
KURANGAJJAAARR!!! Aku menjerit kecil sambil buka pintu tandas tu. Aku melangkah keluar tandas dengan berani. Hujan semakin lebat masa itu.

Aku berdiri menghadap 'benda' tu, sambil berkata, " Cis, macamana aku boleh takut plak". Aku ketawa kerana bungkusan kain putih tu hanyalah gumpalan kain cadar pesakit. Tapi boleh tahan siot jugak aunty cleaner ni, boleh plak dia ikat gumpalan kain cadar tu ala-ala macam pocong. Nak je aku kapankan aunty tu. Aku tak perasan kain tu masa aku masuk tandas tadi.

Keluar dari tandas, aku cerita pada isteri aku, dia ketawa sampai dia cakap , "Dah la, orang sakit bawah la bila ketawa". Lagi la aku ketawa. Hahahahaa...sekian...

BLOG JOHOR: 01 <b>di</b> tebrau - Google Blog Search

Posted: 09 Mar 2013 09:04 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di tangkak</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Jan 2013 07:27 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

MUT SHAHIDAN: PEYTON PLACE-<b>TANGKAK</b>

Posted: 11 Jan 2013 05:12 AM PST

Salam Ahad 13 Januari 2013/1 RabiuAwal 1434H Seminggu saya dan team IHES berkampong di Tangkak untuk memantau aktiviti SUFI Pre School melalui fasa orientasi. Hari-hari yang mencabar dengan pelbagai maklumat dan insiden. Tanpa saya sedari saya kini terjerat dalam kisah ala drama Peyton Place yang pernah menjadi tontonan golongan seumur saya masa remaja satu ketika dulu (1964-69).Peyton Place dengan peranan utama di mainkan oleh Ryan O'neal dan Ali McGraw serupa impeknya dengan 'winter sonata' drama Korea tahun 80an. Menariknya kehadiran kami mudah di kesan di bandar kecil Tangkak kerana ketara perbezaan tindakan kami antaranya berkereta plate B dari Selangor. Kehadiran kami juga di sedari kedai yang menjual makanan dan klinik gigi. Seronoknya kami ke klinik gigi di bandar kecil Tangkak ialah tidak ramai pesakit dan kami terus mendapat layanan. Kos pula PERCUMA sebagai pesara kerajaan. Kami di tanya adakah pesara 'guru', sambil menyatakan status kami sebenar kami pun terus berkempen tentang SUFI. InsyaAllah jika prestasi SUFI menonjol baik tidak hairan ia akan menjadi pilihan ibu bapa seperti yang berlaku di Simpang Renggam apabila melaksanakan modul 'little abd' menurut berita yang di sampaikan seorang adik saya. Panjanglah amal jariah NGO HALUAN yang mengasaskan modul tersebut. Pihak Sekolah lslam Adni memang berlapang dada menerima tambahan input modul ini. Berbalik kepada Peyton Place saya tidaklah menyatakan Tangkak memiliki sindrom drama yang sama cuma kehadiran orang baru memang di kesan dengan mudah di Bandar kecil, pi mai pi mai tang tu.Pagi ini sahaja jiran Pak Cik berlengeng (tak pakai baju) dan berseluar pendek di hadapan rumah kami memerhatikan kami penuh misteri, kami cuma senyum tawar. Petang dua hari lepas ribut taufan melanda Tangkak dan kami kehilangan kain di jemuran. Bila di tanya jiran hadapan rumah katanya kain kami di terbangkan taufan dan di hanyut air naik. Saya pasrah merelakan baju di jemuran hilang,tiba-tiba jiran sebelah rumah memberi salam dan menyerahkan baju kami 'intact' tak satu pun hilang,malah kering dengan baik, alhamdulillah. Sia-sia saja kami berburuk sangka kain hilang kerana memang tak masuk akal kain di terbangkan angin kerana semua bersepit kuat di jemuran.Jiran yang baik hati seorang guru dan dua anaknya di hantar ke tadika Permata jalan Solok. Kalau teman saya menulis 'bawa pisang balik kampong' bermaksud terlalu banyak tadika di Tangkak dan kami tak perlu melaksanakannya kehadiran SUFI memang berbeza kerana kami tidak bermotif keuntungan. Yang kami pentingkan ialah anak-anak merasai nikmat dan kemanisan berilmu sebanyaknya melalui pembuka minda mensyukuri nikmat Allah yang melimpah ruah. Sebenarnya saya agak sibuk untuk menulis blog kerana pengendalian sekolah walau di peringkat tadika tidak semudah melihat drama Adam dan Hawa. Setiap hari perlu pembaharuan dan dinamiknya suasana melihat anak-anak membesar saya dan teman tak terkejar. Harapan kami akan menyerahkan baton larian SUFI kepada golongan muda. Isu besar yang kami harus fikirkan ialah sumber kewangan kerana lebih 50% kos adalah subsidi. Saya hanya berdoa ada ruang untuk kami dapat sumbangan daripada mana-mana pihak yang dapat membantu secara berterusan iaitu melalui penjanaan projek ekonomi yang viable. Namun semua itu adalah perancangan belaka, kalau Allah izin berlakulah. Peyton Place menggambarkan kesempitan fikiran jika terperok di tempat yang sukar berubah. Ada unsur sedemikain saya lihat di Tangkak. Sewaktu KL112 berlangsung kain rentang di tangkak berbunyi 'KL112 menyusahkan Rakyat' tapi tiada siapa tertarik kerana penyediaan kain tersebut nampak tidak ada kesungguhan.Saya dapat membaca banyak maklumat tidak tercerna dengan baik jika tidak berlandaskan ilmu yang benar dan jelas. main dengar dan ikut saja merupakan fenomena bandar kecil Peyton place. Kata orang tak ada happening dan kehadiran SUFI mudah-mudahan merupakan 'happening'. Itu doa saya semoga Allah bantu usaha kecil ini dengan menampilkan sumber manusia dan dana yang baik untuk perubahan berlaku insyaAllah.

