Jumaat, 13 Disember 2013

01 di endau - Google Blog Search

01 di endau - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di endau</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Dec 2013 09:35 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di endau</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Nov 2013 09:29 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di endau</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Nov 2013 09:29 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di endau</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Oct 2013 09:52 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di endau</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Oct 2013 09:09 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di endau</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Oct 2013 09:02 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di endau</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Oct 2013 09:03 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di endau</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Sep 2013 09:26 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di endau</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Sep 2013 09:23 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di endau</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Sep 2013 09:38 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Taman Negara <b>Endau</b> Rompin | DrPlaces

Posted: 18 Jan 2006 07:45 AM PST

Taman Negeri Endau Rompin merupakan salah satu daripada sebilangan kecil hutan hujan tropika tanah pamah di Malaysia. Terletaknya di legeh Sungai Endau dan Sungai Rompin di Johor bersempadan dengan Pahang, kawasan ini yang seluas 50,000 hektar (500 kilometer persegi) dianggar berumur sekitar 250 juta tahun.

Pelbagai jenis tumbuhan yang unik terdapat di sini seperti keruing, meranti, paku-pakis, periuk kera dan orkid hutan. Pada sekitar 1985, satu ekspedisi sains menemui 25 spesies tumbuhan yang baru.

Di Taman Negara Endau-Rompin juga terdapat banyak hidupan liar seperti harimau, gajah dan babi hutan serta bilangan badak sumbu Sumatera yang terbesar di dunia. Spesies tempatan yang lain termasuk binturung (bear cat) dan Ungka Tangan Putih (white handed gibbon) yang merupakan spesies mawas yang tunggal di kawasan ini. Di sini juga terdapat pelbagai jenis serangga dan burung yang jarang ditemui di tempat lain.

Terdapat juga banyak air terjun dan denai kecil di Taman Negeri ini. Air Terjun Buaya Sangkut dengan ketinggian 120 meter merupakan kawasan air terjun yang paling cantik. Ia ada lima tingkat dan mampu mengalirkan empat perpuluhan lima juta liter air seminit.

Kawasan ini juga penuh dengan mitos dan legenda dan telah menjadi sebuah kawasan rekreasi dan pelancongan yang mashyur di Malaysia. Ramai pelancong gemar menjejaki hutan ini, khususnya di habitat puak Jakun di mana mereka dapat mendengar cerita-cerita mitos hutan yang terpesona. Taman ini juga memberikan wawasan bernilai tentang budaya orang asli yang unik, teknik ketakatan serta kemahiran pemburuan dan pengesanan haiwan.

Perkhemahan merupakan penginapan yang paling popular. Terdapatnya empat tapak perkhemahan yang dapat menampung kira-kira 300 ratus orang, yakni di Kuala Jasin, Batu Hampar, Upeh Guling dan Kuala Marong. Pada waktu sekarang, Taman ini tengah merancang untuk memberikan lebih kemudahan kepada pelancong selaras dengan matlamat untuk membentukkan taman negara ini sebagai destinasi pelancong yang utama.

Taman Negeri Endau-Rompin ditutup semasa musim hujan dari November sehingga Mac. Memancing ikan tidak dibenarkan pada musim ikan bertelur dari September hingga Oktober.

Cara ke sana

Perjalanan ke Taman Negeri Endau-Rompin bermula dari Kampung Peta, iaitu sebuah perkampungan orang Hulu. Dari Kampung Peta, pelancong boleh menaiki bot kecil selama 40 minit untuk sampai ke kawasan perkhemahan Kuala Jasin. Dari sini, mereka perlu berjalan kaki kira-kira enam jam untuk sampai ke kawasan Air Terjun Buaya Sangkut.

