Khamis, 6 Oktober 2011

01 di parit yani - Google Blog Search

01 di parit yani - Google Blog Search


OLOOO!!!: xde kerje punya olang..

Posted: 31 Mar 2011 09:37 AM PDT

Asslamualaikum n ellow..pada 31 March 2011 at 12.00 am aku bersama si razin, amin, zul n roy telah keluar dari university untuk merayau-rayau di sekitar Batu Pahat, Parit Yani, Yong Peng, Ayer Hitam, Parit Sulong n parit yang kami tak berapa kenali itu..tujuan utama adalah untuk overnight..so dalam kebosanan and ketidakadaan keje kami pergi ke tempat-tempat sedemikian dengan berbekalkan dua bijik camera kepunyaan aku and si amin..hehe..first place kami pegi adalah kawasan parit yani..kata orang tempat tu angker cket sebab jalan kat situ bahaya cket kalau lalu malam-malam..byak excident laa..so rmai mati kat situ..kami dengan beraninya(walaupun kecut gak) lalui jugak kawasan itu..kami sebenarnya tidak ada niat jahat pun..jikalaulah terjumpa ape2 yang tidak sepatutnya itu nak wat camne..so bersnaplah kami di kwasan itu..

Selepas sudah itu, aku mensuggest pegi kawasan Pantai Minyak Beku..kawasan itu cam angker jugak laa..tengok jalan laa..dah mcam nak pegi pedalaman felda..haha..di situ aku terjumpa laa satu kawasan nie..haha..nak taw ape kawasannye jum tengok picture2 di bawah..hehehe…
Selepas berada di kawasan ini selama 30minit..kami terus pegi ke kawasan pantai lak..perghh port baik laa pantai nie..dah laa gelap..xde orang jaga lak..sini 'projek baik punya' ramai laa..dalam gelap camnie aku ingat xde orang..rupe2nya banyak jugak 'belangkas2' dok mengawan dalam kete lak..dyeorg park tmpat gelap..so mmg xprasan laa tmpat tu ade kete..haha..aku pun terkejut gak dok suluh2 wey!!ade kete rupenye kat sini..haha

Pastukan kami pegi laa masuk satu kampong nih..haha..mcam2 kami jumpa..tapi kami xsempat nak snap pic tu..babi hutan dok berlari..byk gile..pastu kami jumpa port baik punya..hihi..nengok kat bawah yea..hoho..

Time sudah mencemburi kami..so kami terus pergi ke yong peng lak..on da way ke yong peng kami berhenti singgah sana sekejap area parit sulong laa kalau xsilap..maklum laa waktu malam nie  sume dah ting tong..lupe jalan..bersnap plak kat situ..

Yang nie kami singgah kat dataran yong peng..saje2..nak balik awal lagi maklum laa baru kol 5 pagi time tu..

So kesimpulannya memang kami xde keje..merayap jew keje..diantara kami berlima tu so boleh taw laa sape paling pengecut…si amin laa..haha..kecian dia..

01 di segamat - Google Blog Search

01 di segamat - Google Blog Search


Proses Mencari Rumah Sewa <b>Di Segamat</b> | Budu Masin

Posted: 06 Oct 2011 09:32 AM PDT

Salam. aku sekarang ada kat Segamat. cuti sem sudah bermula dan semestinya ini merupakan cuti sem aku yang terakhir. Lepas ni dah kena praktikal non-stop tak macam belajar lagi dah. Kalau time belajar boleh jugak cuti panjang tapi time duk praktikal ni jangan harap la ye. Cuti tahunan hanya diberi sebanyak 14 hari termasuk MC.

So aku dan 4 orang lagi dihantar ke segamat berdasarkan 2 permintaan kami iaitu segamat dan batu pahat. Dapat kat segamat, syukur lah sebab dekat ngan rumah kakak aku. Apa-apa senang nak meronggeng dia nanti. Masalah sekarang ialah proses duk nak cari rumah sewa ni. Rumah sewa tu banyak je tapi kami as a student ni nak rumah yang fully-furnitured ye lah student macam kami mana mampu nak beli katil, peti mesin basuh bagai.

So cari punya cari memang tak jumpa la kan. So nak tanya lah sape-sape yang ada kenalan, member, sedara yang ada atau tahu sesiapa yang ada rumah untuk disewakan dan rumah tu mestilah siap dengan perabot. Pasal bayaran beres sebab kami semua ni ditanggung oleh kementerian kesihatan malaysia (KKM) so tak payah risau lah.

Sebab aku dah banyak kali round2 keliling segamat ni tapi tak jumpa yang lengkap dengan perabot. kira kalau tak de jugak terpaksa lah tapi sementara ada masa ni nak cari la yang dah siap ada perabot. so sape2 yang berkenaan boleh la email aku azmikhairul1991@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Related posts:

  1. >Hantu Kak Limah Balik Rumah | Gelak Sakan

Tags: , , ,

This entry was posted on Friday, October 7th, 2011 at 12:32 am and is filed under mintak ilmu, Peribadi. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

PENA KASIH: SUASANA SAMBUTAN MERDEKA <b>DI SEGAMAT</b>

Posted: 11 Sep 2011 01:42 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]SUASANA SAMBUTAN MERDEKA DI SEGAMAT. Posted by PENA ... Kami mengambil keputusan untuk ke perpustakaan segamat yang terletak di Jalan Genuang.Selepas mengambil ubat untut di balai raya, kami terus. ...

di negeri johor - Google Blog Search

di negeri johor - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Pusat Pelaburan <b>Negeri Johor</b> (JSIC) Malaysia <b>...</b>

Posted: 12 Sep 2011 10:54 PM PDT

Advertisment

Applications are invited from the people of Johor or Malaysian citizens who are qualified to fill positions in the Johor State Investment Centre (JSIC) for the position as follows: -