BLOG JOHOR: 01 <b>di tangkak</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Mar 2013 07:24 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di tangkak</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Feb 2013 07:48 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di tangkak</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Feb 2013 07:36 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

shaza homestay <b>di Tangkak</b> - RM300.00

Posted: 10 Jan 2013 07:51 AM PST

Date Posted: 10-01-2013 03:51 PM    Location: No. 83, Jln Puteri. Bdr Baru Tangkak 84900 Tangkak johor, Tangkak, Johor    Posted by: abu omar    Views: 130 times

Description

Rumah sewa ala homestay semi D, 3 bilik tidur, 3 bilik air, berhawa dingin, dilengkapi peralatan memasak, mesin basuh, setereka pakaian dan kemudahan memasak dan lain-lain.
jika berminat call en omar : 012-5804511/012-7809405
bayaran deposit rm 50.00 shja.
max penghuni 15 orang. Pertambahan jumlah penghuni bleh dirunding.

< shapieka da chibi >: cik misyi <b>di tangkak</b> :)

Posted: 11 Jan 2013 08:00 PM PST

post kali ni pula ypakai baju uniform :)
terima kaseh kerana membaca :)

01 di johor bahru - Google Blog Search

01 di johor bahru - Google Blog Search


MIMPI SENJA: [Video] JMR- DSAI <b>di Johor Bahru</b> 25/1/13

Posted: 27 Jan 2013 03:09 AM PST

01 di stulang - Google Blog Search

01 di stulang - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di stulang</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Feb 2013 11:29 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di stulang</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Feb 2013 11:31 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Rakaman video bukti Umno halang Nik Nazmi ceramah <b>di</b> Sri <b>...</b>

Posted: 22 Jan 2013 11:31 AM PST

http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2013/01/Nik-Nazmi-i-300x225.jpg 

(Keadilan Daily) - Sebagaimana ramai maklum, pada 15 Januari yang lalu, saya bersama Tan Poh Lai, Ketua Cabang KEADILAN Johor Bahru dan rombongan yang lain telah berhadapan keganasan UMNO ketika cuba mengadakan ceramah di Flat Sri Stulang, Johor Bahru.

Hari ini kami tampil dengan tiga rakaman video insiden tersebut. 

Kami pada mulanya tiba sekitar jam 8.30 malam dan berjalan ke flat apabila dihalang kumpulan berpakaian baju Umno BN. Mereka enggan membenarkan kami masuk ke dalam sekalipun kami sudah bersiap-siap untuk program kami terlebih dahulu. Mereka turut mengeluarkan makian dan kata-kata kesat terhadap kami.

Selepas berbincang dengan pihak polis, maka kami berundur sementara untuk menyejukkan keadaan. Kemudian kami cuba masuk dengan kenderaan kami ke perkarangan flat menerusi pintu satu lagi. Kini kami dihalang anak-anak muda berbaju Umno yang kemudian memanggil kumpulan pertama. Kami cuba masuk dengan berjalan kaki tetapi terus dihalang dan saya turut ditendang (rujuk video a).

Kami kemudian keluar daripada tempat kejadian, sekalipun cuba dihalang beberapa orang Umno-BN (rujuk video b) dan terus membuat laporan polis di Balai Polis Majidee Johor Bahru.

Kemudian dengan ditemani teman-teman daripada KEADILAN Pasir Gudang dan Gelang Patah serta PAS bersama-sama pihak polis masuk semula ke tapak ceramah untuk mengambil peralatan ceramah.

Saya telahpun dihubungi pegawai penyiasat kes ini. Saya berharap pimpinan tertinggi Umno, Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak , Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad dapat menyatakan dengan jelas pendirian mereka menolak keganasan politik.