Attractions

masalah lembu berkeliaran <b>di</b> jalan mersing dan <b>endau</b> tiada <b>...</b>

Posted: 12 Jul 2013 04:53 PM PDT

1.Masalah lembu2 berkeliaran di sesetengah jalan di mersing dan endau tiada kesudahannya hahahaha..lembu2 ni ada lesen memandu sepertimana tuan2 lembu ni bekali..ni aku jumpa time nak pergi membuat satu siasatan kes kemalangan kat kampung teluk lipat endau :)
2.Situasi sebeginilah yang menyebabkan ramai kalangan pekerja yang menunggang motorsikal tercium kaki atau badan lembu di atas jalan raya..sudahnya aku jugak yang kena siasat kemalangan tersebut..nasihat aku selain berhati2 dengan lori yang agak banyak mengunakan laluan mersing/endau/jalan haji arifin/kamu juga perlu sentiasa berhati hati dengan kemunculan rombongan lembu2 yang bebas berkeliaran..banyak geng kes kemalangan melibatkan lembu2 di kawasan ni..tak caya taip je lah kat google belambak hangpa jumpa :)

Kenangan <b>di Endau</b>-Bersama Guru Alias,Yahya dan Aziz

Posted: 26 Feb 2013 07:13 PM PST

[unable to retrieve full-text content]ANDAI ROBOH KOTA MELAKA. PAPAN DI JAWA KAMI DIRIKAN. BUAH PUKUL LIAN PADUKA. SEKALI MARA DIUNDUR JANGAN. Tuesday, 26 February 2013. Kenangan di Endau-Bersama Guru Alias,Yahya dan Aziz ...

BLOG JOHOR: 01 <b>di endau</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Nov 2013 09:12 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

masalah lembu berkeliaran <b>di</b> jalan mersing dan <b>endau</b> tiada <b>...</b>

Posted: 12 Jul 2013 04:53 PM PDT

1.Masalah lembu2 berkeliaran di sesetengah jalan di mersing dan endau tiada kesudahannya hahahaha..lembu2 ni ada lesen memandu sepertimana tuan2 lembu ni bekali..ni aku jumpa time nak pergi membuat satu siasatan kes kemalangan kat kampung teluk lipat endau :)
2.Situasi sebeginilah yang menyebabkan ramai kalangan pekerja yang menunggang motorsikal tercium kaki atau badan lembu di atas jalan raya..sudahnya aku jugak yang kena siasat kemalangan tersebut..nasihat aku selain berhati2 dengan lori yang agak banyak mengunakan laluan mersing/endau/jalan haji arifin/kamu juga perlu sentiasa berhati hati dengan kemunculan rombongan lembu2 yang bebas berkeliaran..banyak geng kes kemalangan melibatkan lembu2 di kawasan ni..tak caya taip je lah kat google belambak hangpa jumpa :)

Kepada Blog Aku Bercerita: KeKAS | Taman Negara Johor <b>Endau</b> <b>...</b>

Posted: 25 Nov 2013 10:13 AM PST

Sedikit info mengenai Taman Negara Johor Endau Rompin.

Taman Negara ini merupakan taman negara yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Taman Negara di Pahang. Nama Endau Rompin diberi kerana kedudukan taman ini yang meliputi kawasan tadahan air bagi Sungai Endau dan Sungai Rompin. Taman Negara Johor Endau Rompin ini meliputi kawasan seluas 48905 hektar di sekitar kawasan sempadan Johor/Pahang. Ia juga merupakan antara hutan hujan tropika tertua di dunia dan menjadi habitat kepada beberapa spesies haiwan yang semakin pupus seperti badak sumbu sumatera.

Terdapat 3 pintu masuk ke taman negara ini iaitu:
1. Melalui Kampung Peta, Kahang, Kluang, Johor. Taman Negara Johor Endau Rompin (Peta).
2. Melalui Kampung Selai, Bekok, Segamat, Johor. Taman Negara Johor Endau Rompin (Selai).
3. Melalui Felda Selendang, Kuala Rompin, Pahang. Disebut Taman Negeri Endau Rompin, Pahang.
Taman Negara Johor Endau Rompin (Selai) merupakan salah satu pintu masuk yang popular selain di Peta, Kahang. Nama Selai diberi berdasarkan kepada perkampungan terakhir yang dilalui sepanjang jalan masuk ini iaitu Kampung Selai. Kampung Selai itu sendiri mendapat nama daripada lagenda orang asli iaitu seorang puteri yang mempunyai kuasa haba yang sangat panas sehingga menyebabkan aliran sebatang sungai yang mengalir dari Gunung Besar menjadi kering dan mengecil sehingga selebar sehelai (sebatang) rotan sahaja.