1. PENGURUS GRED N48

2. PEMBANTU TADBIR N17

KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN

KLIK DI SINI UNTUK BORANG PERMOHONAN

Tarikh Tutup Permohonan : 19 September 2011

Advertisment

Incoming search terms:

  • Jawatan Kosong di Pusat Pelaburan Negeri Johor (JSIC)
  • jawatan kosong di syarikat pelaburan di malaysia

01 di chaah johor - Google Blog Search

01 di chaah johor - Google Blog Search


Dadah dirampas <b>di</b> Nusajaya | Nusajaya Kini

Posted: 04 Oct 2011 09:01 PM PDT

utusanjohor@utusan.com.my


JOHOR BAHRU 4 Okt. – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri merampas lima jenis dadah bernilai RM130,750 dalam dua serbuan yang diadakan di Nusajaya, minggu lalu.
Timbalan Ketua JSJN negeri, Supritendan Giam Kar Hoon berkata, berat kesemua dadah jenis heroin, syabu, ketamin, pil ekstasi dan Eramin 5 itu melebihi satu kilogram.
Menurutnya, serbuan pertama dilakukan di sebuah rumah di Taman Bukit Indah II, Rabu lalu dan pihaknya merampas 920 gram heroin yang boleh dibekalkan kepada 2,300 penagih.
"Dalam serbuan itu, kami menahan seorang suspek berusia 30 tahun yang berasal dari Sitiawan, Perak dan turut merampas sebuah kereta jenis Nissan Cefiro yang menggunakan nombor pendaftaran Singapura.
"Hasil siasatan mendapati suspek yang bekerja di sebuah kedai telefon bimbit itu terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di sekitar Nusajaya, Johor Bahru dan Singapura," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Kar Hoon berkata, pihaknya masih mengesan suspek lain yang terlibat dan bekalan itu dipercayai dibawa dari Singapura untuk pasaran di Johor Bahru.
Sementara itu, serbuan kedua pula dilakukan di sebuah pangsapuri di Bandar Selesa Jaya, Jumaat lalu dan menahan dua suspek berumur 43 dan 45 tahun.
Polis merampas heroin seberat 93.3 gram, syabu (64,10 gram), ketamin (121.3 gram), pil Eramin 5 (13 biji) dan pil ekstasi (476 biji).
Beliau memberitahu, semua dadah tersebut bernilai RM57,150 yang boleh dibekalkan kepada 1,417 penagih.
Kar Hoon memberitahu, suspek yang berumur 45 tahun memiliki 11 rekod jenayah seperti pecah rumah, curi, mendatangkan cedera dengan senjata dan samun, manakala seorang lagi suspek mempunyai tujuh rekod jenayah antaranya memiliki bahan lucah, barang curi dan menghalang tugas penjawat awam.
Kedua-dua suspek direman sehingga Khamis ini dan semua kes itu disiasat di bawah Sesyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) dan Seksyen 32 ADB (Perlucutan Harta) 1988.

01 di labis - Google Blog Search

01 di labis - Google Blog Search


Kenduri kahwin <b>di</b> Kampung Tenang, <b>Labis</b> Johor

Posted: 01 Oct 2011 10:24 PM PDT

pelamin warna kuning dan background biru

pelamin yang simple tapi warnanya menarik

Semalam kenduri kahwin kawan orang rumah aku yang satu kampung dengan dia, kawan dia kiranya orang yang terakhir dalam geng-geng member dia yang lain yang semuanya dah kahwin. Memang dah sebulan lebih isteri aku nak ajak aku pergi kenduri kawan dia jadi aku pun balik kampung minggu ini.

Rasanya ramai yang dah tahu kalau kenduri kahwin di Johor perkara yang paling terkenal ialah TOL semasa pengantin lelaki sampai ke rumah perempuan. Dulu aku pun melalui pengalaman yang sama bila majlis kahwin aku dulu kena tol sampai ke atas pelamin, kenangan betul masa tu.

Apa kata layan gambar yang aku ambil masa kenduri ni.

budak-budak pegang kamera digital

kalau zaman aku dulu mana ada pegang kamera digital masa kecik-kecik, sekarang tengoklah budak-budak pun dah guna kamera

muhammad fahim cuba berkawan

muhammad fahim cuba nak berkawan

cik abu ayah pengantin perempuan

cik abu, tuan rumah @ bapa pengantin perempuan

orang kampung di majlis kahwin

kalangan orang tua yang sedang berbincang sesuatu

pengantin lelaki tiba dengan kereta BMW

pengantin lelaki tiba dengan kereta BMW takder bumbung lagi tu, keturunan syed katakan

pengantin lelaki naik bmw

kali pertama aku tengok pengantin lelaki dan rombongan berarak menggunakan kereta, kumpulan kompang di belakang mengiringi kereta pengantin

pengantin lelaki

pengantin lelaki menunggu pengantin perempuan untuk menjemput naik ke tempat persandingan

pengantin lelaki dan perempuan

pengantin lelaki dan pengantin perempuan tunggu Q untuk berjalan

dslr nikon dan olympus

sementara nak tunggu pengantin berjalan sempat tengok sekitar, ramai sekarang dah gunakan DSLR

duit tol dalam sampul

inilah yang tiada di negeri lain iaitu pengantin lelaki kena bayar tol kalau tak, mana boleh naik ke rumah pengantin perempuan

Inilah yang unik bila kenduri kahwin di Johor iaitu duit tol yang diletakkan dalam sampul untuk diberikan, kebiasaannya kanak-kanak dan orang dewasa dari belah pihak pengantin perempuan akan sekat/halang pengantin lelaki untuk naik ke rumah pengantin perempuan dan wakil dari pengantin lelaki kena bayar tol dahulu.