Rakaman video

Video a http://www.youtube.com/watch?v=xMDJWzB5uKg (Di pintu masuk kedua Flat Sri Stulang di mana kenderaan kami dihalang dan ditendang, dan kemudian rombongan kami dihalang dan saya ditendang lelaki di dalam baju BN berwarna biru)

Video b http://www.youtube.com/watch?v=1pUZ4d-l5tk (Kami terus dihalang beberapa individu ketika kami cuba meninggalkan kawasan tersebut)

Video c http://www.youtube.com/watch?v=lOIKzG7eNV8 (Kami mengambil peralatan ceramah dengan diiringi pihak polis selepas membuat laporan polis)


01 di segamat - Google Blog Search

01 di segamat - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di segamat</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Mar 2013 03:46 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di segamat</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Mar 2013 03:30 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di segamat</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Mar 2013 03:17 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di segamat</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Mar 2013 03:54 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Persaingan sengit antara Menteri dan bekas Menteri <b>di Segamat</b> <b>...</b>

Posted: 26 Sep 2012 04:16 AM PDT

Oleh LAU PHEK YEN

shirleylau_1418@hotmail.com

KUALA LUMPUR, 25 September : Percaturan politik di Parlimen Segamat, Johor  semakin rancak dan panas menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) melibatkan tiga parti iaitu MIC , PKR dan DAP.

The Malaysian Times (TMT) difahamkan bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Chua Jui Meng yang juga merupakan Pengerusi PKR negeri  Johor turut mengintai peluang untuk bertanding di Segamat mewakili pembangkang pada PRU-13 walaupun kerusi tersebut ditandingi DAP sejak dulu lagi.

Datuk Seri Chua Jui Meng

Penyandang Ahli Parlimen Segamat Datuk Seri Dr. S. Subramaniam yang juga Timbalan Presiden MIC yakin MIC tetap akan dapat mempertahankan kawasan tersebut yang diwakili oleh parti itu sejak 1982.

Bagaimanapun beliau yang juga Menteri Sumber Manusia berkata, tidak pasti sama ada beliau akan bertanding di kawasan Segamat ataupun tidak.

"Saya tidak pasti di mana saya akan bertanding pada PRU-13 yang akan datang. Perdana Menteri yang menentukan siapa yang akan bertanding dan kawasan mana yang akan kami bertanding. Oleh itu, kami tidak tahu apa-apa pun sebelum diumumkan.

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

"Tambahan,saya tidak tahu siapa dari parti pembangkang yang akan bertanding di kawasan Segamat. Saya tidak mahu membuat sebarang ramalan  teta  pi biasanya DAP yang akan bertanding bagi kawasan tersebut," katanya ketika dihubungi The Malaysian Times (TMT) di sini hari ini.

Nama Dr.Subramaniam mula menyerlah dalam kepimpinan politik MIC selepas disenaraikan sebagai calon untuk Parlimen Segamat pada 1999 setelah  bekas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu ketika itu  menyingkirkan nama Datuk S. Subramaniam (kini Tan Sri Subra) yang juga penyandang Ahli Parlimen Segamat  (bekas Timbalan Presiden MIC ) di saat – saat akhir sebagai calon untuk Parlimen Segamat setelah memperkenalkan seorang lagi Subramaniam untuk kawasan tersebut.

Setelah menang dengan bergaya pada PRU 1999, Dr. Subramaniam berjaya  turut mempertahankan Segamat dengan majoriti 2, 971 undi pada PRU 2008  walaupun negara dilanda tsunami politik.

Segamat merupakan antara tiga parlimen yang berjaya dipertahankan oleh MIC pada PRU 12 , selain Tapah dan Cameron Highlands  yang mana ramai pemimpin utama MIC tersungkur termasuk Datuk Seri S. Samy Vellu di Sungai Siput , Datuk Seri G. Palanivel ( Hulu Selangor ) dan Datuk S. Sothinathan di Teluk Kemang.

MIC mempunyai satu rekod yang cemerlang dan baik di Segamat sejak bekas Timbalan Presiden MIC Datuk Subra mula bertanding di sana sejak 1982 sehingga 2008 walaupun negara dilanda pernah dilanda pelbagai krisis politik.

Walaupun Dr. Subramaniam tidak dapat 'mengesahkan' pencalonanya untuk penggal ketiga di parlimen Segamat, TMT difahamkan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi 'lampu hijau' kepada Subra untuk mempertahankan kawasanya untuk PRU 13 berdasarkan prestasinya yang amat  baik selama ini.

Namun berdasarkan situasi politik terkini , agak sukar sekali untuk membaca percaturan politik di Parlimen Segamat pada PRU-13 disebabkan suasana politik negara yang dilihat semakin kritikal saban hari serta pendekatan pihak pembangkang cuba mempengaruhi pengundi bukan melayu di Johor sejak kebelakangan ini.