Peluang meneroka Taman Negara Johor Endau Rompin (Selai) semasa mengikuti Kem Kesedaran Alam Sekitar (KeKAS) baru-baru ini  sesuatu yang amat berharga pada saya. Walaupun telah menetap di Johor lebih 22 tahun, belum pernah sekali pun terfikir untuk sampai ke sini. Tambahan pula perjalanan ke sini kali ini tidak perlu mengeluarkan belanja, semuanya ditanggung oleh pihak Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, terasa sangat gembira kerana dipanggil untuk mengikuti kem ini.

Ikuti catatan cebisan aktiviti kami selama 3 hari 2 malam di Taman Negara Johor Endau Rompin (Selai) ini.

***************************************

Hari Pertama – 18 November 2013
Kami memulakan perjalanan dari Batu Pahat pada kira-kira jam 8.30 pagi menaiki sebuah bas yang disewa khas. Dalam perjalanan, kami singgah sebentar untuk bersarapan di Kompleks Gerai Chaah, Labis. Oleh kerana makan tengah hari untuk hari pertama tak disediakan di kem,  kami turut membungkus makanan di sini untuk dibawa ke kem sebagai santapan tengah hari nanti.
Kira-kira jam 11.00 pagi, kami tiba di hadapan Pejabat Taman Negara Johor Endau Rompin (Selai) di pekan Bekok. Sesiapa yang ingin memasuki Taman Negara Johor Endau Rompin Selai ini perlu membuat pendaftaran dan bayaran yang berkenaan serta mendapatkan permit masuk di pejabat ini. Perbuatan masuk ke taman negara tanpa kebenaran dan permit masuk merupakan satu kesalahan dan boleh didakwa.
Pejabat Taman Negara Johor Endau Rompin Selai ini terletak di pekan Bekok. Untuk ke sini, anda boleh mengikut jalan arah ke Hutan Lipur Sungai Bantang, Bekok dan pejabat ini terletak di sebelah kiri di taman terakhir selepas anda melewati pekan Bekok.
Di sini, kami menurunkan barang dari bas dan menunggu ketibaan kenderaan pacuan empat roda (4WD). Untuk ke Taman Negara Endau Rompin Selai ini, kenderaan 4WD adalah sangat diperlukan, atau sekurang-kurangnya kenderaan yang tinggi dan tidak mudah jejak dengan tanah kerana perlu menempuh lumpur dan lubang-lubang yang dalam.
Sekitar jam 11.30 pagi, kenderaan 4WD tiba beramai-ramai. Ada kira-kira 7 kenderaan untuk kami yang terdiri dari pelbagai jenis seperti  Nissan Frontier,  Mitsubishi Pajero, Ford Ranger dan sebagainya. Hati gembira  dapat naik kenderaan ini, dan saya pernah ada impian untuk memiliki satu daripada kenderaan seumpama ni.
Sepuluh minit kemudian, kami memulakan perjalanan. Perjalanan menuju ke Kompleks Pelawat Lubuk Tapah melibatkan jarak sejauh kira-kira 28 kilometer.  Jalannya pada peringkat permulaan lebar dengan dua lorong macam jalanraya biasa melewati perkampungan biasa dan kebun-kebun.  Selepas melewati simpang ke Hutan Lipur Sungai Bantang, jalan mula mengecil sehingga ke satu selekoh tajam yang terdapat sebatang pokok besar di tepinya, di mana ada penanda menunjukkan kami mula memasuki kawasan hutan simpan. Jalan tinggal selorong di sini tapi masih berturap.
Secara keseluruhannya, jalan menuju ke kampung Selai tidaklah seteruk yang saya sangkakan sebelum ke sini. Jalan di permulaan kebanyakannya merupakan jalan tar lama yang sudah rosak dan berlubang-lubang. Ada antara kawasan-kawasan tertentu yang baru diturap cantik, tapi kebanyakan kawasan jalan ini adalah jalan berpasir dan berbatu serta jalan tanah seperti di estet.  Laluan ini bagi saya tak termasuk dalam kategori off-road kerana jalannya dah ada, cuma tak sebegitu cantik. Malahan kami turut berselisih dengan kereta Serena dan Proton Saga BLM, menunjukkan kereta biasa juga boleh melepasi jalan menuju ke Kampung Selai ini.
Sepanjang perjalanan, kami melewati beberapa penempatan orang asal di sini seperti Kampung Kemidak, Kampung Tamok dan beberapa lagi perkampungan lain. Ada jugak sebuah sekolah rendah yang kami lintasi iaitu Sekolah Kebangsaan Kampung Kudong. Ini adalah sekolah paling dalam di sini.
Hampir 45 minit perjalanan, kami tiba di perkampungan terakhir iaitu Kampung Selai. Nama Endau Rompin Selai diambil daripada nama kampung ini sebagai jalan masuk. Tapi kami cuma lalu di tepi kampung sahaja sebelum tiba di checkpoint masuk ke Taman Negara Selai.
Enam kilometer terakhir agak mencabar. Sebaik melepasi checkpoint taman negara, jalan jadi sangat sempit. Di sini, pada pemerhatian saya, kereta biasa  memang tak lepas. Jalannya ialah jalan tanah dan banyak tempat yang berselut. Kalau kereta biasa, kebarangkalian untuk tersangkut dalam lumpur sangat tinggi. Tapi tak ada lah redah sungai macam kita tengok dalam televisyen. Menurut pakcik yang saya borak tu, kalau nak rasa yang tu kena ambil pakej lain. Mereka akan bawa kita ke laluan yang betul-betul off-road. Lain kali lah kot.
Sebelum tiba di Lubuk Tapah, kami melewati kawasan perkhemahan Lubuk Merekek. Di sini ialah kawasan untuk mereka yang memilih untuk berkhemah dan sungai di sini dibenarkan memancing dengan kadar-kadar tertentu.
Jam 12.40 tengah hari, kami tiba di Kompleks Pelawat Taman Negara Endau Rompin Selai. Kompleks ni baru sahaja siap, dan pokok-pokok di sekitar bangunan baru nak membesar.  Di sini terletak pejabat, kafeteria, chalet serta asrama (dorm) yang akan kami menginap nanti. Kami mengumpulkan barang di satu dewan terbuka sebelum mendaftar masuk dan mengambil kunci loker.