Aku dahulu sediakan 50 keping sampul surat untuk bayar tol ni sebab selalunya paling-paling sedikit pun ada 3 tol untuk naik ke rumah pengantin perempuan, apa yang aku nampak ianya adalah sekadar penyeri lagi majlis kahwin ini. Mungkin sesetangah orang tidak berapa suka tapi bagi aku ianya unik dan membezakan dari yang lain.

pengantin lelaki tersenyum

kali ini pengantin lelaki hanya mampu tersenyum bila pengantin perempuan dilarikan ke atas rumah, manakala pengantin lelaki kena bayar tol lagi

kena tol lagi

tengok, pengantin perempuan dah dalam rumah, pengantin lelaki kena bayar tol kali kedua

tol yang ketiga

tengok tol ketiga tengah menunggu di depan rumah pengantin perempuan

tol ketiga dan terakhir sebelum pengantin lelaki dapat naik ke rumah pengantin perempuan

tol ketiga dan terakhir sebelum pengantin lelaki dapat naik ke rumah pengantin perempuan

Nampak tak unik bila kenduri kahwin di Johor dan isi dalam sampul tu tidak penting tetapi adat ini harus dikekalkan selagi ianya tidak bercanggah dengan Islam. 

Sebenarnya setiap negeri mempunyai keunikkan masing-masing bila ada kenduri kahwin dan sebagainya dan tidak perlu rasanya untuk kita mengutuk adat dan budaya masyarakat setempat yang diamalkan selagi ianya tidak terpesong dari agama.

Apapun aku bukanlah jurugambar rasmi pada majlis kahwin ini, sajer nak bawak kamera aku untuk belajar tentang merakam gambar perkahwinan dan mencari pengalaman untuk kegunaan pada masa depan. Walaubagaimanapun kamera aku hanya menggunakan kit lense yang tak mampu nak zoom jauh-jauh untuk capture gambar, lainlah kalau si Azman Ishak ada masa majlis ni memang lain lah, dia ada DSLR dan lense yang mampu zoom jauh-jauh. Memang kacak la gambar-gambar dia tu.

.

.

Nota : Sekejap lagi nak bertolak ke Johor Bharu, hari selasa baru balik Kuala Lumpur, nanti nak tambah koleksi gambar-gambar di sana nanti.

Tentang Penulis: Muhammad Tarmizi

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

Artikel yang berkaitan

01 di kulai - Google Blog Search

01 di kulai - Google Blog Search


Kenduri kahwin <b>di</b> Kampung Tenang, <b>Labis</b> Johor

Posted: 01 Oct 2011 10:24 PM PDT

pelamin warna kuning dan background biru

pelamin yang simple tapi warnanya menarik

Semalam kenduri kahwin kawan orang rumah aku yang satu kampung dengan dia, kawan dia kiranya orang yang terakhir dalam geng-geng member dia yang lain yang semuanya dah kahwin. Memang dah sebulan lebih isteri aku nak ajak aku pergi kenduri kawan dia jadi aku pun balik kampung minggu ini.

Rasanya ramai yang dah tahu kalau kenduri kahwin di Johor perkara yang paling terkenal ialah TOL semasa pengantin lelaki sampai ke rumah perempuan. Dulu aku pun melalui pengalaman yang sama bila majlis kahwin aku dulu kena tol sampai ke atas pelamin, kenangan betul masa tu.

Apa kata layan gambar yang aku ambil masa kenduri ni.

budak-budak pegang kamera digital

kalau zaman aku dulu mana ada pegang kamera digital masa kecik-kecik, sekarang tengoklah budak-budak pun dah guna kamera

muhammad fahim cuba berkawan

muhammad fahim cuba nak berkawan

cik abu ayah pengantin perempuan

cik abu, tuan rumah @ bapa pengantin perempuan

orang kampung di majlis kahwin

kalangan orang tua yang sedang berbincang sesuatu

pengantin lelaki tiba dengan kereta BMW

pengantin lelaki tiba dengan kereta BMW takder bumbung lagi tu, keturunan syed katakan

pengantin lelaki naik bmw

kali pertama aku tengok pengantin lelaki dan rombongan berarak menggunakan kereta, kumpulan kompang di belakang mengiringi kereta pengantin

pengantin lelaki

pengantin lelaki menunggu pengantin perempuan untuk menjemput naik ke tempat persandingan

pengantin lelaki dan perempuan

pengantin lelaki dan pengantin perempuan tunggu Q untuk berjalan

dslr nikon dan olympus

sementara nak tunggu pengantin berjalan sempat tengok sekitar, ramai sekarang dah gunakan DSLR

duit tol dalam sampul

inilah yang tiada di negeri lain iaitu pengantin lelaki kena bayar tol kalau tak, mana boleh naik ke rumah pengantin perempuan

Inilah yang unik bila kenduri kahwin di Johor iaitu duit tol yang diletakkan dalam sampul untuk diberikan, kebiasaannya kanak-kanak dan orang dewasa dari belah pihak pengantin perempuan akan sekat/halang pengantin lelaki untuk naik ke rumah pengantin perempuan dan wakil dari pengantin lelaki kena bayar tol dahulu.

Aku dahulu sediakan 50 keping sampul surat untuk bayar tol ni sebab selalunya paling-paling sedikit pun ada 3 tol untuk naik ke rumah pengantin perempuan, apa yang aku nampak ianya adalah sekadar penyeri lagi majlis kahwin ini. Mungkin sesetangah orang tidak berapa suka tapi bagi aku ianya unik dan membezakan dari yang lain.

pengantin lelaki tersenyum

kali ini pengantin lelaki hanya mampu tersenyum bila pengantin perempuan dilarikan ke atas rumah, manakala pengantin lelaki kena bayar tol lagi

kena tol lagi

tengok, pengantin perempuan dah dalam rumah, pengantin lelaki kena bayar tol kali kedua

tol yang ketiga

tengok tol ketiga tengah menunggu di depan rumah pengantin perempuan

tol ketiga dan terakhir sebelum pengantin lelaki dapat naik ke rumah pengantin perempuan

tol ketiga dan terakhir sebelum pengantin lelaki dapat naik ke rumah pengantin perempuan

Nampak tak unik bila kenduri kahwin di Johor dan isi dalam sampul tu tidak penting tetapi adat ini harus dikekalkan selagi ianya tidak bercanggah dengan Islam. 