Parlimen Segamat merangkumi sejumlah 44, 973 pengundi yang mana seramai 47 peratus Cina, 43 peratus Melayu dan 10 peratus India.

Selain nama Chua Jui Meng, nama Penasihat DAP Lim Kit Siang turut dikaitkan mengintai peluang bertanding di negeri Johor khususnya di  parlimen Segamat disebabkan pengaruh pengundi Cina yang dapat "mengugat" peluang BN dikawasan tersebut.

TMT turut  menghubungi Chua Jui Meng selaku Ketua PKR Johor serta Pengerusi  DAP Johor Dr. Boo Chung Hau untuk mendapatkan  pandangan mereka tentang perkembangan tersebut yang turut menjadi perhatian politik negara.

Komen Chua Jui Meng

Chua Jui Meng menyatakan bahawa beliau akan bertanding untuk mencapai kemenangan bagi parti PKR tetapi tidak dapat memastikan kawasan yang bakal ditandinginya di PRU-13.

"Saya tidak pasti saya akan bertanding di Segamat atau tidak,parti yang akan menentukan di mana saya akan bertanding. Jika saya diberi peluang untuk bertanding, saya akan mencuba sedaya upaya untuk mencapai kemenangan. Saya tahu cara untuk mendapat kemenangan", katanya.

Jui Meng yang merupakan bekas Naib Presiden MCA Berkata , beliau tidak takut untuk bertanding dengan sesiapa sahaja di Segamat sekiranya diberikan peluang untuk bertanding oleh pucuk pimpinan parti.

"Saya tidak takut dengan siapa akan saya bertanding, saya hanya takut tiada pesaing," ujarnya. Komen DAP

Pengerusi DAP Johor, Chung Hau pula menyatakan  bahawa DAP masih belum menentukan calon bagi kawasan Segamat kerana senarai calon bagi PRU-13 masih belum dimuktamadkan lagi .

"Kami akan membuat pertimbangan dari semua segi sebelum membuat keputusan dalam soal pemilihan calon. Biasanya, kami akan mendapat pandangan dari semua pihak," kata Chung Hau.

Chung Hau juga menyatakan bahawa DAP Johor  tidak mahu memberikan sebarang ulasan mengenai  khabar angin yang menyatakan Penasihat DAP Lim Kit Siang akan bertanding di Segamat di PRU-13 yang akan datang.

TMT turut  dimaklumkan bahawa DAP yakin dapat  menang di kawasan Segamat.

"Kami yakin untuk menang di kawasan Segamat sedangkan kami hanya kalah dengan majoriti yang kecil iaitu sebanyak 2, 971 undi pada PRU 2008  . Justeru , tidaklah begitu sukar untuk mengalihkan sokongan kepada DAP dan kami yakin dapat melakukanya  ," ujarnya.

Sumber- sumber tertentu turut memaklumkan kepada TMT bahawa kepimpinan Pakatan Rakyat sedang mengkaji senario di parlimen Segamat bagi memastikan calon yang terbaik dipilih dikalangan mereka untuk menewaskan BN pada PRU- 13 nanti.

Walaupun DAP difahamkan   berpeluang untuk bertanding semula di Segamat, PKR turut dikatakan berminat di Segamat ataupun mana – mana dua  Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Buloh Kasap ataupun Jementah.

Pada PRU 2008, BN turut memenangi DUN Buloh Kasap dengan majoriti 4, 466 menerusi calon UMNO , Othman Jais yang menewaskan calon Pas. Manakala di DUN , Jementah calon BN , Lee Hong Tee dari MCA menewaskan calon DAP dengan majoriti 1, 306 undi – TMT