Aktiviti kami di sini dikelolakan oleh kakitangan Taman Negara Endau Rompin Selai diketuai oleh Encik Adni. Beliau sangat baik dan peramah. Kalau saya tanya soalan dia mesti  jawab dengan baik walaupun tak berkaitan dengan taman negara pun. Dan menurut beliau, pada waktu ini, cuma kami sahaja di sini kerana taman negara ditutup sementara berikutan musim hujan. Kami bernasib baik sebab dah tempah awal dan dapat masuk ke sini. Seronok sebab tahu aktiviti kami takkan mengganggu dan takkan diganggu kumpulan lain, selain tak risau tinggalkan dorm tanpa dikunci sementara kami masuk ke hutan.
Kawasan kompleks ini ringkas. Ada satu bulatan, dan di sekitar bulatan ini terletak semuanya seperti chalet, kafeteria, dewan dan dorm di sebelah atas bukit. Ada juga pondok hutan kira-kira 200 meter dari sini. Semua bangunan di kompleks ini dibina daripada kayu dan dibina di atas tiang konkrit yang tinggi, mungkin untuk mengelakkan serangan haiwan liar. Elak banjir tak mungkin sebab kawasan ini di lereng bukit. Haha.
Dorm di sini lebih selesa daripada apa yang saya bayangkan. Ada dua dorm berhadapan, satu untuk lelaki dan satu untuk wanita. Setiap dorm ada 3 bahagian tapi semuanya bercantum serta satu bilik air. Tak pasti ada berapa katil di dorm ni, tapi kalau tak silap perhitungan, satu dorm boleh masuk sehingga 40 orang. Loker disediakan bagi setiap orang selain soket elektrik yang memang sangat saya perlukan bila berjalan ke mana-mana sekalipun untuk mengecas kamera.
Di sini, telefon bimbit kehilangan fungsinya sebagai telefon. Tak ada sebarang liputan telefon di sini pada waktu kedatangan kami ini. Pada masa akan datang insyaAllah ada kerana ada satu menara pemancar yang telah dibina bersebelahan dorm, tapi belum ada sebarang peralatan komunikasi di atasnya. Mungkin dalam tempoh setahun lagi boleh siap. Katanya pencawang itu milik Maxis. Wallahu'alam.
Bekalan air di dorm dan kawasan kompleks ini merupakan air bukit. Air di sebelah atas bukit diempang dan air disalirkan masuk ke dalam saluran paip menuju ke kompleks ini. Patutlah airnya sejuk semacam walaupun tengah hari. Bekalan elektrik di kawasan kompleks pula merupakan bekalan 24 jam daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) kecuali kawasan jungle hut yang menggunakan generator berpusat. Generator dihidupkan bermula jam 7 malam hingga jam 7 pagi, itu pun kalau ada pengunjung di kawasan jungle hut itu. Kalau kita berada di kawasan jungle hut, boleh tengok lampunya terang-malap-terang-malap sebab guna generator.
Aktiviti 1 - Nature Expore