Sebenarnya setiap negeri mempunyai keunikkan masing-masing bila ada kenduri kahwin dan sebagainya dan tidak perlu rasanya untuk kita mengutuk adat dan budaya masyarakat setempat yang diamalkan selagi ianya tidak terpesong dari agama.

Apapun aku bukanlah jurugambar rasmi pada majlis kahwin ini, sajer nak bawak kamera aku untuk belajar tentang merakam gambar perkahwinan dan mencari pengalaman untuk kegunaan pada masa depan. Walaubagaimanapun kamera aku hanya menggunakan kit lense yang tak mampu nak zoom jauh-jauh untuk capture gambar, lainlah kalau si Azman Ishak ada masa majlis ni memang lain lah, dia ada DSLR dan lense yang mampu zoom jauh-jauh. Memang kacak la gambar-gambar dia tu.

.

.

Nota : Sekejap lagi nak bertolak ke Johor Bharu, hari selasa baru balik Kuala Lumpur, nanti nak tambah koleksi gambar-gambar di sana nanti.

Tentang Penulis: Muhammad Tarmizi

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

Artikel yang berkaitan

Rabu, 5 Oktober 2011

01 di benut - Google Blog Search

01 di benut - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Nama dataran: Keluarga Datuk Jalok terharu

Posted: 05 Oct 2011 04:07 PM PDT

PONTIAN 5 Okt. – Penamaan semula Dataran Majlis Daerah Pontian (MDP) Benut kepada Dataran Dato Jalok disambut dengan rasa terharu oleh ahli keluarga Allahyarham Datuk Jalok Daeng Malibok, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit yang terkenal dengan cadangan agar wanita memakai 'cawat besi' bagi membendung gejala sosial sekitar 1970-an.

Usul pertukaran nama itu telah dikemukakan oleh ADUN Benut, Datuk Ir. Hasni Mohammad pada majlis sambutan Aidilfitri Barisan Nasional (BN) Pontian di dataran itu awal bulan lalu dan pengisytiharan nama berkenaan dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam lawatan beliau ke Benut, baru-baru ini.

Cucu bekas wakil rakyat itu, Daeng Bagindak Daeng Talisang, 69, berkata, datuknya mewakili kawasan Rengit yang merangkumi Pekan Benut dari 1964 hingga 1969 dan 1978.

"Penamaan semula menjadi Dataran Dato Jalok merupakan pengiktirafan besar kepada keluarga kami dan kami sangat terharu kerana namanya diabadikan di situ.

" Cadangan cawat besi oleh datuk saya suatu masa dulu membuatkan Allahyarham dikenali di seluruh negara serta menarik minat media," katanya ketika ditemui.

Menurut beliau, pemilihan nama datuknya akan memberi peluang kepada generasi muda di Benut untuk mengetahui sejarah penglibatan Allahyarham dalam politik dan pembangunan daerah ini.

Serentak dengan pengisytiharan tersebut, Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan RM500,000 bagi kerjakerja menaik taraf untuk kemudahan orang ramai.

Konsep serta pelaksanaan projek itu dipertanggungjawabkan kepada MDP bagi menjadikan Dataran Dato Jalok setanding dengan dataran lain di seluruh negeri ini.

Dipetik dari Utusan Malaysia

untuk disewa – RUMAH SEMI-D @ <b>BENUT</b>, JOHOR – 63th Edition <b>...</b>

Posted: 26 Sep 2011 12:18 PM PDT

Rumah sewa

Salam 1Malaysia… Rumah Semi-D ini dibeli pada pertengahan tahun 2010. Sesuai kepada penyewa berkeluarga(muslim) yang bekerja disekitar Benut @ Pontian. Berdekatan dengan MRSM dan bandar Benut. Sewaan rumah ini beserta dengan sebahagian barang / keperluan untuk seisi rumah yang lengkap.

SPESIFIKASI;
- keluasan lantai; 2110 sq ft
- keluasan tanah; 3200 sq ft
- Porch untuk 2 buah kereta
- Keluasan dalaman rumah amat selesa(ketinggian lantai dengan
siling: 12″)
- Mempunyai ruang dalaman yang lengkap;
* ruang tamu * ruang family * ruang makan * dapur * 4 bilik tidur
* 3 bilik air * terrace 10X13″
- kemasan siling kapur, cornice dan arc untuk setiap ruang dalaman
dan luaran(dome-ruangtamu/keluarga).
- kemasan warna dinding rumah berbeza mengikut ruang.
- kemasan jubin seramik(16″) untuk semua ruang dalaman,
porch, terrace dan kaki lima.
- grill wrought iron(personel idea) untuk semua tingkap, pintu,
sliding/dapur & pintu pagar.
- pengubahsuaian dining hall.
- penambahan terrace(10X13″)
- penambahan dapur(10X33″)
- fully kitchen carbinet(atas bawah-14″)
- pagar konkrit
- 10 unit kipas siling

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN;
- set bilik tidur (bilik no 2 dan 4)- meja makan( 6 org)
- set kerusi, almari sudut dan carbinet tv untuk ruang keluarga
- almari/cermin di dapur
- water heater
- hood n hob

LOKASI;
no. 35, taman sanglang jaya. benut, johor.17KM ke pontian, 5KM ke benut. 4KM ke MRSM dan 1KM ke pekan sanglang.

HARGA SEWA;
RM790 sebulan

kepada yang berminat, sila hubungi/SMS untuk pertanyaan/temujanji;
019 4446009 – lu'lu
019 3176009 – mizan

By rumahsewa.com

01 di parit yani - Google Blog Search

01 di parit yani - Google Blog Search


Tanjungpinang Pos | Jujur, Jernih dan Akurat » Tersesat <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 05 Oct 2011 07:21 PM PDT

GUBERNUR: Inilah Komplek Kantor Gubernur Kepri di sebelah barat Pulau Dompak, dilihat dari udara. Kantor ini sudah hampir selesai pembangunannya dan ditargetkan tahun 2012 nanti teraju Pemerintahan Provinsi Kepri sudah dilaksanakan di pulau tersebut.