Category: Bahasa Malaysia

CETUSAN MINDA...BINGKISAN NUBARI: <b>Segamat</b> Dalam Kenangan

Posted: 02 Jan 2013 06:44 PM PST

Pada 27 Disember 2012 yang lalu, saya berpeluang melaksanakan tugas rasmi di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Cawangan Segamat. Satu taklimat tentang penulisan dan penerbitan diadakan di sana bagi memberi pendedahan kepada para pensyarah UiTM untuk berkarya dan menulis dalam bidang penulisan buku umum.
Usai melaksanakan tanggungjawab tersebut, saya mengambil kesempatan berlegar-legar di sekitar bandar Segamat. Tempat pertama yang ditujui pastinya kediaman rasmi kami sekeluarga semasa tinggal di Segamat sekitar tahun 80-an. Kebetulan emak meminta saya ke sana kerana ingin menyampaikan hadiah kepada teman lamanya, makcik Rahmah. Saya disambut mesra oleh makcik Rahmah dan anak-anaknya Nadia dan Nabila. Makcik Rahmah merupakan teman akrab emak semasa di Segamat. Suaminya (arwah) merupakan guruku semasa aku bersekolah di Sek. Temenggong Abdul Rahman (STAR), Segamat. Siap makan minum barulah saya beralih ke haluan lain.  
Sebelum bertolak balik ke Johor Bahru, saya sempat menghubungi seorang rakan sekolah rendah yang masih mesra dengan saya. Rohaizaa Leman, teman sekelas semasa di STAR begitu sudi menemani malam saya dengan cerita-cerita menarik, gelak-gelak santai, kisah-kisah lucu, fakta-fakta suprise! Wow!!! Tak sangka ya...kami bertemu kembali setelah 24 tahun terpisah. Masing-masing sudah berkahwin dan beranak-pinak. Keseronokan bertemu Rohaizaa saya anggap sebagai tuah yang selepas ini entah bila lagi kami akan berjumpa. Terima kasih sekalung budi buatnya.
Segamat, meninggalkan kenangan yang sangat indah kepada saya dan pastinya kepada keluarga saya keseluruhannya. Di situlah saya bersekolah, bermain, bersantai dengan kawan-kawan sepanjang tempoh tumbesaran kanak-kanak. Memang indah zaman kanak-kanak lantaran kami masih suci tanpa hasad dengki, pangkat dan harta. 

01 di kempas - Google Blog Search

01 di kempas - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di kahang</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Mar 2013 02:43 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Salahuddin santuni Tionghua <b>Gelang Patah</b>

Posted: 07 Feb 2013 08:10 PM PST

| Print |

http://www.nusajayakini.com, 08 Feb 2013

GELANG PATAH: Sempena Tahun Baru Cina yang akan datang, YB Salahuddin Ayub telah turun padang untuk menyantuni masyarakat Cina di kawasan Gelang Patah.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


Tukar Tiub: TANAH KENA RAMPAS <b>DI PENGERANG</b>- ORANG <b>...</b>

Posted: 01 Jan 2013 07:00 PM PST

 KOMENTAR TUKAR TIUB
lihat dan baca
inilah cara  media melaporkan berita keluarga jadi mayat
tidak ada diusik tentang tanah mereka akan di rembat
tidak ada dikatakan kenapa mereka bunuh diri

justeru ini lah
satu lagi sebab kenapa
1 juta rakyat wajib turun ke jalan raya
pada 12 januari ini

Cetak
Kota Tinggi: Sepasang suami isteri bersama anak mereka yang juga penghidap Sindrom Down ditemui mati, dipercayai akibat lemas di rumah mereka di Kampung Jawa, Pengerang di sini semalam. 

Mayat mereka ditemui pasukan polis yang membuat pemeriksaan selepas menerima laporan jiran yang mengesyaki sesuatu selepas rumah keluarga berkenaan ditutup rapat. 

Ketua Polis Daerah, Superintendan Che Mahazan Che Aik, berkata mayat lelaki berusia 60 tahun; isterinya 57 tahun dan anak lelaki mereka berusia lingkungan 20-an ditemui di bilik utama rumah berkenaan. 

Bakar bahan getah 

Katanya, pemeriksaan awal mendapati ada bau asap di dalam rumah itu dan pihaknya mengesyaki ia menjadi punca kematian tiga sekeluarga itu. 

Difahamkan, lelaki itu mengunci bilik utama sejak tengah malam kelmarin sebelum mengambil serbuk kayu dan membakar bahan getah bagi mengeluarkan asap sehingga menyebabkan ketiga-tiga mereka lemas akibat terhidu asap. 

Kejadian itu hanya disedari jiran mangsa yang curiga apabila melihat rumah mangsa bertutup sepanjang hari dan sunyi berbanding biasanya kedengaran suara bising anak mangsa.

 
Tiada unsur jenayah 

"Kami mendapati ada bau asap dalam rumah berkenaan yang dipercayai punca ketiga-tiga mereka lemas. Hasil bedah siasat juga mendapati mereka mati akibat membunuh diri dan tiada unsur jenayah," katanya kepada pemberita di sini, semalam. 

Che Mahazan berkata, penduduk mendakwa lelaki itu pernah memberitahu jirannya bahawa dia ingin membunuh diri berikutan kesukaran hidup akibat isterinya yang lumpuh akibat serangan angin ahmar dan anak mereka menghidap Sindrom Down.


----------

01 di parit raja - Google Blog Search

01 di parit raja - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di parit raja</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Nov 2012 09:06 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

SiMpLe - SwEeT - HoNeY: Kereta Sewa <b>di Parit Raja</b> UTHM Sri <b>...</b>

Posted: 14 Oct 2012 10:10 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Kepada sesiapa yang perlukan kereta sewa di sekitar Parit Raja, UTHM, Sri Gading Batu Pahat dengan harga berpatutan boleh call 019-7886463. Kereta insyaAllah dalam keadaan baik untuk pemanduan yang selesa.