Jam 2.15 petang. Kami berjalan kaki menuju ke kawasan perkhemahan Lubuk Merekek yang kami lewati tadi. Kemudian kami melencong masuk ke satu laluan hutan menuju ke tempat aktiviti.
Di sini, kami diberi tunjuk ajar tentang cara ikhtiar hidup di hutan. Antaranya ialah barang-barang yang perlu kita ada semasa masuk ke hutan dan cara menyelamatkan diri di hutan.  Ada juga beberapa model pondok hutan dibina di situ.
Kami juga ditunjukkan cara untuk membina pondok hammock. Kemudian, wakil kumpulan lelaki dan perempuan dipanggil untuk membina pondok tersebut.
Selain itu, ada juga penerangan tentang jerat binatang yang digunakan oleh orang asal di sini. Cara tindakbalas jerat juga ditunjukkan.
Paling menarik, kami ditunjukkan cara menghidupkan api tanpa menggunakan mancis atau pemetik api. Mereka guna satu alat yang diperbuat daripada kayu. Api dinyalakan tanpa menggunakan lilin askar, minyak tanah mahupun sebarang bahan kimia lain sebaliknya menggunakan bahan-bahan hutan yang ada di sekeliling kami pada waktu itu. Malah, kayu hidup pun digunakan untuk hidupkan api dan berjaya.
Selepas itu, kami juga ditunjukkan cara memasak nasi tanpa menggunakan periuk. Cuma gunakan 10 helai daun hutan (tak ingat namanya) untuk membalut plastik bungkusan nasi tersebut yang kemudiannya terus diletakkan di atas api macam memasak biasa. Tapi kami tak menunggu nasi tu masak kerana kesuntukan masa.
Selepas selesai aktiviti ini, kami kembali ke Lubuk Tapah.
Sebelah petang, kami menuju ke kawasan Jungle Hut Lubuk Tapah. Kawasan ini ialah kawasan paling hampir dengan sungai di Lubuk Tapah ni. Di kawasan kompleks tadi tak ada sungai pun.
Sebelum aktiviti bermula, pensyarah kami, Encik Tokiap sempat belanja ikan makan. Beliau membeli makanan ikan di situ dan kami beramai-ramai beri makan pada ikan. Setiap kali kami baling makanan, banyak ikan-ikan yang menyerbu, sampai terlompat-lompat di permukaan air.
Lubuk Tapah dah berubah wajahnya, berbeza sekali dengan apa yang dapat kita lihat dalam internet. Menurut pengurusan di sini, Lubuk Tapah banyak berubah selepas peristiwa banjir besar yang melanda Johor (tahun 2006 kalau tak silap). Kawasan ini tak banjir, tapi mungkin hujan lebat yang luar biasa pada waktu itu yang memberi kesan kepada kawasan ini. Beberapa kejadian tanah runtuh berlaku di sepanjang Sungai Selai. Sebelah atas sedikit daripada Lubuk Tapah ini kita dapat lihat ada dua aliran sungai, iaitu sungai asal dan sungai baru yang terbentuk akibat banjir besar dahulu. Sungai yang dahulunya tak begitu besar dah jadi lebar. Dasarnya merupakan campuran lumpur dan pasir.

Di sini, kami berkumpul dan diberi taklimat oleh Encik Adni tentang aktiviti seterusnya, iaitu Water Tubing. Aktiviti ini menggunakan tiub tayar lori yang dibalut dengan jaring. Kemudian, kita akan duduk di atas tiub lori tersebut di atas air dan mula mendayung melalui jeram-jeram dan sungai. Lebih kurang macam whitewater rafting. Boleh bayangkan? Tengok gambar.