Kelak, Sebuah Kota Modern Lahir di Sini

DALAM waktu beberapa tahun ini wajah Dompak berubah total. Kini, di pulau itu terdapat sejumlah bangunan vital yang nantinya menjadi pusat kendali pemerintahan di Provinsi Kepri. Karena itu sarana prasarananya seperti jalan raya sudah selesai dibangun. Saking luas dan lebarnya jalan raya itu, kalau tidak ingat jalan masuk bisa tersesat dan tak tahu jalan pulang.

Sigit Rachmat, Tanjungpinang

Sang surya mulai tergelincir dari singgasananya, saat saya memutuskan akan menyeberang ke Pulau Dompak melalui jalan darat dengan menggunakan kendaraan roda empat bergandan rendah. Mobil atau sepeda motor kini bisa sampai ke Dompak menyusul selesainya pembangunan Jembatan III dan Jembatan II.

Jembatan itu bisa ditempuh sekitar 5-10 menit dari Kampus Stisipol ke arah selatan. Meski jembatan sudah selesai, beberapa teman menyarankan kalau mau ke pulau itu dengan mobil, sebaiknya pakai mobil yang gardannya tinggi.

''Kalau mau ke Dompak pakai mobil, bagusnya pakai yang gardannya tinggi,'' kata seorang teman yang sudah lebih dulu ke Dompak melalui jalan darat.

Saran itu disampaikan karena jalan penghubung yang terletak di antara Jembatan III dan Jembatan II masih belum diaspal. Karena belum diaspal itu di sejumlah titik badan jalan tergerus air. Sehingga menciptakan alur seperti parit yang mengiris badan jalan. Tapi saya nekad saja memakai mobil yang letak gardannya rendah. Pikiran saya, coba dulu kalau tak bisa ya patah balik.

Didorong rasa keingintahuan tentang kondisi pulau itu terkini, untuk kesekian kalinya saya kembali mendatangi pulau yang terletak di selatan Kota Tanjungpinang dengan luas sekitar 1.000 hektar. Jika sebelumnya saya menggunakan pompong dan sampan kotak untuk menuju pulau itu, kali ini saya menggunakan kendaraan roda empat.

Dari arah Kampus Stisipol Raja Haji, saya menyusuri jalan beraspal mulus ke arah selatan. Jalan aspal ini mentok pada sebuah bangunan lama, dan aspal terputus di sini. Karena mentok, belok kanan sedikit terus berbelok ke kiri dan di balik bangunan ini jalan aspal tersambung lagi. Terus saja ke arah selatan dan belok kanan lagi pada simpang pertama yang beraspal.

Hanya beberapa ratus meter menyusuri jalan yang beraspa mulus itu, saya berjumpa dengan jembatan yang melengkung seperti busur panah. Lengkungan di atas itu masih kasar dan masih menunggu sentuhan terakhir.

Walau masih kasar tapi jembatan itu sudah bisa dilalui kendaraan roda empat atau lebih. Dari jalan masuk dekat Stisipol sampai jembatan membutuhkan waktu kurang dari 20 menit.

Selepas jembatan yang panjangnya beberapa ratus meter itu, saya berjumpa dengan jalan tanah merah. Saya langsung ingat ucapan teman sebelum berangkat tadi. Benar ucapannya, bahwa di antara Jembatan III ke Jembatan II yang belum diaspal atau masih tanah keras, terlihat beberapa ruas jalan bekas digerus air dengan kedalaman bervariasi.

Agak ragu-ragu juga untuk melaluinya, tapi rasa ingin tahu menepikan keraguan. Sekali lagi, coba dulu dan ternyata bisa dilalui meski dengan ekstra hati-hati. Silap sedikit bisa nyangkut sampai malam di jalan ini. Jalan penghubung antara Jembatan III dan Jembatan II ini menjadi salah satu kendala yang harus segera diatasi.

Sebab, inilah satu-satunya jalan darat yang menghubungkan antara Pulau Bintan dengan Pulau Dompak. Jalur lainnya yaitu Jembatan I hingga kini nasibnya masih belum jelas. Ketersediaan anggaran menjadi solusi tunggal.

Agar pusat teraju pemerintahan bisa dilaksanakan dengan baik di Pulau Dompak. Sementara, anggota DPRD Kepri, Hotman Hutapea di harian ini, Kamis (29/9) lalu menyatakan dalam APBD-P 2011 ini anggaran untuk finishing perkantoran di Dompak mendapat jatah sekitar Rp30 miliar.

Tambahan anggaran Rp30 miliar ini hanya untuk menyelesaikan sisa proyek yang tinggal tiga persen lagi pengerjaanya. Sedangkan untuk pengerjaan yang lainnya, termasuk landscape dan infrastruktur pendukung tetap pada anggaran tahun 2012 mendatang.

Fakta yang saya temukan, bahwa jalan raya antara Jembatan III dan Jembatan II merupakan infrastruktur yang menjadi nadi ke Dompak dan masih berupa tanah merah yang dikeraskan.

Jika hujan tanah ini menjadi lumpur yang lengket dan saat kering menjadi rapuh dan berdebu. Sekaligus menyebabkannya mudah tergerus air dan membuat parit yang melintang di jalan seperti yang saya jumpai di lapangan.

Sulit dicerna dengan akal sehat, jika kepindahan aktivitas pemerintahan Provinsi Kepri harus dilaksanakan di Dompak tahun ini juga. Sementara infrastruktur jalannya, khususnya jalan raya yang terletak di antara Jembatan III dan Jembatan II tidak dibenahi terlebih dulu.

Tersesat di Pulau Dompak

Soal pindah atau tidak pada tahun ini, tentu bukan urusan saya. Kalau terbit berita di koran tempat saya bekerja ini mengenai rencana pindah tersebut, itu memang tugas saya dan teman-teman menyampaikan informasi.

Setelah menyeberangi Jembatan II, yang di sebelah kirinya terdapat pelabuhan roro yang akan menjembatani Tanjungpinang dengan Karimun, sampailah di Pulau Dompak. Dompak kini, jauh sekali bedanya dengan Dompak yang pernah saya kunjungi.

Selain sudah bisa ditempuh dengan jalan darat, pulau ini juga sudah dilengkapi dengan jaringan jalan raya dua jalur yang lebarnya puluhan meter. Jauh lebih lebar dibandingkan dengan semua jalan raya yang ada di Kota Tanjungpinang.

Tak hanya lebar, di jaringan jalan raya itu juga tidak ditemukan tikungan patah atau bundaran yang kedudukannya tidak sentral seperti Simpang Pamedan A Yani Tanjungpinang.

Jika saja nantinya jaringan listriknya tidak bergelantungan di atas tiang, maka Dompak yang sebelum disentuh Pemprov Kepri adalah wilayah paling tertinggal di Kota Tanjungpinang, akan menjadi wilayah paling moderen di kota ini yang memiliki karakter kuat dan dirancang pemerintah.

Karena, umumnya kota baru di Indonesia yang memiliki karakter kuat dirancang dengan baik dibangun oleh swasta. Bukan oleh pemerintah, yang sebenarnya memiliki badan perancang yang kerap disebut dengan Badan Perencanaan dan Pembangunan.

Namun, kota-kota yang ada ternyata perkembangan lebih secara alami dan kurang terencana. Kecuali, Bagan Siapi-api sebagaimana sudah ditulis oleh Dirut PLN, Dahlan Iskan di jaringan media JPNN. Dompak segera menyusul Bagan Siapi-api.

Bukan tidak mungkin, dalam waktu beberapa tahun ke depan Dompak akan berkembang menjadi sebuah kota kecil yang maju. Sekaligus menjadi destinasi baru wisata di Tanjungpinang, yang jumlahnya wisatawannya terus menukik tajam dari tahun ke tahun. Meski jumlah anggarannya naik terus di dinas terkait.

Kemungkinan menjadi destinasi wisata sebagaimana laiknya kawasan Putra Jaya di Kuala Lumpur, Malaysia itu sudah mulai terlihat sejak saat ini. Ketika saya berpusing-pusing di Dompak dan berhenti hanya untuk mengambil foto, saya sempat didatangi dua orang wanita yang mengendarai sepeda motor.

''Maaf, Pak, mau tanya. Jalan keluarnya ke mana ya"?
Jalan keluar apa ? Saya balik bertanya, ''Maksud Ibu, jalan keluar yang mana"?
''Keluar Pulau Dompak, Pak".

Diteruskannya, waktu mereka masuk dari Jembatan II mereka lupa membuat tanda diingatannya di mana jalan masuknya. Mereka terus masuk dan menemukan jalan raya yang lebar dengan dua jalur. Karena terlalu bersemangat menikmati lebarnya dan mulusnya jaringan jalan itu, mereka lupa jalan untuk balik. Maklumlah, semua jalan itu belum diberi rambu dan belum diberi nama.

Karena itu dalam sebuah perbincangan dengan teman-teman di Komunitas Penyair dan Pemusik Tanjungpinang, Pelasah, mereka menyarankan agar nama-nama jalan di Pulau Dompak dan jembatan ke pulau itu dinamai.

Nama yang disarankan, adalah nama-nama pahlawan Proklamasi Kemerdekaan RI di Tanjungpinang, yang belum lama ini ditemukan pakar sejarah Kepri, Aswandi Syahri.

''Alangkah baiknya jika nama-nama jalan di Dompak dan nama jembatan itu menggunaan nama pejuang Proklamasi di Tanjungpinang. Seperti Hasjim Ali, dan lain-lainnya. Hal itu sekaligus menjadi apresiasi kita kepada mereka," ujar Tigor yang didukung Teja, Abang Ibrahim, Roy dan lainnya.

Kepada dua wanita sayapun mengarahkan dengan isyarat tangan. Saya arahkan dari depan gedung itu harus mengambil jalan ke kanan dan saat menjumpai persimpangan, ambil ke kanan lagi.

Terus saja, nanti akan berjumpa dengan Kampus Universitas Maritim Raja Ali Haji (Umrah). Kalau sudah jumpa kampus itu, ikuti saja jalannya hingga berjumpa kembali dengan Jembatan II. Sambil tersenyum, kedua wanita itu mengucapkan terima kasih dan menyalakan mesin sepeda motornya.

Kampus Umrah yang terletak tak jauh dari Jembatan II menjadi bangunan pertama yang akan dijumpai saat masuk ke pulau ini. Setelah itu Gedung DPRD Kepri di sisi selatan, Masjid Raya di sisi utara Dompak dan Kantor Gubkepri di sisi barat. Artinya, antara Kantor Gubkepri dan Gedung DPRD Kepri letaknya berseberangan.

Obyek Wisata

Saat kembali dari Pekanbaru akhir pekan lalu, gambaran seperti itu terlihat jelas dari udara. Memandang dari udara memang selalu menghasilkan sensasi yang berbeda. Itu sebabnya saat terbang, yang hanya beberapa kali setahun, saya selalu sempatkan membawa kamera walaupun hanya kamera poket.

Dari udara terlihat juga, perkampungan masyarakat asli Dompak di ujung selatan pulau masih tetap ada. Kawasan ini juga masih hijau dan kabarnya segera diubah menjadi sebuah kawasan wisata moderen.

Informasi yang saya terima dari sumber yang valid, investasi pengembangan kawasan wisata di pulau ini bernilai hingga sekitar Rp1 triliun.

Seorang pengusaha lokal menggandeng sejumlah pengusaha asing, untuk mengubah Dompak dari kolam lumpur bekas penambangan bauksit menjadi destinasi wisata modern.

Barangkali ke depan, Dompak bisa seperti Putra Jaya di Kuala Lumpur, Malaysia yang tak hanya sekedar menjadi pusat pemerintahan Kerajaan Malaysia. Tapi juga menjadi destinasi wisata yang wajib dikunjungi wisman saat ke Malaysia.

Yang mungkin agak berbeda, waktu saya ke Putra Jaya saya lihat ada lapangan luas yang bisa digunakan siapapun untuk beristirahat atau untuk mengambil foto megahnya gedung Perdana Menteri Malaysia.

Sementara di Pulau Dompak lokasi yang berfungsi sama seperti itu belum terlihat. Dari udara saya melihat antara Kantor Gubkepri dengan Gedung DPRD Kepri memang ada lahan luas yang dikepung jaringan jalan raya. Belum jelas, apakah tempat ini akan menjadi wilayah publik atau taman kota atau akan dihutankan kembali.

Ada atau tidaknya fasilitas publik di Pulau Dompak, yang jelas sejak saat ini publik sudah mulai menikmati infrastruktur yang ada di pulau ini. Paling tidak, dua unit jembatan yang sudah jadi sudah dimanfaatkan.

Waktu saya mau masuk ke Dompak, sejumlah warga terlihat duduk-duduk di sepanjang pagar jembatan. Ada yang berpasangan, ada juga yang membawa anak dan ada juga yang membawa joran pancing.

''Teman-teman bilang di sini banyak ikannya. Saya sendiri belum coba mancing dari jembatan ini (Jembatan III) nantilah saya coba," ujar warga Tanjungpinang, Herman yang sedang jogging di jembatan itu.

Menjelang saya masuk kendaraan, Herman sempat menyampaikan harapannya, agar di Pulau Dompak terdapat fasilitas publik lainnya selain jalan, jembatan dan masjid. Semoga saja harapannya bisa terwujud nantinya.

Bagi Anda yang ingin jalan-jalan di Pulau Domak, jangan lupa menandai jalan masuknya di sekitar Jembatan II. Itu penting agar Anda tidak tersesat di Pulau Dompak. Tetapi saya merasakan kebanggan meski ada dua wanita yang tersesat jalan keluar.

Paling tidak mereka tersesat di bakal sebuah kota yang maju dan moderen. Kelak, kalau suatu saat nanti Dompak benar-benar menjadi kebanggaan Provinsi Kepri, saya hanya berdoa semoga tak ada lagi yang tersesat. Khususnya para pejabat yang lupa kenyamanan fasilitas Dompak dan tersesat dengan tugasnya.***

01 di mersing - Google Blog Search

01 di mersing - Google Blog Search


our life together~: ~1st Jamuan <b>di Mersing</b>

Posted: 14 Sep 2011 10:46 PM PDT

Ni citer pasal last week.....x silap last khamis,student2 abah dtg nak beraya umah kami..dr kami duk kg lagi dorang sebok kol nak dtg beraya kat umah.Bila sampai je di Mersing laju lagi dorang kol...terus dorang set nk dtg khamis mlm..kebetulan lak hari tu ibu x sihat..tp nak wat cemaner layanzzz jelah...x kan nk cancel.maka ibu gagah kan jugak bdn ni..buat yg simple2 jerk...ibu wat spagheti,kek&punch koktel jerk..tu pon buat2 keje kejap,pi baring.mmg dah x larat sgt hr tu..

 ni jelah yg mampu ibu buat....masa student2 dtg ibu terbaring dlm bilik mmg x keluar langsung...dlm 30org lah student yg tp semua lelaki...haha...nanti ibu publish gmbr kami pi raya ramai2 dlm ilp ni lak ye...

01 di senai - Google Blog Search

01 di senai - Google Blog Search


<b>DI</b> SINI BERMULA PERJALANANKU BERSAMA FIREFLY | MY <b>...</b>

Posted: 04 Oct 2011 10:53 PM PDT

Setelah entri kelayakan MERAKAM DETIK-DETIK TERINDAH DI SELANGOR untuk menyertai My Selangor Story Contest ini dinilai, aku berjaya TERPILIH SEBAGAI TOP 30 BLOGGERS MY SELANGOR STORY 2011.

Maka, perjalananku ke Selangor bermula pada 28 September lalu tepat jam 6.20 pagi. Aku melangkah keluar dari bilik penginapan menghala ke arah sebuah teksi berwarna merah yang sedang menungguku di kawasan parking kolej kediamanku.

 Gambar sekadar hiasan. Kredit: infotaxi

Perjalanan menuju ke perhentian bas Taman Sri Putri, Skudai, hanya mengambil masa 10 minit dan aku membayar RM15 kepada pemandu teksi (mahal sikit kerana aku telefon teksi datang dan mereka caj perjalanan lewat malam. Harga biasa RM8 sahaja).  Di sini, aku perlu menunggu bas untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Menurut maklumat yang terdapat pada laman web Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, terdapat 3 jenis perkhidmatan bas dari Larkin ke  lapangan terbang, di mana bas mula bergerak dari Larkin, Johor Bahru mulai jam 6 pagi dengan selang masa 15-20 minit setiap jenis bas.

Tiba di perhentian bas lebih kurang jam 6.30 pagi. Aku sabar menanti sehingga jarum jam bergerak ke angka tujuh. Aku sudah hilang kesabaran dan sudah tidak senang duduk, risau kerana bas masih tak kunjung tiba. Kapal terbang akan berlepas jam 8.45 pagi, maknanya aku perlu berada di lapangan terbang sekurang-kurangnya jam 7.45 pagi.

Dalam kerisauan, otakku ligat memikirkan cara terbaik dan paling cepat untuk tiba di lapangan terbang tepat pada masanya. Ada 3 pilihan:

1. Telefon kawan minta tolong hantar

2. Gunakan perkhidmatan teksi

3. Naik bas ke perhentian bas Senai dan kemudian naik teksi ke lapangan terbang.

 Gambar sekadar hiasan. Kredit: majujc

Ketika aku sedang berfikir, muncul bas yang menuju ke Senai dan Kulai. Maka aku memilih pilihan yang ke-3. Pilihan pertama tak dipilih, kerana memikirkan tempoh masa yang diperlukan oleh kawan untuk bersiap dan kemudian ambil aku di perhentian bas. Ini akan memakan masa selain daripada mungkin kawan sedang lena tidur. Pilihan kedua pula, akan menelan kos perbelanjaan yang tinggi. Biasalah, teksi. :(

15 minit berikutnya, tiba di perhentian bas Senai dan terus menuju ke arah teksi yang berada di situ. Melalui perbualan dengan pemandu teksi, baru aku tahu bahawa pada hari-hari biasa (Isnin-Jumaat), memang sangat susah nak dapat bas pergi ke lapangan terbang kerana tak ramai orang ke sana kecuali pada hari Sabtu dan Ahad. Uhuh….nasib baik aku tak tunggu lebih lama. Aku kemudian membayar RM15.00 kepada pemandu teksi tersebut. Menurutnya, kalau naik teksi lain lagi mahal, RM 22.00. Bunyinya macam best je, konon-konon murah lah. Yang sebenarnya aku telah ditipu, RM15.00 yang aku bayar ini juga mahal. Akan diceritakan pada entri akan datang, bagaimana aku boleh tahu harga sebenar dari perhentian bas Senai ke Lapangan Terbang Senai. (Sedih bila dapat tahu kena tipu. Ceh! Sabar je lah) :(

Tiba di lapangan terbang tepat jam 7.30 pagi. Alhamdulillah, lega rasanya dah sampai. Aku terus check in dan kemudian bergerak ke balai pelepasan. Keadaan agak lengang pada ketika itu.

Jam 8.25 pagi, mula bergerak ke dalam perut kapal terbang Firefly. Inilah kapal terbang yang aku naiki. Gambar di ambil dari balai pelepasan.

Dalam perjalanan ke Subang ketika sedang asyik menghayati pemandangan, seorang pramugari datang menghampiriku:

Pramugari: "Miss, muffin or peanuts?"

Aku pilih peanuts secara spontan. Lepas tu rasa menyesal pula, sebab gigiku sedang sakit kerana gigi bongsu baru nak tumbuh. Patutnya pilih muffin tadi. Takpe, balik aku pilih muffin pula.

Kemudian, seorang lagi pramugari bertanya: "Guava juice or lemon juice?"

Pilihanku – Guava juice.

Sebenarnya, ini merupakan pengalaman pertamaku bersama Firefly. Sebelum ini sudah 3 kali penerbanganku bersama Air Asia (untuk ke Beijing, Pulau Pinang dan Tawau). Pandanganku secara peribadi, penerbangan ke Subang bersama Firefly berjalan dengan lancar. Cuaca agak baik dan keadaan di dalam pesawat sangat tenang dengan alunan muzik dari corong radio. Pramugari cantik, ramah dan mesra. Perjalanan selama 1 jam tak terasa dek kerana kerusi yang empuk, agak besar dan selesa. Tahu-tahu je pesawat dah nak mendarat. Tak puas rasanya menikmati pemandangan indah di luar pesawat. Sememangnya aku suka melihat keindahan ciptaan Allah s.w.t. Terasa kebesaranNya mencipta langit dan bumi untuk khalifahnya.

Perjalananku untuk My Selangor Story Contest 2011 semakin hampir. Pesawat mula mendarat dan aku melangkah keluar dari pesawat, diiringi oleh senyuman manis pramugari yang mengucapkan "thank you".

Terima kasih kepada Firefly kerana menaja penerbanganku dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor ke Sky Park Terminal, Subang, Selangor ini yang berharga RM97.95.

Info Tambahan mengenai Firefly:

Nama Firefly (dalam bahasa Mandarin fei ying; dalam bahasa Malaysia membawa maksud kunang-kunang) dipilih kerana menggambarkan sistem penerbangan yang tangkas, bergemerlapan, menarik dan menyeronokkan.

Bersambung di entri berikutnya, pertemuanku dengan krew dan juga peserta-peserta lain My Selangor Story Contest 2011 di Sky Park, Subang.

Terima kasih kepada para penaja My Selangor Story Contest 2011:

Sya Isya memerlukan vote anda untuk memenangi contest ini. Untuk vote:

1. Klik link ini: http://www.myselangorstory.com/di-sini-bermula-perjalanan-my-selangor-story-2011-bersama-firefly/

2. Klik gambar love mengikut rating yang anda mahu berikan. Digalakkan untuk klik love yang paling kanan Maksudnya korang bagi aku markah penuh. Terima kasih daun keladi.

3. Contoh gambar love yang akan tertera adalah seperti di bawah ini:


Klik sekali sahaja pada gambar love yang paling kanan sekali.

4. Satu hari boleh klik sekali je. Esoknya, korang boleh vote lagi. Dan begitulah seterusnya. Nak vote setiap hari? Memang dialu-alukan.

5. Terima kasih kerana support Sya Isya Love you all. Muah!.

Jom baca entri ni pun best juga:

Related posts:

  1. TERPILIH SEBAGAI TOP 30 BLOGGER MY SELANGOR STORY 2011
  2. MERAKAM DETIK-DETIK TERINDAH DI SELANGOR
  3. YOUR URL STORY: ASAL USUL URL BLOG AKUMERPATIPUTIH.BLOGSPOT.COM (KENAPA AKU PILIH AKUMERPATIPUTIH)
  4. LE TOUR DE LANGKAWI KE-16 (LTdL 2011) BERMULA ESOK: HADIAH WANG TUNAI HAMPIR RM 1 JUTA DITAWARKAN
  5. SPECIAL POST: PENGALAMAN BERSAMA AIR ASIA

ads