BLOG JOHOR: 01 <b>di parit raja</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Oct 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di parit raja</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Sep 2012 09:24 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di parit raja</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Jun 2012 09:34 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Ceramah Ustaz Azhar disabotaj dengan Konsert Dangdut - MiLo <b>...</b>

Posted: 10 Jun 2012 03:01 AM PDT

SEMALAM berlangsung sebuah majlis ilmu Ustaz Azhar Idrus di di Parit Raja, Batu Pahat, Johor berhampiran dengan McDonald Parit Raja menyaksikan ribuan anak muda berpusu-pusu mendengar ceramah yang disampaikan oleh beliau.

ReJaM© sendiri yang kebetulan melalui Pekan Parit Raja dalam perjalanan menuju ke Kota Tinggi sempat hadir sebentar ke majlis tersebut sebelum meneruskan perjalanan.


Dianggarkan sejauh kira-kira 3 km di kiri dan kanan bahu jalan tempat ceramah dipenuhi kereta dan motorsikal yang diletakkan sementara pemilik-pemiliknya sedang khusyuk mendengar ceramah.

Tanpa disangka-sangka, di kawasan berhampiran iaitu berdekatan KFC Parit Raja pula, gerombolan songkok tinggi dilihat cuba menarik perhatian anak muda untuk ke program "Lepak Positif" anjuran mereka.

Program itu tidak lebih daripada sekadar persembahan Dangdut live band yang menyaksikan penyanyi wanita bergelek sakan di atas pentas sambil menyampaikan lagu berirama dangdut.

Siang semalam, ReJaM© dimaklumkan oleh seorang sahabat bahawa gerombolan songkok tinggi cuba mensabotaj program ilmu Ustaz Azhar Idrus, dengan program mereka dengan harapan ceramah ilmu itu mendapat kurang sambutan.

Namun sungguh tak disangka rupanya "konsert dangdut" yang disajikan untuk menarik anak muda Parit Raja.

Apa pun, syukur Alhamdulillah, anak muda Parit Raja lebih gemarkan majlis ilmu, mereka tak layan konsert dangdut untuk golongan tua gerombolan songkok tinggi.

Mereka tak layan program lagha gerombolan songkok tinggi tiga jengkal, bawak keris ke hulu ke hilir perjuangkan Melayu di Konsert Dangdut kah kah kah...

Buktinya, di bawah ini rakaman Konsert Dangdut yang dimaksudkan, kelihatan tiada sambutan sekadar dua tiga kerat belia yang datang untuk makan free kah kah kah...

ReJaM© "Anak muda Parit Raja, Batu Pahat memang terbaik! "

Pak Habib S.H.ALATTAS The Writer: Perang <b>di Parit Raja</b> (1991 <b>...</b>

Posted: 19 Jun 2012 03:30 AM PDT


Pada hari Khamis 18hb April 1991, saya bersama keluarga saya singgah untuk makan tengahari di Air Hitam. Seperti biasa kedai makanan pilihan saya ialah Restoran Dayana Dahlan. Pak Lan taukeh kedai ini adalah kawan lama saya, persahabatan kami sudah terjalin sejak awal tahun enam puluhan lagi. Ketika itu Pak Lan masih membantu ayahnya menjual nenas, pisang, lain-lain buah-buahan dan tidak ketinggalan ubi, keladi, keledek dan juga beberapa jenis makanan hasil kampung. Air Hitam adalah permulaan Pasar Tani.
Pak Lan selain dari menjadi seorang ahli perniagaan, beliau juga bergerak cergas dalam hal-hal yang berkaitan dengan masyarakat. Beliau adalah Bendahari 'PAJAR' Sri Gading, selain dari menjawat jawatan Pengerusi Jawatankuasa Biro Eknomi Pemuda.
Kenapa saya menceritakan kisah Dahlan atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Lan ini? Jawapannya adalah kerana Pak Lan terlibat sama dalam politik Parit Raja.
Sewaktu saya menceritakan padanya saya sedang menulis buku mengenai Parit Raja, Pak Lan berkata bahawa beliau sedang menyiapkan skrip drama untuk sejarah Parit Raja, bererti bukan saya seorang saja yang bercita-cita meletakkan sejarah Parit Raja ini ke peringkat nasional. Anak Parit Raja ini pun mempunyai cita-cita yang sama.
Anak Jawa yang tinggi budi bahasa, pandai bergaul dan sudah berjaya dalam perniagaan ini memulakan perniagaan dengan hanya membantu ayah saja. Tapi kini Pak Lan sudah ada sebuah kereta Mercedes terletak di hadapan kedai makannya yang sudah beberapa kali memenangi gelaran kedai makan yang terbersih di Air Hitam. Dan yang paling pelik kedai Pak Lan adalah satu-satunya kedai makan yang berjaya menjual ratusan buku-buku saya. Buku-buku itu pula dijual di atas meja tempat Pak Lan menjual makanannya.
Begitulah kisah Pak Lan. Biar bagaimananapun sebelum Pak Lan menyudahkan skrip dramanya, dan seterusnya memilemkan kisah tersebut, biarlah saya menceritakan serba ringkas tentang sejarah 'Parit Raja'.
Sebagaimana Batu Pahat mempunyai sejarahnya yang tersendiri dalam politik orang-orang Melayu khususnya dan politik UMNO amnya kerana di sinilah idea menubuhkan UMNO  telah dikemukakan kepada Dato' Onn, begitu jugalah dengan pekan Parit Raja yang terletak dalam Majlis Daerah Batu Pahat. Pekan kecil ini juga mempunyai sejarah yang agak aneh jika dibandingkan dengan pekan-pekan ataupun bandar-bandar lain di seluruh negara.
Di satu waktu dulu, kawasan yang menjadi pekan Parit Raja dan kampung-kampung di sekitarnya dipenuhi dengan hutan dan paya-paya. Ketika itu memang tidak ada rumah-rumah kediaman apatah lagi sebuah pekan yang seperti dapat  kita lihat pada hari ini. Orang yang tinggal di kawasan ini pun tidak ramai. Kalau adapun mungkin beberapa orang dari keturunan Jawa yang bekerja mencari rotan untuk dijual. Mereka ini tinggal di pondok-pondok. Jarak di antara sebuah pondok dengan sebuah pondok pula adalah berbatu-batu jauhnya merentas paya dan belukar.
Antara penduduk awal Parit Raja ini sebelum pekan ataupun perkampungan tersebut mula dibuka ialah seorang yang bernama Haji Nawawi bin Haji Ali.
Menurut cerita Datuk Haji Yusa, anak kepada Allahyarham Haji Nawawi, sebelum bapanya membuka perkampungan Parit Raja itu, beberapa kejadian aneh telah didiami oleh Allahyarham. Kejadian-kejadian tersebut termasuklah mimpi-mimpi ganjil dan penemuan dengan makhluk halus yang juga kita sebut sebagai orang bunian.
Mimpi-mimpi dan penemuan dengan orang bunian inilah yang kemudiannya menyebabkan Haji Nawawi telah membuka perkampungan di satu kawasan paya yang sejauh kira-kira 10 kilometer dari pekan Air Hitam.
Menurut ceritannya, suatu hari semasa Allahyarham sedang duduk beristirehat berseorangan di pondoknya, dia tiba-tiba saja melangkah ke dalam satu dimensi yang lain. Di hadapannya, Allahyarham Haji Nawawi melihat sebuah padang yang nun saujana mata memandang serta gelombang manusia yang memenuhi setiap inci padang tersebut.
Di tengah-tengah lautan manusia itu pula berdiri seorang wanita yang menjadi ketua kepada perhimpunan manusia tersebut. Pengalaman Haji Nawawi bukan sahaja setakat terbatas kepada melihat kejadian tersebut malah di waktu-waktu yang tertentu beliau telah bercakap pula dengan makhluk-makhluk halus itu.
Apakah yang diperkatakan di antara Allahyarham dengan makhluk-makhluk halus itu? Tidak ada seorang pun yang tahu.
Apabila Allahyarham tersedar dari lamunannya, beliau mendapati perhimpunan manusia yang begitu ramai itu tiba-tiba lenyap begitu sahaja. Pemandangan di hadapan pondoknya kembali bertukar kepada kehijauan pohon-pohon belukar dan hutan dara yang melatarbelakangkan kawasan pondoknya itu. Suasana yang tadinya riuh-rendah tiba-tiba kembali sepi seperti sediakala.
Di samping kejadian tersebut, Allahyarham juga sentiasa diganggu oleh orang-orang halus yang berkunjung ke pondoknya saban malam. Kejadian itu berterusan buat beberapa ketika hinggalah orang-orang bunian itu menjelaskan maksud kedatangan mereka yang mahukan Haji Nawawi membuka kawasan paya tersebut supaya dijadikan sebuah kawasan perkampungan.
Oleh kerana Allahyarham tidak mahu lagi diganggu oleh orang-orang bunian itu, beliau pun mengambil keputusan untuk membuka perkampungan yang dihajati oleh makhluk-makhluk halus itu. Dengan pembukaan perkampungan tersebut, maka hidup Haji Nawawi kembali damai kerana tidak diganggu oleh orang-orang bunian itu lagi.
Setelah kampung tersebut dibuka, maka banyak lagi kampung-kampung yang lain dibuka di persekitarannya. Dari sebuah kawasan yang dipenuhi dengan hutan dara dan paya-paya, kawasan tersebut berkembang menjadi sebuah kawasan penanaman kopi yang terkemuka di negeri Johor. Dan lama kelamaan sebuah pekan pun dibangunkan bagi menguruskan pembelian serta penjualan biji-biji kopi dan juga hasil-hasil pertanian yang lain.
Kampung Parit Raja hidup aman makmur dengan kehidupan dan aktiviti para penduduknya. Mereka yang menanam kopi pagi-pagi lagi menyorong basikal masing-masing untuk menjual kopi basah di pekan. Mereka yang menanam sayur-sayuran turut juga menjualkan hasil pertanian mereka itu di sebuah pasar pagi yang terletak di pekan.
Untuk bertahun-tahun lamanya, pekan kedai sederet itu hidup dalam kedamaian. Dalam tahun 1955, apabila pilihanraya umum yang pertama diadakan dan seterusnya di dalam pilihanraya-pilihanraya umum selepas merdeka dan selepas penubuhan Malaysia, pekan itu kekal menjadi sebuah pekan yang aman. Tidak ada kekecohan apatah lagi pergolakan politik kerana ketika itu orang-orang Melayu yang menjadi penghuni tetap kawasan tersebut, tidak kira apa jua asal keturunan mereka, mereka hanya mengiktiraf UMNO sahaja sebagai satu-satunya parti politik yang dapat membela nasib mereka. Malah, ketika itu ramai yang berkata, 'andainya UMNO meletakkan sebatang tunggul kayu untuk dijadikan calon bagi kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen Parit Raja ini, maka UMNO tetap akan menang.'
Namun biar bagaimanapun, suasana damai dan aman kawasan Parit Raja ini berakhir juga dengan berakhirnya hayat Allahyarham Datuk Syed Zain Edruse Al-Shahab, ADUN Parit Raja sejak pilihanraya umum yang sebelumnya. Ada seorang kawan saya di Air Hitam berkata secara berseloroh "kecoh di Parit Raja ini berlaku kerana matinya seorang Arab yang jadi wakil mereka. Kalau Arab tak mati, Jawa sama Jawa tak bergaduh."
Maka pada 6 Oktober 1988, berpuluh-puluh ribu orang manusia, seperti yang dilihat oleh Allahyarham Haji Nawawi telah membanjiri Parit Raja. Hari itu ialah hari penamaan calon bagi parti-parti yang bakal bertanding dalam pilihanraya kecil yang telah ditetapkan pada 20 Oktober tahun 1988.
Sebagaimana biasa UMNO (Barisan Nasional) awal-awal lagi telah menggerakkan jenteranya dalam usaha memenangi pilihanraya kecil ini kerana kali ini UMNO bukan lagi keseorangan tetapi sudah ada golongan-golongan tertentu yang sengaja mahu memecahkan kedamaian yang selama ini dinikmati oleh para penduduk Parit Raja.
Bilik gerakan Barisan Nasional yang kebetulan berhampiran dengan rumah Datuk Haji Mustafa Muhammad, yang ketika itu masih memegang portfolio Menteri Kebajikan dan juga Ahli Parlimen kawasan tersebut telah pun bersiap sedia dan dihiasi dengan bendera dan lambang-lambang UMNO dan BN.
Bendera-bendera dan lambang-lambang UMNO dan dacing juga kelihatan di merata-rata kawasan Parit Raja. Biar bagaimanapun di setengah-setengah tempat bendera dan lambang-lambang itu telah dikoyakkan oleh orang-orang tertentu.
Oleh kerana ketika itu, parti Semangat 46 masih lagi merupakan sebuah parti yang belum berdaftar, maka calonnya telah bertanding atas tiket Bebas.
Sungguhpun mereka dijangka akan memberikan persaingan sengit kepada calon UMNO, namun bilik gerakannya yang terletak kira-kira 4 kilometer dari pekan Parit Raja masih lengang dan belum memasang apa-apa lambang ataupun bendera.
Parti Bebas juga masih belum menetapkan lambang yang hendak digunakan. Biar bagaimanapun, mereka telah mengambil keputusan tidak mahu memakai lambang 'kunci' sebagaimana yang digunakan oleh Shahrir dalam pilihanraya kecil kawasan Parlimen Johor Bahru. Keputusan ini dibuat kerana mereka menjangkakan seorang lagi calon bebas akan turut bertanding. Biar bagaimanapun Haji Hamdan Yahya telah memilih 'ikan' sebagai lambangnya. Ikan masuk dalam parit memang lincah tapi ikan telah tersalah parit, ikan termasuk ke dalam dacing BN. Begitulah berakhirnya nasib ikan di Parit Raja. Yang menang dacing juga, dacing kepunyaan taukeh.
Dan dengan kemenangan YB Yassin Kemari dalam Dewan Undangan, sesudah itu Yassin menang lagi dalam Pilihanraya Umum di kawasan Parlimen Sri Gading maka dengan berkuasanya UMNO di kawasan tersebut maka kembalilah juga kedamaian Parit Raja. Dengan itu juga tidak ada lagilah perhimpunan manusia dan gangguan malam sebagaimana yang pernah dialami oleh Allahyarham Haji Nawawi bin Haji Ali.

ads