Oleh kerana kesuntukan masa, cuma beberapa orang sahaja yang berpeluang melakukan aktiviti ini pada petang tersebut. Manakala yang lain cuma berendam dalam aliran Sungai Selai yang sejuk airnya.
Jam 7 malam, kami kembali ke kompleks untuk membersihkan diri, solat Maghrib dan Isyak secara jamak qasar serta makan malam.
Makanan disediakan oleh keluarga Encik Adni sendiri. Sedap masakannya. Tambahan pula makan beramai-ramai bersama rakan-rakan di sini terasa seolah-olah berada dalam satu keluarga yang besar. Memang menyeronokkan.

Aktiviti 2. – Night Walk dan Light Trap
*Bahagian ni formal sikit sebab copy paste daripada laporan group kami. Huhu.
Aktiviti ini bermula pada kira-kira jam 8.30 malam. Sebelum menjalani aktiviti ini, kami telah berkumpul di kem untuk sesi taklimat. Encik Adni telah menyampaikan sedikit taklimat mengenai keselamatan serta penerangan ringkas tentang perkara-perkara yang akan dilakukan sepanjang aktiviti ini.
Kami kemudiannya berjalan secara berkumpulan melalui laluan ke Lubuk Merekek sebelum membelok masuk ke satu denai hutan di kawasan Arboretum (Hutan Pembelajaran). Bertemankan lampu suluh masing-masing, kami berjalan menyusuri denai hutan sambil memerhatikan persekitaran kami sekiranya terserempak sebarang hidupan yang biasanya aktif di waktu malam.
Banyak perkara yang kami temui sepanjang aktiviti ini. Antaranya ialah kesan sondolan babi hutan di atas tanah. Berdasarkan kesan tersebut, kami membayangkan pastinya haiwan yang membuat kesan ini bersaiz besar dan kuat. Kami juga menemui beberapa kesan tapak kaki haiwan tersebut di sekitar laluan kami. Kesan tapak kaki ini menunjukkan bahawa haiwan ini baru sahaja berada di sini dalam tempoh beberapa ketika sahaja sebelum kami tiba di sini.
Selain itu, kami juga berpeluang melihat seekor sesumpah yang duduk di atas ranting sebatang pokok. Sesumpah tersebut cuba menyamarkan dirinya menyerupai daun pokok tersebut berwarna hijau. Sesumpah ini tidak bergerak langsung walaupun kami menyuluh dan datang melihatnya dari dekat. Kami sangat kagum melihat keunikan haiwan ini.
Sepanjang aktiviti ini juga, kami berpeluang mengenali beberapa spesies pokok hutan seperti karas, mempening, tembusu putih dan sebagainya. Ada antara pokok ini yang bersaiz sangat besar menandakan ia sudah hidup untuk tempoh waktu yang amat lama. Pengiring kami juga menerangkan serba sedikit tentang pokok-pokok dan haiwan-haiwan yang ditemui.
Ketika tiba di satu kawasan, kami diminta untuk memejamkan mata dan memadamkan lampu suluh masing-masing. Tujuan memejamkan mata adalah supaya mata kita tidak terkejut dengan perubahan secara tiba-tiba dari keadaan terang kepada gelap. Selepas beberapa ketika berada di dalam kegelapan malam, kami ditunjukkan dengan kulat yang boleh menyala di dalam gelap. Kulat ini mengeluarkan cahaya yang malap, namun dapat dilihat dengan mata kasar di dalam kegelapan malam. Menurut pengiring kami, cahaya tersebut terhasil daripada aktiviti penguraian bahan organik oleh kulat tersebut. Kami sangat kagum dengan penemuan ini, apatah lagi ramai antara kami yang baru melihat kejadian ini buat pertama kalinya di hadapan mata sendiri.
Denai hutan yang kami lalui membawa kami ke kawasan berhadapan pintu masuk ke denai air terjun. Di sini, kami melakukan aktiviti seterusnya iaitu Light Trap. Aktiviti ini merupakan satu aktiviti di mana kami menggunakan cahaya untuk menarik kehadiran serangga supaya hinggap pada kain putih yang telah direntangkan.
Banyak serangga yang berjaya kami tarik ke atas kain putih tersebut. Sambil mengenali serangga-serangga yang ada, pengiring kami menerangkan serba sedikit mengenai serangga-serangga tersebut seperti cara pembiakan dan sebagainya. Banyak soalan yang telah kami ajukan dan dijawab oleh beliau dengan terpeincinya.
Jam 10.30 malam, kami bergerak ke kafeteria untuk minum malam sebelum kembali ke dorm untuk tidur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads